Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Rabu, Julai 08, 2009

Siri 95 : Guan Eng tuntut Johari mohon maaf terbuka

.
Ketua Wip Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari PKR, Johari Kassim kini di persimpangan 'diluah mati emak ditelan mati bapa'. Sama ada mempertahankan prinsip dan maruah dirinya atau menelan kembali kata-katanya sebelum ini.

Benarlah kata orang tua-tua terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Ini kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi kata dua kepada Johari -memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri sebelum hukuman keras terhadapnya itu ditarik balik.

Itu antara syarat yang dikenakan terhadap Johari yang dipecat kerana mengetuai ahli majlis PKR memboikot majlis angkat sumpah perlantikan Yang Dipertua MPSP Mokhtar Mohd Jait, 4 Jun lepas.

Keputusan itu dilihat sebagai usaha kerajaan negeri pimpinan DAP untuk mengendurkan ketegangan antara rakannya PKR yang membantah pemecatan Johari.

Sekumpulan ADUN dan Ahli Parlimen PKR diketuai pengerusinya Datuk Zahrain Hashim menemui Guan Eng, semalam merayu agar kerajaan menarik balik keputusan memecat Johari.

Namun misi mereka tidak semudah disangka, kerana tindakan Johari yang bukan sahaja telah mencemarkan imej PR dan PKR, bahkan mencalarkan imej Ketua Menteri dan Timbalannya Mansor Othman.

Johari sebelum ini enggan memohon maaf dan meletakkan jawatan, sebaliknya rela dipecat semata-mata mempertahankan prinsip yang didakwanya untuk kepentingan PKR.

Gara-gara Johari hubungan DAP-PKR retak

Johari turut mengecam Guan Eng secara terbuka yang didakwanya tidak berunding dengan PKR sewaktu melantik Mokhtar bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara. Johari mendakwa jawatan YDP MPSP sepatutnya milik PKR, sepertimana diputuskan dalam mesyuarat PR.

Dakwaan Johari itu disangkal Ahli Majlis Kerajaan Negeri Chow Kon Yeow dari DAP bahawa PR tidak pernah memutuskan melantik pemimpin politik sebagai Yang DiPertua MPSP dan MPPP.

Kemelut yang asalnya lebih bersifat peribadi, kemudiaannya meletuskan 'perang terbuka' antara kedua-dua parti apabila pemimpin PKR negeri mengkritik Guan Eng secara terbuka.

Ini termasuk tindakan Zahrain yang membidas Guan Eng yang didakwanya tidak mempratikkan cara pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, seperti mana diungkapkannya.

Pengerusi PKR itu mendakwa Setiausaha Agung DAP itu tidak mengotakan apa yang dikatakannya dan tidak memiliki sifat belas kasihan.

Ekoran itu, Ahli Parlimen Jelutong Jeff Oii dari DAP melakukan 'serangan balas' apabila mendakwa terdapat ahli majlis MPPP dari PKR menyalahguna kuasa dan kedudukannya.

Kemelut yang dicipta Johari berjaya menghakis keyakinan rakyat kepada PR, khususnya PKR yang dilihat diterajui pemimpin yang mengejar pangkat dan kedudukan.

Sementara itu, pemerhati melihat berdasarkan sikap ego Johari, agak sukar dia akan memenuhi tuntutan Guan Eng itu.

Namun ada berpendapat sebaliknya, kata mereka dalam politik segala-galanya mungkin, dek secebis kuasa 'pelacur politik' sangup persetankan prinsip dan maruah diri !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Sabtu, Julai 04, 2009

Guan Eng akan temui semua ADUN dan MP PKR P.Pinang

.
Sedutan Bernama

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan mengadakan pertemuan dengan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen (MP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang bagi membincangkan isuisu yang berbangkit dan yang belum selesai antara DAP dan PKR.

Beliau berkata pertemuan itu perlu diadakan bagi menyelesaikan segala masalah atau pertelagahan yang timbul antara kerajaan negeri dan parti berkenaan termasuk menerangkan kepada pihak terbabit mengenai semua keputusan yang dicapai oleh kerajaan negeri dengan persetujuan wakil PKR agar tidak lagi bercanggah pada masa akan datang.

"Saya hendak adakan pertemuan dengan semua wakil rakyat PKR di Pulau Pinang untuk selaras apa yang mereka persetujui di dalam (mesyuarat exco) dan apa yang dicerminkan dalam kenyataan mereka di luar sana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pasukan petugas Hub Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHH) di sini hari ini.

Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP tidak menyatakan bila pertemuan itu akan diadakan dan di mana.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan isu pemecatan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari PKR, Johari Kassim kerana mengetuai tindakan memulaukan majlis angkat sumpah Yang Dipertua MPSP yang baru, Mokhtar Mohd Jait, seorang penjawat awam, barubaru ini. Tindakan Johari dan beberapa ahli majlis dari PKR itu dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati mereka terhadap Lim yang tidak berunding mengenai perlantikan itu sedangkan persetujuan yang dicapai sebelum ini adalah supaya pemimpin politik dari PKR di lantik ke jawatan itu.

Baru-baru ini, Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dilaporkan berkata PKR akan menemui Lim untuk merayu supaya Johari diterima semula sebagai ahli majlis MPSP.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa tiga anggota exco dari PKR membangkitkan perkara itu semasa mesyuarat exco, tetapi tidak diterima oleh Lim.

Lim bagaimanapun hari ini menafikan kenyataan Zahrain itu dan menegaskan bahawa keputusan untuk memecat Johari dicapai sebulat suara oleh exco yang bermesyuarat, termasuk tiga wakil dari PKR.

"Itu tidak benar sama sekali, kami ada bincang. Saya tidak mahu wujud keadaan apa yang dicakapkan secara sulit tidak dibayangkan dalam kenyataan akhbar.

"Saya lihat kenyataan mereka (pemimpin PKR) tetapi tidak mahu buat apaapa pertelagahan secara terbuka dan sebab itu saya minta nak jumpa semua ADUN dan MP dari parti PKR," katanya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Zahrain sindir Guan Eng tentang Khalifah Umar Abdul Aziz

.

Oleh Nurul Huda Hassan (Utusan Malaysia)

PULAU PINANG 3 Julai - Selepas dikecam teruk kerana gagal menyelesaikan isu tanah di Kampung Buah Pala, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disindir pula rakannya dalam pakatan pembangkang.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim semalam mendakwa, Ketua Menteri itu tidak mengotakan apa yang dikatakannya.

Menurutnya, Guan Eng sering merujuk Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai pemimpin Islam yang mempunyai sifat belas kasihan tetapi dia tidak mempraktikkan kata-katanya itu.

Beliau mengulas keengganan Guan Eng bertemu bekas Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim yang dipecat kerajaan negeri pada 26 Jun lalu kerana memboikot majlis angkat sumpah Yang Dipertua MPSP baru pada 4 Jun.

Tindakan Guan Eng itu disifatkan Zahrain sebagai tidak adil kerana Johari telah pun menyatakan kekesalan terhadap tindakan memulau majlis tersebut dan sanggup bertemu Ketua Menteri.

''Kita telah mendapat maklum balas daripada Ketua Menteri yang disampaikan melalui Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman bahawa beliau tidak mahu bertemu dengan Johari.

''Sikap ini langsung tidak menunjukkan sifat belas kasihan dan adil seperti Umar Abdul Aziz yang beliau sering laungkan.

''Kalau orang telah mengaku buat silap, kita harus ambil sikap bertolak ansur dan mahu mendengar, bukannya tak mahu berjumpa langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan PKR negeri di Bayan Baru di sini malam tadi.

Tegasnya, isu pemecatan Johari itu bukan pandangan peribadi beliau tetapi membabitkan semua anggota PKR termasuk kepimpinan di peringkat pusat kerana ia bukan isu pentadbiran tetapi satu perkara politik.

Beliau berkata, pihaknya juga bercadang bertemu Ketua Menteri bagi menyatakan pendirian berhubung perkara itu dan pada masa yang sama mahu merayu supaya mempertimbangkan semula keputusan memecat Johari.

''Mansor telah pun memaklumkan kepada kita sebentar tadi bahawa Ketua Menteri sudi bertemu kita semua (tidak termasuk Johari) iaitu seluruh kepimpinan parti di negeri ini khususnya Yang Berhormat semua, jadi kita ambil peluang ini untuk menyatakan pendirian PKR mengenai isu itu.

''Saya yakin pertemuan bersama Guan Eng dalam masa terdekat ini akan dapat menyelesaikan masalah ini,'' ujarnya.

Beliau berkata, PKR yakin dan percaya isu Johari boleh diselesaikan.

Menurutnya, pakatan pembangkang sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar iaitu menghadapi Barisan Nasional.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

PKR P.Pinang bikin DAP pening kepala

.
Sedutan Berani Membuat Pilihan

Lagi salah guna kuasa di Pulau Pinang dilaporkan oleh media. Bila dicongak-congak, hmmm PKR jugak. Bila selak laporan untuk melihat nama pelapornya...laaa DAP rupanya!

Kadang-kadang, kita dapat lihat kocakan hubungan antara parti-parti pembangkang yang kononnya membentuk satu pakatan berlaku (tetapi sekarang semakin kerap) tetapi sering dinafikan dengan beberapa kiasan menarik...contohnya, ribut dalam cawan, sedangkan lidah lagi tergigit, adat berumahtangga dan lain-lain lagi.

Semua kiasan diberi adalah bertujuan untuk menutup bangkai gajah yang semakin membusuk dan terselak sedikit demi sedikit terutama dari PKR, salah satu parti yang mendominasi Pakatan Pembangkang.

Jika kita lihat dari aspek perjuangan, dua daripada parti yang membentuk pakatan ini mempunyai hala tuju yang konsisten sebelum mereka dikahwinkan oleh DSAI pada satu majlis yang tidak berdaftar.

Setelah ianya terbentuk, hala tuju parti masing-masing kini terganggu terutamanya parti PAS yang dahulunya sibuk memperjuangkan Islam, kini dilihat lebih banyak mengejar kuasa. DAP yang dahulunya tegar untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah republik, juga pening kepala melayan kerenah adik bongsu mereka yang baru membentuk kuasa.

PKR pula, adalah satu parti yang masih muda dan masih mencuba mencari identiti tersendiri dengan melaung-laungkan ketuanan rakyat. Kebanyakan ahli-ahli PKR adalah "barang-barang" reject" dari Barisan Nasional dan UMNO yang dahulunya penyokong kuat DSAI yang masih belum sedar dari tidur mereka.

Golongan-golongan inilah yang memberi masalah besar di dalam Pakatan Pembangkang. DAP telah berpeluang untuk memerintah Pulau Pinang tetapi terpaksa akur untuk berkongsi kuasa dengan PKR. DAP dilihat cuba melaksanakan pelbagai polisi yang dahulunya telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif mereka sendiri, namun begitu, penglibatan PKR dalam perkongsian kuasa tersebut, telah merencatkan dan mencacatkan segala perancangan mereka.

Ini adalah kerana, PKR mempunyai produk-produk reject dari Barisan Nasional dan UMNO. Barang-barang reject ini sebenarnya, UMNO dan BN sendiri sudah tidak mahukan mereka kerana masalah-masalah dalaman yang sering mereka timbulkan.

Tak sangka pula DAP dan PAS sanggup bersekongkol bersama barang-barang reject ini untuk membentuk kuasa. Apabila barang-barang reject ini berjaya mendapat kuasa, tabiat lama mereka ketika dalam UMNO/BN diamalkan semula di dalam Pakatan Pembangkang.

Korupsi, salah guna kuasa, habis rosak integriti sesebuah kerajaan. Akibatnya, DAP Pulau Pinang menggaru-garu kepala yang tidak gatal, memikirkan nasib mereka untuk kelangsungan kuasa pada pilihanraya yang akan datang.

Memang patut la DAP pecat budak MPSP hari tuh, kalau dibiarkan lama lagi, timbul pula masalah macam dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekarang ini!

Pening...pening...!


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Fakta berlakunya konspirasi terhadap Anwar

.
Bila diperkatakan perihal laporan perubatan terhadap kes liwat Anwar, pasti kita tidak akan lupa dengan satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu iaitu Dr.Zahari Noor.

Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan (foto), gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut. Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar.

Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Namanya kini sepi dan seolah-olah dilupakan terus oleh media arus perdana dan alternatif. Namun, krew kami di Kuantan yang pernah bertemu beliau di dalam sebuah masjid di sana, secara jelas mendapatkan maklumat tentang kes Anwar daripada beliau.

Antara lain, beliau turut mengakui bahawa kes yang berlaku itu adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Pihak Hospital Kuala Lumpur telah dipaksa oleh polis untuk membuat dan meminda laporan perubatan Sukma serta lain-lain mangsa yang dikaitkan dengan Anwar.

Baca seterusnya di sini

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

PKR minta Ketua Menteri timbang semula pemecatan Johari sebagai anggota MPSP

.
Sedutan Bernama

PULAU PINANG, 2 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mahu kerajaan negeri menimbang semula keputusan memecat Johari Kassim sebagai Anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Pengerusi PKR negeri, Datuk Zahrain Mohammed Hashim berkata Johari telah menyesali tindakannya dan sanggup berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Kita berharap kerajaan negeri akan mempertimbangkan tindakannya terhadap Johari kerana hukuman itu dilihat agak terlalu keras," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PKR negeri di sini Khamis malam.

Pada 4 Jun lalu, Johari mengetuai lapan anggota majlis dari PKR memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSP yang baru.

Zahrain berkata dari maklum-balas yang beliau terima daripada Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, Lim bersedia untuk berjumpa semua ahli PKR tidak lama lagi.

Mengenai isu Kampung Buah Pala, Zahrain meminta Lim untuk bertemu dan mendengar aduan penduduk sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

"Saya lebih suka melihat Lim bertemu sendiri dengan rakyat dan tidak mengarahkan anggota exco atau wakilnya untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Dilaporkan bahawa Persatuan Penduduk kampung tersebut telah meminta Lim untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri kerana gagal berkhidmat dan membantu rakyat.

Penduduk kampung tersebut selama ini menghadapi masalah untuk menyelamatkan kampung mereka yang turut dikenali sebagai perkampungan ternakan lembu atau "High Chaparral" daripada dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, Julai 03, 2009

Ahli MPPP dari PKR didakwa salahguna kuasa

.
Sedutan Malaysiakini

Belumpun reda kemelut antara DAP dengan PKR berhubung isu pelucutan jawatan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Johari Kassim dari PKR, kini timbul pula dakwaan salah guna kuasa terhadap seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.

Dakwaan itu dibuat oleh ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP berkaitan cubaan ahli majlis berkenaan membatalkan arahan berhenti kerja yang dikeluarkan MPPP terhadap sebuah syarikat pemaju perumahan di kawasan Jelutong.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, beliau mendakwa ahli majlis itu berusaha melobi supaya perintah berhenti kerja itu ditarik balik bagi membolehkan pemaju meneruskan kerja pembinaan kondominium berkenaan, lapor Bernama.

Katanya, ahli majlis itu juga dikatakan bertindak mendesak pegawai-pegawai MPPP untuk membentang semula arahan berkenaan supaya ia boleh dikaji semula dan ditarik balik.

"Saya berpendapat ahli majlis berkenaan tidak mematuhi etika prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus kerana bertindak seperti 'koboi' dengan melobi serta mendesak bagi menyebelahi kepentingan pihak pemaju.

"Sepatutnya dia (ahli majlis) hanya boleh membawa sebarang usul secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat rasmi yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan membuat tekanan atau desakan seperti itu," katanya.

Menurut Jeff, perintah berhenti kerja itu dikeluarkan oleh MPPP pada 26 Jun lalu selepas pemaju projek berkenaan didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa menjalankan pembinaan.

Beliau mendakwa telah menerima banyak aduan dari penduduk di sekitar tapak projek pembinaan empat blok kondominium mewah itu yang menjalankan kerja melepasi had masa jam 6 petang tanpa kebenaran MPPP, pembuangan saki baki konkrit ke dalam parit berhampiran serta pembakaran terbuka.

Dakwaan akan disiasat

Katanya, beliau membuat aduan berhubung perkara berkenaan kepada MPPP, yang kemudiannya mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan perintah berhenti kerja itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas Negeri, Chow Kon Yeow ketika dihubungi berkata, beliau ada menerima

aduan mengenai tindakan ahli majlis itu daripada Jeff Ooi dan telah memanjangkan surat berkenaan kepada Yang Dipertua MPPP, Tan Cheng Chui untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, Tan tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut berkaitan perkara itu.

Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi pula berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu dan akan menyiasatnya.

"Apa yang buat saya marah dan kecewa selepas perintah itu dikeluarkan, ahli majlis berkenaan telah berjumpa dengan pegawai MPPP pada 26 dan 29 Jun lepas bagi mendesak supaya tarik balik arahan tersebut," katanya yang enggan mendedahkan identiti ahli majlis terbabit.

Jeff berkata cubaan ahli majlis berkenaan seolah-olah menggadaikan kepentingan dan kesejahteraan hidup pengundi di kawasannya serta ia juga akan mengugat keyakinan rakyat terhadap gabungan pembangkang.

"Cara dia akan buat rakyat hilang kepercayaan kepada kita (kerajaan gabungan) dan atas sebab itu, saya telah hantar surat kepada kerajaan negeri berhubung tindakannya itu supaya satu siasatan dalaman dijalankan ke atas ahli majlis tersebut," katanya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Diet Ala Rasulullah SAW

.

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh asal makan je. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis,lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cobalah?.. Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan
lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"


Itulah hebatnya Islam

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !