Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Sabtu, November 29, 2008

Siri 12 : Rakyat akar umbi mulai tolak Fairus

Imej si budak Fairus di Pulau Pinang khususnya di DUN Penanti yang diwakilinya semakin merudum. Yang secara tidak langsung turut mencalar imej keADILan dan Anwar Ibrahim di mata masyarakat pengundi.

Di kedai-kedai kopi, majlis kenduri kendara, kematian, pasar, masjid, surau. atau di mana sahaja tempat masyarakat berkumpul, sikap dan imej buruknya meniti dari bibir ke bibir. Rakyat mulai bosan. Mereka memprotes secara diam-diam.

Sehinggakan ada kakitangan kerajaan negeri pun berani bersuara, “bila lagi Anwar nak tukar TKM 1 ?”

Paling jelas pada sidang DUN lalu YB Farid Saad ( Adun BN Pulau Betong) secara terbuka menggesa si budak Fairus letak jawatan kerana gagal menjalankan tugas, sungguh memalukan PR.

Sementara di akar umbi, kerosakan lebih parah.

Tidak hairanlah, jika ada antara mereka yang ‘pantang tok nenek’ bila nama si Fairus disebut. Maki hamun sumpah seranah akan terpancul spontan.

Bahkan ada kejadian si budak Fairus dimalukan- dia dilarang berucap hanya sekadar hadir majlis menyampaikan sumbangan bagi pihak lain. Lebih memalukan kerana kejadian berlaku di kawasan ‘hardcore’ Pakatan Rakyat di Kubang Semang pada 26 Oktober lalu.

Ekoran kejadian itu dia begitu bengang. Mulalah dia melalut, mencabar orang itu, mencabar orang ini, tunjuk lagak kononnya dia 'pendekar gayung'. Akhirnya dia terpaksalah menelefon pecacainya 'Din Kucing Merah' bagi mengetahui siapa dalang semua kejadian tersebut.

Oleh kerana cuba berlagak hero untuk pertahan si budak Fairus, 'Din Kucing Merah' akhirnya terpaksa meminta maaf berulang kali kepada pihak berkenaan, kerana gusar orang kampung akan memulaunya.

Sementara pada majlis Seminar Usahawan anjuran AMK Permatang Pauh di Yayasan Aman, Penanti pada 23 November lalu, menurut sumber kami, daripada 50 orang hadir, sebaik dia bangun berucap merapu, perlahan-lahan sebahagian peserta angkat kaki sehingga tinggal sekitar 18 orang sahaja.

Malah baner-baner berkaitan si budak Fairus yang direntang, pendek hayatnya. Kedua-dua baner ‘gergasi’ berimej si budak Fairus yang kerangkanya dibuat daripada besi, ditanam konkrit di persimpangan Kubang Semang dan Taman Guar Perahu ( kediaman si Fairus ) juga lesap tidak sampai seminggu selepas didirikan.

Semuanya kerana gara-gara si budak Fairus sendiri, rakyat sukar temui, mungkir janji dan menipu rakyat. Inilah padahnya apabila wakil rakyat tidak melaksanakan amanah rakyat, bercakap merapu dan asyik menipu rakyat.

Dia yang tinggal di Taman Guar Perahu, menjadi kera sumbang tidak bercampur gaul dengan masyarakat keliling. Jiran sebelah rumah pun dia tak kenal.

Masjid pun dia tidak pergi berjemaah, alasannya-sibuk. Khabarnya masjid Saidina Abu Bakar di tamannya itu, sejak menang pilihanraya Mac lalu baru dua kali dia menjejakkan kaki. Pertama sewaktu iringi Anwar solat Jumaat masa pilihan raya kecil, dan kali kedua sewaktu bulan Ramadhan lalu.


Kalau ada majlis kenduri kendara, atau kematian di kampung, susah nak nampak batang hidung. Daripada 20 jemputan, nak hadir satu pun susah. Asyik-asyik alasannya sibuk.

Selalunya jika ada kematian, dia mewakilkan pembantu khasnya Sdr. Zainal. Setakat jadi wakil sahajalah, sebab RM untuk sumbangan kepada keluarga si mati kena tanggung sendiri. Kalau ‘claim’ pun tak akan dapat. Punyalah kedekut tahi hidung masin !

Kalau beginilah keadaannya macam manalah nak jadi wakil rakyat berjiwa rakyat.

Jadi tidak hairanlah jika rakyat bawahan dah berani kata : “Dia mai kampung kami, kami akan lastik kepala dia.”

Apa yang nak kita jawab ?