Ketua Wip MPSP Johari Kassim tidak akan meletak jawatan atau memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, sebaliknya bersedia dipecat oleh kerajaan negeri berhubung tindakannya mengetuai ahli majlis MPSP dari PKR memboikot majlis angkat sumpah YDP MPSP Mokhtar Mohd Jait pada 4 Jun lalu.
Pendirian Johari itu mendapat sokongan pada mesyuarat ahli parlimen dan ADUN PKR yang dipengerusikan oleh Datuk Zahrain Hashim, Jumaat lalu.
Dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Law Choo Kiang dan Abdul Malik Kassim tidak hadir kerana berada di China untuk lawatan rasmi.
Keputusan itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan negeri, khususnya Ketua Menteri berhubung kedudukan Johari.
Mesyuarat Exco minggu lalu memutuskan Johari dipecat, namun keputusan itu ditangguh setelah Exco PKR memohon keputusan itu ditangguh bagi membolehkan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman menyelesaikan kemelut berkenaan secara baik.
Mansor dijangka membentangkan keputusan tersebut pada mesyuarat Exco pada Rabu depan.
Menurut sumber parti itu, sebelum mesyuarat tersebut Mansor telah menemui Johari menasihatinya meletakkan jawatan agar dia dilihat lebih berprinsip dan bermaruah.
Namun, nasihat itu diabaikan sebaliknya Johari cuba berselindung di sebalik keputusan parti.
Dalam pada itu, pemerhati politik melihat tindakan Johari itu bakal mengundang pelbagai reaksi.
"Keputusan Johari itu akan memberikan gambaran negatif, bahawa hubungan PKR dan DAP akan dilihat rapuh dalam kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya.

Perangkap yang dipasang Johari katanya untuk menjadi 'hero' dalam kemelut ini akan memakan dirinya sendiri.
"Sekiranya kerajaan negeri bertegas memecatnya, Johari akan mencanang dirinya terkorban, dek kerana memperjuangkan kepentingan PKR, dan menyalahkan tiga exco PKR kerana tidak membelanya, " katanya.
Tambahnya Johari juga akan cuba meletakkan kesalahan yang dilakukannya ke atas pihak lain.
"Guan Eng akan menjadi sasaran Johari selepas ini, sekilas ikan di air kita tahu jantan betinanya," ujarnya.
Jika keadaan itu berlaku katanya, ia tidak baik untuk kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang sedang mengorak langkah untuk memberikan imej terbaik untuk rakyat.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !