Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Isnin, April 06, 2009

SPRM siap siasat timbalan Guan Eng

.
Sedutan Malaysiakini

Siasatan terhadap timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang berhubung dakwaan salah guna kuasa dijangka siap hari ini, kata pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri.

Latifah Md Yatim berkata fail kes Mohammad Fairus Khairuddin akan dihantar kepada bahagian pendakwaan SPRM secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya, lapor Bernama hari ini.

Pada 26 Mac lepas, ADUN PKR itu ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Johor Bahru bagi membantu siasatan berhubung dakwaan itu.

Pagi ini, Latifah dan beberapa pegawai SPRM pergi ke pejabat Mohammad Fairus di tingkat 52 Komtar untuk mendapatkan beberapa dokumen.

"Ini adalah proses biasa bagi melengkapkan siasatan kes itu," katanya.

Latifah bagaimanapun enggan mengulas mengenai dokumen yang diambil daripada pejabat Mohammad Fairus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan memberikan kerjasama penuh kepada suruhanjaya itu menyiasat timbalannya yang meletakkan jawatan, berkuatkuasa Rabu ini.

Sementara itu, Mohammad Fairus didakwa berminat menjadi ADUN bebas dalam satu pengumuman di Putrajaya esok setelah diura-urakan tidak berpuas hati terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, ADUN Penanti bagaimanapun menafikan ingin berbuat demikian.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !