Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Sabtu, November 15, 2008

Siri 4 : Fairus kaki Zzz…..Zzz….Zzzz

Kalaulah Pak Lah cukup sinonim tabiat suka tidur dalam majlis, apa kurangnya dengan budak Fairus TKM1 ni.

Tapi Pak Lah bolehlah kita maafkan, sebab beban kerjanya yang berat berbanding umurnya dah menjangkau 70-an. Lebih-lebih lagi selepas Pak Lah dapat Jean, maka makin banyaklah benda yang perlu dikerjakannya.

Berbanding budak hingusan yang baru berusia 32 tahun ni. Masih steady, binipun masih seorang buat masa sekarang. Tentulah agak pelik kalau Pendekar Bujang Lapok akan longlai lentok dalam mesyuarat, hatta mesyuarat Exco negeri.

Cerita ni sebenarnya dah cukup popular di Penang pada awal-awal pemerintahan PR. Tapi sekarang orang dah tak kisah, dah meluat walaupun tabiat buruk suka tidur dalam mesyuarat ni terus berlaku.

Sehinggalah baru-baru ini, intelegent kami bagitau Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri terpaksa tegur budak Fairus secara terbuka di depan para Exco, Setiausaha Negeri dan Ketua-ketua Jabatan.

Dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, ketika orang lain sedang berbahas pelbagai perkara berkaitan kebajikan rakyat, si budak Fairus ni teruskan aktiviti lamanya- Zzz….Zzz…Zz.

Dia bukan peduli sesiapa, dia rasa nak Zzz…Zzz…Zz..Zzzz. dia …Zzz…Zzz…Zz. Hangpa nak kata apa, katalah aku peduli apa, janji mata kena layan.

“Saya kena kejutkan youlah, sebab saya dapat banyak ‘complain’ dari luar, yang kata CM sengaja biarkan you tidur dalam mesyuarat,” demikian lebih kurang tegur Guan Eng pada budak Fairus semasa mengejutkan dia yang sedang buat tahi mata dalam mesyuarat Exco baru-baru ni.

Fuhhhh…bayangkan kalaulah boss tegur kita macam tu, mana nak letak muka. Tapi budak ni, selamba ja tersengih macam kerang busuk.

Budak Fairus tak pernah nafikan bab ni. Cuma dia selalu mempertahankan diri dengan alasan bodohnya.

“Bukan saya sahaja tidur dalam mesyuarat, orang lain pun tidur juga. Guan Eng sendiri pun tidur dalam mesyuarat. Saya ada bukti kukuh, saya ada foto.”

Ini antara alasan yang diberikan kepada orang ramai, bila perkara ini diajukan kepadanya.

“Gila ka, kalau dia tidur, Guan Eng pun tidur siapa yang nak pengerusikan mesyuarat,” kata teman kami.

“Ya tak ya juga,” kami sama-sama ketawa.

“Sah, budak ni tak boleh pakai,” ujar seorang lagi teman.

Dalam kejadian lain, seorang teman yang pernah hantar proposol berkenaan suatu projek kepada budak Fairus pun menceritakan perkara yang sama.

Teman dari syarikat PERNEC tu bersama dengan bosnya dan seorang lagi pegawai pernah bertemu budak Fairus di pejabatnya di Tingkat 52 Komtar.

“Kami punya bersemangat buat ‘presentation melalui projektor LCD, alih-alih tengok dia duk tidur baik punya,” cerita teman tadi.

“Last-last presentition ke mana, projek ke mana, sampai sekarang habuk pun tarak,’ kata teman yang bertemu budak Fairus pada bulan April lalu.

Alahai….. Fairus kalaulah Pak Lah orang meluat kerana sikap lembiknya dan suka tidur, jadi apa kurangnya dengan TKM 1.

Aduhhhh….malang sungguh Pulau Pinang hancusssss dapat ‘pemimpin’ Melayu yang hampehhh !

Bersambung ... Siri 5 : Fairus : Anwar sedang persiap saya sebagai TPM