Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Isnin, Disember 01, 2008

Malaysiakini: Lim: Tiada rombakan libatkan Fairus

Oleh Jimadie Shah Othman

Nov 30 : Pulau Pinang tidak bercadang membuat rombakan dalam kerajaan berikutan komen negatif terhadap timbalan ketua menterinya Mohammad Fairus Khairuddin yang tersebar meluas di laman blog sekarang, kata ketua menteri Lim Guan Eng.

"Seperti saya katakan tadi, saya tidak bercadang membuat sebarang rombakan exco Pulau Pinang buat masa ini.

"Saya rasa perkara yang diutarakan ini adalah di bawah bidang kuasa PKR dan saya akan menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh PKR," katanya dalam sidang media di kongres tahunan PKR di Shah Alam hari ini.

Beliau diminta mengulas tuduhan bahawa pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan negeri itu berada bawah prestasi sebenar.

Selain pernah ditegur penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lepas, Mohammad Fairus turut didesak melepaskan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri I oleh wakil rakyat BN baru-baru ini.

Wakil rakyat Penanti itu, satu kerusi DUN dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang dikuasai Anwar, meletakkan jawatan sebagai pemimpin persatuan bola sepak negeri, selain mengugut untuk menyaman akhbar politik Siasah yang melaporkan tentang isu prestasi beliau.

Kini satu blog khas "Alahai ... Fairus TKM I Penang" dibangunkan untuk mengecam kepimpinannya dengan dakwaan Anwar sendiri gagal mengubah sikap wakil rakyat muda itu.

Mengulas lanjut, Lim berkata, penggantian Mohammad Fairus tidak perlu ditimbulkan kerana beliau tidak mendapat apa-apa pandangan daripada PKR berkaitan perkara itu.

"Saya tidak menerima sebarang tuduhan atau isyarat daripada kepimpinan parti (PKR)," katanya.

Ditanya beberapa kali tentang prestasi Mohammad Fairus, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa bergerak sebagai satu pasukan.

"Kami mahu lakukan lebih baik. Jadi, jangan terlalu berpuas hati. Kalau kata puas hati, tidak ada ruang membaiki diri. Kita ingin buat lebih baik."

Sementara itu, exco kerajaan negeri Abdul Malik Kassim ketika ditemui Malaysiakini berkata, menjadi perkara biasa wakil rakyat ditegur oleh orang ramai.

Semua orang mendapat teguran, termasuk dirinya sendiri, tambahnya.