Team Alahai mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas TKM 1 Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin apabila meletakkan kepentingan parti dan rakyat ketika membuat keputusan melepaskan kedua-dua jawatan tersebut.
Kami yakin bukanlah sesuatu yang mudah untuk Fairus membuat keputusan besar itu, yang bukan sahaja membabitkan keseluruhan imej PKR, bahkan ia melibatkan masa depan politiknya.
Fairus kini boleh meneruskan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran pasca siswazah di luar negara dan menumpukan lebih masa kepada keluarga yang selama ini terabai.
Fairus sedang menanti untuk menimang cahaya mata ke-6. Moga-moga selepas ini, selepas lebih masa bersama keluarga, bilangan ahli keluarganya makin bertambah, memandangkan usianya pun baru menjangkau 33 tahun.
Keputusan yang dibuat Fairus, biarpun pahit, namun ia boleh membantunya untuk membersihkan dirinya dan PKR.
Lebih molek Fairus bertindak secara anak jantan, tanpa membabitkan nama PKR untuk dia berdepan dengan pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.
'Berundur setapak, bukan bererti kalah.' Seorang pendekar silat seperti Fairus pasti arif tentang ungkapan itu.
Kemelut imej yang melanda Fairus, yang kini hampir pasti diseret ke kamar hakim, boleh dibersihkan di ruang undang-undang, tanpa mengheret nama baik parti.
Dengan pasukan tiga peguambela hebat daripada PR, kami yakin mereka boleh melakukan sesuatu, sekurang-kurang bertarung di kamar terbuka bagi membersihkan nama Fairus.
Dan jika terbukti tidak bersalah di mahkamah, Fairus boleh kembali beraksi di pentas politik tanah air sebagai pendekar dengan ilmu penuh di dada selepas menimba semahunya di luar negara.
Namun, jika mahkamah memutuskan sebaliknya, Fairus dan parti perlu menerimanya dengan hati terbuka.
Bukankah pemimpin PKR selalu mencanang, pemimpin PR berbeza dengan pemimpin BN. Untuk menjadi Pemimpin PR, pemimpin bukan sahaja perlu nampak bersih, tetapi perlu benar-benar bersih.
Apapun, kita berharap Fairus tidak tersilap langkah untuk kesekian kali dengan terus mencanang, konon dirinya difitnah dan dianiaya oleh pemimpin dalaman parti seperti di siar The Star hari ini.
Ini kerana kenyataannya itu nanti akan dilihat bercanggah dengan kenyataan akhbar yang ditandatanganinya sendiri menyatakan sebab sebenar ia meletak jawatan.
Khuatir nanti semakin ramai yang akan hilang kepercayaan kepadanya, seterusnya kepada parti, dan kepimpinan Anwar Ibrahim.
Dan jika ini berlaku, dia pasti akan menerima padah melalui serangan balas oleh bekas pegawai-pegawai khasnya, seramai 7 orang itu.
Justeru itu, buat masa ini, Fairus perlu tutup mulut dan tumpu perhatian untuk melanjutkan pelajarannya.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !