Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Isnin, April 13, 2009

Siri 61 : Wartawan hampa, Fairus tidak muncul di mahkamah

.
Puluhan wartawan yang menunggu bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, di Mahkamah Seksyen Butterworth dekat sini, sejak pagi tadi pulang hampa, apabila kelibat Mohammad Fairus Khairuddin, yang dikatakan akan didakwa hari ini, tidak muncul sehingga petang tadi.

Sebahagian mereka dipercayai telah 'bersedia' di mahkamah sejak minggu lalu, apabila spekulasi mengatakan Fairus akan didakwa bila-bila masa selepas Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull mengeluarkan kenyataan, pihaknya telah menerima laporan siasatan dari SPRM Pulau Pinang.

Spekulasi di kalangan wartawan dikatakan makin panas, apabila berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan ke atas ADUN Penanti itu, pagi tadi.

" Bos minta saya tunggu hingga ke petang, mana tahu kalau-kalau beliau muncul," jelas seorang wartawan Cina yang ditemui.

" Kes-kes macam ni memang depa nak sorok dari wartawan," sampuk pula seorang wartawan Melayu.

Sementara itu, seorang wartawan rasa sangsi sama ada Fairus akan didakwa atau dia hanya sebagai saksi utama.

" Kalau dia jadi saksi , jenuh kita kena saman kerana buat berita dia yang akan didakwa. Banyak duit dia dapat nanti," celah seorang wartawan wanita.

" Mana ada, aku dengar sumber bagitau memang dia akan didakwa, ada bukti kukuh," sampuk seorang jurugambar dari sebuah akhbar Inggeris.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !