Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Rabu, April 29, 2009

Sah! Dr Mansor calon PKR pilihan raya kecil DUN Penanti

.
Sedutan mStar Online Foto Team Alahai


( SOKONGAN...
Calon PKR-Pakat
an, Mansor Othman disambut oleh bekas penyandang kerusi DUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin (kanan) selepas beliau diumumkan calon bahagian itu malam tadi. _ foto The Star oleh MUSTAFA AHMAD )

PETALING JAYA: Sah! Sebagaimana diramalkan sebelum ini bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mansor Othman akan diturunkan sebagai calon bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat.

Mansor merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang.

Ia diumumkan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR di Yayasan Aman, Penanti dalam bahagian Permatang Pauh kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menurut Anwar, Mansor akan dicalonkan untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil ini.

Pengumuman mengenainya dibuat Anwar di hadapan kira-kira 1,000 penyokong.

Anwar berkata, pemilihan beliau sebagai calon adalah tepat berdasarkan latar belakang pendidikan yang tinggi, kekananannya dalam parti, seorang pemimpin yang matang dan kemampuannya menerajui perjuangan parti di negeri ini.

Mansor, 56, merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memiliki tiga ijazah sarjana.

Bekas Prof Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM) itu memegang Sarjana Sains Kemasyarakatan dari USM serta Sarjana Sastera dan Sarjana Falsafah (M.Phil) dari University of Yale.

Anwar berkata, lewat petang semalam beliau telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon Keadilan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak," kata dalam blog beliau.

Beliau merupakan antara pesaing utama untuk menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil berkenaan.

Difahamkan, Mansor menjadi pilihan utama memandangkan beliau tidak dicalonkan mewakili PKR sebagai senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.

Mansor pernah bertanding di peringkat DUN ketika pilihan raya umum Mac 2008.

Pilihan raya kecil Penanti adalah pilihan raya kecil keenam yang diadakan selepas pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lepas.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan 31 Mei sebagai tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Penanti.

Kerusi Penanti kosong apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatannya.

Pada Mac 2008, Fairus menewaskan calon BN.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, April 28, 2009

Calon PKR DUN Penanti, diumum malam ini

.
Dr. Mansor Osman bakal diturunkan, jika menang bakal Timbalan Ketua Menteri ?

Oleh G. Manimaran ( mStar Online )

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang biasanya 'terkelakang' dalam mengumumkan calonnya bertanding pilihan raya kecil mengambil langkah awal menamakan bakal calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, malam esok.

Ia akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Calonnya disebut-sebut ialah Dr. Mansor Osman, bekas setiausaha politik Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mansor juga merupakan Timbalan Pengerusi Berhubungan PKR Pulau Pinang.

Mansor pernah bertanding di kerusi DUN Pulau Betong pada Mac 2008 tetapi tewas dengan perbezaan 294 undi di tangan Muhamad Farid Saad dari BN-Umno.

"Kami sudah memilih calon, akan mengumumkan calon ini esok... akan diumumkan di Penanti," kata Pengarah Pilihan Raya PKR yang baru, Saifuddin Nasution ketika dihubungi mStar Online.

Pelantikan Saifuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR diumumkan oleh Anwar hari ini. Sebelum ini Saifuddin merupakan Pengarah Strategik PKR.

Pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti dan jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 31 Mei.

Kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Penanti wujud berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin.

Fairus, 33, daripada PKR mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.

Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Ketika ditanya mengapa PKR mengumumkan calonnya terlalu awal berbanding masa-masa lalu, Saifuddin berkata, "pengumuman dibuat mengikut keperluan... adakalanya kita perlu mengumumkan lebih awal, ada waktunya kita perlu mengumumkan lewat."

"Tak timbul soal cepat atau lambat," katanya.

Dengan pengumuman esok, kata beliau, PKR akan ada masa kira-kira tiga minggu menjelang hari penamaan calon untuk membuat persiapan.

Ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini PKR merupakan parti terakhir membuat pengumuman mengenai calonnya.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Daftar Pemilih yang akan digunakan SPR pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemas kini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, April 27, 2009

Pilihan raya kecil DUN Penanti 31 Mei

.
Pilihan raya kecil yang keenam sejak Mac 2008

Oleh Zanaraih Abd. Mutalib (mStar Online)

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini.

Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini sebentar tadi.

Dengan keputusan itu ia merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Pada 16 April lepas, penyandang kerusi itu Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Keputusan itu ditegaskan oleh beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Jumaat lalu selepas dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Saifuddin Ketuai Jentera PRK Penanti

.
Ahli Parlimen Machang, Kelantan Saifuddin Nasution Ismail akan mengetuai Jentera Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat pada pilihanraya kecil DUN di N12 Penati.

Beliau yang sebelum itu sebagai Pengarah Strategik PKR telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PKR Pusat yang baru menggantikan Azmin Ali.

Pengumuman tersebut telah dibuat sebentar tadi selepas selesai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, di ibu pejabat parti itu.

Lain-lain perubahan adalah:

Dr Wan Azizah bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.

Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputra perlu ditangani.

Ketua Task Force : YB Azmin Ali

Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution

Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fauziah Saleh

Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari Abdul

Pengarah Strategik - YB Tian Chua

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustafa Kamil Ayob

Timbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong

Ketua Penerangan: Latheefa Koya

Ketua Komunikasi : Johnson Chong

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan Che Rose

Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Yusof, Sdr Paul Gadang, YB Raveentharan, Sharifah Shahidah

Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.

Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain.

KeADILan pecat 16 ahli khianati parti

Dalam pada itu pada mesyuarat itu juga, keDILan turut memecat 16 orang ahlinya, yang didapati bersalah mengkhianati parti itu, semasa kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak baru-baru ini.

Menurut Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali , keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang diadakan semalam.

Katanya, pemecatan tersebut berkuatkuasa serta merta mulai 26 April 2009.

"Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media.

"Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini," jelas beliau.

Nama-nama yang dipecat adalah seperti berikut:

1. Moganakumar a/l Subramaniam (Bahagian Merbok, Kedah)
2. Jayagopal a/l Andaikalam (Bahagian Pokok Sena, Kedah)
3. Abdul Hamid Othman (Bahagian Padang Serai, Kedah)
4. Roslan A. Hamid (Bahagian Padang Serai, Kedah)
5. Abu Bakar Din (Bahagian Baling, Kedah)
6. Abdul Wahab Mat Isa (Bahagian Sik, Kedah)
7. Mustafa Hassan (Bahagian Sik, Kedah)
8. Kalai Vanar a/l Bala Sundram (Bahagian Jerai, Kedah)
9. Deivanai a/p Krishnan (Bahagian Jerai, Kedah)
10. Abu Bakar Hamid (penaja Bahagian Pendang, Kedah)
11. Ahmad bin Ayub (penaja Bahagian Pendang, Kedah)
12. Azhar Ahmad (penaja Bahagian Jerlun, Kedah)
13. Dr Ambrose Labang (Bahagian Julau, Sarawak)
14. Wong Kee Kai (Bahagian Julau, Sarawak)
15. Rajang Anak Unau (Bahagian Julau, Sarawak), dan;
16. Kudik Untung (Bahagian Julau, Sarawak).

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

PAS sedia 'korban' kerusi Penanti buat PKR

.
Oleh Nurul Ain Mohd. Hussain ( mStar)

PETALING JAYA: PAS akan memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada pilihan raya kecil yang bakal diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Mustafa Ali, parti itu menghormati hak Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan calon mereka untuk mempertahankan kerusi DUN berkenaan.

"Kita (PAS) tidak bercadang untuk bertanding di Penanti walaupun itu kubu kuat PAS. Kita hormati hak mereka (PKR).

"Setahu saya setakat ini PAS juga tidak ada perbicangan mengenainya (bertanding di Penanti),"katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau turut menafikan khabar angin yang mengatakan parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding di kerusi DUN Penanti.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali mengizinkan sekiranya ada cadangan untuk meletakkan calon parti itu pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, dari PKR pada 16 April lalu dengan alasan untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

Fairus sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan bahawa mereka tidak ada asas untuk mendakwa beliau.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut Mustafa berkata, PAS akan tetap memberi sokongan kepada PKR sebagai satu pasukan.

"Macam juga kawan, kita akan beri sokongan jika kawan kita bertanding. Ini mereka (PKR) dalam Pakatan sudah pasti kita sokong,"katanya.

Ditanya sama ada PAS yakin PKR mampu mempertahankan kerusi DUN Penanti, Mustafa berkata: "Sudah pasti, kami yakin PKR mampu menang. Jika dilihat kepada 'track record' pilihan raya sebelum ini kita menang dengan majoriti yang besar. Saya lihat kita tidak ada masalah yang besar kali ini."

Tambahnya, PAS akan menggerakkan jentera parti itu sebaik sahaja tarikh pilihan raya kecil DUN Penanti diumumkan oleh SPR.

"Kekuatan jentera masih belum diputuskan tapi kita akan membantu PKR. Jika di DUN kekuatannya berbeza dengan kawasan Parlimen," katanya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Penanti: SPR umumkan pilihan raya kecil hari ini ?

.
Oleh G. Manimaran ( mStar)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesahkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, sekali gus mengumumkan tarikh-tarikh berkaitan dengan pilihan raya kecil kerusi tersebut, hari ini.

Suruhanjaya itu akan berbuat demikian jika tiada apa-apa perubahan pendirian di sebelah penyandang kerusi itu, Mohammad Fairus Khairuddin.

Fairus masih ada masa sehingga tengah malam ini jika mahu mengubah pendiriannya.

"Berdasarkan situasi sekarang (keputusan Fairus kekal pendirian mahu meletakkan jawatan, kita... SPR akan mengadakan mesyuarat (esok) untuk mengesahkan kekosongan dan mengumumkan tarikh-tarikh penamaan calon dan hari mengundi," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada mStar Online ketika dihubungi.

"Kalau keadaan tidak berubah, YB Fairus kekal mengosongkan, kita akan membuat pengumuman hari ini," katanya lagi.

Menurut Wah Ahmad, tempoh tidak lewat 10 hari untuk suruhanjaya mengadakan mesyuarat mengesahkan kekosongan sekali gus menetapkan tarikh pilihan raya kecil akan berakhir tengah malam esok.

SPR menerima notis kekosongan daripada Speaker DUN Pulau Pinang pada 17 April lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dijadual mengadakan sidang media pukul 10.30 pagi esok (hari ini) bagi mengumumkan perkara tersebut.

Kelmarin, Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menegaskan beliau tetap meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

"Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Fairus.

Pada 16 April lepas, Fairus daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Fairus, 32, yang ketika itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, keputusan itu untuk membolehkan beliau membersihkan namanya daripada semua tuduhan selain bagi melanjutkan pelajaran.

SPRM telah membebaskan dirinya dari segala tuduhan.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Harap BN tak tanding, biar saya lawan PKR di Penanti - Aminah

.
Oleh G. Manimaran (mStar)

SUBANG: Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berharap Barisan Nasional (BN) "tidak bertanding bagi membolehkannya" menentang calon PKR di pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertemu hari ini (Isnin) untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi itu yang kosong sejak 16 April lalu.

"Bagi saya melawan (calon) PKR... ini satu cabaran kepada PKR kerana (menunjukkan) sudah ada pemimpin bawahan yang sudah mula mencabar kepimpinan parti itu.

"Ini satu tamparan kepada PKR, apabila bekas Ketua Wanita bertanding di Penanti.

"Saya berharap BN tidak bertanding, biar bagi saya laluan untuk lawan PKR," kata Aminah, 56, sambil mengakui ia cuma harapannya memandangkan semua orang ada hak untuk bertanding termasuk Umno dan BN sendiri.

Bagaimanapun tegas beliau, sama ada BN turun gelanggang pilihan raya kecil Penanti ataupun sebaliknya, "saya tetap bertanding."

"Saya sudah membuat keputusan dan saya tidak akan menarik diri daripada bertanding," katanya lagi.

Oleh kerana BN masih mengkaji sama ada mahu menurunkan calon ataupun sebaliknya, jelas Ketua Wanita PKR Negeri dan bahagian Bukit Bendera, biarlah beliau selaku bekas pemimpin PKR membawa cabaran menghadapi calon PKR - komponen Pakatan Rakyat itu.

Kelmarin Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, Biro Politik Umno akan memutuskan sama ada meletakkan calon ataupun tidak di Penanti.

Minggu lalu ketika dihubungi mStar Online, Aminah mengesahkan yang beliau akan tetap bertanding pada pilihan raya kecil DUN kawasan Penanti.

SEBAB TAWAR DIRI

Dalam perbualan awal itu, Aminah yang kini mengusahkan perniagaan seni ukiran kayu bersama suaminya Mohd. Rofi Osman memberitahu, beliau menawarkan diri sebagai calon Bebas kerana merasakan perjuangan PKR kini telah tersasar daripada matlamat asal.

Sebagai antara kumpulan terawal menerajui penubuhan Keadilan hujung 1990-an, kata Aminah, beliau agak kecewa dengan keadaan politik semasa ketika ini yang menyebabkan rakyat keliru dan merasa terpanggil untuk membetulkan keadaan itu.

Aminah juga merupakan bekas exco PKR pusat.

Ketika ditemui hari ini, beliau yang turut dikenali sebagai "Kak Min" dengan ditemani Mohd. Rofi dan tiga daripada empat anaknya berkata, kekosongan kerusi DUN Penanti berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin merupakan peluang terbaik bagi membuktikan tiadanya prinsip "kebenaran, keadilan dan ketelusan" dalam PKR.

"Jika ada keadilan dan kebenaran dalam PKR, tidak akan ada pilihan kecil di Penanti," kata beliau sambil menambah, keputusan untuk bertanding di Penanti tidak dibuat secara emosi.

"Hasrat (untuk bertanding) dah lama, ia semata-mata untuk menegakkan keadilan dan kebenaran... keputusan ini tidak dipengaruhi oleh emosi ataupun tekanan mana-mana pihak," kata beliau yang sepatutnya bertanding pilihan raya umum Mac 2008.

"Kini apabila wujud kekosongan Penanti, membabitkan kerusi PKR, saya lihat sebagai satu peluang untuk mencabar kepimpinan PKR," ujar beliau.

Aminah tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sebelum menganggotai PKR pad 1998.

Suamninya merupakan bekas ahli Umno Cawangan Pelabuhan di Bahagian Tanjong sehingga menyerta PKR lebih sedekad lalu.

Kedua-dua mereka keluar PKR pada 2007 dan jawatan terakhir Aminah dan Rofi pada tahun itu ialah Ketua PKR dan Ketua Wanita PKR Bukit Bendera.

"Kak Min tidak pandai bermain politik, tetapi Kak Min suka bekerja untuk membantu rakyat," kata beliau yang mengakui sudah menyusun strategi menghadapi pilihan raya kecil ini.

Bagaimanapun beliau enggan berkongsi strateginya.

"Saya akan dedahkan satu demi satu nanti... biar SPR umumkan tarikh pilihan raya dan selepas penamaan calon nanti," katanya.

Tambah Aminah, beliau keluar PKR kerana prinsip apabila hala tuju perjuangan sudah berubah.

"Saya keluar PKR adalah kerana prinsip... adakah Anwar keluar kerana prinsip?" katanya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Sabtu, April 25, 2009

Siri 79 : Tembelang SPR dan SPRM di Penanti terbongkar ?

.
Tembelang 'komponen' ke-15 Barisan Nasional (BN), iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan komponen ke-16, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) makin terbongkar hari ini.

Teka-teki SPR menangguhkan keputusan berkaitan pilihanraya Penanti sehingga Isnin depan, yang sepatutnya Jumaat, hari ini makin terungkai. Alasan SPR sebelum ini bahawa penangguhan itu kerana masalah pentadbiran yang belum selesai.

Tiba-tiba bagai dirancang, sebaik SPRM memutuskan Mohammad Fairus Khairuddin tidak akan didakwa kerana kurang asas, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Ahmad Wan Omar mengeluarkan kenyataan Fairus boleh menarik balik surat peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti.

Fairus katanya, perlu memikirkan semula hasrat meletakkan jawatan dan perlu bertanggungjawab kepada pengundinya di Penanti.

Menurut Wan Ahmad dalam News Straits Times, Jumaat, Fairus masih mempunyai masa sehingga Isnin depan sebelum membuat keputusan muktamad.

Kenyataan itu dilihat senada dengan Presiden Umno Najib Tun Razak yang tidak bersetuju Fairus meletakkan jawatannya.

Penangguhan pengumuman SPR itu, dilihat memberi ruang masa kepada 'agen BN', untuk memujuk Fairus mengubah pendirian asalnya.

Namun, sehingga kini usaha itu masih belum berhasil, apabila Fairus dalam kenyataan medianya kekal dengan keputusan asal.

Sementara peranan SPRM ialah 'membersihkan' Fairus daripada tuduhan rasuah secepat mungkin, bagi memenuhi sebab perletakan jawatannya.

Dalam alasannya sebelum ini, Fairus memberitahu dia akan melanjutkan pelajaran di samping mahu membersihkan tuduhan rasuah ke atasnya. BN berharap, dengan keputusan SPRM itu, Fairus akan mengubah pendiriannya.

Strategi ini hampir mengena, apabila Fairus dalam akhbar yang sama mengeluarkan kenyataan berharap pimpinan tertinggi parti memikirkan kedudukannya semula sebagai ADUN Penanti.

"Saya yakin pimpinan parti akan mendengar apa yang akan disuarakan rakyat Penanti," katanya yang yakin dia mendapat sokongan pengundi untuk kembali.

Dia juga mengakui dipaksa meletakkan jawatan, antara lain kerana tekanan akibat pertuduhan rasuah.

Namun, kita percaya sekiranya Fairus masih Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN Penanti, keputusan SPRM pasti berbeza daripada hari ini.

Seperti kata Mohd Sayuti Omar, contohnya dalam kes Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim , SPRM begitu ghairah menjelaskan ada bukti kukuh Khalid melakukan penyelewengan bertujuan mendamagekan kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.

Tetapi dalam kes Fairus ini SPRM bersikap adil, beretika dan penuh profesional pula menjelaskan bahawa Fairus bebas dari rasuah. Lebih-lebih lagi selepas SPRM bertungkus lumus memburu Fairus sehingga jauh di Johor.

Oleh itu, kita percaya dalam tempoh tidak sampai 72 jam ini, 'agen BN' tidak akan berputus asa untuk menggagalkan usaha PKR.

Tidak mustahil, jika segala usaha memujuk Fairus gagal, BN akan menggunakan kaedah C4, asalkan Najib tidak akan dimalukan untuk kali ke-5 berturut-turut.

Kali ini di lubuk reformasi-Penanti.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, April 24, 2009

Siri 78 : Najib tidak setuju Fairus letak jawatan

.
Presiden Umno Mohd Najib Tun Razak berkata secara prinsipnya beliau tidak bersetuju keputusan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai ADUN Penanti.

"Prinsipnya, kita tak boleh gunakan kedudukan kita, sebab apabila kita tawarkan diri untuk bertanding, kita sanggup untuk beri khidmat untuk rakyat, selama tempoh penggal parlimen berkenaan.

"Jadi kita tak boleh, setelah satu tahun merasakan untuk letak jawatan, melainkan atas sebab-sebab yang diperuntukan perlembagaan.

"Walaupun kita boleh meletakkan jawatan, tetapi pada prinsip dan semangat, kita mesti balik kepada akujanji kita kepada pengundi," tambahnya dipetik Malaysiakini.

Dalam pada itu, Majlis Tertinggi (MT) menyerahkan kepada biro politik parti itu untuk memutuskan sama ada akan meletakkan calon BN bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi biro tersebut berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MT hari ini.

"(MT) serahkan mandat kepada biro politik untuk buat keputusan (mengenainya)," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat MT selama empat jam di ibunegara hari ini.

Ditanya bilakah biro akan bermesyuarat memandangkan pilihanraya kecil itu tidak lama lagi, Najib berkata: "Kita tahu bila mahu buat mesyuarat".

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 77 : Zahrain gembira Fairus bebas rasuah

.
Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau gembira apabila Mohammad Fairus Khairuddin terlepas daripada tuduhan rasuah, namun menyerahkan kepada Anwar untuk menentukan kedudukan Fairus.

"Saya gembira Fairus terlepas daripada masalah itu (tuduhan penyelewengan) selepas keputusan SPRM.

"Sama ada PKR bersedia menerima beliau kembali sebagai ADUN... itu terpulang kepada Anwar sebab dia (Fairus) letak jawatan selepas berbincang dengan Anwar.

"Kita pun tidak tahu apa yang dibincagkan... kita hanya menurut keputusan itu," kata beliau dipetik mStar Online.

Sementara itu, difahamkan Fairus kekal dengan keputusannya meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Ia disahkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali.

Kata beliau, ia dinyatakan oleh Fairus petang tadi.

Dalam pada itu, Fairus berkata, "saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN Penanti."

"... serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Fairus dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Fairus kekal letak jawatan ADUN Penanti - Naib Presiden

.
Oleh Zanariah Abd Mutalib (mStar)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kekal dengan keputusannya meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti. Ia disahkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali.

"Setakat ini (tengah hari ini) parti (PKR) masih menganggap Fairus telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti.

"Tidak ada apa-apa yang berubah," kata Naib Presiden PKR, R. Sivarasa ketika dihubungi sebentar tadi.

"Speaker juga telah memaklumkan kekosongan kerusi itu kepada SPR," katanya.

Ahli Parlimen Subang itu menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Fairus kepada mStar Online pagi tadi bahawa beliau menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk menentukan sama ada beliau perlu kekal sebagai ADUN Penanti ataupun sebaliknya.

Dalam pada itu ketika dihubungi, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) pula berkata Fairus tidak boleh menarik balik keputusannya meletakkan jawatan.

Speaker telah pun memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang kekosongan kerusi DUN Penanti.

SPR yang bermesyuarat kelmarin dijangka mengumumkan keputusannya Isnin ini.

Semalam Sivarasa memberitahu bahawa SPR telah memaklumkan pihaknya ketika satu pertemuan dengan parti politik bahawa pilihan raya kecil akan diadakan tetapi tarikhnya hanya akan diumumkan Isnin ini.

Sama ada PKR bersedia untuk menerima jika Fairus memutuskan untuk tidak jadi letak jawatan, Sivarasa berkata, "saya tidak boleh jawab hal ini kerana keputusan akan dibuat secara muafakat oleh kepimpinan parti."

Beliau juga tidak tahu sama ada Fairus sudah menghubungi parti atau tidak setakat ini.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 76 : SPRM P.Pinang 'terkejut', Fairus tidak didakwa

.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan bahawa bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin tidak akan didakwa di mahkamah berhubung siasatan rasuah kerana tidak cukup asas.

Dalam alasannya itu, SPRM mendapati Fairus ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri satu kursus antarabangsa di London, bagaimanapun, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Fairus.

Namun, keputusan itu dikatakan 'kurang disenangi' SPRM Pulau Pinang, yang menyiasat kes tersebut yang berpendirian sebaliknya.

Menurut sumber, sebelum itu pihak SPRM negeri telah mencadangkan agar Fairus didakwa. Ini berdasarkan bukti kukuh yang diperolehi sewaktu siasatan.

Dalam pada itu, pihak SPRM Pulau Pinang dikatakan tidak dimaklumkan keputusan itu terlebih dahulu. Sebaliknya 'sumber SPRM' di ibu pejabatnya dipercayai telah menghubungi Fairus secara langsung.

Malah sehingga kini, media hanya menyatakan keputusan itu daripada sumber SPRM, tanpa memetik jurucakapnya.

Ketika ditanya media semalam, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim enggan mengulas kes berkenaan, dipercayai kerana pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi.

Seorang pegawai SPRM Pulau Pinang yang dihubungi Alahai... mengesahkan pihaknya belum dimaklumkan keputusan tersebut, dan terkejut dengan keputusan berkenaan.

Dan lebih menimbulkan persoalan, apabila Fairus sendiri merasakan seolah-olah terkejut, apabila mengetahui dirinya 'bebas' dan tidak akan didakwa.

''Alhamdulillah ini adalah kemenangan untuk keluarga serta rakyat yang selama ini telah menyokong dan mempercayai saya. Ini adalah satu keajaiban,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Apakah ada tangan ghaib yang mempengaruhi keputusan SPRM di Kuala Lumpur, yang dikatakan keputusan itu ada hubungkait dengan pilihanraya kecil Penanti yang mungkin akan diadakan nanti ?

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rasuah: Tidak cukup asas, SPRM tak jadi dakwa Fairus

.
Sedutan Bernama

PULAU PINANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat, tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

"Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan kepadanya," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kononnya dua pemimpin PKR negeri itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Menurut kenyataan itu, siasatan SPRM mendapati tugas dan tanggungjawab di bawah portfolio Mohammad Fairus tidak ada kaitan secara langsung dengan perusahaan kuari di Pulau Pinang.

"Beliau hanya diberi tugas mengendalikan siasatan kes pemberian tanah di Lot 954 dan 955, Mukim 20, Seberang Perai Tengah kepada seseorang, dan siasatan mendapati beliau ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri satu kursus antarabangsa di London," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut SPRM, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Mohammad Fairus.

"Siasatan mendapati Mohammad Fairus telah pergi menghadiri kursus antarabangsa di London pada pertengahan tahun 2008 bersama-sama dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang (P. Ramasamy) yang mana Ramasamy dibiayai sepenuhnya oleh pihak penganjur dan kerajaan negeri," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu juga, SPRM mengingatkan kerajaan negeri, kementerian dan jabatan agar mematuhi peraturan dan tatacara permintaan serta penerimaan sumbangan daripada pihak luar.

SPRM akan menghantar pegawainya ke Pulau Pinang untuk menjalankan kajian bagi meningkatkan ketelusan dan akuantabiliti melalui prosedur dan tatacara penerimaan sumbangan atau derma dari pihak luar.

"Hasil kajian ini akan dicadangkan untuk diterima pakai oleh lainlain negeri dan kementerian," menurut kenyataan itu.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Khamis, April 23, 2009

Pilihan Raya Penanti mungkin tidak ada?

.
Mohd Sayuti Omar ( Merah Tinta )

PILIHAN raya kecil Dun Penanti, Pulau Pinang yang diharap dan dinanti-nanti ramai peminat politik untuk melihat persilatan seterusnya antara Pakatan Rakyat (PKR) dengan UBN mungkin tidak akan diadakan.

Ada tanda-tanda besar menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencari seribu helah untuk tidak mengada pilihan raya itu walaupun Adun berkenaan Mohamad Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat mengosongkan kerusi berkenaan kepada Speaker DUN Pulau Pinang.

Speaker DUN Pulau Pinang pula telah pun memaklumkan mengenai hasrat Fairus itu untuk tindakan SPR selanjutnya.

Tanda pertama ialah, semalam SPR sepatutnya mengumumkan mengenai status kekosongan kerusi berkenaan dan dijangka turut mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi tetapi ditunda kepada minggu depan.

Penundaan tarikh mengumumkan status itu tentulah ada penemuan baru yang mengubah cadangan asal SPR itu. Belum pernah SPR berlengah-lengah dalam mengistyharkan mengenai status sesuatu kerusi yang dikosongkan oleh penjawatnya.

Kedua, semalam juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjelaskan bahawa tidak ada kes terhadap siasatan tuduhan rasuah membabitkan Fairus. Penjelasan SPRM itu agak kontras dengan tindakannya sebelum ini yang begitu ghairah kalau berdepan dengan individu atau tertuduh di sebelah pembangkang.

Masih ingat lagi ke 'tuan-tuan dan puan-puan' apa terjadi kepada Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan oleh Gerak kononnya Khalid melakukan penyelewengan berhubung pemberian lembu korban kepada rakyatnya.

SPRM menerusi Pengerusinya, (lupa nama), telah menjelaskan bahawa ada bukti kukuh menunjukkan Khalid melakukan penyelewengan. Penjelasan pengerusi (lupa nama) itu betapa SPRM ghairah untuk memburukkan Khalid Ibrahim dan damagekan kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.

Tetapi dalam kes Fairus ini SPRM bersikap adil, beretika dan penuh profesional pula menjelaskan bahawa Fairus bebas dari rasuah.

Apa yang dilakukan oleh SPRM itu ada makna dan motifnya tersendiri.

Dua tanda itu merupakan tanda besar menjelaskan pilihan raya tidak akan diadakan. Kemungkinan SPR yang akan bermesyuarat minggu depan menentukan status kerusi itu akan mengistyharkan bahawa tiada berlaku kekosongan pada kerusi berkenaan.

Mungkin SPR sekali lagi menggunakan surat perletakan Fairus itu sebagai tidak sah kerana sebab-sebb tertentu, misalnya tidak diserahkan sendiri, dikesan sebagai dibuat atas desakan pihak tertentu dalam PKR ataupun kerana tersalah meletakkan tanda bacaan koma dibuat nokhtah, nokhtah dibuat nokhtah bertitik dan sebagainya.

SPR dipercayai akan mencari seremeh-remh alasan untuk tidak mengistyahrkan kerusi berkenaan sebagai kosong bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

Kenapa SPR berbuat begtu kena sedia maklumlkan! Bukankah Perdana Menteri, Najib Tun Razak awal-awal memberi isyarat pilihan raya itu tidak perlu diadakan kerana ia membazir dan membuang waktu. Walaupun itu hanya alasan tetapi SPR yang selama ini dianggap sebagai komponen UBN yang ke 15 faham mengenai 'maknawi' yang termaktub dalam hati perdana menteri.

Kesediaan Najib untuk tidak meletakkan calon UBN itu semua difahami bahawa UBN takut untuk berhadapan dengan neraca rakyat sekali lagi di Penanti. Kekalahan di pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan lebih-lebih lagi di Permatangan Pauh amat-amat menakutkan UBN.

Menganliasa apa yang berlaku dalam kes ini kemungkinan UBN sudah berjaya memujuk Fairus supaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan imbuhan kes rasuah ke atasnya diumumkan sebagai selesai. Sekiranya tindakan SPM itu berlandaskan atas kehendak seorang manusia dan bukan prinsip kewujudannya maka SPR terus akan dikecam dan dibenci selamanya.

Manakala sekiranya Fairus pula bersetuju menarik balik surat perletakan itu atas teknikal disetujui SPR maka terdedahlah segala yang misteri mengenainya selama ini. Jika tidak ada mengadakan masakan semudah itu untuk SPRM dan SPR melepaskannya. Lebih-lebih kepada SPRM yang memburu Fairus sehingga jauh di Johor. Masakan...

Bagaimana pun sekiranya semua insiden yang berlaku ini benar belaka, dan kenyataan Fairus semalam ikhlas di mana dia akan serahkan kedudukannya kepada pucuk pimpinan PKR, seharusnya PKR menerima Fairus sebaik mungkin kerana dia sudah pun dibersihkan dari tohmohan buruk itu.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Fairus dakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan SPRM

.
Sedutan Bernama

PULAU PINANG, 22 April - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang Rabu.

"Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Mohamad Fairuz, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu.

Beliau juga melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah.

Mohamad Fairuz berkata berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya.

Beliau, yang baru mendapat anak lelaki hari ini, menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya.

"Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah," kata Mohamad Fairuz.

Bagaimanapun, pegawai SPRM tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri menerima laporan siasatan berhubung tiga kuari di daerah Seberang Perai Tengah yang didakwa terlibat dalam isu di bawah deklarasi royalti sehingga mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan negeri, semalam.

Lim menerima laporan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang yang mengetuai siasatan itu.

Kata beliau, kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan Jawatankuasa Tanah negeri sebelum mengumumkan laporan tidak lama lagi.

"Kita akan lihat cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya.

Pada 31 Mac lepas, kerajaan negeri membekukan semua bentuk operasi tiga buah syarikat kuari bertujuan membantu siasatan mengenai isu di bawah deklarasi royalti, yang mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan.

Lim dilaporkan berkata, siasatan itu melibatkan kadar royalti tanah merah dan bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 kepada RM1 satu meter padu meter.

Tiga syarikat kuari itu ialah Kuad Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn Bhd dan Saw Chong Teok Quarry Sdn Bhd.

Sementara itu, Law berkata, selain kerajaan negeri, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Pulau Pinang turut menyiasat kes itu.

"Jawatankuasa yang saya ketuai bertujuan menentukan adakah kekurangan pengiraan dan pembayaran royalti bahan batuan daripada tiga syarikat kuari itu," katanya.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

MACC finds insufficient evidence to prosecute ex-DCM

.
By Lourdes Charles (The Star)

KUALA LUMPUR: Former Penang Deputy Chief Minister (DCM 1) Mohammad Fairus Khairuddin has been cleared of graft by the Malaysian Anti-Corruption Commission.

It is learnt the commission found insufficient evidence to prosecute him for alleged involvement in illegal quarry dealings in Penang.

Sources said the person who allegedly paid money to Fairus denied paying the former deputy CM any money as gratification or for favours in return.

They said the person concerned was also cleared of any wrongdoing.

The commission probe was in response to allegations by national PKR Youth executive council member Amizudin Ahmat at a Seberang Prai Municipal (MPSP) council meeting.

Fairus, who resigned from all posts on April 8, was alleged to have been working hand-in-glove with several quarry operators.

Meanwhile, when contacted, Fairus said he received a call from a senior commission investigative officer yesterday afternoon to tell him he was cleared of the charges.

Fairus, who was in Kuala Lumpur, said the good news coincided with the birth of his sixth child here hours earlier.

‘‘It is a good omen. I may mount a campaign to clear my name.

“However, I have some personal issues to settle first,’’ Fairus said.

In George Town, Penang Chief Minister Lim Guan Eng declined to comment on the situation when approached by journalists after the late session of the state assembly.

“I don’t know anything. It’s the first time I’ve heard about this,” Lim said.

However, PKR state executive councillor Abdul Malik Abul Kassim said word of Fairus being cleared had spread via SMS.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, April 22, 2009

Siri 75 : Bekas Adun Penanti tidak yakin ada pilihan raya

.
Bekas ADUN (PKR) Penanti Abdul Rahman Kadir, berkata beliau tidak yakin SPR akan mengadakan pilihanraya kecil Penanti, biarpun Mohammad Fairus Khairuddin secara rasmi telah mengumumkan mengosongkan kerusi berkenaan pada 16 April lalu.

"Kita percaya, BN dan SPR sedang mencari helah bagaimana untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil Penanti."

Ini kata Abdul Rahman, Umno/BN cuba menggelak malu sekiranya parti itu berterusan kalah untuk kali ke-5 berturut-turut dalam pilihan raya kecil.

Namun, jika pilihanraya diadakan BN tetap akan meletakkan calonnya, meskipun Najib umum parti itu mungkin tidak meletakkan calonnya.

"Memang Najib bersuara tidak akan menyertai pilihanraya, tetapi apabila Perdana Menteri yang sebenarnya ( Dr Mahathir) mahu BN bertanding, Najib akan patuh akur," ujarnya.

'Mereka ini (SPR) boleh pusing 360 darjah," katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti.

"Kita bertemu pagi ini berhubung pilihan raya kecil Penanti tapi sidang media mengumumkan keputusan mesyuarat hanya diadakan Jumaat," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar.

Difahamkan pada Jumaat ini, BN turut bermesyuarat bagi memutuskan sama ada akan menyertai pilihan raya kecil Penanti.

SPR sebelum ini mencadangkan agar tiada pilihan raya kecil jika mana-mana Adun atau ahli Parlimen meletakkan jawatan tanpa sebab.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 74 : Fairus dapat anak ke-6

.
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin, malam semalam mendapat cahaya mata keenam.

Difahamkan anak lelakinya itu selamat dilahirkan di sebuah hospital di ibu kota.

Fairus ketika mengumumkan meletak jawatan sebagai TKM 1 dan Adun Penanti, memberikan alasan untuk melanjutkan pelajaran pasca siswazah dan menumpukan lebih masa kepada keluarga.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 73 : Bekas calon PKR Penanti akan bertanding semula

.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (PKR) Penanti Abdul Rahman Kadir menyatakan hasratnya untuk bertanding semula di kerusi berkenaan sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), memutuskan ada pilihan raya kecil di DUN berkenaan.

Bagaimanapun, kata Abdul Rahman beliau akan menjadi calon sekiranya BN meletakkan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai calon mereka.

Beliau tidak menyatakan parti yang akan diwakilinya.

SPR yang bermesyuarat hari ini hanya akan mengumumkan keputusan tersebut pada hari Jumaat depan. Hari yang sama di mana pimpinan BN akan bermesyuarat untuk memutuskan sama ada parti itu akan meletakkan calonnya jika berlaku pilihanraya kecil.

Abdul Rahman menjadi Ketua Pembangkang Pulau Pinang sejak tahun 1999-2004, mewakili PKR.

Menurut Abdul Rahman, yang merupakan ahli seumur hidup PKR dan juga bekas Pengerusi Tetap Umno Permatang Pauh, penyertaannya sebagai simbolik penentangan berterusannya kepada Dr Mahathir yang dikatakan perosak bangsa dan negara.

Dalam pada kata Abdul Rahman, beliau tidak yakin SPR akan mengadakan pilihanraya kecil Penanti.

'Mereka ini boleh pusing 360 darjah," katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Pendapat awal tunjuk pengundi mahu BN bertanding di Penanti

.
Sedutan Bernama

BUKIT MERTAJAM: Umno Permatang Pauh sedang mengumpul pendapat umum daripada pengundi di Penanti sama ada mereka mahu Barisan Nasional bertanding di situ dalam pilihan kecil ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata maklumat balas awal yang diterima daripada pungutan pendapat menerusi SMS menunjukkan 80 peratus daripada 300 pengundi yang diminta memberi pendapat mahukan BN bertanding.

"Umno Permatang Pauh akan membuat rumusan daripada pungutan pendapat itu dan mengemukakannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional Permatang Pauh malam tadi.

Minggu lepas, Mohammad Fairus melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti itu dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran. Beliau sebelum itu meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang ekoran dakwaan terlibat dalam rasuah.

Abdul Jalil berkata bahawa selama ini, PKR telah mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat di Penanti.

Apa yang jelas, katanya, ialah jelas PKR telah melakukan kesilapan besar dengan meletakkan calon yang yang tidak berkualiti pada pilihan raya umum lepas.

"Walaupun telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I, Muhammad Fairus tidak memberikan sumbangan kepada kawasan itu," katanya.

Abdul Jalil berkata adalah tidak wajar bagi PKR untuk meminta pengundi di Penanti memberikan peluang kedua kepada parti itu.

"Wang yang digunakan untuk mengendalikan pilihan raya adalah wang rakyat dan pembayar cukai. Gunakan wang itu untuk membantu rakyat bukan dibazirkan dengan sewenang-wenangnya," katanya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !
.

PRK Penanti : Anwar Ibrahim dan 2 M

.
Oleh Kickdefella


Dan ia pasti bukan batu nesan Altantuya Shaariibu. Bukan juga batu nesan Azilah atau Sirul. Ia adalah batu nesan Najib sendiri ehsan pakatan 2M Muhyiddin-Mahathir

Penanti dan penantiannya bermula dengan bosan sehinggalah munculnya Tun Dr. Mahahtir Mohamed

Kesediaan Tun Dr. Mahathir untuk mengetuai jentera Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya kecil Penanti jika ia diadakan merupakan satu harapan baru kepada Malaysia di dalam menghadapi arus perubahan yang baru.

Barisan Nasional seharusnya bertindak cepat dengan memberi endorsement kepada Tun Dr. Mahathir untuk diberi kuasa sebagai penasihat kepada Pengarah Jentera Pilihanraya BN yang besar kemungkinan akan terus diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ataupun, Muhyiddin yang banyak berjasa dalam mengembalikan Mahathir kepada UMNO berundur selangkah dan memberi laluan kepada negarawan itu untuk menjadi Pengarah Jentera Pilihanraya BN bagi Pilihanraya Kecil DUN Penanti.

Tawaran yang dibuat oleh Tun terjadi memberi harapan baru kepada sebahagian rakyat Malaysia yang sudah merasa jemu dan bosan dengan sikap Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan belum berhenti menyalahguna platfom pilihanraya untuk kepentingan peribadi.

Jika berlakunya pilihanraya kecil DUN Penanti, ini merupakan kali ke tiga rakyat terpaksa berhadapan dengan pilihanraya kecil akibat wakil rakyat dari PKR meletak jawatan diatas arahan Ketua Umum PKR itu.

Ternyata Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat membuat Tun Dr. Mahathir percaya bahawa pilihanraya kecil ini berlaku diatas keputusan peribadi wakil rakyat tersebut secara seratus peratus. Sedangkan Elizabeth Wong yang mempunyai cukup alasan untuk kosongkan semua jawatannya yang memerlukan moral yang tinggi pun tidak berbuat demikian bila ditawarkan untuk kekal, apa lagi Wan Azizah, Arumugam dan Fairus.

Mahathir tentu yakin bahawa Fairus dipaksa untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti kerana Anwar sudah hilang punca dengan kemelut PKR Pulau Pinang. Kegagalan Anwar memilih satu dari dua ADUNnya untuk mengantikan jawatan Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 membuktikan segala-galanya.

Fairus ditekan supaya meletakkan jawatan ADUNnya agar Anwar dapat mengimport orang kepercayaannya ke dalam DUN Pulau Pinang dan seterusnya jika menang tentu sekali diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ini jelas menunjukkan ketandusan pemimpin dalam PKR. Yang ada hanyalah penumpang tidur yang menunggang PKR hanya untuk melayan mimpi mereka.

Tentu sekali juga Mahathir mengharapkan Anwar menafikan semua ini. Tentu sekali Mahathir akan mendesak Anwar melantik Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang segera jika Anwar menafikan dia sedang berusaha mengimport calon untuk jawatan itu.

Tentu sekali ini akan menjadikan pilihanraya DUN Penanti menarik. Tentu sekali ini juga bererti Najib Razak telah terjerat oleh pakatan Muhyiddin-Mahathir yang termeterai di bulan Ramadan 1429 Hijrah yang lalu.

Tentu sekali ini bukan kali pertama Najib Razak terjerat di dalam pakatan ini. Kali pertama Najib terjerat ialah apabila Muhyiddin mengumumkan akan bahawa Mahathir bersedia masuk semula UMNO dalam bulan Ramadan 1429 Hijrah dalam satu pukulan yang bukan sahaja menjerat Najib tetapi menamatkan peluang Tengku Razaleigh untuk kembali sebelum sempat apa-apa berlaku.

Sebagai seorang pemimpin yang berusaha membawa perubahan segera dalam sistem pemerintahan negara dan juga dalam cara rakyat memandang Parti pimpinannya, Najib telah membuat kenyataan mencadangkan BN tidak bertanding di dalam pilihanraya kecil DUN Penanti. Tindakan Najib senang difahami oleh majoriti senyap dan rakyat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bercanggah ideologi politik.

Tindakan Najib telah memulih kembali keyakinan golongan ini terhadap keikhlasan Najib setelah senarai kebinetnya gagal membawa perubahan kepada UMNO, BN dan pentadbiran negara. Tindakan Najib berkata sebegitu dianggap berani menentang arus. Ia adalah hembusan nafas segar.

Najib tentu tidak menyangka Tun akan menyanggahnya secara terbuka walaupun Najib tahu Tun memang berkemampuan berbuat begitu. Tapi Najib tentu terkejut bila dia mula menghidu suatu pakatan sulit Muhyiddin-Mahathir atau pakatan 2M. Siapa sekarang pilihan Tun sebenar-benarnya? Apakah benar Najib atau Muhyiddin menerusi Najib?

Mungkin sudah tiba masanya Najib berbicara dengan Ali Rustam dan berdua mereka melihat kembali kronologi yang telah memerangkap Ali sehingga terlucut haknya menentang Muhyiddin.

Tentu sekali DUN Penanti semakin menarik sekarang.

Dengan pendedahan ini, tentu ramai yang mahu melihat apa sebenarnya yang akan berlaku di dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Persoalannya sekarang, adakah Anwar Ibrahim mahukan Pilihanraya Kecil di DUN Penanti untuk mengimport Timbalan Ketua Menteri 1 untuk Pulau Pinang atau ada muslihat Nasional di sebaliknya. Muslihat yang bertujuan mendedahkan kepada Najib dan mengekploitasi situasi sebenar di sebalik liku-liku koridor kuasa di Putrajaya.

Dan jangan kita lupa, Penanti di dalam Negeri Pulau Pinang. Usah terlupa juga Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang masih Tun Abdullah Ahmad Badawi. Paling usah kita lupa ialah bukan Anwar yang menumbangkan Abdullah dari puncak UMNO tetapi Abdullah tumbang kerana pakatan 2M Muhyiddin-Mahathir pada Ramadan 1429 Hijrah.

Pengaruh Abdullah mungkin telah luput sama sekali tetapi Abdullah memiliki 2 kerusi di Parlimen. Manakala Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri yang digugurkan memiliki satu kerusi Parlimen setiap seorang.

Apakah gajah sama gajah berperang, Najib akan mati ditengah-tengah, hanya dengan adanya Pilihanraya Kecil di DUN Penanti sahaja kita dapat mengetahuinya.

Apa yang pasti, ianya berlaku terlalu pantas buat Najib. Dalam minggu pertama sahaja kepimpinannya telah tewas di dalam 2 pilihanraya kecil. Apakah Penanti akan menjadi nesan ke tiga dalam tempoh 100 hari buat Najib.

Sewaktu BN berhadapan dengan tsunami dalam PRU 12 pada 8 Mac lalu, semua jari pemimpin dalam BN menunding ke arah Abdullah. Sewaktu BN tewas di Pilhanraya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, semua jari menunding juga kepada Abdullah.

Sekarang, pasca Abdullah, kepimpinan UMNO telah berubah, tetapi nasib UMNO dan BN di Semenanjung terus tidak berubah. Jika BN bertanding dan tewas di Penanti, tentu sekali tidak lama selepas itu Muhyiddin-Mahathir akan tiba-tiba terasa bahawa nasib malang BN bukan sangat kerana Abdullah tapi bila dilihat balik baru BN terngadah.

Nasib malang BN sebenarnya kerana Najib.

Untuk itu kita harus menyanjung Anwar Ibrahim. Setidak-tidaknya Anwar lebih bijak memahami masalah BN itu daripada Mahathir. Benarkah Anwar lebih bijak dari Mahathir?

Kerana itu, dalam pertembungan antara Anwar dengan Muhyiddin-Mahathir, hanya akan menyaksikan satu lagi batu nesan terpaksa digendung Najib.

Dan ia pasti bukan batu nesan Altantuya Shaariibu. Bukan juga batu nesan Azilah atau Sirul. Ia adalah batu nesan Najib sendiri ehsan pakatan 2M Muhyiddin-Mahathir.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, April 21, 2009

Siri 72 : Azizi tuduh tikam belakang, WRLR kata ada dalang !

.
Jika penulis sehebat Azizi Hj Abdullah pun boleh percaya kononnya perletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin, berpunca daripada konspirasi dalaman PKR, apa nak dihairankan apabila penulis jalanan seperti Wartawan Rasmi Laman Reformasi (WRLR) boleh bertanya, siapakah dalang di belakang blog Alahai ... Fairus yang menyebabkan Adun Penanti itu melepaskan jawatannya.

Kata Azizi di Detik Daily :


"
Kalau bukan disebabkan kes Mohd Fairuz ADUN Penanti yang letak jawatan baru-baru ini pun, kita sudah nampak di dalam PKR sebenarnya cukup banyak peleset dan polong UMNO berkeliaran. Mohd. Fairus letak jawatan bukan pasal kes rasuah sangat tetapi kerana angkara kawan tikam dari belakang dan yang tikam itu ahli PKR yang masih ada jiwa UMNO."

Sepintas lalu, telahan Azizi tidak ubah seperti profesor kangkung yang selalu dilabelkan oleh pendokong PR kepada 'cerdik pandai Umno' yang begitu membenci PR. Yang bercakap ikut nafsu, bukan fakta.

Azizi walaupun bukan bertaraf profesor, tapi kita percaya dia ada dendam kesumat terhadap Umno. Mungkin, kerana angkara ahli Umnolah dia pernah bergelar duda suatu ketika dulu . Kemalangan menyayat hati membabitkan isterinya. Itu hanya mungkin, mana tahu, mungkin ada sebab-sebab lain. Justeru itu, apa sahaja berasal usul dari Umno, dia akan tentang habis-habisan.

Apabila Azizi berkata : Mohd. Fairus letak jawatan bukan pasal kes rasuah sangat tetapi kerana angkara kawan tikam dari belakang dan yang tikam itu ahli PKR yang masih ada jiwa UMNO.

Dari kata-katanya seolah-olah Azizi macam profesor serba tahu, walaupun dia sebenarnya tidak tahu hujung pangkal cerita Fairus.

Kami sekadar mahu bertanya Azizi sebagai ahli totok PAS :

Bagaimana pula jika ahli PKR yang dianggap menikam Fairus dari belakang, yang dianggap berjiwa Umno ( itupun jika ada, sebenarnya tikam dari depan ) adalah mereka yang tidak mahu peleset dan polong Umno berkeliaran dalam PKR ?

Pernahkan Azizi terfikir begitu ?

( klik imej untuk besarkan)


Melabelkan sebahagian besar ahli PKR sebagai polong dan peleset Umno, tentulah tuduhan yang agak keterlaluan, meskipun dalam PKR memang ada hantu-hantu jenis itu.

Samalah wujudnya hantu dalam polong dalam PAS, cuma hantu dan polong itu nampak mungkin sedikit baik, kerana bila bercakap berlapik dengan 'agama.'

Bohong, kalau dikatakan dalam PAS tidak ada tikam kawan dari belakang. Lagi penipu kalau dikatakan dalam PAS tidak ada gocoh bergocoh, tidak ada cah keting.

Tikam belakang dalam PAS lagi berbisa, sebab senjata yang digunakan adalah 'walaq' bukan C4. Dan sekarang ni musim ahli-ahli PAS sedang tikam menikam, dari bawah sampai pemimpin atas. Kalau tidak secara langsung, tikam secara tidak langsung. Cuma mungkin tidak ada, rasuah politik wang untuk meraih jawatan. Itu pun sekadar mungkin.

Sementara itu, seorang lagi yang berlagak serba tahu tentang isu Fairus adalah WRLR yang menulis :

"Siapa yang menjadi dalang dan menulis dalam Alahai Fairus TKM1 sehingga kini belum pasti .....

.... maka kerana itulah ramai pula yang beranggapan bahawa Fairus "harus" dikorbankan demi melantik seorang calon TKM1 di Pulau Pinang."

... Namun alahai Fairus TKM1 berjaya menjatuhkan beliau dan ini kejayaan yang diluar jangka.

Kami sekadar berpesan kepada WRLR, bila menulis jangan duk mengarut menuding jari menyalahkan dalang sana dalang sini. Alahai.... tak main dalang-dalang. Alahai... tak perlu Tok Dalang, sebab Alahai... bukan wayang kulit.

Keputusan Fairus meletakkan semua jawatan untuk melanjutkan pelajaran diputuskan oleh beliau sendiri, selepas berbincang dengan 'Tok Dalang' Anwar Ibrahim dan Biro Politik PKR Pusat.

Itupun setelah perbincangan panjang lebar, luahan dari hati ke hati dengan tuan empunya badan. Keputusan dibuat penuh berhemah, cuba mengelak dari menyakiti mana-mana pihak, baik individu atau parti.

Takkan itupun tidak tahu. Kalau fakta sekecil itu pun tidak tahu, bagaimana boleh mengelar diri sendiri sebagai "wartawan rasmi .... "? Cittt... buat malu company je !

Setidak-tidaknya pun gunalah akal waras yang Allah s.w.t anugerahkan. Buka minda yang tertutup tu. Takkanlah kerana baru boleh bercakap melalui telefon, boleh bersembang dengan bekas TKM 1 yang baru dikenali dua tiga hari, semua kata-kata dia, dah boleh percaya hidup-hidup.

Buatlah sedikit kajian, buat home work, tanya orang yang lebih arif tentang isu Fairus. Jangan jadi bodoh sombong.

Setidak-tidaknya pun tanya diri sendiri, apakah Anwar sekejam itu, menzalimi dan memangsakan Fairus, pemimpin muda yang beliau sendiri perkenal dan angkat sebagai TKM 1, hanya sekadar berdasarkan laporan blog Alahai .....

Tapi, kalau benarlah blog Alahai yang baru berusia 5 bulan ini berjaya menjatuhkan Fairus, hebatlah kami yang pernah dilabelkan sebagai blog nyamuk oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 itu !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 71 : Fairus diugut,disogok: tiada pilihanraya kecil Penanti ?

.
Jangan terkejut, jika Jumaat nanti Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memutuskan tiada pilihanraya kecil Penanti. Bukan kerana tiada calon, tetapi alasannya perletakan jawatan Fairus tidak sah, kononnya. SPR akan mengulangi keputusan yang dibuatnya di Perak.

Sifirnya mudah. Umno tidak bisa kalah lagi dalam pilihan raya kecil untuk kali ke-5 berturut-turut. Ditimpa kekalahan demi kekalahan, seolah-olah melumur najis ke muka Najib Razak, Presiden baru Umno. Meletakkan calonnya di Penanti, umpama menghulur leher untuk disembelih.

Pastinya, anak Pekan itu tidak akan mengizinkan, walau seketul pun 'shit' sasterawan Shahnon Ahmad, memalit mukanya lagi ketika dia baru mencengkam kuasa.

Justeru, anak bekas Perdana Menteri ke-2 itu, sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan maruahnya dan Umno/BN, hatta menggunakan 'kaedah C4', biarpun tindakan itu melanggar batas perundangan dan semangat demokrasi.

Rampasan kuasa secara haram di Perak, bukti jelas, suami Rosmah Mansor itu sanggup bertindak rakus, biarpun khabarnya Najib menikus apabila berdepan dengan 'wanita pertama' itu yang juga wanita kedua dalam hidupnya.

Kuku besi Dr M mula mencengkam

Itu ditambah dengan penjelmaan semula 'mentor kuku besi' - Dr Mahathir Mohammad, yang kini sedang galak bertindak sebagai tok dalang, membayangi pemerintahan Najib.

Bukanlah sesuatu yang mustahil, selepas ini, Najib akan mengerahkan parti komponen BN ke-15, SPR dan komponennya ke-16, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mencapai nafsu serakahnya di Penanti.

Meskipun diterajui muka baru, SPR telahpun terbukti, bersedia meneruskan tradisi dicucuk hidung oleh kerajaan Umno/BN, sejak dulu, kini dan diharap tidak selamanya.

Sesiapapun tidak boleh menafikan, ketika SPR menetapkan tarikh pilihanraya kecil membabitkan '2 bukit dan 1 batang' lalu, ianya mengambilkira kepentingan Umno ketika itu.

SPR sanggup menggadai 'maruahnya' melenggahkan hari mengundi sehingga hari ke-59, iaitu sehari sebelum habis tempoh edah 60 hari yang disyaratkan undang-undang. Perkara, yang dikatakan tidak pernah diputuskan oleh SPR sebelum itu. Kita percaya ada tangan ghaib di sebalik keputusan itu.

Ianya tidak ada sebab musabab lain, hanya semata-mata bagi memberi laluan kepada pemilihan Agung Umno, untuk menukar 'pemandu' yang dikatakan penyebab kekalahan besar Umno/BN pada pilihan raya ke-12 lalu.

Dengan harapan, dengan pemandu berwajah baru, Umno/BN pun bersemangat baru untuk menewaskan PR, biarpun keputusan selepas itu, BN terus menggigit jari.

SPRM diperalat SPR diperkuda

Fail siasatan rasuah Fairus yang telah lengkap di meja pendakwa SPRM, boleh dijadikan senjata untuk mengugut pendekar gayung itu melutut menyembah bumi. Strategi itu pernah digunakan Umno, ketika memperalat SPRM ke atas bekas ADUN PKR di Perak, Osman Jailu dan Jamaludin Mohamad.

Fairus, biarpun bergelar Imam Khalifah Besar Silat Seni Pusaka Gayung Pulau Pinang, namun pada realiti, ketahanan mentalnya begitu lemah. Jika tidak, masakan air matanya berderai ketika ditahan pegawai imigresen ketika cuba menyeberang Tambak Johor.

Pujukan serta ugutan SPRM dan putar belit SPR, sudah cukup bagi memaksa Fairus, mengaku kononnya surat perletakan jawatannya dibuat secara paksa. Meskipun ia ditandatangani di depan Pesuruhjaya Sumpah pada 19 Mac lalu dan sah di sini undang-undang.

Dengan kuasa pujukan, dan sogokan oleh pihak tertentu dengan timbunan helaian 'wajah kepala Agong' di dalam beg, bapa berusia 33 tahun yang beranak lima yang kini sedang menanti kelahiran seorang lagi cahaya mata, boleh longlai semangat, boleh cair iman.

Bermodalkan pengakuannya itu, yang barang tentu akan dijadikan tajuk utama media, SPR akan menggunakan 'kuasa mutlaknya' untuk mengumumkan perletakan jawatan Fairus tidak sah, justeru itu, tiada pilihanraya kecil Penanti. Mana-mana pihak yang tidak berpuashati, boleh mencabar keputusan itu di mahkamah.

Nah, jika perkara itu berlaku, terlopong para pemimpin PKR, terkedu para penyokong, tersentak pengundi, tersembam bakal calon dan terjerut Ketua Umum.

Ini akan membuktikan sejauh mana Fairus sebagai seorang pejuang sejati PKR. Dia kena buktikan darah yang mengalir dalam jasadnya, adalah darah pendekar, tidak tunduk dengan sebarang ugutan dan menepis sogokan yang bakal digunakan Umno nanti.

Isu Fairus tidak sama kes Arumugam

Ada yang berpendapat, isu Fairus sama dengan perletakan jawatan V. Arumugam. SPR akan memutuskan pilihanraya kecil sepertimana di Bukit Selambau, sebaik menerima surat dari Speaker DUN.

Tidak, kedua-dua situasi itu berbeza. Bagi mereka yang mengikuti rapat, sudah tentu dapat melihat jurang perbezaan besar antara kedua-duanya. Di Bukit Selambau, BN menaruh harapan mereka boleh menawan kembali kerusi tersebut. Sebaliknya di Penanti, harapan itu terlalu tipis.

Arumugam, sebaik menghantar surat meletak jawatan kepada Speaker, kerana konon keselamatannya terancam, terus bergegas 'balik India.' Semua pihak, khususnya pihak akhbar gagal mengesannya. Tiada isu berbangkit selepas itu.

Sebaliknya Fairus, meletak jawatan kononnya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pasca siswazah. Tetapi masih gagal berbuat demikian hingga kini, kerana ditahan pihak berkuasa di pintu keluar negara, sebaik SPRM mula membuka fail siasatan rasuah kuari.

Ekoran itu, media berjaya menghubungi Fairus, dan pelbagai isu berbangkit dan digembar gembur selepas itu, termasuk ancamannya untuk mendedahkan 'rahsia besar' PKR.

Apapun, kita tunggu SPR yang akan bermesyurat esok ( 22 April ) dan keputusannya diumum Jumaat ( 24 April).

Ini satu lagi tindakan 'pelik' SPR yang bercanggah dengan kelazimannya di mana keputusan diumum sebaik keputusan mesyuarat dicapai.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !
.

Isnin, April 20, 2009

Siri 70 : Fairus akan 'come back' sebagai pemimpin hebat ?

.
Mohammad Fairus Khairuddin akan membuat 'come back' sebagai pemimpin lebih hebat dalam karier politiknya sedikit masa lagi.

Mendedahkan perkara itu kepada teman-teman rapatnya, Fairus berkata kepulangannya nanti akan memberi impak yang besar bukan sahaja kepada PKR, bahkan kepada arena politik negara.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 itu, yakin dia akan beraksi semula di pentas politik sebaik semua masalah yang membelenggunya kini dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Pemimpin muda berusia 33 tahun itu, berkata ketika itu lapangan politiknya bukan lagi setakat Pulau Pinang, tetapi menjangkau politik negara dan antarabangsa.

Ketika menghubungi seorang tokoh usahawan muda, yang juga kenalannya di Pulau Pinang, Fairus memaklumkan dia mensasarkan satu jawatan penting, sekurang-kurangnya bertaraf menteri sebagai landasan untuknya meneruskan cita-cita politiknya.

Ketua Umum Anwar Ibrahim ketika memberikan taklimat kepada pemimpin Pakatan Rakyat di Dewan Yayasan Aman, Penanti, baru-baru ini turut membayangkan perkara yang sama.

Katanya, bukan sesuatu yang mustahil jika Fairus akan membuat 'come back' seperti mana beliau lakukan selepas terpenjara selama enam tahun, kerana memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Fairus kini sedang berdepan dengan siasatan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan aktiviti kuari di Seberang Perai.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Anwar : Rasuah dan komisyen bukan satu pembaziran ?

.
Oleh Anwar Ibrahim ( anwaribrahimblog.com)

Kebelakangan ini terpampang di muka hadapan media Umno-BN yang berkemungkinan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

Alasan yang diberi Datuk Sri Najib kononnya pemilihan ini akan membazirkan duit rakyat. Gesaan agar jangan membazir tidak terbatas dalam pilihanraya sahaja, seharusnya ianya juga mengambil kira kaedah kempen, sogokan wang dan cambahan projek serta pesta. Amalan rasuah, komisyen, pesta-pestaan masih ketara dalam amalan pimpinan negara. Ini wajib dihentikan segera.

Isu Mohammad Fairus dan Penanti dijelaskan sendiri oleh beliau dalam kenyataannya. Inshaallah kita akan pastikan wakil yang dipilih nanti mampu menggalas tanggungjawab termasuk kekuatan menangani masalah masyarakat Melayu dan rakyat miskin lainnya.

Maka seandainya Datuk Sri Najib jujur dengan perakuannya, Umno wajar mengiktiraf hasrat rakyat Penanti dengan tidak mengemukakan calun.

Saya tidak menolak betapa pentingnya usaha membawa negara ini keluar dari kegawatan. Namun sikap hipokrit bukanlah caranya memulihkan ekonomi negara.

Saya tertanya-tanya — apakah dengan memberikan komisyen berjumlah RM 510 juta kepada Perimekar Sdn. Bhd. untuk pembelian kapal selam Scorpene dan pemberian tender secara tertutup projek jalur lebar berdaya laju bernilai RM 11.31 bilion tidak membazirkan wang rakyat?


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

UMNO P. Pinang patuhi apa sahaja

.
Sedutan Utusan Malaysia

KEPALA BATAS 19 April - UMNO Pulau Pinang akan akur dengan sebarang keputusan Barisan Nasional (BN) termasuk tidak meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, BN tidak rugi apa-apa jika Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding.

Jika BN menang sekali pun katanya, hanya berlaku pertambahan kerusi parti itu dalam DUN Pulau Pinang iaitu daripada 11 kepada 12 kerusi tetapi kerajaan negeri pakatan pembangkang tetap tidak akan tumbang.

"Kalau BN kalah, DUN Penanti memang kerusi mereka. Kalau mereka kalah, hanya rugi satu, kalau menang, mereka dapat kerusi balik.

"Jadi ia tidak membawa apa-apa implikasi ke atas pemerintahan di negeri Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Ekonomi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Bantuan Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib bahawa pilihan raya kecil itu tidak perlu diadakan kerana ia membazir wang dan masa.

Azhar yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang berkata, UMNO negeri akan akur dengan sebarang arahan pemimpin tinggi UMNO dan BN.

''Kalau Najib mengatakan BN akan meletakkan calon, kita akan gerakkan seluruh jentera di Pulau Pinang untuk turun berkempen dan kalau tidak, kita ikut dan tidak akan berbuat apa-apa,'' katanya.

Beliau menambah, soal pakatan pembangkang akan menang secara percuma jika BN tidak meletakkan calonnya bukanlah satu isu besar kerana yang lebih penting ialah rakyat tidak seharusnya dipaksa mengundi memilih wakil rakyat dalam masa setahun.

"Hari itu pilihan raya umum, kemudian Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh kerana Datin Seri Dr. Wan Aziah Wan Ismail meletak jawatan bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan sekarang Mohammad Fairus Khairuddin pula meletak jawatan.

"Apakah ia perlu dilakukan memandangkan kita terpaksa membelanjakan wang yang banyak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis juga terpaksa mengeluarkan wang mereka. Rakyat juga dibebankan dengan perkara yang tidak perlu kalau mengundi setahun sampai tiga kali," ujarnya.

Menurutnya, proses demokrasi di negara ini telah disalahguna oleh pihak tertentu dengan mengadakan pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Penanti: Pakatan dakwa BN bimbang

.
Oleh Zanariah Abd Mutalib ( mStar Online)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Barisan Nasional (BN) sebenarnya takut untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, justeru menyatakan kemungkinan tidak akan meletakkan calon.

Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution berkata, kekalahan BN kepada Pakatan Rakyat dalam empat pilihan raya kecil secara berturut-turut sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta DUN Bukit Selambau menyebabkan BN tidak yakin untuk terus bertanding.

"Tindakan itu didorong oleh keadaan politik semasa yang mana mereka diselubungi kebimbangan kerana tumpas dalam empat pilihan raya kecil sebelum ini.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, BN tumpas secara berturut-turut seperti itu," katanya ketika dihubungi mStar Onlinen hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, berkemungkinan BN tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen.

Kerusi DUN Penanti yang berada dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh kini kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, jika BN bertanding di Penanti, parti itu akan bertanding sebagai calon 'underdog' dan hal itu akan memberi keadaan yang tidak selesa kepada BN.

"Soal pembaziran wang rakyat dan PKR main-main seperti yang dikatakan Najib itu tidak timbul sebenarnya.

"Alasan sebenarnya adalah BN tidak mahu masuk sebagai calon underdog," katanya.

Beliau berkata, jika BN tidak meletakkan calon sekali pun, itu tidak bermakna proses demokrasi dalam negara ini sudah mati.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan pilihan raya kecil hanya perlu diadakan jika berlaku kematian juga tidak boleh diterima kerana sejarah menunjukkan pilihan raya kecil juga pernah diadakan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Abu Hassan Omar yang ketika itu seorang Ahli Parlimen bertanding di DUN bagi membolehkan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997.

"BN tidak boleh lupa sejarah. Pilihan raya kecil DUN itu juga sengaja diadakan, bukan disebabkan ada kematian," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, beliau berasa hairan dengan kenyataan Mohd Najib itu kerana katanya, BN adalah parti yang paling berminat untuk bertanding sekiranya berlaku pilihan raya kecil.

"Sejak 50 tahun lalu, setiap kali adanya pilihan raya kecil, BN lah yang paling berminat untuk meletakkan calon.

"Kenapa kali ini tidak berminat pula? Itu betul-betul membingungkan saya," katanya.

Dr. Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, tindakan Fairus meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti adalah disebabkan tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi berikutan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan rasuah.

"Siapa yang menghebohkan perkara itu kalau tidak Umno.

"Janganlah sudah baling batu kemudian sembunyi tangan. Selepas sudah memberi tekanan, kini tidak mahu bertanding pula," katanya.

Beliau berkata, alasan BN bahawa pertandingan itu nanti hanya membazirkan wang rakyat juga tidak harus timbul kerana perkara itu tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau amat menyokong tindakan BN untuk tidak meletakkan calon di DUN Penanti.

"Jika alasannya adalah tidak mahu membazir, saya amat menyokong kerana ia adalah satu tindakan politik yang rasional.

"Tidak semestinya setiap kali pilihan raya kecil, parti pemerintah mesti meletakkan calon," katanya.

Beliau yang juga ADUN Salor berkata, tindakan itu pastinya akan memberi laluan mudah kepada PKR untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Penanti: Dr M suruh bertanding, Rosmah ajak berguling

.
Sedutam Kerajaan Rakyat

Dato’ Seri Najib dan barisan kabinetnya pasti akan tunduk sembah kepada perintah pakar rujuknya. Tun Mahathir telah bersuara dan mengesa agar BN bertanding dalam PRK Penanti.

Sebenarnya Najib telah mempolitikkan isu prk Penanti dengan alasan pembaziran. Kepla hotak dia pembaziran!!. Jamaluddin Jarjis hantar pelancung ke angkasa habis duit RAKYAT berbillion ringgit, bukan membazir?? Mangkok punya PM.

Kita tunggu, mesti Najib TIDAK berani untuk melawan Madey. Madey kata ‘A’, Najib mesti kata ‘A’. Madey kata ‘Terjun’ Najib mesti ikut terjun. Sekarang Najib jadi kelam-kabut. Madey kata “Jom Bertanding”, Rosmah kata “Jom Berguling”. Mana satu Najib nak ikut?? Najib pening!! Pening beb. Kalau bertanding, confirm kalah. Kalau tak bertanding Madey marah.

Baik kau berguling je lah Najib.

Baca seterusnya

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Ahad, April 19, 2009

Mahathir: BN perlu tanding Penanti, jangan mengaku kalah

.
Sedutan Bernama

RAUB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah, sebaliknya perlu meletakkan calon bertanding jika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang diadakan.

"Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.

"Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pemuda Umno Raub di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil DUN Penanti atau sebaliknya.

Kerusi itu kosong selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti pada Khamis lepas.

Sebelum itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan.

Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu.

"Apabila kita tidak bertanding ini akan menunjukkan kemerosotan Umno di mana-mana kawasan yang ada pilihan raya," katanya.

Dr Mahathir juga berkata ahli Umno dan BN perlu terus membuat teguran jika terdapat kesalahan yang dilakukan pemimpin parti.

"Kita perlu bersikap kritis secara baik dan tidak hanya setia kepada pemimpin walaupun mereka jelas melakukan kesilapan."

Selain itu, beliau turut mengingatkan pemimpin Umno terutama generasi muda supaya tidak mencari jalan mudah untuk memperoleh kedudukan dan kuasa termasuk melalui amalan rasuah yang akhirnya akan membinasakan parti.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada projek jambatan bengkok menyeberangi Selat Johor perlu disambung semula pembinaannya, Dr Mahathir berkata pembinaannya tidak sepatutnya dihentikan langsung.

"Bohong kalau kata rakyat Johor tidak mahu jambatan ini dibina," katanya.

Baru-baru ini terdapat banyak gesaan terutama daripada kalangan ahli politik dan perniagaan dari Johor, supaya kerajaan menimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan projek jambatan bengkok itu.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Gerakan syor BN letak calon Bebas di Penanti

.
Oleh Zanariah Abd Mutalib ( mStar Online)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak boleh memberi laluan mudah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tanpa dicabar.

Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berkata, beliau pada dasarnya bersetuju jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding memandangkan pertandingan itu nanti akan melibatkan kos yang besar.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh bagi mereka (PKR) menang percuma.

"Kalau BN tidak mahu bertanding, BN mungkin patut memberikan peluang kepada mana-mana ahlinya bertanding atas tiket Bebas.

"Jika ini dilakukan, ia akan memberi pilihan kepada penduduk di Penanti untuk memilih calon yang boleh mewakili mereka sekaligus membuka ruang demokrasi kepada mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata berkemungkinan BN tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponennya.

Kerusi DUN Penanti yang berada dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh kini kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PPP, Datuk T Murugiah berkata, pihaknya juga menyokong jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu kerana ia ternyata mainan politik pembangkang yang langsung tidak memikirkan wang rakyat yang akan dibazirkan begitu sahaja.

Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, keputusan Fairus meletakkan jawatan kerana sebab peribadi itu merupakan tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang wakil rakyat.

"Kalau nak bertanding untuk tujuan berkhidmat, beliau perlu sentiasa bersedia menghadapi tekanan dan perlu tahan dengan segala cabaran," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Kah Siong menyifatkan tindakan BN tidak meletakkan calon merupakan langkah yang tepat.

"Mereka (PKR) mahu mengadakan pilihan raya kecil ini kerana krisis dalaman yang dihadapi mereka.

"Jika (BN) bertanding, ini akan menghabiskan masa kita dan wang pembayar cukai," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.

Bagaimanapun, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Veelu berpendapat BN patut meletakkan calonnya.

Katanya, BN perlu bertanding bagi menjaga imej dan integriti gabungan itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan berkata jika kepimpinan BN berpendapat bahawa pilihan raya kecil itu adalah muslihat politik PKR dan pembaziran wang rakyat maka parti itu akan mematuhi sebarang keputusan yang diambil.

"Sebagai individu, saya berharap BN akan bertanding merebut kerusi itu kerana tidak mahu melepaskan atau menghampakan penyokong setia BN di kawasan itu.

"Kita perlu bertindak adil kepada pengundi yang selama ini memberi sokongan padu kepada BN," katanya.

Bagi Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berkata, beliau turut bersetuju jika BN tidak bertanding di Penanti memandangkan itu merupakan kubu kuat pembangkang.

"Saya pernah menyuarakan pada pilihan raya kecil sebelum ini, BN tidak perlu bertanding jika kekosongan sesuatu kerusi itu bukan disebabkan kematian wakil rakyat kawasan itu terutamanya di kawasan pembangkang.

"Pada saya, biarlah parti yang berjaya menawan kerusi itu pada pilihan raya umum lalu yang terus memegang kerusi itu.

"Sebaliknya, kita perlu menumpukan dan mempertahankan kerusi yang kita menangi seperti di DUN Batang Ai," katanya.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Guan Eng tidak gembira dengan perkembangan semasa ekoran Fairus letak jawatan

.
Sedutan Bernama

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui secara peribadi beliau kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) dan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti baru-baru ini.

Bagaimanapun Lim berkata, demi semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang, beliau menyerahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Saya rasa kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku tetapi ada kekosongan bagi jawatan itu (adun Penanti) maka memang perlu ada pilihan raya kecil.

"Tetapi saya rasa tentang pilihan raya kecil itu biarlah tanya (pada) Anwar," katanya pada sidang akhbar media ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan Adun Penanti.

Lim sebelum itu menyampaikan ucaptama pada seminar "Earth Day Dialogue : Plastic Bag: To Ban Or Not To Ban" di sini hari ini.

Mengenai pemilihan calon TKM1, Lim berkata: "Kita hanya tunggu cadangan dari beliau (Anwar)... saya telah beri masa kepadanya untuk buat cadangan."

"Untuk mengelakkan lebih banyak spekulasi lebih baik serahkan kepada Anwar untuk menjawab segala persoalan ini.

Ada banyak juga khabarkhabar angin mengenai barisan ADUN yang ada yang kurang layak untuk mengisi kekosongan jawatan TKM1," katanya.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) mungkin tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti nanti, Lim berkata, terpulang kepada BN kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.

"Dalam sistem demokrasi kita ada pilihan untuk berbuat sesuatu, sama ada hendak bertanding atau tidak itu terpulang kepada BN, itulah kebebasan yang ada dalam demokrasi," katanya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Sabtu, April 18, 2009

Siri 68 : Elak membazir, Anwar minta Najib jangan letak calon

.
Respon kepada kenyataan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, bahawa pilihanraya kecil Penanti tidak perlu diadakan kerana akan membazirkan masa dan wang rakyat, Ketua Umum Anwar Ibrahim berkata justeru itu Umno disaran tidak meletakkan calonnya di kerusi berkenaan bagi membolehkan PKR menang percuma.

Apabila Umno tidak menyertai pilihanraya itu nanti, katanya, Pakatan Rakyat boleh menumpukan masa membantu Najib untuk memulihkan ekonomi negara, seperti mana yang disarankannya.

"Oleh kerana tidak perlu pilihanraya kecil, eloklah Umno tidak meletakkan calonnya,

"Jadi kita pun tak pening, dia pun tak pening," kata Anwar tersenyum ketika sesi taklimat di Dewan Yayasan Aman, Penanti, malam tadi.

Biarlah katanya Pakatan Rakyat meneruskan kerja, membantu rakyat dan negara memulihkan ekonomi.

Najib kata Anwar perlu konsisten dan tuntas dengan tindakan dan kata-katanya.

Pada sesi taklimat tersebut, Anwar menjelaskan sebab Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatan sebagai ADUN Penanti.

Kenyataan media yang ditandatangani Fairus turut diedarkan kepada hadirin.

Turut hadir Pengerusi PKR Pulau Pinang Zahrain Mohd Hashim, Timbalannya Dr. Mansor Osman, Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Saleh Man, Timbalannya Hamdan Abdul Rahman, Exco dan ADUN PKR.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !