Benarlah - Kaum lelaki dikurniakan 9 akal, 1 nafsu berbanding kaum wanita diberi 9 nafsu 1 akal.
Inilah berlaku apabila pada majlis penerangan tertutup yang dihadiri Ketua Umum Anwar Ibrahim bersama PKR Bahagian Permatang Pauh, AMK dan Wanita mencetuskan suasana agak 'panas' dalam isu perletakan jawatan TKM 1.
Tindakan Anwar yang masih berselindung sebab sebenar Fairus meletakkan jawatan, mencetuskan ribut dalam cawan, di kalangan wanita PKR Permatang Pauh, yang masih tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberi oleh Anwar petang tadi, di Dewan Yayasan Aman, Penanti.
Pada majlis itu, Anwar mengambil pendekatan berhati-hati, tanpa mahu mengguris hati mana-mana pihak ketika disoal sebab sebenar perletakan jawatan Fairus.
Salah seorang wanita, Sharifah Kalsom dikatakan bertegas mahu Fairus dikekalkan sebagai Adun Penanti sehingga pilihanraya ke-13 nanti.
Bagaimanapun, menurut Anwar, itu bergantung kepada pendakwaan yang akan dikenakan ke atas Fairus oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang dijangka pada minggu depan.
"Kita biarkan SPRM membuat siasatan, apa-apa sahaja keputusannya, kita kena terimalah," katanya.
Anwar kemudiannya secara berseloroh berkata, "kalau tiada sangat calon Penanti, biar saya sendiri jadi calon."
Jawapannya itu mendapat mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Anwar kemudiannya terpaksa bergegas ke Seberang Jaya untuk majlis penerimaan borang kemasukan ahli baru PKR.
Fairus bakal menghadapi dakwaan salahguna kuasa dan rasuah membabitkan isu kuari di Seberang Perai.
Difahamkan selepas majlis tertutup berkenaan, berlaku perang mulut di luar dewan, di antara segelintir penyokong Fairus dan mereka yang menentangnya.
"Kalau dia letak semua jawatan, kesian kat anak bini dia, sapa nak bagi makan," jerit seorang wanita.
"Oooo... kesian kat anak bini dia, habis tu masa dia pecat tujuh pegawai dia dulu, awat masa tu dia tak ingat anak bini depa semua ?" jawab pula seorang penentang Fairus.
Wanita berkenaan kemudiaan terpaksa berlalu dengan muka merah, tanpa menjawab soalan tadi.
ADUN Penanti itu, mendakwa dia dijatuhkan melalui konspirasi oleh pihak tertentu.
Teori konspirasi yang dicipta Fairus bagi melindungi kesalahannya, berjaya menyakinkan segelintir wanita yang emosional, yang tidak mengetahui sebab sebenar Fairus meletak jawatan.
Sementara itu, bekas pegawai TKM 1 itu berkata, jika perlu pihaknya akan turun ke akar umbi bagi memberi penjelasan sebenar berhubung perletakan jawatan Fairus.
"Kami kenal Fairus, lebih daripada orang lain di Pulau Pinang," ujarnya.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !