Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Jumaat, November 14, 2008

Siri 2 : Sakit perut, anak sakit, ziarah mayat sinonim dengan Fairus


Tengok gaya budak Fairus berpidato di pentas ramai yang teruja-itu kelebihannya Takkan ada sesiapa pun akan percaya kalau susuk yang sedang ‘menggoreng’ tu, bukan setakat berjaya ‘goreng’ pendengar, bahkan de facto Anwar Ibrahim pun berjaya ‘digorengnya hidup-hidup’. ( Nanti kami ceritakan bab lain bagaimana Anwar ‘digorengnya hidup-hidup’).

Nah ...kini setelah kenal wajah sebenar budak Fairus ni, Anwar sendiri sedang mati kutu, mati akal bagaimana nak singkirkan budak ni dari jawatannya sekarang.

Di negeri majoriti Cina ni, cuma empat Adun Melayu PR menang. Tiga dari keADILan seorang dari PAS. Dari jumlah tu, dua dilantik Exco- budak Fairus dan Malik Kassim yang berdarah mamak.

Apa boleh buat, Anwar yang kutip dia dari Selayang, Selangor jadikan dia calon Penanti kemudian lantik dia sebagai TKM, jadi mahu tak mahu Perdana Menteri dalam pernantian inilah yang kena selesaikan masalah besar ni.

Nak tunggu Anwar melangkah ke Putrajaya pun belum tahu bila, bukan sahaja tarikhnya kabur bahkan entahkan jadi entahkan tidak pelan tu.

Bak kata Presiden Dr Wan Azizah, Anwar yang lantik budak Fairus, Anwarlah yang kena selesaikan masalah budak ni….. kan masalah tu.

Ok, kita berbalik kepada tajuk ‘Sakit perut, anak sakit, ziarah mayat sinonim dengan Fairus.’

Nak cerita pun kami malu, ya lah takkanlah TKM berperangai macam budak-budak yang malas nak pergi sekolah, cari 1001 alasan nak ponteng. Tapi apa boleh buat, sama ada nak percaya ataupun tidak itulah hakikatnya.

Mana tidaknya alasan yang sama diulang-ulang setiap kali dia nak ponteng sama ada kerja, mesyuarat penting ataupun temujanji yang dah confirm lebih sebulan lalu.

Sehinggakan istilah ‘sakit perut’ dan ‘ziarah mayat’ menjadi bahan sinis YTT Gabenor atau Ketua Menteri Lim Guan Eng pada mesyuarat Exco dan jadi bahan gurauan kakitangan kerajaan negeri.

Kalau sekali dua mungkin orang percaya, boleh terima, tapi kalau dah terlalu kerap sangat alasan yang sama diulang-ulang, bukan setakat orang tahu budak Fairus pembohong dan nampak bodoh, bahkan orang dah naik meluat menyampah, dan tak ambil pusing.

Mari kita rujuk kembali kandungan petikan emel beracun sebelum ni :

Masa dia jadi staff aku, memanjang MC ( cuti ) kertas MC dia lebih banyak dari report dia, tau tak ……

….. .lepas tu, macam mana dia nak jadi wakil rakyat... datang kerja hari- lambat..pukul 11.00 pagi baru nampak muka, kemudian pukul 3 petang, nak keluar dah...ada hal katanya nasib baik aku ni tak suka mengadu domba kat boss besar... Tapi lama-lama boss besar pun ‘fe-dup..’ dia diberi kata dua...

Seperti yang kami katakan sebelum ini, ketika mula-mula menerima emel beracun tu kami anggap ia berniat jahat …. tetapi tidak sampai sebulan kemudiaannya melalui sumber kami di Komtar Pulau Pinang, kami dapati feel buruk dia suka menipu, ponteng kerja atau masuk pejabat lambat terbawa-bawa hingga kini.

Kalau nak senaraikan program yang budak Fairus tuang, tak tersenarai banyaknya. Cukuplah kami bagitau…. Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri 31 Ogos lalu dan Sambutan 16 September Hari Malaysia pun dia tuang .… alasannya macam biasa-sakit perut, ziarah mayat .

Bersambung …… Siri 3:Fairus ‘sakit perut’ di sidang DUN Pulau Pinang