Mohammad Fairus Khairuddin hampir pasti memungkiri janjinya untuk menyambung pelajarannya sepertimana alasan yang diberikan sewaktu meletak jawatan sebagai TKM 1, yang akan berkuatkuasa pada 8 April depan.
Sebaliknya, Fairus akan mengikut jejak langkah bekas Adun PKR Perak Mohd Osman Jailu dan Jamaludin Mohd Radzi- melompat parti.
Sumber memberitahu, tindakan itu bagi mengelak dirinya didakwa di mahkamah.
"Dia berharap dengan menyertai Umno/BN dia tidak akan didakwa," ulas sumber itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah menyoal siasat Fairus berkaitan isu kuari Seberang Perai selepas ditahan di pusat pemeriksaan imigresen Johor dalam perjalanan ke Singapura pada minggu lepas.
Difahamkan ketika itu Fairus di dalam perjalanan ke sebuah negara jiran untuk menyambung pelajaran di sebuah universiti di sana.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !