Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Rabu, Jun 03, 2009

Mansor angkat sumpah sebagai TKM 1, P. Pinang

.
Sedutan Bernama

PULAU PINANG: Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Mansor Othman hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini hari ini.

Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman.

Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota exconya selepas pelantikan Mansor.

Lim berkata antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas Adun Penanti Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai, dan Law Heng Kiang.

Katanya beliau kini menjadi pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan Negeri, manakala jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Mansor sebagai TKM I.

"Wong Hon Wai pula akan mempengerusikan jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian Negeri," katanya kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah di sini hari ini.

Beliau berkata Law Heng Kiang kini akan hanya mempengerusikan jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

"Kami merasakan portfolio exco ini perlu digilirkan untuk mereka yang kami rasa dapat merealisasikan potensi bekerja untuk rakyat," katanya.

Lim berkata beliau juga akan mengambil alih jawatan sebagai pengerusi InvestPenang, sebuah agensi penggalakkan pelaburan kerajaan negeri, yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Malik Abul Kassim.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Jun 01, 2009

Mansor akan dilantik TKM 1 Rabu ini

.
Sedutan Bernama

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang baru dipilih, Mansor Othman akan mengangkat sumpah jawatan Timbalan Ketua Menteri I pada Rabu ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Lim memberitahu pemberita di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara di sini bahawa Mansor akan dapat menghadiri mesyuarat majlis mesyuarat kerajaan negeri akan datang.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan Mansor dalam kerajaan negeri untuk berkhidmat kepada rakyat.

Mansor, timbalan pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, memperoleh 6,052 undi untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam pilihan raya kecil hari ini.

Beliau memperoleh majoriti 5,558 undi, menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, 56, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41, dan Kamarul Ramizu Idris, 42.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Kemenangan PKR tidak bayangkan penerimaan sepenuhnya

.
Sedutan Bernama

BUKIT MERTAJAM: Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam, namun kemenangan itu tidak membayangkan penerimaan penuh masyarakat kawasan berkenaan berdasarkan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Penganalisis politik berpendapat sokongan yang diterima PKR perlu dilihat dari sudut majoriti yang diperolehi calonnya Mansor Othman kali ini berbanding penyandang, dan juga jumlah yang keluar mengundi.

Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata mereka yang tidak keluar mengundi terutamanya pengundi atas pagar mungkin berasa muak setelah melalui tiga pilihan raya sejak Mac tahun lepas.

"Yang keluar mengundi hari ini memang penyokong setia pembangkang, manakala penyokong BN dan pengundi atas pagar tidak keluar mengundi kerana mungkin rasa muak dengan pilihan raya yang terlalu kerap," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam. Katanya perbezaan jumlah undi yang diterima oleh Mansor dan penyandang kerusi itu, Mohammad Fairus Khairuddin yang tidak besar iaitu 1,264 undi juga menggambarkan penyokong PKR sendiri sudah merasa yakin kemenangan akan berpihak kepada parti itu, menyebabkan mereka tidak keluar mengundi. Peratus pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka merosot dengan ketara, daripada 12,657 orang atau 82.08 peratus pada Mac 2008 kepada hanya 7,100 atau 46.15 peratus kali ini. Seorang lagi penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Nizamuddin Sulaiman berkata, walaupun kemenangan PKR sudah dijangka, tetapi signifikasi pilihan raya kecil kali ini harus dikaji dari aspek majoriti undi yang diperolehi memandangkan PKR tidak berdepan musuh tradisinya, BN.

"Menang atau kalah itu bukan persoalan tetapi yang harus dilihat ialah peratusan yang keluar mengundi untuk dikaji sokongan masyarakat terhadap PKR," katanya.

Pada pilihan raya kecil ini, Mansor memperoleh 6,052 undi dengan majoriti 5,558 undi berbanding tiga pencabarnya calon Bebas iaitu Aminah Abdullah, 56, dengan 392 undi, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41, (494 undi) dan Kamarul Ramizu Idris, 42, (56 undi).

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lepas, Mohammad Fairus mencatat kemenangan dengan majoriti 2,219 undi setelah memperolehi 7,346 undi mengalahkan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dari BN yang memperolehi 5,127 undi.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus yang berhasrat melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah pada 16 April lepas.Mansor pernah menyertai tiga pilihan raya umum sejak 1999 tetapi tewas pada ketiga-tiga percubaannya itu.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

.
Sedutan Malaysiakini

KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

Di bawah adalah keputusan rasmi sehingga jam 7.18 malam.

Sehingga jam 7.18 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,266 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (290), Nai Khan Ari (534) dan Kamarul Ramizu Idris (48).

Sehingga jam 7.16malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,054 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (382), Nai Khan Ari (514) dan Kamarul Ramizu Idris (47).

Sehingga jam 7.13 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,672 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (357), Nai Khan Ari (455) dan Kamarul Ramizu Idris (45).

Sehingga jam 7.10 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,309 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (329), Nai Khan Ari (301) dan Kamarul Ramizu Idris (44).

Sehingga jam 7.05 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,963 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (298), Nai Khan Ari (297) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 7.00 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,784 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (294), Nai Khan Ari (293) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 6.55 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,289 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (258), Nai Khan Ari (273) dan Kamarul Ramizu Idris (26).

Sehingga jam 6.50 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,637 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (248), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.45 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,431 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (223), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.35 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,222 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (180), Nai Khan Ari (235) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.30 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,964 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (178), Nai Khan Ari (133) dan Kamarul Ramizu Idris (22).

Sehingga jam 6.25 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,517 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (153), Nai Khan Ari (71) dan Kamarul Ramizu Idris (20).

Sehingga jam 6.20 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,089 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (114), Nai Khan Ari (63) dan Kamarul Ramizu Idris (16).

Sehingga jam 6.15 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,873 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (100), Nai Khan Ari (52) dan Kamarul Ramizu Idris (14).

Sehingga jam 6.10 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,294 diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (81), Nai Khan Ari (40) dan Kamarul Ramizu Idris (11).

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat pengundian ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, SK Mengkuang, SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti SK Tanah Liat dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, Mei 29, 2009

Janji calon PKR jika menang

Prinsip-Prinsip Pemerintahan Bakal Timbalan Ketua Menteri 1



Sekiranya saya menang Pilihan Raya Kecil Penanti dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, saya berazam memainkan peranan membantu dan melengkapkan kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng ke arah menterjemahkan dasar-dasar semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan:

1. Mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan serta menghormati hak asasi manusia tanpa diskriminasi dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang.

2. Melaksanakan dasar ekonomi yang mementingkan pertumbuhan dan pembangunan mapan serta pengagihan kekayaan yang adil untuk semua rakyat negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum.

3. Mengiktirafkan pendidikan berkualiti sebagai asas kemajuan setiap insan serta keseluruhan negeri Pulau Pinang, khasnya untuk bersaing dalam sektor teknologi maju (high-tech) dalam era pasca globalisasi.

4. Membasmikan kemiskinan dan memastikan semua keperluan asas seperti makanan, kesihatan, perumahan dan pengangkutan awam dapat dikecapi oleh golongan miskin negeri Pulau Pinang.

5.
Menumpukan perhatian yang sewajarnya kepada kemajuan kawasan-kawasan pedalaman, dari segi infrastruktur serta corak hidup penduduk kawasan tersebut.

6.
Mengiktiraf dan menghargai sumbangan kaum wanita terhadap pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pulau Pinang.

7.
Mengembangkan potensi dan memantapkan peranan belia yang merupakan masa depan Negeri Pulau Pinang dengan program-program bermakna yang akan mengurangkan gejala sosial yang melibatkan anak-anak muda.

8.
Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri teladan di mana rakyat semua kaum dan agama menghormati dan membantu satu sama lain dan hidup bersama secara padu dan aman.

9.
Memupuk keperihatinan terhadap alam sekitar dan menggalakkan gaya hidup yang mesra alam agar persekitaran Pulau Pinang dipulih semula dan kembali menjadi habitat terpilih serta tarikan pelancong utama.

10.
Memandukan pemerintahan negeri Pulau Pinang berdasarkan prinsip dan nilai-nilai kerohanian sejagat dan mewujudkan suatu masyarakat murni dan progresif di Negeri Pulau Pinang.

MANSOR BIN OTHMAN
Calon Parti Keadilan Rakyat
Pilihan Raya Kecil DUN N. 12 Penanti

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Mansor umum 11 piagam untuk rakyat

Oleh Mohd Sabri Said Foto Team Alahai

PENANTI, 29 Mei (Hrkh)- Calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti, Dr Mansor Othman mengumumkan 11 piagam yang bakal dilaksanakan jika rakyat memberi mandat kepadanya menjadi Adun Penanti 31 Mei nanti.

Beliau ketika membentangkan 11 piagam berkenaan menjelaskan, program pertama yang beliau akan laksanakan ialah mewujudkan Pusat Khidmat dalam masa 48 jam sebagai 'One Stop Centre' dan aduan daripada rakyat.

Selain itu beliau akan mengadakan e-mail aduan untuk membolehkan rakyat membuat aduan menerusi internet sepanjang hari di samping menjayakan hasrat dan amalan turun padang ke kampung serta meninjau dari dekat permasalahan rakyat.

Piagam itu juga menyebut bahawa beliau akan mendahulukan kebajikan rakyat serta membanyakan program kebajikan terutamanya membabitkan ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak yatim.

Memberi bimbingan kepada pelajar dengan menwujudkan kelas tambahan secara percuma terutama pelajar miskin dan membina jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Pendidikan dan sebagainya merupakan sebahagian daripada Piagam yang diumumkan semalam.

"Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat Penanti maka sebab itu saya dan parti telah menggariskan 11 piagam untuk tindakan, " jelas Timbalan Pengerusi KeAdILan Pulau Pinang itu dalam sidang media yang diadakan.

Menyentuh mengenai persoalan kenapa bekas Adun Penanti, Fairuz Khairudin tidak kelihatan langsung di Penanti, Mansor menegaskan, beliau kini berada di Australia dan tiada kesempatan turun berkempen.

Dalam pada itu katanya Pakatan Rakyat mengalu-alukan mana-mana pemimpin daripada PAS, KeADILan dan DAP supaya datang dan mendaftarkan diri di urusetia di Yayasan Aman sebelum bertugas menerangkan polisi Kerajaan Pulau Pinang atau membantu jentera sedia ada di semua Jentera Daerah Mengundi KeADILan (JDM).

Turut sama dalam sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, Penanti ialah Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifudin Nasution Ismail dan Pengarah Komunikasi, Johnson Chong.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Khamis, Mei 28, 2009

Zahrain: Semua dakwaan Aminah satu pembohongan

.
Sedutan Bernama

PULAU PINANG: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim semalam menyifatkan segala tuduhan dan dakwaan Aminah Abdullah mengenai parti itu dan dirinya sebagai pembohongan semata-mata.

Katanya calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu cuba mengalihkan fokus sebenar pilihan raya itu dengan mereka pelbagai cerita bertujuan memburukkan imej parti.

"Dia sepatutnya tumpu kepada pilihan raya kecil ini dan ceritalah apa yang hendak dilakukannya untuk penduduk Penanti, bukan buat cerita yang bukan-bukan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Beliau yakin tindakan Aminah mereka cerita kononnya berlaku satu peristiwa di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal dua tahun lalu ada kaitan dengan perasaan tidak puas hati kerana beliau menggantikan Aminah dengan orang lain sebagai Ketua Wanita PKR negeri.

Sehubungan itu, katanya beliau tidak akan membuang masa dengan melayani dakwaan serta tohmahan Aminah itu dan beliau juga tidak teragakagak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berlarutan dan Aminah terus memburuk-burukkan namanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Aminah untuk membuat satu lagi pendedahan baru yang berkaitan secara langsung dengan Zahrain dalam masa terdekat mengenai peristiwa yang berlaku di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal pada 2007.

Sebelum ini, Aminah mendakwa wakil PKR cuba menyogok wang tunai dan jawatan sekiranya beliau menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya berkenaan.BERNAMA

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, Mei 26, 2009

Siri 85 : Aminah mahu sertai semula PKR

.
Aminah Abdullah calon Bebas pilihanraya kecil Penanti, yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang pernah menyatakan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu sebaik Pakatan Rakyat menawan negeri tersebut.

Namun, dia meletakkan syarat, borang penyertaan semulanya itu hendaklah diterima sendiri oleh Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mendedahkan perkara itu, bekas Pegawai Khas TKM 1, Zulkifli Mohamed berkata, Aminah pernah memintanya untuk mengatur program berkenaan.

"Kami bertemu secara kebetulan di majlis pengkebumian jenazah adik Ketua Bahagian PKR Bagan, Farid Arshad di Butterworth beberapa bulan lalu," jelas Zulkifli.

"Ketika berbual sambil minum di sebuah warung, Aminah menyatakan hasratnya untuk kembali berjuang dari dalam parti."

Hasratnya itu turut disokong oleh Farid yang ikut serta dalam perbincangan tersebut.

Farid juga mencadangkan Aminah bertanding untuk jawatan Ketua Wanita Bagan sebaik dia diterima kembali sebagai ahli PKR.

Sebelum mengambil keputusan keluar parti, Aminah adalah Ketua Wanita Bukit Bendera.

Mengakui masih sayangkan PKR, Aminah mendedahkan dia cuma tidak berpuashati dengan beberapa pucuk pimpinan PKR negeri.

Zulkifli kemudiannya membawa perkara itu kepada beberapa pimpinan negeri, namun, mendapat maklumbalas negatif.

Turut serta dalam pertemuan itu suami Aminah, Mohd Rofi Osman dan bekas Ketua Bahagian Bukit Mertajam, Zulkifli Saad.

Semalam, Aminah mendedahkan dia disogok oleh pemimpin PKR agar menarik diri dari bertanding di Penanti.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !