Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Jumaat, April 10, 2009

Guan Eng beri tempoh kepada Anwar

.
Sedutan Sinar Harian
.
GEORGETOWN - Calon yang akan mengisi kekosong:an jawatan Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1 akan diket:ahui dalam masa seminggu.:

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi tempoh seminggu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencadangkan nama calon pengganti Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan berkuat kuasa 8 April lalu.

Guan Eng berkata, walaupun dalam mesyuarat mingguan Exco kelmarin memutuskan kuasa melantik TKM1 adalah mengikut budi bicaranya, tetapi beliau bercadang untuk berbincang dengan semua pihak yang berkaitan.

“Petang kelmarin saya mengadakan perbincangan dengan kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mengenai perkara ini dan satu kata sepakat telah pun disampaikan iaitu bersetuju bahawa pelantikan jawatan TKM1 adalah mengikut kuasa Ketua Menteri.

“Walaupun kerajaan negeri dan barisan Exco PR berpendapat ia merupakan masa yang sesuai untuk melantik TKM1 yang baru, tetapi selepas saya berbincang dengan Anwar semalam (kelmarin), saya bercadang memberinya sedikit masa untuk memilih calon PKR yang sesuai bagi mengisi jawatan TKM1,” ka:tanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.:

Menurutnya, walaupun beliau diberi kuasa penuh dalam menentukan pengganti Mohammad Fairus, tetapi sebagai menghormati semangat setiakawan yang wujud dalam PR, beliau membincangkan perkara itu dengan Anwar.

“Saya harap perkara ini boleh diperjelaskan Anwar dalam masa seminggu berdasarkan kepada kepentingan mencari penggantinya secepat mungkin.

“Beberapa pihak mencadangkan agar dilantik pemangku TKM1, tetapi saya berpendapat ia tidak perlu kerana penggantinya akan dilantik dalam masa seminggu,” katanya.

Mengulas mengenai calon pengganti TKM1, Guan Eng berkata, semua orang tahu siapa calon-calonnya dan ia bergantung kepada Anwar dalam mengemukakan calon yang terbaik kepada kerajaan negeri.

“Calon itu semestinya dari PKR dan seorang ADUN Melayu dan kita memberi masa kepada Anwar memilih calon kerana beliau perlu memikirkan baik buruk setiap tindakan berdasarkan faktor politik dalaman PKR,” katanya.

Guan Eng berkata, beliau :juga telah memikirkan c:alonnya, tetapi keputusan muktamad bergantung kepada Penasihat PKR.

“Ini kerana berdasarkan pemerhatian saya, semua ADUN PR dalam kerajaan negeri berkhidmat dengan baik dan boleh berbakti kepada kerajaan negeri. Siapa pun calon pilihan Anwar, ia tidak akan menjadi masalah kepada kerajaan negeri.

“Sekiranya terdapat masalah dengan calon dipilih, kita akan menyuarakannya kepada Anwar,” katanya.

Beberapa pihak membuat ramalan ADUN Batu Maung, Abdul Malik Abul Kasim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri sebagai calon pilihan kerajaan negeri manakala pihak lain meramalkan ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee sebagai pengganti Fairus.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !