Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Rabu, Disember 31, 2008

Siri 30 : Fairus-Saiful : serupa tapi tak sama

.
Maka berkatalah Mohammad Fairus Khairuddin tentang blog Alahai… seperti disiar Sinar Harian apabila ditanya wartawan Suzalizaa Juhar.

“Pada saya blog itu dibuat oleh orang yang tidak berjaya mencapai agenda peribadinya, dan cuba memburukkan saya melaluinya (blog).

“Semua isi kandungan blog itu hanya fitnah semata-mata dan blog begini hanyalah blog-blog nyamuk yang tidak mempunyai asas.


“Penulis blog ini mungkin tidak ada kerja lain, selain berusaha menjatuhkan saya dan menabur fitnah.”


Selain mendakwa dirinya difitnah, Fairus menuduh ada pihak tertentu yang cemburu dan mahukan kedudukannya.

Sejarah tidak pernah menipu, sejarah baru juga boleh berulang.

Justeru, mari kita singkap kembali jawapan Mohd Saiful Bukhari Azlan, apabila blogger Najwan Halimi ( teman Saiful di UNITEN ) mendedahkan ‘Siapa Sebenarnya Saiful’ dalam blognya Riwayat Hayat pada 11 Mac 2008 iaitu 3 hari selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Najwan Halimi (foto ?) adalah juga aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC). Najwan mengibaratkan Saiful sebagai musang berbulu ayam, ketika dia mula berjinak untuk menjadi 'pegawai Anwar.'

Tiga siri pendedahan Najwan berkaitan Saiful bertajuk : Awas ! Musang Berbulu Ayam boleh dibaca di sini --> Siri 1 , Siri 2 dan Siri 3.

Ini jawapan hipokrit Saiful :

"Assalammualaikum.. Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.. Cukuplah saudara dah malukan saya, jatuhkan (saya), sampai saya terpaksa tarik diri dari Universiti.. Hidup dalam kegelapan tanpa arah tuju….”

Jangan memfitnah sembarangan
saudara Najwan. Saya memberi tenaga secara ikhlas demi membantu seorang rakan ( Rahimi Osman – bekas pembantu Anwar) semasa beliau dalam kesusahan.

Bukan menjadi penyokong fanatik yang kononnya menyokong tetapi hanya sokong sahaja, buat kerja tak ada.
Najwan, berhentilah menfitnah dan buangkanlah perasaan hasad dengki ko tu. Tak ke mana Najwan. Tambahkan dosa sahaja.

Sementara itu, seorang pengunjung blog Najwan yang dikenali sebagai H yang dipercayai kenalan Saiful juga telah memberikan amaran dan pandangannya :

Buat DSAI,
Kalau tuan baca blog ini dan tuan baca komen-komen ini, saksikanlah tuan, inilah dia orang yang nak berdampingan dengan tuan.

Kalau si Saiful ni mintak nak kerja dengan tuan, saya nasihatkan janganlah ambil dia! Memang punahlah keADILan dengan tuan sekali jatuh terduduk. Silap-silap tuan masuk jail balik nanti….


Namun, suara blogger yang ikhlas mendedahkan siapa Saiful sebenarnya tidak mendapat respon positif dari Anwar, mungkin kerana beliau terlalu bersangka baik dengan semua orang. Ini berdasarkan komen Rahimi Osman dalam blog Najwan.

Sdr Saiful memang banyak membantu saya dan DSAI sepanjang kempen pilihanraya lepas. DSAI dengan jujurnya pun amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Sdr Saiful. Termasuk juga staf-staf yang berkhidmat di pejabat DSAI.- Rahimi Osman

Oleh itu Saiful terus diberi ruang di pejabat Anwar Ibrahim sehinggalah dia membuat laporan polis 28 Jun 2008, mendakwa dia ‘diliwat’ Anwar selepas tiga bulan siri pendedahan oleh blogger Najwan.

Manakala itu, Anwar apabila ditanya blogger sya-reformis dari blogger @ networkperak, yang membangkitkan isu TKM 1 dalam blog anwaribrahim.com pula memberikan jawapan berikut :

Jazakallah..dan kami menerima baik teguran saudari. Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu.

Permasalahan tersebut ditangani sebaiknya, namun harus adil dan berhikmah. Tanpa kecuali semua pemimpin akan dipertanggugjawabkan. Maka inshaallah kami akan bertindak seandainya terdapat bukti sahih salahlaku atau kecuaian siapa saja.


Ramai berpendapat kes fitnah Saiful boleh dielakkan sekiranya Anwar mengambilkira suara blogger yang lebih rapat dengan suara akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan.

Justeru dalam isu Fairus tidak keterlaluan kami katakan, jika Anwar lambat bertindak tidak mustahil ‘pisang akan berbuah dua kali.’

Harus diingat, Fairus juga mempunyai ciri-ciri perwatakan Saiful-apabila bercakap dia berbohong, apabila bersumpah, bersumpah palsu !

Mungkin Anwar sepertimana dalam isu Saiful mempuyai cara tersendiri, akan menghadapi isu Fairus secara adil dan berhikmah …..

Atau mungkin..pandangan sinis pengunjung Alahai, sdr Jamaludin boleh 'diambilkira' :

Pasai Fairus dan Yusmadi di Penang yang sekarang ni tengah 'HOT'... baik Dato' Seri biarkan sahaja depa2 ni pegang jawatan masing2.. tak payahlah ambik apa2 tindakan...depa ni sebenarnya 'DIFITNAH' dan diperburukkan saja imej oleh orang yang tak puas hati..biarkan jer..buat mcm takder ape-ape yg berlaku...

'Comfirm' la next election Penanti & Balik Pulau, malahan tempat-tempat lain akan 'BUNGKUS & AKAN DITONG SAMPAHKAN' oleh pengundi-pengundi yang dah meluatttt...

( Catatan : Renung juga Siri 1 : emel beracun, yang ditulis oleh bekas boss Fairus sekitar Mac 2008. )

Dia ni ‘ex-staff’ aku ni...aku ni boss dia dulu. PKR ni betul ke tidak pilih orang ???? Mana ahli PKR kat sini ?..meh sini...bahaya ooo budak nih....

Aku ‘still’ tak puas hati pasal Timbalan KM tu...aku kenal sangat ngan budak tu... dia tu dinasihatkan berhenti kerja dari company aku.
.

Khamis, Disember 25, 2008

Anwar : Isu TKM 1- akan bertindak jika ada bukti sahih

.
Dari anwaribrahimblog.com

sya omel menanyakan:

Salam DSAI…

Apa yang hendak ditulis ialah suara kami peringkat bawah yang lebih hampir kepada rakyat…saya remaja wanita berusia 23 tahun, seorang ahli Bloggernetwork@perak berjuang untuk menjadi penahan tohmahan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, mengikuti perjuangan ini sejak berumur 13 tahun mula merasa bahang merebut kekuasaan atau pun gila kuasa di kalangan pemimpin parti ini.

Bila saya berkempen untuk parti ini saya akan ditanya dimana ISLAMNYA parti ini, di mana benarnya laungan keramat parti ini….Mungkin saya ada jawapannya…tapi bagi yang di bawah mereka melihat rentak yang di atas…!!!

Semakin hari dapat dilihat kepincangan dari soal kepimpinan baik di atas mahupun di bahagian bawah, sebagai ketua umum apakah yang dilakukan oleh DSAI dan Presiden parti untuk memperbetulkan beberapa kepincangan tersebut…

Pertamanya soal TKM1 P.Pinang apakah tidak ada tindakan wajar yang perlu dilakukan, cukupkah hanya sekadar kata-kata nasihat yang acap kali diulang dan hanya dipandang remeh oleh TKM1 tersebut.

Sebagai pemimpin wajarlah DS menunjukan nilai sebenar kepimpinan Islam itu sendiri…

Bendunglah masalah ini sebelum terlambat…Sebagai pemimpin ISLAM takutlah hanya kepada ALLAH SWT!!! Jika DS ada pandangan dan jawapan pada soalan saya emailkan kepada saya agar yang di bawah mengerti derita yang di atas….

Secara individu saya menghormati DSAI dan DSWA sebagai ibu dan bapa penggerak REFORMASI rakyat, selagi Parti ini menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman maka saya sedia berjihad untuk ISLAM dan ALLAH swt yang menjadi wadah perjuangan Parti ini..

KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN…
LAWAN TETAP LAWAN….
ALLAH HU AKBAR….

——

Saudari sya omel,

Jazakallah..dan kami menerima baik teguran saudari. Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu.

Permasalahan tersebut ditangani sebaiknya, namun harus adil dan berhikmah. Tanpa kecuali semua pemimpin akan dipertanggugjawabkan. Maka inshaallah kami akan bertindak seandainya terdapat bukti sahih salahlaku atau kecuaian siapa saja.

Wassalamualaikum.

ANWAR IBRAHIM
.

Siri 29 : Pembantu khas : Fairus hadir konsert untuk bertemu Agong bincang Islam

.
Pembantu khas Timbalan Ketua Menteri 1 berkata Mohammad Fairus Khairuddin hadir di konsert ‘Mamma Mia’ antara lain bertujuan untuk bertemu Yang Dipertuan Agong bagi berbincang soal agama Islam.

Menurut pembantu khas yang mewakili Fairus dalam blogya, exco hal ehwal agama itu memenuhi undangan tersebut bagi mengambil peluang bertemu Agong yang turut hadir pada malam tersebut.

“Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, YB ( Fairus) memenuhi undangan tersebut adalah untuk mengambil peluang bertemu dengan Yang Di Pertua Agong,” ujarnya.

“Kesempatan dalam pertemuan tersebut telah dimanfaatkan untuk berbincang serba sedikit mengenai isu-isu agama Islam dan MAIPP ( Majlis Agama Islam Pulau Pinang ) yang berada di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong,” katanya.

Pembantu khasnya itu menjawab soalan yang dibangitkan pengunjung blognya berhubung kehadiran Fairus ke konsert berkenaan.

“Sepatutnya YB (Fairus) tidak patut pergi memandangkan ia akan mencemarkan imej YB selaku Exco Agama, lagipun tarian yang dipaparkan amat tidak sesuai dengan budaya Malaysia, lebih teruk dari tarian i-Dance di Pulau Pinang,” katanya

“Patutlah YB tidak pernah membuat kenyataan tentang i-Dance seperti yang dibantah (Dewan Pemuda) PAS Pulau Pinang,” ujarnya lagi.

Difahamkan pembantu khas tersebut baru memulakan tugas menggantikan Farid Wajdi yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Fairus yang juga exco hal-ehwal agama gagal menyelesaikan masalah berhubung perlantikan Yang Dipertua MAIPP yang kini masih disandang oleh Adun (BN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya.

Kegagalan itu turut membantutkan perancangan urusan agama Islam negeri ini, termasuk perlantikan jawatankuasa masjid yang masih di bawah bidang kuasa MAIPP.

Pentadbiran Jabatan Agama Islam juga sering terganggu ekoran ‘sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda.’

Pulau Pinang satu-satunya negeri Pakatan Rakyat yang terpaksa mengekalkan Adun BN sebagai Yang Dipertua Majlis Agama.

Agong membuat keputusan mengekalkan Shabudin sehingga Disember 2009 selepas Fairus gagal menyakinkan baginda dalam isu perlantikan AJK MAIPP.

Pertemuan rasmi dengan Agong diadakan sebanyak dua kali selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang Mac lalu.

“Baginda dipercayai membuat keputusan tersebut setelah tidak yakin dengan kemampuan Fairus setelah menyelidiki latar belakang Fairus yang sebenarnya,” jelas sumber.

Bagaimanapun keputusan itu dikaji semula dengan campur tangan daripada Pengerusi keADILan Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohd Hashim.

Kata sepakat telah diperolehi di mana Shabudin bersetuju melepaskan jawatan, sepatutnya pada Oktober lalu dan digantikan dengan Pensyarah Univesiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Ustaz Alias Zakaria.

Persetujuan juga dicapai untuk melantik tiga orang Lembaga Pengarah MAIPP daripada kalangan pemimpin Umno.

Namun persetujuan tersebut tidak terlaksana kerana Fairus gagal bertindak seperti yang dirancang.

Fairus kemudian menutup kelemahannya dengan menuding jari kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi yang dituduh campurtangan dalam urusan pelantikan YDP MAIPP.
.

Rabu, Disember 24, 2008

Siri 28 : Selaku exco agama Fairus hadir saksi konsert Mamma Mia

.
Pada bulan Mei lalu, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor mengharamkan Islam Hadhari.

Selaku exco hal-ehwal Islam Pulau Pinang, Fairus berkata langkah negeri itu tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk “mengembalikan ajaran Islam yang sebenar.”

Lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dalam bidang Sains Politik itu berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.

“Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi,” katanya dipetik Malaysiakini.

Tambahnya pendekatan Islam hadhari seolah-olah mewujudkan mazhab baru dalam Islam.

"Sedangkan kita tahu, (kemunculan) mazhab dalam Islam diketuai oleh ulama-ulama besar," katanya.

Sementara pada September lalu, ADUN Penanti itu turut mengumumkan Penanti, akan dijadikan Serambi Mekah.

Ketika ucapan pertamanya di khalayak ramai sempena Sambutan Maulidur Rasul di Seberang Jaya April lalu, Fairus mahu rakyat ikut pedoman Nabi Muhammad dan berhasrat menjadikan mereka sebagai 'generasi Al-Amin.'

"Jika mahukan generasi Pulau Mutiara dihormati orang termasuk dunia luar kita perlu kembali kepada 'Generasi Al-Amin' yang tidak mempunyai batasan bangsa kerana sikap itu boleh memupuk menjadi manusia yang berhati mulia dan disanjungi, " terangnya.

Hasrat murninya selaku TKM 1 dan Exco hal ehwal agama itu patut disambut baik oleh orang Islam khususnya.

Namun dengan bersangka, mungkin Fairus mempunyai alasan yang kukuh, apabila dia hadir ke konsert Mamma Mia yang diadakan di Ibu Kota, baru-baru ini.

Mungkin itu salah satu cara dia ‘berdakwah’ untuk mengembalikan ajaran Islam yang sebenar dan menobatkan agama suci itu.

Mana tahu, mungkin itu juga pendekatan terbaik baginya untuk melahirkan generasi Al-Amin atau ‘tafakuh fiddin’ yang sering di bibirnya setiap kali berceramah di khalayak orang Islam.

Mana tahu, Fairus mungkin hadir untuk mengkaji sama ada konsert tersebut sesuai diadakan di Penanti yang akan di jadikan sebagai Serambi Mekah Pulau Pinang.

Mana tahu kan ?

Alahai….Fairus

p/s Nasib baik hari tu, Fairus tidak sakit perut lagi, kalau tidak terlepaslah menonton konsert tu !

Sumber asal : The Star http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/12/20/central/2852357&sec=central
.

Siri 27 – Laporan ‘Kehidupan TKM 1 Terlampau’ sedang disiapkan

Kelab bekas-bekas pegawai TKM 1 sedang menyiapkan laporan yang dinamakan ‘Kehidupan TKM 1 Terlampau,’ untuk diserahkan kepada pemimpin de facto Anwar Ibrahim dan Presiden keADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Laporan berkenaan akan diserahkan dalam masa terdekat.

Kami difahamkan laporan tersebut memuatkan beberapa salah laku Fairus sepanjang 10 bulan berkhidmat sebagai TKM 1 Pulau Pinang.

“Ia mengandungi dokumen beserta dengan foto berkaitan,” jelas salah seorang bekas pegawai berkenaan.

Pihaknya mengambil tindakan tersebut setelah Mohammad Fairus Khairuddin tidak menunjukkan sebarang perubahan positif dan keinsafan untuk berubah, termasuk membaiki sikap buruknya.

Dia bukan sahaja terus berlagak bodoh sombong, bahkan terus menipu dan mengkhianati amanah rakyat,’ ujarnya.

“Kami menggunakan saluran dalaman dahulu, bagi membuktikan kepada pimpinan bahawa Fairus tidak layak sebagai TKM 1,” ujarnya.

Katanya pihaknya berharap pimpinan mengambil tindakan drastik bagi menyelamatkan imej Pakatan Rakyat sebelum terlambat.

Ditanya jika pimpinan tidak bertindak seperti diharapkan selepas menerima laporan tersebut, dia berkata, “Itu petanda keADILan bakal menempuh malapetaka pada pilihan raya akan datang. ”

Menjawab soalan sama ada laporan tersebut berkaitan dengan apa yang pernah didedahkan Alahai... Fairus, dia berkata ; “Ya, hampir 99 peratus.”
.

Selasa, Disember 23, 2008

Siri 26 : Anwar ‘belasah’ Fairus

.
Pemimpin de facto Anwar Ibrahim naik angin Sabtu lalu. Kemarahannya dihala antaranya kepada dua pemimpin muda Pulau Pinang.

Salah seorang daripadanya, tidak lain tidak bukan ADUN Penanti Mohammad Fairus Khairuddin. Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof turut menerima tempiasnya.

Fairus ‘dibelasah’ atas beberapa kelemahannya, termasuk egonya yang enggan menerima memorandun tertutup yang diserahkan oleh AMK Pulau Pinang Selasa lalu. Sementara itu Yusmadi ditegur kerana jarang turun padang.

Penyerahan memorandum itu sepatutnya berlangsung secara tertutup-dalaman, bagaimanapun ia ‘meletup’ apabila Fairus ‘buat gila’ dengan mengugut dua Exco AMK untuk memenggal kepala sekiranya meneruskan hajat mereka.

Perjumpaan dengan AJK Perhubungan Negeri di Yayasan Aman, Penanti itu, turut dihadiri oleh Presiden keADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Perhubungan Negeri Zahrain Mohd Hashim selain Ketua-ketua Bahagian, Ketua Wanita dan Angkatan Muda.

“Siapakah kita yang enggan terima memorandum, saya pun pernah terima ?” Anwar dilapor berkata merujuk kepada Fairus.

Fairus kata Anwar sepatutnya menerima memorandum berkenaan sebelum mengambil tindakan susulan.

“Sama ada kita setuju atau tidak, terima dulu memorandum tu, isi kandungannya perkara kedua,” Anwar dilapor berkata.

Anwar turut memaklumkan yang beliau juga telah menerima kunjungan beberapa pegawai kerajaan negeri, mengadu tidak berpuas hati dengan prestasi Fairus.

Menurut sumber Fairus ketika itu hanya tunduk membisu.

Difahamkan perjumpaam kira-kira 20 minit itu, diikuti dengan perjumpaan lapan mata melibatkan Anwar, Dr Wan Azizah, Fairus dan Setiausaha keADILan Negeri Mustafa Kamal Yusof.

Perjumpaan susulan itu juga dilaporkan Anwar, bahkan Dr Wan Azizah turut meninggikan suara terhadap Fairus.

Sebaik selesai perjumpaan tersebut Fairus terus menemui salah seorang bekas penyumbang dananya – Azmi Nayan dan berkata ; ‘Anwar begitu berpuashati dengan prestasinya.’

Azmi hanya tersenyum sinis kerana sebahagian rahsia Fairus dalam koceknya.

Alahaiiii …. Fairus
.

Ahad, Disember 21, 2008

Siri 25 : Fairus boleh didakwa ikut seksyen 506, penjara tidak lebih 2 tahun

Mohammad Fairus Khairuddin boleh didakwa mengikut seksyen 506, kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun, sekiranya disabitkan dengan kesalahan ancaman jenayah terhadap dua anggota exco AMK Pulau Pinang, Selasa lalu.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya yang enggan dikenali, kesalahan tersebut boleh disabitkan ke atas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu, meskipun ugutan tersebut tidak membabitkan sebarang senjata.

“Meskipun tidak membabitkan senjata, beliau boleh disabitkan dengan seksyen 506, kanun keseksaaan kerana ancaman jenayah,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Fairus yang mengugut dua exco berkenaan melalui telefon ketika mereka dalam perjalanan menghantar memorandum kepadanya dan dua Exco kerajaan negeri ( keADILan ).

Bagaimanapun, katanya pihaknya akan hanya boleh bertindak sekiranya laporan polis dibuat pihak terbabit.

Kejadian berlaku petang Selasa lalu apabila dua daripada lima AJK Biro Politik AMK negeri telah dihubungi Fairus mengugut mereka agar membatalkan hasrat menghantar memorandun kepadanya, sebaliknya mereka diarahkan hanya menghantar kepada dua exco lain.

Memorandum berkenaan mengandungi cadangan dan pandangan dari pihak AMK bagi membantu ketiga-tiga exco berkenaan untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Mereka hanya berjaya menemui Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Kassim dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang. Fairus gagal ditemui kerana tidak hadir bertugas pada hari tersebut.

Alahai…. telah menyiarkan kejadian tersebut dalam siri 23, Khamis lalu.

Fairus bagaimanapun menafikan dia berbuat demikian dalam beberapa akhbar hari ini.

“Semuanya adalah tuduhan liar dan jahat untuk menjatuhkan saya,” ujarnya dipetik berkata.

Beliau turut membidas akhbar berkenaan kerana menyiarkan berita tersebut tanpa pengesahan daripadanya terelbih dahulu.

Sementara itu seorang bekas pegawainya berkata Fairus bersikap pengecut dan tidak bertangungjawab.

“Fairus pengecut dan dasar talam 80 muka. Kata (ugut) nak pengal (kepala) , selepas itu nafi,” ujarnya marah.

Sementara itu salah seorang Exco AMK yang dihubungi berkata, pihaknya tidak menafikan berlaku kejadian ugut oleh Fairus.

“AMK tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menafikan kejadian itu berlaku,” jelasnya.

AMK tambahnya akan mengadakan mesyuarat khas berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
.

PKR not replacing Fairus as DCM

Athi Veeranggan ( Malaysiakini)

PKR is not replacing its embattled state deputy chief minister Mohamad Fairus Khairuddin, party de facto leader Anwar Ibrahim said today.

“We're not replacing him or anyone in the Pakatan government,” he told newsmen after attending a local futsal tournament in Seberang Jaya, Penang.

The PKR supremo was responding to a report in a blog claiming that a delegation of several former staff from Fairus’ office have met and urged Anwar to sack him from the Penang government and replace him with someone more competent.

“Anyone can meet me and air their views and opinions. But that does not mean I agree with them. There is not going to be any changes,” he said when asked whether Fairus would be replaced.

Anwar’s assurance is a timely boost to the embattled Mohamad Fairus, who has been a target for several blogs, believed to be tacitly supported by several state PKR leaders.

The blogs have attacked Fairus constantly with various allegations of under-performance since he assumed office as Penang DCM after the March general election.

Two weeks ago, Anwar gave Fairus and his rival Abdul Malik a stern tongue lashing to end their quarrel and learn to work together for the betterment of the party and state government.

PKR state chief Mohd Zahrain Mohamed Hashim, the Bayan Baru MP, is said to be backing Abdul Malik in this power tussle within the fledgling Pakatan state government.

Memo for all three PKR councillors

A recent posting in a blog also alleged that Mohammad Fairus had refused to meet and received a memorandum from a five-man delegation from state PKR youth movement. It is said that the memorandum was a call on Fairus to resign gracefully from his position as Chief Minister Lim Guan Eng’s number two.

However, when contacted, the movement's acting chief Ong Chin Wen rubbished the portal mail, and denied that the youth wing has called on Fairus to step down.

He revealed that it was a general memorandum meant for all three PKR executive councillors in the state government.

Besides Penanti assemblyperson Fairus, Abdul Malik Abul Kassim (Batu Maung) and Law Choo Kiang (Bukit Tambun) are other two executive councillors.

According to Ong, the memorandum highlighted on areas for improvement and brought up several outstanding contentious issues to the attention of the PKR executive councillors.

The memorandum also urged the trio to involve PKR youth leaders in their administration's decision-making process and policy implementation.

“We never called on Fairus or anyone to resign and make way for others,” he pointed out.
.

Sabtu, Disember 20, 2008

Deputy chief minister under fire over 'beheading' remark

New Straits Times

NST :20 Dis- Deputy Chief Minister Mohammad Fairus Khairuddin has allegedly threatened to "behead" several Parti Keadilan Rakyat (PKR) Youth chiefs in the state.

The Penanti assemblyman was said to have issued the threat following the group's plan to meet him on Tuesday to hand him a memorandum.

The New Straits Times learnt that the memorandum contains suggestions and views to help PKR state executive council members to improve their performance.

A PKR division Youth head, who spoke on condition of anonymity, described Fairus' action in threatening him and his counterparts as "extreme". He said such actions had affected Fairus' image as the state's second man.

He said the deputy chief minister called him several times and threatened to chop off his head as well as the heads of others if they handed in the memorandum.
The Youth head said the incident happened on Tuesday when he and several party exco members were on their way to hand over the memorandum to three state executive council members from the party.

They are state Domestic Trade and Consumer Affairs Committee chairman Abdul Malik Abul Kasim, state Agriculture and Agro-based Industry Committee chairman Law Choo Kiang and Fairus.

Elaborating, the division Youth head said although he had explained the contents of the memorandum to Fairus, the latter was adamant that he would not receive it and said it would suffice if the memorandum was just handed to Malik and Law.

Fairus could not be reached for comments.

Sumber asal : http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/National/2433041/Article/index_html

Jumaat, Disember 19, 2008

Siri 24 : AWAS : ‘Sim card’ telefon Anwar pun diklon kata Fairus

.
AMARAN KERAS KEPADA SEMUA PIMPINAN - Jangan terkejut jika selepas ini semua ‘sim card' telefon pimpinan kerajaan atau parti akan diklon pihak-pihak tertentu, bertujuan untuk memburuk-buruk pemimpin berkenaan.

Justeru semua pimpinan wajib mengambil langkah berjaga-jaga agar ‘sim card’ mereka terselamat daripada diklon pihak tertentu.

Ini kerana perkara itu telah ‘dikesan berlaku’ bukan sahaja kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, bahkan kepada Anwar Ibrahim.

Sindiket mengklon ‘sim card’ telefon pimpinan tersebut telah didedahkan oleh Mohammad Fairus Khairuddin baru-baru ini.

Ketika cuba membela dirinya , konon dia difitnah pihak-pihak tertentu yang cemburu dan iri hati terhadapnya, Fairus berkata semua mesej pesanan ringkas ( SMS ) yang tersebar membabitkan dirinya selama ini semuanya palsu-diklon.

“Saya pernah menerima SMS daripada Anwar, tetapi apabila saya menelefon balik, Anwar menafikan menghantar SMS tersebut.

Itu bukti ‘sim card’ telefon Anwar pun telah diklon,” jelasnya kepada Exco AMK pusat Amizudin Ahmat.

Fairus kini dalam usaha ‘membersihkan’ imej dirinya yang jatuh merudum setelah banyak pihak mulai sedar tentang tipu muslihatnya selama ini.

Menurut Amizudin, dia telah mencadangkan kepada Fairus agar membuat laporan polis dan menyaman pihak-pihak berkenaan sekiranya benar dia difitnah.

“Buat macam Anwar, kerana difitnah Datuk Seri saman Saiful, berani kerana benar,” cadang Amizudin.

Bagaimanapun Fairus menolak cadangan tersebut.

“Tidak perlu 'report' polis, saya ada cara sendiri bagaimana nak selesai masalah ini, jangan duk ajar saya,” katanya yang menghubungi Amizudin semalam.

Fairus tetap menegakkan benang basahnya, bahawa dia difitnah dan dianiaya pihak tertentu.

“Bagaimana YB kata SMS tu fitnah, saya sendiri dah tengok dokumen yang menunjukkan YB menerima puluhan ribu ringgit yang dimasukkan dalam akaun persendirian YB ?” jelas Amizudin.

“ Haaah… yang tu, duit tu saya pinjam, tahun depan saya nak bayar balik la,” jelas Fairus.

Blog ini pada siri 13 pernah mendedahkan SMS Fairus kepada seseorang untuk meminta dana peribadi.

Fairus bagaimanapun untuk mempertahankan dirinya mendakwa SMS tersebut bukan daripadanya sebaliknya ‘sim card’ telefonnya telah diklon .

Antara butiran SMS tersebut :

Askum, I need your kindly assistance, I need to use some 20K for a specific purposes.Pls assist.

I’m giving u my maybank acc:164016986970. Saya la ni berada di China. Saya amat berharap bantuan utk depositkan ke dlm acc tu hari ni atau esok. Tlg reply ye.

Ekoran daripada perbualan dengan Amizudin yang sedikit sebanyak membongkar wajah sebenarnya, Fairus bergegas menghubungi pihak-pihak berkenaan, kononnya untuk urusan membayar semula ‘hutangnya’ itu.

Bagaimanapun panggilannya itu tidak dilayan.

Mendapat tahu Fairus semakin gelabah, Amizudin lantas menghantar SMS berikut kepada TKM 1 itu :

X payah gelabah dok tel koprat…kalau semua tu fitnah saman saja. Berani kerana benar.

Sebelum itu, Fairus ada menghantar SMS berikut kepada Amizudin.

019-6237300 : Kenapa tak jwb call saya ? Saya menganggap Din sebagai seorg sdr & sahabat tapi sekrg ni Din seolah2 bersikap semcm memusuhi saya ? Kerapkali la ni percakapan Din pd saya begitu sinis. Tadi pun saya dah jelaskan semuanya. Saya harap jgn mudah dengar kata org & terus buat kesimpulan. Kita perkuat sesama kita utk terus berjuang.

Ini jawapan SMS Amizudin :

016-4695343 : Salam…SMS ni ( di atas ) klon agaknya.. La semua bleh klon.
.

Khamis, Disember 18, 2008

Siri 23 – Fairus mengamuk ugut pengal kepala exco AMK P.Pinang

Benarlah telahan kami Mohammad Fairus Khairuddin (foto kiri) menghidapi masalah mental kronik yang perlu rawatan segera.

Apa tidaknya, TKM 1 itu mengugut akan memengal kepala Exco Angkatan Muda (AMK) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan hasrat menghantar memorandum kepadanya.

Dia telefon saya mengugut akan parang kepala kami seorang demi seorang sekiranya kami meneruskan hajat untuk menghantar memorandum kepadanya,” tegas seorang Ketua AMK Bahagian.

Sementara itu, temannya yang juga ketua AMK bahagian turut menerima ugutan yang sama.

“Dia menefon saya lebih daripada enam kali. Dia marah-marah sambil ugut akan potong kepala kami,” ceritanya.

“Biarpun saya telah memberi penjelasan, dia masih bertegas enggan menerima sebarang memorandum sebaliknya mahu AMK hanya menghantar kepada dua exco lain,” katanya.

Jelasnya kejadian berlaku pada Selasa petang, ketika dia dan beberapa AJK Biro Politik AMK negeri dalam perjalanan untuk menyampaikan memorandum berupa cadangan dan pandangan bagi membantu tiga exco kerajaan negeri (keADILan) meningkatkan prestasi dan tugas mereka.

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menemui Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Kassim ( foto kiri-Malik sedang meneliti memo sambil diperhatikan Pemangku Ketua AMK-YB Ong Chee Wen ) dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang. ( foto bawah- Lau berlapang dada menerima kunjungan AMK)

Seorang lagi exco, Fairus gagal ditemui kerana tidak hadir bertugas pada hari tersebut. Kami difahamkan dia ‘sakit perut’ lagi.

Rombongan AMK berkenaan diketuai pemangku Ketuanya YB Ong Chee Wen.

Berita pertemuan penuh mesra bagi membincangkan isu dan masalah rakyat Pulau Pinang itu telah disiarkan di laman rasmi AMK P.Pinang. ( http://amkpenang.wordpress.com/ ).

Sebelum itu, sebuah laman web ( kononnya laman reformasi ? ) melaporkan kononnya pertemuan itu satu konspirasi yang didalangi pihak tertentu untuk menjatuhkan Fairus.


Salah seorang exco AMK menjelaskan, kedua-dua exco yang ditemui memberikan kerjasama dan respon positif.

“Mereka berlapang dada, malah mahu AMK bertindak lebih aktif mengkritik mereka di samping menyumbang idea bernas bagi kepentingan rakyat Pulau Pinang,” ujarnya.

Sementara itu, kami difahamkan sehingga petang tadi ( Rabu) Fairus masih menghubungi beberapa exco dan mengugut mereka, antaranya Ketua AMK Permatang Pauh Amir Ghazali dan Bayan Baru Azrizal Tahir.

Seorang exco AMK pusat menganggap Fairus semakin melampau dan tindakannya itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang waras, lebih-lebih lagi berjawatan TKM 1.

“AMK memandang serius perbuatan Fairus dan tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan polis terhadapnya selepas ini,” katanya.
.

Rabu, Disember 17, 2008

Siri 22 : Fairus dedah 'rahsianya'

.
Akhirnya Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin mendedahkan rahsianya yang kerap kali keluar dewan semasa sidang DUN P.Pinang berlangsung.

“Memang betul saya selalu keluar ( sidang dewan ), tapi itu adalah strategi saya untuk mengetahui siapa mereka yang suka mengata ( memburukkan ) saya bila saya tidak ada dalam dewan,

“Selepas itu pada sidang DUN akan datang, saya akan hentam mereka sampai TKO,” ujarnya.

Perkara itu didedahkannya semasa menyampaikan ucapan kepada orang ramai di Dewan JKKK Bukit Tambun, baru-baru ini.

Tindakan Fairus yang kerap menghilangkan diri semasa sesi perbahasan sidang DUN menjadi bualan orang ramai.

Pada sesi sidang lalu, dia menghilangkan diri dengan alasan ‘sakit perut’ sebaik tiba gilirannya untuk menjawab soalan bertulis.

Ekoran itu Ketua Menteri Lim Guan Eng terpaksa mengarahkan exco lain untuk menjawabnya. Sidang itu disiarkan secara langsung melalui internet.

Sidang DUN lalu juga menyaksikan Adun BN Pulau Betong Mohamad Farid Saad menggesa Fairus meletakkan jawatan kerana gagal melaksana tugas selain menipu dewan dalam jawapan lisan pada sidang Dun sebelum itu.

Sidang yang berlangsung dari 13 November sehingga 20 November lalu turut memperlihatkan TKM 1 itu langsung tidak menyertai perbahasan, biarpun pembangkang melontar pelbagai isu yang membabitkannya.

Pada sesi penggulungan, Fairus juga langsung tidak menyentuh dan merungkai pelbagai soalan yang dibangkitkan pembangkang.
.

Selasa, Disember 16, 2008

Siri 21 : Lagi dua pegawai Fairus tarik diri

.
Selepas setengah dozen pegawainya meletakkan jawatan baru-baru ini, kini dua pegawai sukarelanya pula ikut serta, salah seorang ialah penasihat undang-undang peribadinya.

Rosni Abdul Rashid dan seorang peguam yang enggan dikenali memberikan alasan yang sama - masalah sikap Fairus, membuatkan mereka menarik diri dari membantu Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu.

Difahamkan kedua-dua mereka membantu Fairus secara sukarela sejak beberapa bulan lalu.

Dengan perkembangan ini, sehingga kini telah lapan pegawai Fairus sama ada meletak jawatan atau menarik diri daripada bertugas dengan ‘pemimpin’ muda itu.

Fairus, menurut sumber cuba memujuk kedua-duanya tetapi mereka menolak dengan baik.

Bahkan jelas sumber itu lagi, Rosni telah dipujuk dengan janji untuk diberikan gaji bulanan.

Sementara itu, pegawai khasnya Rezal Huzairi dan setiausaha akhbar Farid Wajdi telahpun memulakan cuti mereka bermula semalam-15 Disember.

Kedua-dua mereka antara enam pegawai Fairus, membabitkan setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas telah meletakkan jawatan dalam tempoh sembilan bulan Pakatan Rakyat menerajui Pulau Pinang.

Mereka memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.

Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

Malah seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.

Dalam kenyataan balasnya kepada Malaysiakini, Fairus menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.
.

Ahad, Disember 14, 2008

Siri 20 : Fairus cadang tubuh skuad berkuda

Malaysiakini
Pasukan unik yang bakal ditubuhkan ini mungkin satu-satunya di Malaysia, kalaupun bukan pertama dalam dunia.

Idea ‘bernas’ ini dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Mohammad Fairus Khairuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Fairus bercadang menubuhkan skuad berkuda yang dianggotai Angkatan Muda keADILan (AMK) dan Wanita keADILan Permatang Pauh untuk kegunaan beliau dan sayap parti berkenaan ketika mereka meninjau dan menziarahi golongan miskin di kampung-kampung.

Jelasnya selain memudahkan usaha melawat dan membantu golongan fakir, penubuhan skuad berkenaan akan turut membantu menaikkan imej keADILan di mata khalayak.

“Orang ramai pastinya akan rasa terpukau apabila melihat kita melawat kawasan dengan menunggang kuda, yang secara tidak langsung akan menaikkan imej parti,” ujarnya.

Berucap pada majlis perasmian Ekspo Usahawan dan Sukan Rakyat, di Mengkuang Titi, Sabtu, Fairus berkata skuad berkenaan juga selari dengan hasrat polis Pulau Pinang yang bercadang menubuhkan unit berkuda mereka.

Saya juga telah lama ‘mencari’ motosikal untuk kegunaan saya melawat kampung, tetapi hingga sekarang belum jumpa, jadi penubuhan skuad berkuda ini rasanya lebih sesuai,” jelasnya kepada kira-kira 30 hadirin yang hadir.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah peruntukan atau sumber kewangan bagi menjayakan hasrat tersebut.

Pada majlis tersebut, Fairus berjanji akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mengkuang pada tahun depan.

Selain itu, beliau berjanji akan melebarkan Sungai Mengkuang dalam masa tiga bulan bagi mengatasi masalah yang banjir sering melanda penduduk sekitar setiap kali hujan lebat.

Fairus turut mendakwa berjaya membawa masuk pelaburan asing berjumlah RM 8 juta hasil lawatannya ke China bersama rombongan kerajaan negeri yang diketuai Ketua Menteri Lim Guan Eng baru-baru ini.

Seorang peserta ekspo yang ditinjau pendapatnya berkata, Fairus mungkin cuba meniru idea-idea mengarut seperti mana pernah diutarakan oleh Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Junid.

“Ingat idea-idea mengarut Sanusi yang menghabiskan wang Kerajaan Negeri Kedah dahulu ?” soalnya.

“Apa jadi dengan projek tanam padi atas bumbung, pusat penyembelihan korban, pertandingan mencabut uban, main bola di kawasan masjid, kampung buku di Lubuk Sembilang ?” katanya.

Alahai sebelum ini pernah menyiarkan ‘berita-berita pelik’ Fairus pernah mendakwa dia pernah ditembak sebanyak 16 das peluru dan Anwar sedang menyiapkan dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas PR mengambil alih kerajaan pusat.
.

Khamis, Disember 11, 2008

Siri 19: Bukan setakat berjabat tangan, Anwar dan Arif berpeluk bersentuh pipi

.
Apa yang menariknya apabila Anwar Ibrahim berbalas senyuman dan berjabat tangan dengan Arif Shah Omar Shah, Adun BN Seberang Jaya ketika mereka terserempak pada majlis kenduri kurban anjuran keADILan Permatang Pauh di surau Permatang Rawa, Isnin lalu ?

Dalam politik peristiwa itu boleh ditafsir dari pelbagai sudut. Lebih-lebih lagi ketika ini angin bertiup kencang Arif akan menyertai keADILan.

Menurut saksi kejadian, laporan media kurang tepat. Katanya Anwar dan Arif bukan sekadar berjabat tangan, bahkan berpelukan, berlaga pipi ala Arab.

Saya tengok dengan mata kepala saya sendiri, mereka berpelukan berlaga pipi macam tok Arab bila bertemu sahabat, ramai saksi lain ketika itu,” katanya bersungguh-sungguh.

Ketika itu jelasnya tiada wartawan, mereka hanya datang kemudian.

“Jadi tidak ada sebarang foto, kejadian berlaku terlalu pantas,” ujarnya.

Saksi berkenaan antara mereka yang mengiringi rombongan Anwar menghadiri majlis kenduri korban di sekitar Permatang Pauh.

Selainnya Timbalan Ketua Bahagian keADILan Permatang Pauh Che Mat Hashim turut mengesahkan kejadian tersebut.

“Saya juga nampak Datuk Seri (Anwar) dan Arif berpelukan sebagai seorang sahabat,” ujarnya ketika dihubungi.

Kenduri di Permatang Rawa salah satu destinasi kunjungan Anwar yang menyumbangkan lapan ekor lembu untuk majlis korban di parlimen Permatang Pauh pada tahun ini.

Rombongan Anwar tambahnya tiba kira-kira jam 2.00 petang. Arif dan rombongan telah tiba lebih awal.

“Arif agak terkejut bila melihat rombongan kami sampai, saya nampak mukanya berubah,” cerita sumber berkenaan.

Pertemuan itu katanya tidak dirancang, hanya secara kebetulan.

“Saya juga nampak ketika mereka berpeluk bersentuh pipi, Arif membisikkan sesuatu kepada Datuk Seri, tapi saya tidak pasti buah butirnya,” ujarnya.

Arif kemudiaannya bergegas meninggalkan majlis tanpa berbual panjang dengan Anwar.

Desas-desus kemasukan Arif yang juga bekas pesaing Anwar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh ke dalam keADILan semakin bertiup kencang.

Menurut sumber, Arif tidak dijanjikan sebarang jawatan jika menyertai parti itu. Bahkan, beliau juga dikatakan tidak meminta sebarang ‘imbuhan besar.’

Pemimpin de facto Anwar Ibrahim pernah membuat penafian berhubung isu ini, namun mengakui wakil parti ada berbincang dengan Arif.

“Arif hanya meminta jaminan, agar dia akan dikekalkan sebagai Adun sekurang-kurangnya sepenggal lagi,” ujar sumber itu.

Namun, tambah sumber itu lagi dia percaya pimpinan parti tidak akan mempersiakan pergorbanan Arif jika dia bersetuju meninggalkan Umno untuk menyertai keADILan.

“Kita tidak menolak kemungkinan, imbuhan lebih besar untuknya jika dia menyertai kita dalam masa terdekat,” ujarnya.

Difahamkan Arif telah menemui salah seorang Ahli MPT keADILan untuk berbincang soal lompat parti, sehari sebelum berlangsungnya kongres tahunan parti itu baru-baru ini.

Sehingga kini, Arif belum menafikan beliau akan menyertai keADILan.

Hanya Presiden Umno Abdullah Badawi dan Setiausaha Umno Pulau Pinang Azhar Ibrahim menafikan Arif akan meninggalkan Umno.

Untuk rekod, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim dipecat hanya kerana menghadiri kongres keADILan. Apakah Arif akan menerima nasib yang sama seperti Zaid ?

Kemasukan Arif nanti, kata sumber itu akan membantu pimpinan tertinggi keADILan mempercepatkan keputusan bagi menangani isu Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin.

“Fairus cukup gusar dengan perkembangan terbaru ini,” ujar sumber itu.
.

Rabu, Disember 10, 2008

Pemuda PAS ; Fairus sukar ditemui

.
Selepas 10 bulan Pakatan Rakyat merampas Pulau Pinang, Pemuda PAS negeri masih gagal bertemu secara rasmi dengan timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin walau telah berusaha beberapa kali, kata sumber dewan itu.

Lalu dewan itu menganggap pemimpin kerajaan Pulau Pinang itu tidak berminat berjumpa dengan barisan kepemimpinannya.

"Kita rasa malas (nak atur pertemuan lagi). Kita anggap (beliau) tak mahu jumpa," sumber itu memberitahu Malaysiakini, mengulas dakwaan wakil rakyat PKR itu "tidak cekap" sehingga mendorong beberapa pegawainya meletakkan jawatan.

Mohammad Fairus minggu lepas menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.

Kata sumber itu lagi, pertemuan Pemuda PAS dengan Mohammad Fairus yang juga exco agama negeri antara lain bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan hal-ehwal Islam dan kedudukan sosio-ekonomi serta pendidikan orang Melayu di negeri tersebut.

Walaupun mendapat maklum balas daripada pemimpin negeri itu melalui surat atau faksimili untuk berjumpa tetapi tiada tarikh khusus ditetapkan, kata sumber lagi.

Mohammad Fairus pernah sekali bersedia bertemu mereka tetapi dibatalkan oleh Dewan Pemuda PAS akibat masalah keluarga seorang pemimpinnya.

Barisan kepemimpinan Pemuda PAS negeri bagaimanapun tidak berselisih faham atau perkelahian dengan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, tambah sumber.

Pemuda PAS negeri tidak menafikan laporan media berhubung prestasi rendah PKR itu itu yang didakwa tidak cekap mentadbir, termasuk sering lambat menghadiri program dan mesyuarat.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, timbalan ketua menteri itu menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pemimpin PAS neger, termasuk Dewan Pemudanya.

Baca selanjutnya.

.

Siri 18 : Pegawai kerajaan akan bertemu Anwar

.
Sekumpulan pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang akan menemui pemimpin de facto Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu TKM 1 Mohammad Fairus Khairuddin.

Mereka dikatakan akan memberikan beberapa laporan dan pandangan berhubung prestasi kerja TKM 1 pada pertemuan yang dijangkakan dalam masa terdekat.

Menurut sumber pandangan berkecuali tersebut diperlukan bagi membantu pimpinan keADILan mengambil tindakan susulan berhubung isu berkenaan.

Sementara itu, laporan bertulis daripada bekas-bekas pegawai TKM 1 telahpun dihantar kepada Anwar. Beliau dikatakan sedang meneliti laporan tersebut secara serius yang diterimanya beberapa hari lalu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam sidang media kongres tahunan keADILan di Shah Alam baru-baru ini berkata beliau akan menerima sebarang keputusan dan cadangan daripada keADILan berhubung pertukaran jawatan TKM 1.

"Saya rasa perkara yang diutarakan ini adalah di bawah bidang kuasa PKR dan saya akan menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh PKR," katanya.
.

Selasa, Disember 09, 2008

Arif Shah at PKR’s Aidiladha feast

By Yeng Ai Chun, The Star

BUKIT MERTAJAM: Seberang Jaya assemblyman Datuk Arif Shah Omar Shah has set tongues wagging again after he was spotted at an Aidiladha kenduri (feast) organised by PKR here.

The Umno assemblyman was leaving the kenduri at Permatang Rawa near here when Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived with his entourage.

Also present was Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin, the man Arif Shah was rumoured to replace.

After exchanging smiles, both Anwar and Arif Shah shook hands.

When Arif Shah was asked to pose with Anwar for a picture, he declined saying that he was rushing to another kenduri.

”This is just a coincidence and not a planned meeting. I am just meeting up with my constituents,” he said.

Arif Shah explained that the chairman of the Permatang Rawa surau had invited him to the kenduri and he had no idea that the event was organised by PKR.

Asked if PKR was reaching out to Arif Shah, the PKR de facto leader said the party would reach out to the entire community.

He added that it was good of Arif Shah to come and it was the first time he was meeting Arif Shah after the Permatang Pauh by-election.

It has been rumoured that Arif Shah was being wooed by PKR to replace Mohammad Fairus as deputy Chief Minister but Anwar has denied that.

Earlier this month, Umno sacked former de facto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim for attending events organised by opposition parties.
.

Blogger jawab Fairus ....

.
Baru-baru ini dia keluarkan satu kenyataan mengena kepada YB Malik yang kononnya YB Malik ni mengarahkan dan bersekongkol dengan puak-puak UMNO untuk menjatuhkan dia dalam Kerajaan. Amboi ni kira keras punya tuduhan,saya rasa YB Malik patut saman dia pulak sebab membuat fitnah dan kata-kata karut lagi mengarut...

Baca seterusnya di SINI

Aduan yang aku terima dulu dan sekarang masih sama, tak berubah, sikit pun tak berubah malah melalui perbualan dengan sahabat-sahabat dari Pulau Pinang masa Kongres PKR di Shah Alam tempohari rasanya masalah dah makin berat.

Baca seterusnya di SINI

TKM MAT FAIRUZ oii,kalau tak boleh nak nak tanggung segala beban kerja,letak jawatan.jangan malukan PAKATAN RAKYAT.ikhlas ke tidak hang ni…………………………………..

Baca seterusnya di SINI

Antara respon-respon yang des dapat...

"Aku tak taulah apa nak jadi dengan budak ni, pukul 10 pagi aku tengok dok ada kat rumah lagi, bila yang dia pi kerja pun tak tau.."

"Ntah la, dah berapa kali tunda program pasai dia ni, kejap jadi mai, kejap tak jadi mai"

"Lain kali nak rasmi apa-apa, jangan paggil dia lagi la, susah sangat nak confirm..."

Baca seterusnya di SINI
.

Isnin, Disember 08, 2008

End it now, Anwar tells duo

Athi Veranggan ( Malaysiakini)

Two feuding PKR leaders in Penang were at the receiving end of a stern tongue-lashing from a furious Anwar Ibrahim at a private meeting on Saturday.

The party supremo has given the duo – Deputy Chief Minister Mohammad Fairus Khairuddin and executive councillor Abdul Malik Abul Kassim – an ultimatum to bury their hatchet.

Otherwise, the duo has been warned of drastic actions that would see both leaders packed off from the Chief Minister Lim Guan Eng’s state cabinet.

Both incurred the wrath of the PKR leader as their bitter squabble was tearing apart state PKR and disrupting the smooth operations of Lim's government of late.

The dressing down took place in Anwar's hotel room after he had delivered a keynote address at the two-day international conference entitled 'The New Economic Vision for Penang and Malaysia' in Georgetown yesterday.

"The boss (Anwar) told them to set aside their differences and end their quarrel once and for all. Otherwise, he would not hesitate to replace them," said a Pakatan leader.

PKR has nine assemblypersons in Penang legislative assembly, including three in state executive council.

Mohammad Fairus is charge of religious affairs, entrepreneurial and cooperative development, information and community relations, while Batu Maung's Abdul Malik is charge of domestic trade and consumer affairs.

Bukit Tambun elected representative Law Choo Kiang is the third PKR executive councillor in charge of agriculture and agro-based industry, rural development and flood mitigation portfolios.

Other PKR state assemblypersons are Jason Ong (Kebun Bunga), VS Raveenthran (Batu Uban), Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak), Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Maktar Shapee (Sungai Bakap) and Tan Hock Leong (Machang Bubok), who is also the assembly deputy speaker.

Abdul Malik Came Out Worse

It's learnt Abdul Malik came out worse from Anwar's 40-minute dressing down.

Anwar, the Pakatan Rakyat de facto leader, was particularly irked by the tacit character assassination campaign carried out aggressively in certain blog sites against Fairus since he was appointed as Lim's number two.

Sources said the PKR supremo's internal probe unearthed evidence that Abdul Malik was the mastermind behind the internal plot to topple the 33-year-old Fairus.

"It is not difficult to identify the mastermind given that Abdul Malik is the most likely person to benefit directly from an imminent Fairus exit," said a state PKR leader.

Malaysiakini reported on Saturday that a PKR state leader, said to be driven by jealousy, hatched the plan to oust Fairus after he was appointed deputy chief minister.

Sources indicated that the PKR leader has engaged bloggers and even conspired with certain local Umno leaders to topple Fairus from the coveted position.

After Pakatan stormed to power on March 8 general election, Abdul Malik was widely speculated to be picked as Lim's deputy. But Anwar chose Fairus instead.

Since then, Fairus has been in the limelight for all the wrong reasons, with speculations were rife that Anwar was fed up with him and on the verge of removing him from the state’s No 2 post.

Fairus Often Late To Work

Anwar closed-door rebuke on Fairus’ alleged under performance and his frequent coming late to work, and at times absenteeism from functions without valid reasons, were widely reported in certain blogs.

Anwar was piqued that a PKR leader had conspired with certain Umno assemblypersons, such as Seberang Jaya's Arif Shah Omar Shah and Pulau Betong's Muhamad Farid Saad, to attack the embattled Fairus.

During last month's assembly sitting, Muhamad Farid has called on Fairus to step down, chiding him for incompetence, while Arif Shah recently created a furore after he said Anwar had offered the deputy chief minister’s post to lure him to PKR. This was however denied by Anwar.

Fairus too did not escape Anwar's fury. The deputy chief minister was warned to buck up to avert providing ammunition to his detractors.

When contacted, Fairus confirmed that Anwar had a private meeting with the duo, but declined to deliberate.

"The issue is closed. I'm sorry that there is no more news about me for the media to sensationalise," he told Malaysiakini with a broad smile.

Abdul Malik, on the other hand, declined comment on the subject.

"I don't know anything about Fairus issue," he quipped.
.

Ahad, Disember 07, 2008

Siri 17 : Fairus ugut ‘huru-hara’ keADILan


PERMATANG PAUH
: Mohammad Fairus Khairuddin mengugut akan ‘menghuru-harakan’ keADILan sekiranya parti itu mencadangkan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng agar memecatnya daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

“Saya akan membongkar dan mendedahkan kepada umum (kononnya) segala penyelewengan parti, jika saya dipecat,” Fairus dipetik berkata.

Perkara itu dimaklumkan ADUN Penanti berkenaan pada pertemuan tertutup dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Wanita keADILan Permatang Pauh pada 4 Disember lalu.

Pertemuan di rumah wakil peribadi Presiden Keadilan Hajah Che Wa Harun, di Tanah Liat di sini, turut dihadiri Ketua Wanita Permatang Pauh, Khatijah Yahya.

Menurut sumber pertemuaan bermula kira-kira 8.00 malam dan berakhir 12.00 malam.

Difahamkan pertemuan itu diadakan sebagai strategi Fairus untuk meraih sokongan akar umbi sekiranya dia dipecat berikutan desakan pelbagai pihak yang mahukan dia meletak jawatan.

Selain mengungkit pengorbanannya kepada parti selama ini, Fairus turut melahirkan rasa kecewa dengan beberapa tindakan Anwar Ibrahim terhadapnya.

Fairus jelas sumber itu turut mengula-gula wanita bahagian dengan beberapa janji manis untuk membantu mereka.

Menurut sumber Fairus juga mendakwa Angkatan Muda Negeri (AMK) bersedia pertahankannya sekiranya parti itu mengambil tindakan ke atasnya.

Bagaimanapun seorang ahli jawatankuasa AMK yang dihubungi menafikan perkara itu.

“AMK negeri dalam proses akhir untuk menghantar memorandum kepada TKM 1 berupa amaran keras agar beliau meningkatkan prestasi kerjanya. Kami memberi tempoh kepada beliau sehingga 31 Disember depan,” jelasnya.

Tambah AJK berkenaan sekiranya Fairus tidak mengendahkan amaran keras itu, pihaknya akan menyusul dengan memorandum mendesaknya meletak jawatan.

Salah seorang bekas pegawainya ketika diminta komennya berkata, sekiranya Fairus bertindak demikian para bekas pegawainya akan bertindak balas.

"Kami dalam cadangan menubuhkan 'team bekas pegawai TKM 1' yang akan membantu pimpinan parti menjelaskan kepada rakyat kedudukan sebenar sekiranya Fairus ditukar," ujarnya.

Seorang penganalisis politik berpendapat pemecatan Fairus tidak akan menganggu gugat kestabilan dan kekuatan parti.

“Berbanding dengan kehebatan Ezam, apalah sangat pengaruh Fairus, cuba kita lihat apa yang terjadi kepada Ezam akhirnya.”

Ditanya kemungkinan Fairus akan menyertai Umno, dia berkata ‘lagi senang kerja kita untuk jelaskan kepada rakyat.”
.

Jumaat, Disember 05, 2008

Komen Para Blogger Tentang Fairus


"Oleh kerana masalah nampaknya dah makin berat (ni bukan tahap berat dah tapi dah jadi parah) maka aku syorkan supaya diwujudkan 1 desakan bersepadu dari semua tak kira hangpa orang Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional supaya Ketua Menteri Lim Guan Eng memecat Fairus dari jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dengan kadar SEGERA..!" - Perisik Rakyat

Baca selanjut di SINI , di SINI atau di SINI

.

Khamis, Disember 04, 2008

6 pegawai timb KM P. Pinang letak jawatan

Oleh Rahmah Ghazali ( Malaysiakini)

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sekali lagi menjadi perhatian apabila setengah dozen pegawainya meletakkan jawatan – terakhir Isnin lalu – dengan alasan tidak sehaluan dan tidak boleh bekerjasama dengan wakil rakyat PKR itu.

Keenam-enam mereka termasuk setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.

Mohammad Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

Seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, malah meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohammad Fairus menangkis tuduhan-tuduhan terhadap beliau serta mendakwa tiada masalah dengan pasukan pentadbiran negeri.

Wakil rakyat Penanti itu menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.

Baca berita penuh

Siri 16 : Gara-gara Alahai….wartawan Malaysiakini kena herdik Fairus

Seorang wartawan Malaysiakini diherdik Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin gara-gara cuba mendapatkan pengesahan maklumat di blog Alahai…Fairus TKM 1 Penang, tengah hari tadi.

Ramlah Ghazali dikatakan menghubungi Fairus bagi mendapatkan komen beliau berhubung perletakan jawatan enam pegawainya sepertimana dilapor blog berkenaan.

Sebaik dimaklumkan tujuannya Fairus melenting apabila wartawan berkenaan merujuk blog tersebut sebagai sumber maklumatnya.

“Mengapa rujuk blog fitnah itu, semua maklumat dalam itu fitnah,” Fairus dipetik sebagai berkata.

Fairus juga, menurut sumber meninggikan suaranya kerana wartawan berkenaan lebih menumpukan berita ‘sensasi’ tersebut berbanding melaporkan berita kegiatannya.

Menurut Fairus dia kini diserang banyak pihak termasuk blog yang antinya. Ada pihak-pihak tertentu katanya cemburukannya dan berkehendakkan jawatannya.

Akhbar Siasah sebelum ini turut diugut akan disaman, kononnya kerana menyiarkan komentar fitnah yang mengkritik dirinya.

Bagaimanapun semenjak September lalu, difahamkan akhbar berkenaan masih menunggu surat saman daripada beliau.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Adun BN Pulau Betong Farid Saad menggesa Fairus meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugas sebagai TKM 1 selain menipu dewan pada jawapan lisannya pada sidang Dun sebelum itu.

Oktober lalu seramai 13 ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) telah mendesak Fairus meletakkan jawatan sebagai Presiden persatuan itu kerana beliau gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

Selepas mengambilalih jawatan Presiden daripada Tan Sri Koh Tsu Koon April lalu, Fairus dikatakan tidak pernah hadir mesyuarat majlis FAP.

Akibatnya semua perancangan FAP untuk membangunkan mutu bola sepak negeri itu terbantut. Lebih parah FAP gagal mendapatkan dana untuk melangsaikan hutang tetunggak para pemainnya yang telah melebihi enam bulan.

Fairus kemudiaan akur dan meletak jawatan.

Sementara pengendali blog Alahai ketika diminta komennya berkata, Fairus boleh membuat laporan polis untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terbukti blog berkenaan menabur fitnah.

“Dia boleh senaraikan mana satu laporan Alahai daripada siri 1 sehingga siri 15, yang menfitnah dirinya. Berita enam pegawai dah cabut kerana tidak tahan bekerja dengan ‘pemimpin’ yang mempunyai ‘attitude problem’ dan tidak pernah mahu muhasabah diri, tepat dan berasas,” tegasnya.

Ataupun kata pengendali blog Alahai… Fairus boleh setidak-tidaknya pun menafikan berita yang disiarkan sama ada melalui media ataupun blognya sendiri.

“Pada ketika itu kita boleh bandingkan maklumat siapa palsu, maklumat siapa fitnah, siapa berkata benar, siapa bersumpah palsu,” ujarnya.

Ingat Fairus tegasnya jangan sampai termakan sumpah, bayangkan wajah emak di kampung, isteri dan anak-anak di Taman Guar Perahu.

“Nanti malu boleh, sakitpun boleh,” ujarnya.


Siri 15 – Fairus gelabah rayu pegawai jangan berhenti

Pesan orang tua-tua :

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kerana mulut santan binasa, apabila nasi menjadi bubur, menyesal pun tidak berguna.”

Si budak Fairus kini dalam keadaan begitu tertekan bila seorang demi seorang pegawainya meletak jawatan. Sehingga kini enam orang telah meninggalkannya terkontang kanting.

“Saya terkejut semalam semasa saya jumpa YB, saya lihat muka dia betul-betul serabut,” jelas sumber kepada Alahai.

Selain serabut dengan ura-ura jawatannya bakal bertukar tangan sedikit masa lagi, dia juga bengang dengan Alahai..Fairus yang terus memaparkan kebobrokannya yang selama ini tidak diketahui khalayak.

Khabarnya si budak Fairus sedang berusaha mendapatkan pakar IT untuk ‘hackAlahai…Fairus.

Suatu ketika dulu dia mendabik dada katanya jika seorang pegawainya pergi seribu datang mengganti. Tapi kini, seribu dah pergi, seorangpun sukar diganti !

Kedua-dua pegawainya kini, Rezal Huzairi dan Farid Wajdi juga bertekad, biar segunung emas dihulur sekalipun, mereka tetap dengan keputusan muktamad-berhenti.

Si budak Fairus dikatakan merayu-rayu kedua-duanya menarik balik hasrat mereka.

Rezal akan bertukar ke Kuala Lumpur, bertugas sebagai Penolong Setiausaha Pengelola PKR Pusat. Sebelum ini dia adalah Setiausaha Kerja PKR Pulau Pinang dan merupakan Setiausaha Kerja PKR terbaik di Malaysia.

Dia mula berkhidmat pada bulanMei lalu bagi membantu melicinkan tugas-tugas TKM 1.

Misinya seperti pegawai-pegawai sebelum ini adalah membantu membaiki dan meningkatkan prestasi si budak Fairus. Bagaimanapun dia juga hampa apabila si budak Fairus hilang kepercayaan kepadanya apabila dituduh membocorkan maklumat kebobrokannya kepada Anwar.

Si budak Fairus, tidak tahu Anwar juga sebenarnya mempunyai rangkaian ‘intelegent’ bagi memantau pergerakannya.

Si budak Fairus dikatakan begitu bengang apabila setiap pergerakan dan tindak tanduknya diketahui oleh Anwar. Daripada sebesar-besar sehingga sekecil tingkah laku negatifnya diketahui Anwar.

Daripada tidur dalam mesyuarat sehingga mengemis wang semuanya dalam pengetahuan Anwar. Mereka yang bersekongkol dengan si budak Fairus pun diketahui Anwar. Pimpinan malah ketua-ketua bahagian dan Adun PKR yang mempertahankan si budak Fairus pun senarainya dalam simpanan Anwar.

Tidak dinafikan ada Adun PKR yang begitu taksub dengan si budak Fairus, sehinggakan poster-poster si budak Fairus memenuhi setiap inci pusat khidmatnya. Sebenarnya Adun berkenaan termakan putar belit si budak Fairus, kononnya dirinya teraniaya dan difitnah.

Setiausaha akhbarnya Farid Wajdi telah berhenti kerja serta merta dengan sebuah syarikat IT di Ibu Kota, semata-mata untuk berkhidmat dengan si budak Fairus bermula 18 Ogos lalu.

Dengan meninggalkan isteri dan anaknya di ibu kota, Farid datang dengan harapan menggunung.

Kerana termakan pujuk rayu si budak Fairus, rakannya di UIA, dia tiba tanpa usul periksa, tanpa selidik situasi sebenar di pejabat TKM 1, Farid kini akan pulang hampa.

Peristiwa si budak Fairus melengah-lengahkan permintaannya untuk melawat adiknya yang kemalangan di ibu kota seterusnya meninggal dunia baru-baru ini, tanpa dia di sisi memberi kesan mendalam dalam jiwanya- boss jenis apa ini ?

Si budak Fairus sudah gelabah, tidak mempercayai sesiapapun di sekelilingnya, hatta pegawai khasnya, Zainal Abidin.

Bagi Pengarah Kadun Penanti itu, si budak Fairus sifatkan ‘diluah mati emak, ditelan mati bapa,’ ini kerana penyokong akar umbi telah memberi amaran kepadanya “jika pecat abang Non (Zainal), kami akan berarak berdemontrasi depan rumah YB.”

Tapi jawabnya, “abang Non ok, rajin, banyak bantu saya di Penanti, cuma bila dia berkawan dengan Hazry dan Cikgu Zul, dia akan terpengaruh dengan depa.”
.

Rabu, Disember 03, 2008

Siri 14 : Empat pegawai Fairus letak jawatan,dua menyusul

KEMASKINI-Kesemua mereka memberikan alasan yang sama, “ aku tidak pernah jumpa manusia seteruk itu sikapnya, dia dah tidak boleh diselamatkan lagi ! ”

Kesimpulan tersebut dizahirkan oleh bekas-bekas pegawai TKM 1, yang terdiri daripada setiausaha sulit, politik, akhbar dan pegawai khas.

Jika prinsip “ikut suka aku, aku saja betul, orang lain semuanya salah” termasuklah Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah, hatta Lim Guan Eng sendiri, bagaimana kita hendak menilai sikap ‘pemimpin’ yang sebegini ?

Itu hanyalah secebis sikap ego tidak bertempat, bodoh sombong yang telah sebati dengan si budak Fairus yang tidak mungkin dapat diubati oleh mana-mana pihak, kecuali nyawanya direntap malaikat maut-Izrail.

Empat bekas pegawainya berkhidmat paling lama empat bulan dan paling cepat 10 hari adalah Sdr Hazry, Sdr. Zulkifli, Sdr. Shahrulazilan dan Sdr. Mohd Azim.

Sementara Sdr. Rezal Huzairi dan Sdr Farid Wajdi telah menghantar notis perletakan jawatan mereka berkuatkuasa 31 Disember depan. Kedua-dua mereka akan mula bercuti pada 15 Disember.

Ini bererti dalam masa lapan bulan Pakatan Rakyat memerintah TKM 1 kehilangan enam pegawai. Team Alahai telah menghubungi kesemua mereka baru-baru ini.

Dia kini hanya mempunyai seorang pegawai iaitu Sdr. Zainal Abidin. Si budak Fairus khabarnya kini sedang menggelabah mencari pengganti.

TKM 1 dan TKM 2 Pulau Pinang diperuntukan empat pegawai khas, berbanding hanya tiga bagi exco-exco lain.

Mengutip pengalaman bekas-bekas pegawainya, rasanya kami mampu menghasilkan sebuah novel bertajuk Alahai…Fairus Pengkhianat Rakyat !

Si budak Fairus menganggap para pegawai yang meninggalkannya telah mengkhianatinya dan tidak setia kepadanya. Maknanya kerana tidak mahu bersekongkol dengannya mengkhianati amanah rakyat, mereka semua dianggap musuhnya. Inilah mentaliti si budak Fairus.

Harus diingat, semua pegawai-pegawainya bukannya ‘Otak Umno’ atau ‘yes man’ yang akan mengangguk apa sahaja tindakan boss. Pada mereka yang salah tetap salah, yang benar tetap benarl.

Golongan profesional yang berkhidmat dengannya bukan golongan sokong membawa rebah. Mereka lebih mementingkan amanah rakyat yang memberikan kemenangan kepada PR dan bukannya mengutamakan kepentingan perut TKM 1.

Kalau telah enam orang pegawainya telah cabut, tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan TKM 1 ini...fikir fikirkan !

Contohnya ..boleh sesiapa bayangkan, sehingga ke saat ini, TKM 1 Pulau Pinang TIDAK PERNAH mengadakan mesyuarat bersama pegawai dan kakitangan pejabatnya !

Sebab itu, tidak hairanlah Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) menghantar surat mendesak dia meletak jawatan sebagai Presiden kerana selepas mengambil alih jawatan daripada Dr Koh Tsu Koon, April lepas, antara sebabnya kerana dia TIDAK PERNAH mengadakan mesyuarat FAP bagi menyelesaikan dan merancang program FAP.

Maknanya, kalau persatuanpun dia tak boleh handle, bagaimana hendak tadbir negeri !

Akhirnya bulan lepas dia dengan berat hati meletak jawatan, namun berbohong kepada rakyat, kononnya meletakkan jawatan kerana ingin menumpukan perhatian kepada pentadbiran negeri!

Jadi tidak hairanlah jika para pegawainya berkongsi perasaan 'nak mengaku sebagai pegawai TKM 1 pun kami malu.'

Kehadiran Sdr Azim seorang konsultan untuk membantunya sebagai Setiausaha Sulit pada 26 Oktober, tetapi kemudiaannya meletak jawatan pada 10 November lalu dianggap sebagai paku terakhir keranda TKM 1.

Untuk makluman, Sdr. Azim pernah berkhidmat dengan jutawan Datuk Ishak Ismail, bekas pengerusi KFC Holding (M) Berhad. Buah fikirannya biasanya diperlukan bagi menyelamatkan syarikat-syarikat yang nazak.

Namun dalam kes TKM 1, komen Azim, "aku tidak boleh buang masa, buang tenaga, buang duit, tidak nampak tanda-tanda dia mahu mengubah perangai buruknya."

Kita akan berkongsi pengalaman dengan kisah pegawai-pegawai berkenaan pada siri akan datang …..

Nota : Maklumat mutakhir- 'Penasihat undang-undang' (tidak rasmi) peguam Sdr Nasrul Omar bekas rakan kongsi Roslan Kassim, juga telah menarik diri daripada membantu TKM 1.
.

Saya kenal Fairus tahun 1994

Berikut kami siarkan respon pembaca Alahai..., sama-sama kita nilai !

Daripada Abuamin

Wah..syok baca blog ni.

Saya mula kenal Fairus tahun 1994, sama-sama satu 'batch matric' kat UIA. Dia budak HS. Dia ni nampak mesra, mudah senyum...tapi senyumannya tak masuk dlm hati saya...sebab rasa something.

Bila dia naik jadi jdi TKM1, saya terkejut gila ! Laa..mamat ni? Bior betul?

Semasa di UIA dia ni tak ramai kawan. Sebab? Dia ni mamat 'poyo'..skema tak tentu pasal...bila bercakap, nampak sangat nak tunjuk dia bagus...dia hebat...

Kalau dia ni jenis betul, mesti ramai orang nak kawan dia..ni tak, jalan selalu seorang-seorang. Jika berbual dengan 'sisters' cakap lembut 'giler'..macam tiada lidah..

Study dia, aku tak pasti. Tapi yang aku tahu, dia banyak kali gagal kertas Arab.
Itulah...kita leh nampak keikhlasan hati melalui wajah. Ni..tengok muka pun macam serabut. Tapi cakap macam bagus..

Entahlah..harap-harap mamat ni sedar, balik ke pangkal jalan, atau terima pembalasan sewajarnya...

.

Isnin, Disember 01, 2008

Siri 13 : Anwar bengang - perolehi bukti SMS, Fairus mengemis RM20 ribu

Pada 25 November lepas Anwar Ibrahim tergesa-gesa menelefon si budak Fairus yang berada di China, mengikuti rombongan perdagangan kerajaan negeri Pulau Pinang ke negara berkenaan yang diketuai Lim Guan Eng.

Mereka berlepas dari lapangan terbang Bayan Lepas awal pagi Isnin 24 November dan kembali tanah air pada 27 November, Khamis.

Mengapa Anwar tergesa-gesa terpaksa menelefon si budak Fairus ?

Semuanya gara-gara beliau menerima bukti SMS bahawa TKM 1 sedang mengemis RM 20 ribu untuk dirinya sendiri daripada pihak tertentu di Kuala Lumpur dan pihak berkenaan sedang menimbang untuk laporkan kes tersebut ke Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Menurut sumber sahih, Anwar melenting marah, memberi amaran keras terhadapnya termasuk menyoal isu si budak Fairus mengemis kereta BMW berharga RM275,000,00 daripada pihak tertentu.

Bagaimanapun, tidak ubah seperti si Saiful dan si Ezam, si budak Fairus bersumpah palsu menafikan semuanya itu, dan menganggap perkara itu fitnah.

Namun kerana terdesak selepas dimarahi Anwar si budak Fairus kemudiannya menghantar SMS lain kepada pihak berkenaan membatalkan ‘urusniaga’ mereka.


Dan SMS itulah yang mengesahkan kepada Anwar bahawa si budak Fairus menipu dan bersumpah palsu, membuktikan dia seorang yang pelahap serta tidak layak sebagai TKM 1.

Kami perturunkan bukti SMS daripada si budak Fairus kepada pihak berkenaan pada 25 November lalu, yang kami rahsiakan identiti mereka buat masa ini.

Askum, I need your kindly assistance, I need to use some 20K for a specific purposes.Pls assist.

I’m giving u my maybank acc:164016986970. Saya la ni berada di China. Saya amat berharap bantuan utk depositkan ke dlm acc tu hari ni atau esok. Tlg reply ye.

Segala kerjasama & budi baik tuan didahului jutaan terima kasih.Saya menanti reply.


For your info, regarding the car, I have arranged for it already.It just that I need to have your help regarding my previous SMS to you.Pls reply.

Selepas Anwar mendapat maklumat, beliau lantas menelefon dan memarahinya di China. Bagaimanapun seperti biasa, si budak Fairus bermatian menafikan SMS tersebut.

Namun kerana kedungulannya dan kekuatirannya, slepas dimarahi Anwar, si budak Fairus lantas membatalkan ‘urusniaga’ mereka dengan menghantar SMS berikut kepada koporat berkenaan :

Just to inform, regarding the assistant tu. Tak apa.Tak perlulah. Saya ikhtiar sendiri.Tq.Tentang kereta tu tak pa. Saya dah urus sendiri.Tk.

Dan SMS tersebut kemudiannya di“forward”kan kepada Anwar- bukti penipuan si Fairus.

Mungkin ada yang keliru, tidak yakin, mana mungkin sebodoh itu si budak Fairus meninggalkan bukti SMS. Tapi apa nak dihairankan, kerana terdesak dan pelahap manusia sanggup berbuat apa sahaja, biarpun perkara itu menjerat dirinya.

Contohnya kes bukti SMS antara Najib Razak dan peguam Shafiee Abdullah berkenaan isu Razak Baginda.

Selepas menyedari kebobrokannya mulai terdedah, si budak Fairus mula menghubungi ‘rakan-rakan’ yang membantunya selama ini.

Kepada rakannya seorang usahawan bernama Azmi Nayan dia bersumpah menafikan semua itu. Azmi dipercayai telah menyumbang kira-kira RM50 ribu kepada si budak Fairus bertujuan kononnya untuk kebajikan rakyat.

Si budak Fairus dipercayai masih memujuk Azmi menyalurkan bantuan kewangan kepadanya.

Sementara seorang lagi usahawan kuari Pulau Pinang turut dihubunginya. Si budak Fairus menafikannya dengan mendakwa kononnya ‘sim card’ telefonnya ( 017-3567320 / 019-6237300) telah 'diklon' pihak tertentu bertujuan menfitnah untuk memburukkan imejnya.

Itulah wajah sebenar TKM 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, yang kononnya sedang berjuang membela rakyat, khususnya Melayu Pulau Pinang.

Aduhhhhh.... Alahaiiiii Fairusssssss !


Malaysiakini: Lim: Tiada rombakan libatkan Fairus

Oleh Jimadie Shah Othman

Nov 30 : Pulau Pinang tidak bercadang membuat rombakan dalam kerajaan berikutan komen negatif terhadap timbalan ketua menterinya Mohammad Fairus Khairuddin yang tersebar meluas di laman blog sekarang, kata ketua menteri Lim Guan Eng.

"Seperti saya katakan tadi, saya tidak bercadang membuat sebarang rombakan exco Pulau Pinang buat masa ini.

"Saya rasa perkara yang diutarakan ini adalah di bawah bidang kuasa PKR dan saya akan menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh PKR," katanya dalam sidang media di kongres tahunan PKR di Shah Alam hari ini.

Beliau diminta mengulas tuduhan bahawa pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan negeri itu berada bawah prestasi sebenar.

Selain pernah ditegur penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lepas, Mohammad Fairus turut didesak melepaskan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri I oleh wakil rakyat BN baru-baru ini.

Wakil rakyat Penanti itu, satu kerusi DUN dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang dikuasai Anwar, meletakkan jawatan sebagai pemimpin persatuan bola sepak negeri, selain mengugut untuk menyaman akhbar politik Siasah yang melaporkan tentang isu prestasi beliau.

Kini satu blog khas "Alahai ... Fairus TKM I Penang" dibangunkan untuk mengecam kepimpinannya dengan dakwaan Anwar sendiri gagal mengubah sikap wakil rakyat muda itu.

Mengulas lanjut, Lim berkata, penggantian Mohammad Fairus tidak perlu ditimbulkan kerana beliau tidak mendapat apa-apa pandangan daripada PKR berkaitan perkara itu.

"Saya tidak menerima sebarang tuduhan atau isyarat daripada kepimpinan parti (PKR)," katanya.

Ditanya beberapa kali tentang prestasi Mohammad Fairus, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa bergerak sebagai satu pasukan.

"Kami mahu lakukan lebih baik. Jadi, jangan terlalu berpuas hati. Kalau kata puas hati, tidak ada ruang membaiki diri. Kita ingin buat lebih baik."

Sementara itu, exco kerajaan negeri Abdul Malik Kassim ketika ditemui Malaysiakini berkata, menjadi perkara biasa wakil rakyat ditegur oleh orang ramai.

Semua orang mendapat teguran, termasuk dirinya sendiri, tambahnya.