Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Rabu, April 08, 2009

SPRM terima kertas siasatan kes Fairus hari ini

.
PULAU PINANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima kertas siasatan berhubung kes rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull berkata pihaknya akan meneliti kertas siasatan itu sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

"Saya baru terima hari ini dan akan teliti dulu kertas siasatan itu. Saya perlu lihat sama ada kertas siasatan itu lengkap atau tidak.

"Sekiranya masih tidak lengkap ia akan dikembalikan kepada SPRM Pulau Pinang untuk dilengkapkan, jika sebaliknya ia akan diserahkan terus kepada pendakwaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Shukri berkata pihaknya juga tidak dapat menetapkan tarikh tertentu kertas siasatan itu akan dihantar kepada pihak pendakwaan.

"Saya cuba secepat mungkin untuk menyelesaikan kes ini kerana semua pihak sedang tertumpu pada kes ini," katanya.

Shukri turut menafikan khabar angin bahawa SPRM menyerbu kediaman anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu hari ini.

Beliau turut meminta agar semua pihak termasuk media tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu memandangkan ia masih dalam siasatan.

Isnin lepas akhbar tempatan melaporkan SPRM Pulau Pinang membuat serbuan di pejabat Mohammad Fairus yang terletak di tingkat 52 Komtar bagi mendapatkan beberapa dokumen penting untuk melengkapkan siasatan.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut mengesahkan memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Lim turut membayangkan kemungkinan terdapat beberapa exco yang akan turut memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan.

Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini.

BERNAMA

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !