Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Jumaat, November 14, 2008

Siri 3: Fairus ‘sakit perut’ di sidang DUN P. Pinang

Berita ini kami baru terima pagi tadi, kerana ada kaitan dengan bab ‘sakit perut’ mari kita berkongsi ‘cerita kartun’ ini .

Tarikh : 13 November 2008
Masa : 11.00 pagi
Tempat kejadian : Dalam dewan sidang DUN Pulau Pinang kali ke-12

Pada hari ini, hari pertama sidang DUN Pulau Pinang yang disiarkan secara langsung melalui internet di http://www.vttv.tv/dunpenang/live.html mulai 13 November sehingga 20 November.

Ada kisah yang macam lucu, tapi nampak sangat budak Fairus ni bertindak bodoh dan penakut piang nak berdepan dengan ‘pembangkang BN’ di dewan. Dia lari lintang pukang tinggalkan medan ‘peperangan’, dengan alasan biasa- sakit perut.

Walaupun di luar dewan, acapkali ketika berceramah ungkapan ‘Saya tidak akan berundur walaupun selangkah untuk mempertahankan…bla…bla..bla…

Rakyat tercongok yang tak tahu apa-apa pun bertepuk tangan, maklumlah TKM akan membela mereka.

Namun, pendekar tahi kucing yang selalu berbangga dengan silat gayungnya ini, lari lintang pukang bila soalan berkaitan portfolionya disoal dalam sidang dewan undangan negeri, walaupun jawapan bertulisnya telah siap sedia atas mejanya.

Sepatutnya soalan bertulis daripada ADUN PAS Hamdan Abdul Rahman itu dijawab oleh budak Fairus sepertimana yang ditetapkan dalam mesyuarat exco, tapi lain pula jadinya.

Soalan nombor 5 berkaitan JKKK yang bawah potfolionya itu berbunyi ‘Apakah kriteria yang digunapakai oleh kerajaan Pakatan Rakyat bagi pelantikan JKKK baru.’

Budak Fairus Ghaib

Setelah menyedari gilirannya yang akan tiba, budak Fairus yang duduk di antara Ketua Menteri Lim Guan Eng dan TKM 2 Prof Ramasamy, mula cari helah angkat kaki keluar dewan.

Guan Eng yang sedar Timbalannya ghaib, mula mengarahkan staf dewan mencari budak Fairus di luar dewan dan menjemputnya masuk.

Tapi apa yang berlaku, beberapa minit kemudian staf tersebut memaklumkan budak Fairus memberitahunya, dia ‘sakit perut’ dan meminta Exco lain tolong jawab bagi pihaknya.

Jadi, bagi nak menjaga air muka kerajaan negeri, Guan Eng meminta salah seorang Exco Abdul Malik Kassim menjawab soalan tersebut.

Ini bukannya kali pertama budak Fairus itu bertindak demikian. Pada sidang Dun kali pertama dulu selepas PR memerintah, si budak Fairus membuat tindakan yang sama. Ghaib tidak menjawab soalan nombor 1.

Yang menjadi mangsa-Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri kena jawab demi menjaga air muka kerajaan negeri PR.

Dia bukan sahaja membisu seribu bahasa sepanjang perbahasan dewan lalu, malah kerap kali masuk lewat dalam dewan. Budak Fairus ni hanya membaca teks pada sesi pengulungannya di akhir persidangan dewan. Waktu-waktu lain mulutnya terkunci rapat ! Alahai ….. Fairus TKM 1 Penang.

Bersambung Siri 4 : Fairus kaki Zzz…..Zzz….Zzzz