Mohammad Fairus Khairuddin boleh didakwa mengikut seksyen 506, kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun, sekiranya disabitkan dengan kesalahan ancaman jenayah terhadap dua anggota exco AMK Pulau Pinang, Selasa lalu.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya yang enggan dikenali, kesalahan tersebut boleh disabitkan ke atas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu, meskipun ugutan tersebut tidak membabitkan sebarang senjata.
“Meskipun tidak membabitkan senjata, beliau boleh disabitkan dengan seksyen 506, kanun keseksaaan kerana ancaman jenayah,” katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Fairus yang mengugut dua exco berkenaan melalui telefon ketika mereka dalam perjalanan menghantar memorandum kepadanya dan dua Exco kerajaan negeri ( keADILan ).
Bagaimanapun, katanya pihaknya akan hanya boleh bertindak sekiranya laporan polis dibuat pihak terbabit.
Kejadian berlaku petang Selasa lalu apabila dua daripada lima AJK Biro Politik AMK negeri telah dihubungi Fairus mengugut mereka agar membatalkan hasrat menghantar memorandun kepadanya, sebaliknya mereka diarahkan hanya menghantar kepada dua exco lain.
Memorandum berkenaan mengandungi cadangan dan pandangan dari pihak AMK bagi membantu ketiga-tiga exco berkenaan untuk meningkatkan prestasi masing-masing.
Mereka hanya berjaya menemui Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Kassim dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang. Fairus gagal ditemui kerana tidak hadir bertugas pada hari tersebut.
Alahai…. telah menyiarkan kejadian tersebut dalam siri 23, Khamis lalu.
Fairus bagaimanapun menafikan dia berbuat demikian dalam beberapa akhbar hari ini.
“Semuanya adalah tuduhan liar dan jahat untuk menjatuhkan saya,” ujarnya dipetik berkata.
Beliau turut membidas akhbar berkenaan kerana menyiarkan berita tersebut tanpa pengesahan daripadanya terelbih dahulu.
Sementara itu seorang bekas pegawainya berkata Fairus bersikap pengecut dan tidak bertangungjawab.
“Fairus pengecut dan dasar talam 80 muka. Kata (ugut) nak pengal (kepala) , selepas itu nafi,” ujarnya marah.
Sementara itu salah seorang Exco AMK yang dihubungi berkata, pihaknya tidak menafikan berlaku kejadian ugut oleh Fairus.
“AMK tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menafikan kejadian itu berlaku,” jelasnya.
AMK tambahnya akan mengadakan mesyuarat khas berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
.