Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Selasa, April 14, 2009

SPRM tidak akan tergesa-gesa dakwa Fairus

.
Sedutan Malaysiakini

Ketika spekulasi tersebut luas bahawa bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin akan didakwa atas tuduhan rasuah minggu itu, seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata suruhanjaya itu tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian.

"Mengapa tergesa-gesa nak dakwa beliau?," kata seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mahu namanya disebut, sambil menambah ia lama lagi untuk mendakwa Fairus.

Menurutnya, bahagian pendakwaan telah menerima kertas siasatan hujung minggu lalu tetapi suruhanjaya itu masih belum memutuskan sama ada mahu mendakwa ADUN Penanti itu.

Semalam, terdapat laporan yang menyatakan peguam Fairus telah bersiap sedia untuk hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Para wartawan juga memenuhi dewan mahkamah selepas tersebar berita pada hujung minggu lalu, yang mengatakan Fairus akan didakwa semalam.

Sebelum ini, media memetik pengarah siasatan SPRM, Datuk Sukri Abdul sebagai berkata, suruhanjaya telah menyiapkan siasatan terhadap Fairus dan telah menyerahkannya kepada bahagian pendakwaannya.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pada kebiasaannya, bahagian pendakwaan akan mengambil masa untuk meneliti kertas siasatan tersebut.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !