Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Ahad, November 16, 2008

Siri 6 - Fairus : 16 peluru pernah hinggap di badan saya

Hebat cukup hebat, rasanya tidak ada pemimpin lain, hatta di muka bumi ini sehebat TKM 1 Pulau Pinang ini.

Selepas merapu dengan cerita Anwar akan lantik dia sebagai Timbalan Perdana Menteri, ( siri 5 ) budak Fairus terus asyik bercerita ke hulu hilir menjaja koleksi cerita fiksyennya, selain pertahan diri kononnya dia dianiaya dan difitnah oleh pihak yang cemburukannya. ( rujuk keratan The Sun 24 Oktober 2008 - klik gambar untuk besarkan imej )

Manakala akhbar Siasah turut diugut untuk disaman kerana menyiarkan kritikan Anwar terhadap dirinya. Wartawan Siasah berkenaan juga telah dipanggil ke pejabatnya Ramadhan lalu.

Kami difahamkan Siasah masih menunggu surat saman daripada budak Fairus yang belum muncul-muncul hingga kini. ( Nanti kita cerita tentang hal ini ).

Berita berkaitan Siasah akan disaman boleh dilayari di sini.

Bagi menggambarkan lagi betapa dirinya hebat, budak Fairus turut ‘membongkar rahsia’ dirinya selama ini- pernah ditembak 16 peluru, tapi tidak memberi apa-apa kesan ( kononnya kebal lah tu ).

Kami berani bertaruh -potong ayam, tidak ada mana-mana pemimpin PR yang berjuang sejak era reformasi tahun 1999 sehingga kini badannya pernah ditembusi 16 butir peluru, melainkan hanya budak Fairus si pendekar gayung tahi kucing ini.

Beberapa teman dan pimpinan keADILan yang kami temui, mengesahkan budak Fairus pernah menceritakan kepada mereka hal ini, dia pernah ditembak 16 peluru di badannya semata-mata berjuang membela rakyat sejak zaman reformasi lagi.

“Saya telah berjuang selama 10 tahun, sentiasa berada di barisan depan, pernah kena belantan FRU, 16 peluru hinggap di badan saya, semata-semata berjuang demi rakyat,” omong budak Fairus kepada mereka.

Berjuang 10 tahun ? Berada barisan depan ? Bila kami semak dengan para reformis tahun 1999, tiada sesiapapun kenal budak Fairus ni !

Nampak macam kartun cerita yang kami paparkan ini, tapi itulah realitinya betapa kemuruknya budak Fairus ini.

Budak Fairus tidak perlulah bersumpah ala Saiful @ Ezam seperti amalannya sekarang, khuatir makin bertambah koleksi sumpah palsunya-takut nanti TKM 1 dimakan sumpah pula.

Semua cerita fiksyen itu dijajanya bagi menyakinkan rakyat Pulau Pinang, khususnya bagi meraih sokongan pengundi Penanti yang sebelum ini langsung tidak kenal dirinya.

Ini kerana dia jadi calon Penanti, Permatang Pauh secara bidan terjun dibawa khas dari Selayang, Selangor oleh Anwar Ibrahim.

Banyak lagi koleksi pembohongannya dan salahlakunya akan kami paparkan, termasuk dia songlap wang kerajaan rakyat Pulau Pinang….tungguuuuu !

Alahai…. Fairus, mengapakah engkau dilahirkan ke dunia ini ?Masa kecik-kecik tak nak mampussss, dah besar asyik menipu oranggggg !

Siri 7 : Sah - Fairus penakut pianggggg !!