Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Khamis, Disember 04, 2008

Siri 16 : Gara-gara Alahai….wartawan Malaysiakini kena herdik Fairus

Seorang wartawan Malaysiakini diherdik Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin gara-gara cuba mendapatkan pengesahan maklumat di blog Alahai…Fairus TKM 1 Penang, tengah hari tadi.

Ramlah Ghazali dikatakan menghubungi Fairus bagi mendapatkan komen beliau berhubung perletakan jawatan enam pegawainya sepertimana dilapor blog berkenaan.

Sebaik dimaklumkan tujuannya Fairus melenting apabila wartawan berkenaan merujuk blog tersebut sebagai sumber maklumatnya.

“Mengapa rujuk blog fitnah itu, semua maklumat dalam itu fitnah,” Fairus dipetik sebagai berkata.

Fairus juga, menurut sumber meninggikan suaranya kerana wartawan berkenaan lebih menumpukan berita ‘sensasi’ tersebut berbanding melaporkan berita kegiatannya.

Menurut Fairus dia kini diserang banyak pihak termasuk blog yang antinya. Ada pihak-pihak tertentu katanya cemburukannya dan berkehendakkan jawatannya.

Akhbar Siasah sebelum ini turut diugut akan disaman, kononnya kerana menyiarkan komentar fitnah yang mengkritik dirinya.

Bagaimanapun semenjak September lalu, difahamkan akhbar berkenaan masih menunggu surat saman daripada beliau.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Adun BN Pulau Betong Farid Saad menggesa Fairus meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugas sebagai TKM 1 selain menipu dewan pada jawapan lisannya pada sidang Dun sebelum itu.

Oktober lalu seramai 13 ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) telah mendesak Fairus meletakkan jawatan sebagai Presiden persatuan itu kerana beliau gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

Selepas mengambilalih jawatan Presiden daripada Tan Sri Koh Tsu Koon April lalu, Fairus dikatakan tidak pernah hadir mesyuarat majlis FAP.

Akibatnya semua perancangan FAP untuk membangunkan mutu bola sepak negeri itu terbantut. Lebih parah FAP gagal mendapatkan dana untuk melangsaikan hutang tetunggak para pemainnya yang telah melebihi enam bulan.

Fairus kemudiaan akur dan meletak jawatan.

Sementara pengendali blog Alahai ketika diminta komennya berkata, Fairus boleh membuat laporan polis untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terbukti blog berkenaan menabur fitnah.

“Dia boleh senaraikan mana satu laporan Alahai daripada siri 1 sehingga siri 15, yang menfitnah dirinya. Berita enam pegawai dah cabut kerana tidak tahan bekerja dengan ‘pemimpin’ yang mempunyai ‘attitude problem’ dan tidak pernah mahu muhasabah diri, tepat dan berasas,” tegasnya.

Ataupun kata pengendali blog Alahai… Fairus boleh setidak-tidaknya pun menafikan berita yang disiarkan sama ada melalui media ataupun blognya sendiri.

“Pada ketika itu kita boleh bandingkan maklumat siapa palsu, maklumat siapa fitnah, siapa berkata benar, siapa bersumpah palsu,” ujarnya.

Ingat Fairus tegasnya jangan sampai termakan sumpah, bayangkan wajah emak di kampung, isteri dan anak-anak di Taman Guar Perahu.

“Nanti malu boleh, sakitpun boleh,” ujarnya.