Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Isnin, November 24, 2008

Siri 10: Fairus nak saman Alahaiii…. kami minta maaf… !

Kami pakat gelak sampai berguling-guling macam beruk termakan tapai, apabila dapat tahu yang si budak Fairus nak report polis, nak saman ‘boyot-boyot’ Alahai… Fairus TKM 1 Penang pasai duk ‘perburuk’ dia yang dah sememangnya buruk. Dia benar-benar bengang kat Alahaiii…

Kami tergelak terbahak-bahak bukan apa, pasai duk pikiak kat mana nak cekau RM juta-juta nak bayar saman kat si budak Fairus. Kami rakyat marhaen,sengkek mana ada duit sebanyak tu….

Kalau dia jadi saman… woooo…oooo, kayalah TKM 1 Penang lepas ni…Dia tak perlu lagi duk risau kalau dia kena ‘sembelih’ lepas ni. Tak jadi TKM pun tak pa dah …. Dah kaya ! Baaaanyak cantikkkkkk mukaaaaa !

Tapi kami pun heran, dia nak saman kami atas isu apa ? Fitnah ? Apa yang kami fitnah ?

1. TKM 1 kaki tidur dalam mesyuarat tu fitnah ka ?

2. TKM 1 kaki kelentong tu fitnah ka ? ( Adun BN -YB Farid pun kata TKM 1 penipu pada sidang DUN lepas )

3. Alasan selalu sakit perut tu fitnah ka?

4. TKM 1 penakut pianggggg…tu fitnah ka ?

5. Anwar Ibrahim kata macam-macam kat si budak Fairus cara berdepan tu fitnah ka… ?

6. TKM 1 duk merapu kena tembak 16 peluru tu fitnah ka ?

7. TKM 1 duk kelentong rakyat kata Anwar nak lantik hang jadi TPM tu fitnah ka ?

Nak kami bawa bukti hidup berdozen-dozen ? Depa la semua duk tunggu nak jadi saksi kami saja. Kut nanti si budak Fairus lari tak cukup tanah pulak … tak pa sampai masa nanti kami bawa berderet bukti hidup, siap dengan dokumen ! Jenuh dia duk nafi bersumpah macam Ezam, macam Saiful !

Jadi… kalau rasa nak cepat kaya teruskan usaha dengan peguam YB Jason Ong Khan Lee, Adun Kebun Bunga. Mana tahu untung-untung si budak Fairus boleh tolong rekomen jadi Yang Dipertua MPPP yang diidamkan tu…. Haaa..haaa…haaaa

Cuma kami nak ingatkan kat YB Jason, hang tok sah duk jadi pecacai dia. Hang tu PKR bukannya MCA ka Gerakan… otak tu kena cuci sikit la. Biar dia sorang sudahlah bangang, hang jangan bangang sama.

Tapi, baguihhhhh juga kalau si budak Fairus saman kami, lepas tu kami saman dia plak, tuntut gantirugi juta-juta, boleh kami faraid sama-sama ! Hee..hee….kami kaya, kami kaya.

Ini kami baru dapat lagi satu info dan dokumen … besar punya kes ! Anwar pun dah tau kes ni ! Akan meletup ! Tungguuuuuu ……

Kami khuatir

Cuma kami khuatir satu saja… siri Alahai…. ini tak boleh bersambung banyak siri macam Hikayat Khairi yang Raja Petra buat kat Malaysia Today tu, sebab nyawa politik si budak Fairus dah tak panjang dah…. tak lama dahhhhh… tunggu masa saja dia nak kena ‘kick’.

La ni pun dah ada kawan-kawan yang duk asah parang, bukan nak sembelih si budak Fairus la ‘ngok’ depa nak sembelih ayam buat kenduri kesyukuran pasai si budak Fairus dah nak kena ‘kick out’.

Si budak Fairus bukan tau apa yang kami tau…sebab abang dia yang dia lantik jadi intelegent @ penasihat khas-‘ngong’ macam dia jugaklah… mangkuk hayun.

Ni lagi satu, Guan Eng kena ambik perhatian…abang dia yang mengaku nama Dr Mohamad Feardaus, baru berumur sekitar 35 tahun ni duk guna lambang kerajaan negeri di kad bisness dia… dia ni bukannya kerja dengan kerajaan negeri pun...dia jadi runner adiknya !

Entah dah berapa banyak dia duk buat 'deal' dengan orang ramai, entah dah berapa banyak tokoh perniagaan kena kelentong dengan dia yang mewakili adiknya yang secara tidak langsung mewakili kerajaan negeri… makna kata penyalahgunaan lambang, menipu jugak la tu …. 2 X 5 dengan adiknya. Bila dia buat tahi, PR Pulau Pinang gak yang jadi mangsa !


( Kad bisnes abang TKM 1 -Dr Mohd Peardaus menyalahguna lambang kerajaan negeri P.Pinang )

Buat Dr Peardaus,

Apa macam jadi ka, pelan hang dengan adik hang bersama Omar Lawyer nak buka akaun bank Al-Rajhi kat Penang hari tu, sebab nak bawa masuk duit juta-juta, yang hang pelan untuk songlap duit komisen tu, jadi ka…. ?

Haaa..haaaa… hang ingat hang sorang saja ada intelegent ? Intelegent kami lagi ramai, ada di mana-mana…ha..ha..haa.. !

Hang pun pernah pi mengaku kat Pengurus Bank tu, yang hang adalah Ketua Inteligent TKM 1… hang jugak pernah janji dengan dia kononnya boleh guna pengaruh adik hang, untuk pindahkan semua akaun bank kerajaan negeri sekarang ke akaun bank AlRajhi… itu projek ada jalan ka… haa…haaa !

Maaf la YB Mohd Fairus Khairuddin… semua ni kami nak kena dedahkan…demi rakyat Pulau Pinang. Kalau nak saman kami samanlah…kita jumpa di mahkamah. Banyak lagi kami boleh dedahkan nanti….haaa…haaa…haaa….

SIRI 11 : Mangsa Fairus: Aku akan maki dan ludah muka dia.

.