Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Khamis, April 09, 2009

Siri 57 : Fairus hantar SMS dakwa dia mangsa konspirasi

Keratan akhbar Sinar Harian, 23 Mac 2009 lalu, kenyataan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang menafikan terdapat konspirasi menjatuhkan Fairus.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tinjauan Alahai di lapangan di Permatang Pauh mendapati, masih ramai menganggap bekas TKM 1 yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu menjadi mangsa konspirasi politik dalaman PKR.

Teori konspirasi yang dicetus Fairus itu berjaya menyakinkan banyak pihak, termasuk khalayak di kawasan yang diwakilinya - Penanti.

Fairus sebelum ini, menyebar luas kononnya terdapat pihak-pihak tertentu yang cemburu dan mengidamkan jawatannya. Golongan itu, menurut Fairus sering menabur fitnah dan memburuk-burukkan dirinya.

Selain menggunakan media, Fairus turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada beberapa individu yang mendakwa dirinya difitnah.

SMS daripada Fairus yang dihantar kepada orang ramai sejak 19 Mac 2009 :

" To my fellow sincere friends, saya telah dikhianati, diperangkap dan dianiaya oleh orang dalaman parti kita sendiri iaitu ( cikgu Zul, Zainal Abidin ( Non), Hazree, Din Binjai dan beberapa lagi segelintir yang berniat khianat terhadap saya. Saya tidak bersalah sama sekali atas tuduhan jahat pada saya. Saya akan tetap terus berjuang. Tolong doakan keselamatan & bela kebenaran saya. Salam perjuangan."

Justeru itu, tidak hairanlah apabila ramai yang tidak mengetahui kedudukan sebenar yang terpengaruh dengan SMS tersebut.

"Ini semua kerja orang dalam, la hampa semua puashati la kut, inilah kerja orang Melayu," demikian bunyi sindirian kepada salah seorang bekas pegawai TKM 1, di pasar Penanti baru-baru ini.

Menurut bekas pegawai tersebut dia terkejut apabila disapa dengan kata-kata sindiran oleh individu berkenaan ketika dia berkunjung ke pasar berkenaan.

" Kalau kami jumpa beruk-beruk yang rosakkan bunga, kami akan ketuk kepala beruk-beruk itu.

" Bunga itu sepatutnya dibaja dan dijaga, bukan dirosakkan oleh beruk," demikian pula bunyi sindiran keras oleh beberapa ahli Wanita PKR Permatang Pauh kepada seorang bekas pegawai Fairus yang lain ketika berkempen pada pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Pada mereka, Fairus telah dianiaya dan difitnah, dan pimpinan parti tidak menyiasat secara adil.

Sementara itu, seorang penyokong tegar PAS di Seberang Jaya, pula ragu-ragu tentang tuduhan yang bakal dihadapi Fairus.

Namun katanya, ramai juga ahli PAS yang percaya apa yang sedang dihadapi Fairus adalah konspirasi pihak Umno.

" Rata-rata mereka tidak percaya, Fairus terbabit dalam rasuah," jelasnya.

Sementara itu, beberapa bekas pegawai Fairus yang dihubungi enggan mengulas tentang isu Adun Penanti itu.

"Kami diminta untuk tidak memberi sebarang komen dan penjelasan kepada akar umbi. Jika kami berbuat demikian kami mungkin akan dituduh jahat.

"Kami telah serahkan segala-galanya kepada kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim untuk menjelaskan kedudukan sebenar tentang isu Fairus,"
ujarnya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !