Mohammad Fairus Khairuddin yakin Anwar Ibrahim akan melantik dirinya semula sebagai TKM 1 Pulau Pinang selepas ini.
Mendedahkan perkara itu kepada Setiausaha Sulitnya Mohd Joraimee Awang, Fairus memberitahunya, akan berlaku keputusan yang 'ajaib' sedikit masa lagi.
"Dalam politik segalanya mungkin, tidak ada sesuatu yang mustahil," jelasnya kepada Joraimee.
Bahkan katanya, para konspirator yang didakwa kononnya menjatuhkan Fairus juga akan diambil tindakan oleh parti.
Anwar kelmarin meminta tempoh seminggu daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng, sebelum beliau membuat keputusan memilih calon pengganti Fairus.
ADUN Penanti itu telah meletak jawatan sebagai TKM 1 dan Exco bermula 8 April lalu, tetapi mengekalkan jawatan sebagai ADUN.
Ketua Umum PKR itu, baru-baru ini mengumumkan Fairus akan kekal sebagai Adun Penanti sehingga pilihan raya ke -13.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !