Tiga ADUN Pakatan Rakyat terdiri dua peguam DAP dan seorang PKR akan mewakili Mohammad Fairus Khairuddin yang akan didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Siasatan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan rasuah dan salahgunakuasa membabitkan kuari di Seberang Perai, dalam masa terdekat.
Salah seorang daripadanya anak peguam terkenal, Karpal Singh iaitu Jagdeep Singh Deo yang juga ADUN Datuk Keramat ( DAP). Selain Jagdeep Singh ialah R.S.N Rayer Adun Seri Delima (DAP) dan S.Raveen Tharan Adun Batu Uban (PKR).

Difahamkan kertas siasatan ke atas ADUN Penanti tersebut yang disiapkan oleh SPRM Pulau Pinang telah diserahkan kepada bahagian pendakwaaan SPRM di Kuala Lumpur, minggu lalu.
Dalam pada itu, seorang peguam yang juga bekas teman Fairus ketika diminta komennya berkata, jika dah terbukti dengan segala dokumen hitam putih, gunalah peguam terkenal dari 'langitpun' tidak mampu lagi menyelamatkan Fairus.
"Kalau dah terang, apa lagi nak disuluh," ujarnya.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !