Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Ahad, November 16, 2008

Siri 5 - Fairus : Anwar sedang persiap saya sebagai TPM


Bertuah sungguh orang Pulau Pinang kerana mempunyai seorang pemimpin ‘hebat’ yang sedang dipersiap oleh Anwar Ibrahim untuk diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sebaik PR menerajui kerajaan pusat nanti.

Nak tahu siapa ? Orangnya tak lain tak bukan ‘pemimpin’ merapu Mohammad Fairus Khairuddin, yang telah dipilih oleh Anwar menjadi TKM 1 Pulau Pinang.

Ini bukan cerita rekaan, ini bukan cerita kartun, ini bukan cobaaaannnn. Ini betul-betul kerana sumber ini datangnya dari mulut budak Fairus sendiri.

Kalaulah cerita ini tak betul, mana mungkin budak Fairus sendiri akan membuka mulut kepada teman-teman dari pimpinan PR, termasuk Angkatan Muda, Wanita dan beberapa pegawai kerajaan di Komtar.

“Anwar Ibrahim pilih saya jadi Adun, kemudian lantik jadi TKM 1 dan sekarang sedang mempersiapkan saya untuk jadi Timbalan Perdana Menteri. Selepas ini saya akan bertanding kerusi Parlimen. ”

Demikian antara omongan budak Fairus kepada teman-teman kami.

Dan seperti biasa, bagi mereka yang tidak kenal wajah ‘manusia jelmaan’ ini pasti teruja dan tidak kurang yang terpegun mendengar ‘kehebatan’ TKM 1 ini.

Bagaimanapun risikan kami dengan pimpinan tertinggi keADILan, mempunyai cerita di sebaliknya.

Menurut sumber, Anwar dikatakan dah fe-up dan ‘pening kepala’ dengan masalah budak Fairus sekok ini.

Bukan sekali kata sumber itu tetapi dah ‘berbuih mulut’ Anwar menegur budak Fairus berhubung sikap dan prestasi kerjanya.

Bagaimanapun teguran tersebut bagai menyiram air ke daun keladi, umpama mencurah garam ke laut - masuk angin keluar asap.

Kata teman kami, ini kerana kulit muka dia tebal, lebih tebal daripada kulit babi.

"Apa perkataan yang tidak keluar dari mulut Anwar, hatta sampai tahap ‘memaki hamun’ dia di depan pimpinan lain," kata sumber kami.

"Aku kutip hang daripada tak dak apa, sampai lantik hang jadi TKM.” Anwar betul-betul bengang dengan budak ini tambah sumber kami itu lagi.

Malah katanya lagi, Anwar juga sampai pernah beri kata dua kepada budak Fairus :

"Kalau hang nak keluar parti, hang pi lah."

Dan seperti biasa, budak Fairus buat muka sardin tersengih macam kerang busuk.

Bersambung Siri 6 : Fairus : 16 peluru pernah hinggap di badan saya.