.
Selepas setengah dozen pegawainya meletakkan jawatan baru-baru ini, kini dua pegawai sukarelanya pula ikut serta, salah seorang ialah penasihat undang-undang peribadinya.
Rosni Abdul Rashid dan seorang peguam yang enggan dikenali memberikan alasan yang sama - masalah sikap Fairus, membuatkan mereka menarik diri dari membantu Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu.
Difahamkan kedua-dua mereka membantu Fairus secara sukarela sejak beberapa bulan lalu.
Dengan perkembangan ini, sehingga kini telah lapan pegawai Fairus sama ada meletak jawatan atau menarik diri daripada bertugas dengan ‘pemimpin’ muda itu.
Fairus, menurut sumber cuba memujuk kedua-duanya tetapi mereka menolak dengan baik.
Bahkan jelas sumber itu lagi, Rosni telah dipujuk dengan janji untuk diberikan gaji bulanan.
Sementara itu, pegawai khasnya Rezal Huzairi dan setiausaha akhbar Farid Wajdi telahpun memulakan cuti mereka bermula semalam-15 Disember.
Kedua-dua mereka antara enam pegawai Fairus, membabitkan setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas telah meletakkan jawatan dalam tempoh sembilan bulan Pakatan Rakyat menerajui Pulau Pinang.
Mereka memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.
Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.
Malah seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.
Dalam kenyataan balasnya kepada Malaysiakini, Fairus menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.