Sedutan Utusan Malaysia
KEPALA BATAS 19 April - UMNO Pulau Pinang akan akur dengan sebarang keputusan Barisan Nasional (BN) termasuk tidak meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, BN tidak rugi apa-apa jika Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding.
Jika BN menang sekali pun katanya, hanya berlaku pertambahan kerusi parti itu dalam DUN Pulau Pinang iaitu daripada 11 kepada 12 kerusi tetapi kerajaan negeri pakatan pembangkang tetap tidak akan tumbang.
"Kalau BN kalah, DUN Penanti memang kerusi mereka. Kalau mereka kalah, hanya rugi satu, kalau menang, mereka dapat kerusi balik.
"Jadi ia tidak membawa apa-apa implikasi ke atas pemerintahan di negeri Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Ekonomi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Bantuan Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib bahawa pilihan raya kecil itu tidak perlu diadakan kerana ia membazir wang dan masa.
Azhar yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang berkata, UMNO negeri akan akur dengan sebarang arahan pemimpin tinggi UMNO dan BN.
''Kalau Najib mengatakan BN akan meletakkan calon, kita akan gerakkan seluruh jentera di Pulau Pinang untuk turun berkempen dan kalau tidak, kita ikut dan tidak akan berbuat apa-apa,'' katanya.
Beliau menambah, soal pakatan pembangkang akan menang secara percuma jika BN tidak meletakkan calonnya bukanlah satu isu besar kerana yang lebih penting ialah rakyat tidak seharusnya dipaksa mengundi memilih wakil rakyat dalam masa setahun.
"Hari itu pilihan raya umum, kemudian Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh kerana Datin Seri Dr. Wan Aziah Wan Ismail meletak jawatan bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan sekarang Mohammad Fairus Khairuddin pula meletak jawatan.
"Apakah ia perlu dilakukan memandangkan kita terpaksa membelanjakan wang yang banyak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis juga terpaksa mengeluarkan wang mereka. Rakyat juga dibebankan dengan perkara yang tidak perlu kalau mengundi setahun sampai tiga kali," ujarnya.
Menurutnya, proses demokrasi di negara ini telah disalahguna oleh pihak tertentu dengan mengadakan pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !