Jangan terkejut, jika Jumaat nanti Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memutuskan tiada pilihanraya kecil Penanti. Bukan kerana tiada calon, tetapi alasannya perletakan jawatan Fairus tidak sah, kononnya. SPR akan mengulangi keputusan yang dibuatnya di Perak.
Sifirnya mudah. Umno tidak bisa kalah lagi dalam pilihan raya kecil untuk kali ke-5 berturut-turut. Ditimpa kekalahan demi kekalahan, seolah-olah melumur najis ke muka Najib Razak, Presiden baru Umno. Meletakkan calonnya di Penanti, umpama menghulur leher untuk disembelih.
Pastinya, anak Pekan itu tidak akan mengizinkan, walau seketul pun 'shit' sasterawan Shahnon Ahmad, memalit mukanya lagi ketika dia baru mencengkam kuasa.
Justeru, anak bekas Perdana Menteri ke-2 itu, sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan maruahnya dan Umno/BN, hatta menggunakan 'kaedah C4', biarpun tindakan itu melanggar batas perundangan dan semangat demokrasi.
Sifirnya mudah. Umno tidak bisa kalah lagi dalam pilihan raya kecil untuk kali ke-5 berturut-turut. Ditimpa kekalahan demi kekalahan, seolah-olah melumur najis ke muka Najib Razak, Presiden baru Umno. Meletakkan calonnya di Penanti, umpama menghulur leher untuk disembelih.
Pastinya, anak Pekan itu tidak akan mengizinkan, walau seketul pun 'shit' sasterawan Shahnon Ahmad, memalit mukanya lagi ketika dia baru mencengkam kuasa.
Justeru, anak bekas Perdana Menteri ke-2 itu, sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan maruahnya dan Umno/BN, hatta menggunakan 'kaedah C4', biarpun tindakan itu melanggar batas perundangan dan semangat demokrasi.
Rampasan kuasa secara haram di Perak, bukti jelas, suami Rosmah Mansor itu sanggup bertindak rakus, biarpun khabarnya Najib menikus apabila berdepan dengan 'wanita pertama' itu yang juga wanita kedua dalam hidupnya.
Kuku besi Dr M mula mencengkam
Itu ditambah dengan penjelmaan semula 'mentor kuku besi' - Dr Mahathir Mohammad, yang kini sedang galak bertindak sebagai tok dalang, membayangi pemerintahan Najib.
Bukanlah sesuatu yang mustahil, selepas ini, Najib akan mengerahkan parti komponen BN ke-15, SPR dan komponennya ke-16, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mencapai nafsu serakahnya di Penanti.
Meskipun diterajui muka baru, SPR telahpun terbukti, bersedia meneruskan tradisi dicucuk hidung oleh kerajaan Umno/BN, sejak dulu, kini dan diharap tidak selamanya.
Sesiapapun tidak boleh menafikan, ketika SPR menetapkan tarikh pilihanraya kecil membabitkan '2 bukit dan 1 batang' lalu, ianya mengambilkira kepentingan Umno ketika itu.
SPR sanggup menggadai 'maruahnya' melenggahkan hari mengundi sehingga hari ke-59, iaitu sehari sebelum habis tempoh edah 60 hari yang disyaratkan undang-undang. Perkara, yang dikatakan tidak pernah diputuskan oleh SPR sebelum itu. Kita percaya ada tangan ghaib di sebalik keputusan itu.
Ianya tidak ada sebab musabab lain, hanya semata-mata bagi memberi laluan kepada pemilihan Agung Umno, untuk menukar 'pemandu' yang dikatakan penyebab kekalahan besar Umno/BN pada pilihan raya ke-12 lalu.
Dengan harapan, dengan pemandu berwajah baru, Umno/BN pun bersemangat baru untuk menewaskan PR, biarpun keputusan selepas itu, BN terus menggigit jari.
SPRM diperalat SPR diperkuda
Fail siasatan rasuah Fairus yang telah lengkap di meja pendakwa SPRM, boleh dijadikan senjata untuk mengugut pendekar gayung itu melutut menyembah bumi. Strategi itu pernah digunakan Umno, ketika memperalat SPRM ke atas bekas ADUN PKR di Perak, Osman Jailu dan Jamaludin Mohamad.
Fairus, biarpun bergelar Imam Khalifah Besar Silat Seni Pusaka Gayung Pulau Pinang, namun pada realiti, ketahanan mentalnya begitu lemah. Jika tidak, masakan air matanya berderai ketika ditahan pegawai imigresen ketika cuba menyeberang Tambak Johor.
Pujukan serta ugutan SPRM dan putar belit SPR, sudah cukup bagi memaksa Fairus, mengaku kononnya surat perletakan jawatannya dibuat secara paksa. Meskipun ia ditandatangani di depan Pesuruhjaya Sumpah pada 19 Mac lalu dan sah di sini undang-undang.
Dengan kuasa pujukan, dan sogokan oleh pihak tertentu dengan timbunan helaian 'wajah kepala Agong' di dalam beg, bapa berusia 33 tahun yang beranak lima yang kini sedang menanti kelahiran seorang lagi cahaya mata, boleh longlai semangat, boleh cair iman.
Bermodalkan pengakuannya itu, yang barang tentu akan dijadikan tajuk utama media, SPR akan menggunakan 'kuasa mutlaknya' untuk mengumumkan perletakan jawatan Fairus tidak sah, justeru itu, tiada pilihanraya kecil Penanti. Mana-mana pihak yang tidak berpuashati, boleh mencabar keputusan itu di mahkamah.
Nah, jika perkara itu berlaku, terlopong para pemimpin PKR, terkedu para penyokong, tersentak pengundi, tersembam bakal calon dan terjerut Ketua Umum.
Ini akan membuktikan sejauh mana Fairus sebagai seorang pejuang sejati PKR. Dia kena buktikan darah yang mengalir dalam jasadnya, adalah darah pendekar, tidak tunduk dengan sebarang ugutan dan menepis sogokan yang bakal digunakan Umno nanti.
Isu Fairus tidak sama kes Arumugam
Ada yang berpendapat, isu Fairus sama dengan perletakan jawatan V. Arumugam. SPR akan memutuskan pilihanraya kecil sepertimana di Bukit Selambau, sebaik menerima surat dari Speaker DUN.
Tidak, kedua-dua situasi itu berbeza. Bagi mereka yang mengikuti rapat, sudah tentu dapat melihat jurang perbezaan besar antara kedua-duanya. Di Bukit Selambau, BN menaruh harapan mereka boleh menawan kembali kerusi tersebut. Sebaliknya di Penanti, harapan itu terlalu tipis.
Arumugam, sebaik menghantar surat meletak jawatan kepada Speaker, kerana konon keselamatannya terancam, terus bergegas 'balik India.' Semua pihak, khususnya pihak akhbar gagal mengesannya. Tiada isu berbangkit selepas itu.
Sebaliknya Fairus, meletak jawatan kononnya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pasca siswazah. Tetapi masih gagal berbuat demikian hingga kini, kerana ditahan pihak berkuasa di pintu keluar negara, sebaik SPRM mula membuka fail siasatan rasuah kuari.
Ekoran itu, media berjaya menghubungi Fairus, dan pelbagai isu berbangkit dan digembar gembur selepas itu, termasuk ancamannya untuk mendedahkan 'rahsia besar' PKR.
Apapun, kita tunggu SPR yang akan bermesyurat esok ( 22 April ) dan keputusannya diumum Jumaat ( 24 April).
Ini satu lagi tindakan 'pelik' SPR yang bercanggah dengan kelazimannya di mana keputusan diumum sebaik keputusan mesyuarat dicapai.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !
.