Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Khamis, Disember 04, 2008

Siri 15 – Fairus gelabah rayu pegawai jangan berhenti

Pesan orang tua-tua :

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kerana mulut santan binasa, apabila nasi menjadi bubur, menyesal pun tidak berguna.”

Si budak Fairus kini dalam keadaan begitu tertekan bila seorang demi seorang pegawainya meletak jawatan. Sehingga kini enam orang telah meninggalkannya terkontang kanting.

“Saya terkejut semalam semasa saya jumpa YB, saya lihat muka dia betul-betul serabut,” jelas sumber kepada Alahai.

Selain serabut dengan ura-ura jawatannya bakal bertukar tangan sedikit masa lagi, dia juga bengang dengan Alahai..Fairus yang terus memaparkan kebobrokannya yang selama ini tidak diketahui khalayak.

Khabarnya si budak Fairus sedang berusaha mendapatkan pakar IT untuk ‘hackAlahai…Fairus.

Suatu ketika dulu dia mendabik dada katanya jika seorang pegawainya pergi seribu datang mengganti. Tapi kini, seribu dah pergi, seorangpun sukar diganti !

Kedua-dua pegawainya kini, Rezal Huzairi dan Farid Wajdi juga bertekad, biar segunung emas dihulur sekalipun, mereka tetap dengan keputusan muktamad-berhenti.

Si budak Fairus dikatakan merayu-rayu kedua-duanya menarik balik hasrat mereka.

Rezal akan bertukar ke Kuala Lumpur, bertugas sebagai Penolong Setiausaha Pengelola PKR Pusat. Sebelum ini dia adalah Setiausaha Kerja PKR Pulau Pinang dan merupakan Setiausaha Kerja PKR terbaik di Malaysia.

Dia mula berkhidmat pada bulanMei lalu bagi membantu melicinkan tugas-tugas TKM 1.

Misinya seperti pegawai-pegawai sebelum ini adalah membantu membaiki dan meningkatkan prestasi si budak Fairus. Bagaimanapun dia juga hampa apabila si budak Fairus hilang kepercayaan kepadanya apabila dituduh membocorkan maklumat kebobrokannya kepada Anwar.

Si budak Fairus, tidak tahu Anwar juga sebenarnya mempunyai rangkaian ‘intelegent’ bagi memantau pergerakannya.

Si budak Fairus dikatakan begitu bengang apabila setiap pergerakan dan tindak tanduknya diketahui oleh Anwar. Daripada sebesar-besar sehingga sekecil tingkah laku negatifnya diketahui Anwar.

Daripada tidur dalam mesyuarat sehingga mengemis wang semuanya dalam pengetahuan Anwar. Mereka yang bersekongkol dengan si budak Fairus pun diketahui Anwar. Pimpinan malah ketua-ketua bahagian dan Adun PKR yang mempertahankan si budak Fairus pun senarainya dalam simpanan Anwar.

Tidak dinafikan ada Adun PKR yang begitu taksub dengan si budak Fairus, sehinggakan poster-poster si budak Fairus memenuhi setiap inci pusat khidmatnya. Sebenarnya Adun berkenaan termakan putar belit si budak Fairus, kononnya dirinya teraniaya dan difitnah.

Setiausaha akhbarnya Farid Wajdi telah berhenti kerja serta merta dengan sebuah syarikat IT di Ibu Kota, semata-mata untuk berkhidmat dengan si budak Fairus bermula 18 Ogos lalu.

Dengan meninggalkan isteri dan anaknya di ibu kota, Farid datang dengan harapan menggunung.

Kerana termakan pujuk rayu si budak Fairus, rakannya di UIA, dia tiba tanpa usul periksa, tanpa selidik situasi sebenar di pejabat TKM 1, Farid kini akan pulang hampa.

Peristiwa si budak Fairus melengah-lengahkan permintaannya untuk melawat adiknya yang kemalangan di ibu kota seterusnya meninggal dunia baru-baru ini, tanpa dia di sisi memberi kesan mendalam dalam jiwanya- boss jenis apa ini ?

Si budak Fairus sudah gelabah, tidak mempercayai sesiapapun di sekelilingnya, hatta pegawai khasnya, Zainal Abidin.

Bagi Pengarah Kadun Penanti itu, si budak Fairus sifatkan ‘diluah mati emak, ditelan mati bapa,’ ini kerana penyokong akar umbi telah memberi amaran kepadanya “jika pecat abang Non (Zainal), kami akan berarak berdemontrasi depan rumah YB.”

Tapi jawabnya, “abang Non ok, rajin, banyak bantu saya di Penanti, cuma bila dia berkawan dengan Hazry dan Cikgu Zul, dia akan terpengaruh dengan depa.”
.