Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Ahad, Disember 14, 2008

Siri 20 : Fairus cadang tubuh skuad berkuda

Malaysiakini
Pasukan unik yang bakal ditubuhkan ini mungkin satu-satunya di Malaysia, kalaupun bukan pertama dalam dunia.

Idea ‘bernas’ ini dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Mohammad Fairus Khairuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Fairus bercadang menubuhkan skuad berkuda yang dianggotai Angkatan Muda keADILan (AMK) dan Wanita keADILan Permatang Pauh untuk kegunaan beliau dan sayap parti berkenaan ketika mereka meninjau dan menziarahi golongan miskin di kampung-kampung.

Jelasnya selain memudahkan usaha melawat dan membantu golongan fakir, penubuhan skuad berkenaan akan turut membantu menaikkan imej keADILan di mata khalayak.

“Orang ramai pastinya akan rasa terpukau apabila melihat kita melawat kawasan dengan menunggang kuda, yang secara tidak langsung akan menaikkan imej parti,” ujarnya.

Berucap pada majlis perasmian Ekspo Usahawan dan Sukan Rakyat, di Mengkuang Titi, Sabtu, Fairus berkata skuad berkenaan juga selari dengan hasrat polis Pulau Pinang yang bercadang menubuhkan unit berkuda mereka.

Saya juga telah lama ‘mencari’ motosikal untuk kegunaan saya melawat kampung, tetapi hingga sekarang belum jumpa, jadi penubuhan skuad berkuda ini rasanya lebih sesuai,” jelasnya kepada kira-kira 30 hadirin yang hadir.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah peruntukan atau sumber kewangan bagi menjayakan hasrat tersebut.

Pada majlis tersebut, Fairus berjanji akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mengkuang pada tahun depan.

Selain itu, beliau berjanji akan melebarkan Sungai Mengkuang dalam masa tiga bulan bagi mengatasi masalah yang banjir sering melanda penduduk sekitar setiap kali hujan lebat.

Fairus turut mendakwa berjaya membawa masuk pelaburan asing berjumlah RM 8 juta hasil lawatannya ke China bersama rombongan kerajaan negeri yang diketuai Ketua Menteri Lim Guan Eng baru-baru ini.

Seorang peserta ekspo yang ditinjau pendapatnya berkata, Fairus mungkin cuba meniru idea-idea mengarut seperti mana pernah diutarakan oleh Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Junid.

“Ingat idea-idea mengarut Sanusi yang menghabiskan wang Kerajaan Negeri Kedah dahulu ?” soalnya.

“Apa jadi dengan projek tanam padi atas bumbung, pusat penyembelihan korban, pertandingan mencabut uban, main bola di kawasan masjid, kampung buku di Lubuk Sembilang ?” katanya.

Alahai sebelum ini pernah menyiarkan ‘berita-berita pelik’ Fairus pernah mendakwa dia pernah ditembak sebanyak 16 das peluru dan Anwar sedang menyiapkan dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas PR mengambil alih kerajaan pusat.
.