Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Sabtu, April 04, 2009

Fail Fairus ke pendakwa minggu depan

.
Sedutan Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: 4 April- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan siasatan kes rasuah dan salahguna kuasa membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kepada Bahagian Pendakwaan, minggu depan.

Pesuruhjaya Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu hampir siap.

"Keterangan saksi dan dokumen berkaitan kes sudah dirakam dan diperoleh untuk melengkapkan kertas siasatan.

"Bagaimanapun, mengikut prosedur, fail kes perlu diteliti Bahagian Pendakwaan sebelum membuat sebarang keputusan sama ada perlu keterangan atau bukti tambahan atau meneruskan dengan pendakwaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Minggu lalu, Mohammad Fairus ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Johor Bahru, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah berkenaan.

Sepasukan pegawai SPRM kemudian membawa Mohammad Fairus, 33, ke pejabat SPRM Johor Bahru untuk diambil keterangan, sebelum dibebaskan.

Sebelum itu, Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Exco kerajaan negeri berkuat kuasa 8 April ini.

Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat, bulan lalu, yang mendakwa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit dalam penyelewengan membabitkan kuari di Seberang Prai.

Amizuddin mendakwa dua pemimpin PKR itu bekerjasama dengan syarikat kuari di Seberang Prai dengan melindungi aktiviti haram kuari terbabit.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !