Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Rabu, April 15, 2009

Siri 64 : Banjir melanda Penanti, Fairus entah di mana

.
Hujan lebat sejak awal pagi tadi, menyebabkan beberapa kawasan di Permatang Pauh dilanda banjir.

Beberapa kawasan yang sebelum ini, tidak pernah dinaiki air, turut menerima bencana tersebut.

Di Penanti, antara kawasan terlibat, termasuk di Simpang Tiga Kubang Ulu, Mengkuang, Kuala Mengkuang, Mengkuang Titi, Kubang Semang dan Guar Perahu.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Zainal Abidin Saad turun padang meninjau kawasan terbabit. Bekas pegawai TKM 1 itu turut disertai dengan Ketua AMK Permatang Pauh Amir Mohd Ghazali.

Turut serta pegawai khas Exco Abdul Malik Kassim yang juga bekas Pegawai TKM1 Zulkifli Mohamed dan pegawai Khas Exco Law Choo Kiang, Aidi Rafizul Idrus.

Menurut Zainal pihaknya telah menghubungi Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahya dan beberapa pegawai kebajikan masyarakat untuk tindakan lanjut.

Sehingga tengahari tadi, seramai 50 orang telah dipindahkan ke pusat petempatan banjir di Home Stay Mengkuang. Dijangka bilangan tersebut akan bertambah, sekiranya hujan masih berterusan.

Air sungai Kulim dan sungai Mengkuang ketika ini masih diparas berjaga-jaga.

Adun Penanti Mohammad Fairus Khairuddin dikatakan tidak dapat dihubungi untuk dimaklumkan kejadian tersebut.

Difahamkan beliau masih belum bertugas sejak meletak jawatan sebagai TKM 1 berkuatkuasa 8 April lalu.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !