Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Isnin, Jun 29, 2009

Boikot majlis angkat sumpah YDP MPSP: Johari dilucut keanggotaan

.

mStar Online

GEORGE TOWN: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melucutkan Johari Kassim, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengetuai tindakan memboikot majlis angkat sumpah Yang Dipertua (YDP) MPSP baru, Mokhtar Jaip baru-baru ini, sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow berkata, pada mesyuarat mingguan yang diadakan Jumaat lalu, exco sebulat suara bersetuju untuk melucutkan kedudukan Johari.

“Kita telah membuat keputusan bagi melucutkan kedudukan Johari sebagai anggota MPSP di bawah Seksyen 10 (4) Kerajaan Local Akta 1976.

“Di bawah seksyen ini, kedudukan anggota majlis perbandaran boleh diisytiharkan kosong berdasarkan satu daripada tiga keadaan - seorang ahli majlis meletak jawatan pada persetujuan dia sendiri, seorang ahli majlis menghadapi konflik kepentingan ataupun keanggotaannya dibatalkan oleh pentadbiran negeri,” katanya hari ini.

Chow menambah, pembatalan jawatan Johari adalah berdasarkan situasi ketiga dan tidak ada peruntukan undang-undang yang membolehkan beliau membatalkan keputusan tersebut.

"Pembatalan itu berkuat kuasa pada 26 Jun dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Zainal Rahim Seman) akan mengeluarkan satu surat rasmi kepada Johari hari ini.

“Kita percaya tindakan ini adalah satu amaran tegas oleh kerajaan negeri kepada ahli majlis MPSP lain juga yang mengikuti dia (dalam pemulauan),” katanya.

Pada 4 Jun lalu, Johari mengetuai lapan ahli majlis MPSP dari PKR memulau upacara mengangkat sumpah bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Mokhtar sebagai YDP MPSP kerana mendakwa kedudukan itu milik PKR.

Tindakan itu turut mengundang reaksi Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan setiausaha politiknya, Ng Wei Aik yang menggesa Johari meletakkan jawatan.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan turut mengambil tindakan lanjut terhadap tujuh lagi ahli MPSP dari PKR yang lain, beliau berkata amaran seumpama itu adalah 'cukup baik'.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Penang exco sacks Johari from Seberang Prai Council (Update)

.
By Andarea Filmer ( The Star )

GEORGE TOWN: The Penang state executive council has revoked the councillorship of Johari Kassim, the controversial PKR Seberang Prai Municipal Council (MPSP) whip who led a boycott of the swearing-in ceremony of council president Mokhtar Mohd Jait.

State Local Government and Traffic Management Committee chairman Chow Kon Yeow said the state exco had unanimously agreed upon rescinding Johari’s position during their weekly meeting last Friday.

“We have decided to revoke Johari’s position as a MPSP councillor under Section 10 (4) of the Local Government Act 1976.

“Under this Section, a municipal councillor’s position may be declared vacant under one of three conditions - a councillor resigning on his own accord, a councillor facing a conflict of interest or a councillor’s nomination being nullified by the state administration,” Chow told reporters after launching a new phase of bilingual road signs here Monday.

He added that the state revoked Johari’s position as an MPSP councillor under the third condition and the law did not have provisions for Johari to appeal the decision.

“The revocation took effect on June 26 and the State Secretary (Datuk Zainal Rahim Seman) will issue an official letter to Johari today.

“We believe this action is a stern warning by the state government to the other MPSP councillors who followed him (in the boycott),” Chow said.

On June 4, Johari led eight MPSP PKR councillors in boycotting the swearing-in ceremony of former North Seberang Prai district officer Mokhtar as council head under claims that the position had been reserved for a PKR member.

His action lead to DAP leaders, including Chief Minister Lim Guan Eng’s Chief of Staff Jeff Ooi and political secretary Ng Wei Aik, calling for his resignation and removal on grounds of insubordination.

Asked whether the state was planning any further action against the other seven MPSP PKR municipal councillors over the issue, Chow said the warning was “good enough”.

Asked whether PKR leaders had been consulted in the disciplinary action, Chow said Lim had discussed it with Penang PKR chairman Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

When contacted, Johari seemed calm over the revelation.

“I am not aware of it. I had a meeting with Zahrain on Saturday and he did not mention it.

“Anyway, I was appointed by PKR to be a councillor not DAP or the state,” he said.

In an immediate response, Chow said if that was the case, Johari should try to “ask PKR to reappoint him”.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, Jun 26, 2009

Siri 94 : SAH: Akhirnya Johari dipecat jua ....

.
Usaha terakhir PKR Pulau Pinang untuk 'menyelamatkan' Johari Kassim daripada dipecat sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melalui mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) tidak berhasil apabila PAS dan DAP turut menyokong keputusan kerajaan negeri untuk memecatnya minggu lepas.
.
Keputusan mesyuarat semalam, kemudiannya disahkan melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri hari ini.
.
Johari pada 4 Jun lepas bertindak mengetuai tujuh ahli majlis MPSP dari PKR memboikot majlis angkat sumpah perlantikan Yang Dipertua MPSP Mokhtar Mohd Jait, yang sebelumnya Pegawai Daerah Seberang Perai Utara.
.
Dalam sidang medianya, Johari mendakwa kerusi berkenaan sepatutnya diperuntukan kepada pemimpin politik PKR.
.
Tindakan Johari itu, dilihat banyak pihak sebagai mempunyai agenda peribadi, apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng mendedahkan Johari mengidam kerusi tersebut sepertimana dimaklumkan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim kepadanya.
.
Zahrain kemudiannya menafikan kenyataan Guan Eng itu.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Khamis, Jun 25, 2009

Mana lebih kejam, pembunuh Henry Gurney atau pembunuh Ibrahim Libya ?

.
Oleh CheGu Bard

Mana lebih kejam serangan Chin Peng ke atas rombongan Henry Gurney (penjajah) tanpa membunuh isterinya atau serangan 'aparat' bersenjata Regim BN ke atas pondok agama di Baling Kedah di bawah arahan Musa Hitam dan Mahathir Mohamad ?

Siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry Gurney ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika.

Sebelum dihantar bertugas di Malaysia beliau merupakan Ketua Pentadbiran Inggeris di Palestin (1946 – 1948).

'Jasa' beliau yang harus kita tidak lupa ialah menjadi antara perancang membawa masuk bangsa Yahudi khususnya yang berfahaman Zionis untuk menjadikan Palestin sebagai kawasan perlindungan. Tanah rakyat Palestin dirampas untuk menjadi perlindungan Yahudi yang kononya dizalimi di Eropah. Dari hanya kawasan perlindungan, 'berkat' usaha gigih Henry Gurney pada tahun 1948 tertubuhlah negara zionis Israel lakhanat.

Dalam mengangkat sejarah kita perlu jujur. Jangan gunakan sejarah untuk menakutkan ganerasi selepas itu atau mencari siapa yang salah, siapa yang benar ? Siapa kita yang hendak menjadi hakim kepada sejarah, tetapi sejarah perlu diangkat menjadi pengajaran …..agar bangsa kita ini menjadi bangsa yang kuat...... kesilapan dalam merakam sejarah harus dihentikan.

Baca seterusnya di sini

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, Jun 24, 2009

Ketua Hakim Syarie terima hadiah RM10 ribu bongkar penyelewengan

.
Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa, dipilih sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang kerana berjaya membongkar penyelewengan seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu yang melibatkan RM500,000.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata penyelewengan itu, yang membabitkan bayaran balik bon jaminan, dikesan selepas Yusof meneliti fail sebaik dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie awal Februari lalu.

"Selepas meneliti beberapa fail, beliau mengesyaki berlaku penyelewengan dan terus melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu kepada Yusof sempena majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang hari ini.

Anugerah itu berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai RM10,000, lapor Bernama.

Lim berkata laporan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) manakala kakitangan berkenaan dilarang oleh Yusof daripada menjalankan tugas-tugas kewangan jabatan.

"Bagaimanapun, kakitangan terbabit telah menghilangkan diri," katanya.

Lim memuji Yusof kerana berani mendedahkan penyelewengan dan melaksanakan
amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab selain berlaku telus terhadap perkara yang tidak betul.

Yusof, 52, berkata pendedahan penyelewengan itu bukanlah kerana mengharapkan anugerah tetapi menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua jabatan untuk memerangi penyelewengan dan rasuah.

"Saya bersyukur kerana diberi anugerah ini. Ini bukanlah kerana wang tetapi sebagai sikap tanggungjawab seorang ketua jabatan yang diharapkan menjadi contoh kepada kakitangan lain," katanya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Jun 22, 2009

Buku percuma '100 dalil Mengapa Najib Tidak Boleh jadi PM' akan diedar

.
Sedutan blog CheGu Bard

Dahulu Anwar Ibrahim dijatuhkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno selepas buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak boleh jadi PM” dikeluarkan.

Buku tersebutlah punca Anwar diperlakukan dengan kejam dan akhirnya merengkok dalam penjara selama 6 tahun.

Semalam saya menerima email dari seseorang yang tidak dikenali iaitu email yang sama menghantar link video mengenai Rosmah.

Email tersebut bertajuk “100 Dalil Mengapa Najib tak boleh jadi PM“. Ditinggalkan link yang membawa kita kesebuah blog yang mempaparkan sebahagian daripada buku tersebut.

Maklumat lanjut klik sini

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 94 : Johari tetap dipecat, biar dibantah PKR

.
Ketua Wip MPSP Johari Kassim tetap akan dipecat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung tindakannya mengetuai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari PKR memboikot majlis angkat sumpah perlantikan Yang Dipertua MPSP Mokhtar Mohd Jait, 4 Jun lalu, biarpun keputusan itu dibantah oleh PKR negeri.

Sumber menyebut Ketua Menteri Lim Guan Eng telah pun mengarahkan Setiausaha kerajaan negeri Datuk Zainal Rahim Seman mengeluarkan surat arahan rasmi kepada YDP MPSP agar menghalang Johari daripada menghadiri sebarang mesyuarat ahli majlis MPSP.

Difahamkan sehingga kini Johari masih menghadiri mesyuarat jawatan kuasa kecil MPSP yang dipengerusikan oleh Mokhtar.

Tindakan itu dianggap sebagai langkah awal kerajaan negeri untuk memuktamadkan tindakan memecat Johari seperti diputuskan pada mesyuarat kerajaan negeri pada minggu lepas.

Namun, keputusan itu ditangguhkan sehingga minggu ini bagi memberi ruang kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Othman mencari jalan penyelesaian terbaik melalui saluran dalaman parti.

Mansor adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR negeri yang juga ADUN Penanti.

Tindakan Johari bukan sahaja mencalarkan imej kerajaan negeri, bahkan juga mencalarkan imej Mansor yang mengumumkan perlantikan Mokhtar sebaik beliau mengangkat sumpah sebagai TKM 1, sehari sebelum itu.

Johari dalam kenyataan medianya selepas itu mendakwa Lim Guan Eng memperalatkan Mansor untuk mencari helah atas keputusannya itu dengan meletakkan 'kesalahan'

Maknanya belum sempat Mansor 'bernafas' dengan jawatan barunya, Johari telah meletupkan 'bom' yang menyesakkan Mansor.

Selain Johari, turut memboikot adalah Che Mat Hashim iaitu timbalan ketua bahagian Permatang Pauh, Amir Ghazali Ketua AMK Permatang Pauh, Mahamad Hashim ketua bahagian Tasek Gelugor, Zaini Awang ketua bahagian Kepala Batas, Rynu Shanmugam dan Goh Choon Aik.

Sementara seorang ahli majlis Mohd Kamil Abu Bakar sedang bercuti bersama keluarganya di Kelantan.

Hanya Ketua Bahagian Bagan Farid Arshad yang menghadiri majlis angkat sumpah berkenaan.

Difahmakan PKR negeri yang diketuai Zahrain Mohd Hashim akan tetap mempertahankan tindakan Johari.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Ahad, Jun 21, 2009

Siri 93 : Johari cuba jadi hero, rela dipecat

.
Ketua Wip MPSP Johari Kassim tidak akan meletak jawatan atau memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, sebaliknya bersedia dipecat oleh kerajaan negeri berhubung tindakannya mengetuai ahli majlis MPSP dari PKR memboikot majlis angkat sumpah YDP MPSP Mokhtar Mohd Jait pada 4 Jun lalu.

Pendirian Johari itu mendapat sokongan pada mesyuarat ahli parlimen dan ADUN PKR yang dipengerusikan oleh Datuk Zahrain Hashim, Jumaat lalu.

Dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Law Choo Kiang dan Abdul Malik Kassim tidak hadir kerana berada di China untuk lawatan rasmi.

Keputusan itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan negeri, khususnya Ketua Menteri berhubung kedudukan Johari.

Mesyuarat Exco minggu lalu memutuskan Johari dipecat, namun keputusan itu ditangguh setelah Exco PKR memohon keputusan itu ditangguh bagi membolehkan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman menyelesaikan kemelut berkenaan secara baik.

Mansor dijangka membentangkan keputusan tersebut pada mesyuarat Exco pada Rabu depan.

Menurut sumber parti itu, sebelum mesyuarat tersebut Mansor telah menemui Johari menasihatinya meletakkan jawatan agar dia dilihat lebih berprinsip dan bermaruah.

Namun, nasihat itu diabaikan sebaliknya Johari cuba berselindung di sebalik keputusan parti.

Dalam pada itu, pemerhati politik melihat tindakan Johari itu bakal mengundang pelbagai reaksi.

"Keputusan Johari itu akan memberikan gambaran negatif, bahawa hubungan PKR dan DAP akan dilihat rapuh dalam kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya.

Perangkap yang dipasang Johari katanya untuk menjadi 'hero' dalam kemelut ini akan memakan dirinya sendiri.

"Sekiranya kerajaan negeri bertegas memecatnya, Johari akan mencanang dirinya terkorban, dek kerana memperjuangkan kepentingan PKR, dan menyalahkan tiga exco PKR kerana tidak membelanya, " katanya.

Tambahnya Johari juga akan cuba meletakkan kesalahan yang dilakukannya ke atas pihak lain.

"Guan Eng akan menjadi sasaran Johari selepas ini, sekilas ikan di air kita tahu jantan betinanya," ujarnya.

Jika keadaan itu berlaku katanya, ia tidak baik untuk kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang sedang mengorak langkah untuk memberikan imej terbaik untuk rakyat.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, Jun 19, 2009

Siri 92 : PKR akan kena tindakan disiplin ke atas Johari

.
Ketua Whip Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Johari Kassim yang memboikot majlis angkat sumpah perlantikan Yang Dipertua MPSP pada 4 Jun lalu akan dikenakan tindakan disiplin oleh PKR.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman tindakan ke atas Johari akan diputuskan oleh PKR hujung minggu ini.

Difahamkan PKR Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat petang ini, bagi membincangkan kedudukan Johari.

Lapor The Star, 17 Jun Mansor dipetik berkata kedudukan Johari akan dibuat oleh Biro Politik PKR Pusat.

Sementara itu, seorang penulis di Malaysia Today mengalu-alukan tindakan yang akan dikenakan ke atas Johari.

Penulis berkenaan Simon Templar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim dan menganggap keputusan yang bakal dikenakan ke atas Johari sebagai wajar untuk mengembalikan imej Pakatan Rakyat.

" Thank you for doing the right thing for Pakatan Rakyat. And since Pakatan Rakyat at the end of the day belongs to the rakyat, by proceeding with this PKR internal disciplinary action, you are doing the right thing for the rakyat and the nation.

"This in my view is good leadership." [ Baca penuh di sini ]

Dalam pada itu beberapa komentar dalam akhbar Cina melabelkan Johari sebagai 'Little Napoleon Umno in PKR'

Mereka menganggap Johari masih berfikiran ala Umno yang tidak sewajarnya diamalkan oleh pemimpin dalam Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa orang ahli majlis MPSP yang dihubungi tidak bersetuju dengan tindakan memboikot yang diketuai Johari.

Alahai menerima rakaman perbualan tersebut, bagaimanapun tidak akan mendedahkannya buat masa ini.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, Jun 12, 2009

Siri 91 : Johari : Awat aku tak layak ka jadi YDP MPSP ?

.
'Awat,aku tak layak ka jadi YDP MPSP?'.

Itulah kata-kata Johari Kassim sewaktu di Langkawi ketika 'perbincangan' dengan beberapa pemimpin PKR bila mana persoalan berbangkit mengenai Mansor Othman akan dicalonkan oleh parti sebagai YDP MPSP jika tempat tersebut diperuntukan kepada ahli politik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Mansor ketika itu adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang, sementara Johari adalah Ketua WIP MPSP.

Kata-kata itu sekaligus, menzahirkan niat sebenar Johari apabila mengetuai lapan ahli majlis MPSP memboikot majlis angkat sumpah YDP MPSP Mokhtar Mohd Jait, yang dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Johari hadir di Langkawi bersama beberapa pimpinan PKR Pulau Pinang untuk menghadiri jamuan kenduri perkahwinan anak ketua bahagian PKR Langkawi 'Pak Wan Salleh' sekitar akhir tahun lepas.

Ketua Umum Anwar Ibrahim turut hadir pada majlis perkahwinan itu.

Alahai difahamkan, turut serta dalam 'perbincangan' itu adalah Setiausaha PKR P.Pinang Mustafa Kamal Yusof, Timbalan Pengarah Pilihan raya Jamil Md Noor, Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Bahrain Abas, Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul, Ketua AMK Kedah Shaiful Izham Ramli dan Setiausaha FAP Arifin Yatim.

Johari, Mustafa Kamal dan Jamil iaitu penyokong kuat TKM 1 ketika itu Mohammad Fairus Khairuddin, dikatakan turut menyusun program untuk Fairus di Langkawi, bertujuan membina semula imej Fairus bagi menyelamatkan bekas ADUN Penanti itu daripada dikenakan tindakan oleh parti.

Namun, seperti biasa bagai menunggu buah yang tidak gugur, Fairus 'kencing' mereka apabila dia tidak hadir ke program yang diatur.

Untuk mengetahui kisah belakang tabir, penglibatan Johari bersama teman-temannya yang cuba 'mencatur' politik PKR ala Umno di Pulau Pinang, sila layari www.diamjoedahmai.blogspot.com

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Khamis, Jun 11, 2009

Siri 90 : Johari dipecat, exco PKR minta tangguh keputusan

.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang memutuskan memecat Ketua Wip MPSP dari PKR Johari Kassim sebagai ahli majlis berhubung salahlakunya yang mengetuai lapan dari sembilan ahli majlis dari PKR yang memboikot majlis angkat sumpah perlantikan Yang Dipertua MPSP, minggu lalu.

Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu, semalam, bagaimanapun ditangguhkan sehingga Rabu depan, bagi membolehkan Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Othman yang mewakili Exco PKR, mencari jalan penyelesaian terbaik menamatkan kemelut itu.

Difahamkan penangguhan itu diminta oleh para exco PKR termasuk Law Choo Kiang dan Abdul Malik Kassim.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mempengerusi mesyuarat, semalam, dikatakan mahu PKR mengambil tindakan tegas terhadap Johari yang telah mencemarkan imej kerajaan negeri.

Tindakan Johari minggu lalu, dilihat bukan sahaja mencemarkan imej kerajaan negeri, bahkan turut mencalarkan kredibiliti Lim Guan Eng dan Mansor yang mengumumkan perlantikan Mokhtar Mohd Jait sebagai YDP MPSP.

Mokhtar menggantikan Farizan Darus yang dilantik sebagai Pengarah Kewangan Negeri.

Johari membantah perlantikan Mokhtar, bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, dengan alasan jawatan berkenaan sepatutnya diisi dari kalangan pemimpin PKR.

Beliau mendakwa keputusan berkenaan telah diputuskan dalam mesyuarat perhubungan negeri PKR, dan perkara tersebut dipersetujui oleh pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Johari juga mendakwa Ketua Menteri tidak pernah berbincang dengan PKR dan PAS berhubung perlantikan YDP MPSP.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas negeri berkata, "Soal pelantikan Mokhtar Jait sebagai YDP MPSP tidak pernah dirujuk kepada PKR tidak timbul kerana ia pelantikan daripada kalangan pegawai pentadbiran."

PR Pulau Pinang katanya tidak pernah memutuskan jawatan itu diserahkan kepada PKR.

Menurut Chow lagi, cadangan pelantikan Mokhtar sebagai YDP dibentang pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Rabu lalu dan diterima sebulat suara.

"Exco daripada PKR yang terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Othman, Abdul Malik Kassim dan Law Choo Kiang adalah sebahagian daripada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menyokong pelantikan itu," katanya.

MPSP mempunyai 24 anggota majlis dan daripada jumlah itu, 10 diwakili pemimpin DAP, sembilan PKR, dua Pas dan tiga daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sebelum ini, akhbar melaporkan Johari bertindak demikian kerana mengidam jawatan YDP.



BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, Jun 10, 2009

Siri 89 : Johari mengaku kata exco PKR 'keldai'

.Ketua Wip MPSP dari PKR Johari Kassim mengaku mengeluarkan kata-kata biadap - 'keldai' terhadap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari PKR pada mesyuarat Ahli Parlimen dan ADUN parti itu, Jumaat lepas, berhubung perlantikan YDP MPSP yang diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman.

Bagaimanapun, Johari mendakwa kata-kata kesat itu hanya ditujukan kepada Law Choo Kiang dan Abdul Malik Kassim yang tidak hadir kerana lawatan ke luar negara.

Menghubungi Zulkifli Mohamed Pembantu Khas Abdul Malik, Johari mendakwa ungkapan 'keldai' itu tidak ditujukan kepada TKM1.

PKR diwakili tiga orang exco yang selebihnya seramai tujuh orang daripada DAP.

"Dia ada menghubungi saya dengan nada marah-marah, tuduh saya bertanggungjawab menerbitkan berita dalam Alahai yang didakwa menfitnah dirinya," jelas Zulkifli kepada Alahai.

Ketika saya bertanya, apa berita Alahai yang menfitnah dirinya, Johari menjawab, " Berita tu menfitnah aku, aku bukan kata kat tiga orang, tapi aku kata 'keldai' kat dua orang exco sahaja."

Alahai pada siri 88, melaporkan Johari melabelkan 'keldai' kepada tiga exco PKR kerana menyokong pelantikan bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara Mokhtar Mohd Jait, sebagai YDP MPSP.

Justeru itu, ketika upacara angkat sumpah Mohktar, di depan Ketua Menteri Lim Guan Eng, Johari bersama Ahli Majlis MPSP dari PKR memboikot upacara berkenaan.

Laporan media menyebut, Johari bertindak demikian kerana kempunan untuk menjadi YDP.

Menurut Zulkifli, Johari turut menganggap semua bloggers yang mengkritik dirinya berhubung isu berkenaan sebagai 'bodoh.'

"Hangpa semua tak tahu apa, hangpa semua bodoh," getusnya.

Sementara itu, bekas Ahli Majlis MPSP Amizuddin Ahmat ketika diminta komennya berkata, Johari sepatutnya mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum menuduh orang lain 'keldai'.

"Dia kata orang 'keldai', tapi dialah sebenarnya 'keldai'. Dah mengaku akan letak jawatan ( kerana boikot majlis angkat sumpah YDP MPSP), tapi akhirnya dia tak jadi letak .

"Lepas tu apabila orang suruh letak jawatan untuk kotakan janjinya, dia melenting marah. Hanya keldailah perangai macam tu, awat dah kebulur jawatan ka ?" ujar Amizuddin yang kini bertugas sebagai wali hukum (Pembantu Peguam).

"Lepas ni kita nak tengok, sama ada dia akan hadir atau tidak mesyuarat jawatankuasa MPSP yang akan dipengerusikan oleh YDP," katanya.

Pernah biadap terhadap Presiden PKR

Dalam pada itu, menurut sumber sewaktu Anwar Ibrahim masih terpenjara, Johari pernah mengeluarkan kata-kata kesat dan biadap terhadap Dr Wan Azizah sewaktu Presiden PKR itu mempengerusikan mesyuarat.

"Seingat saya sekali di Galeri Pejuang, Cherok Tokun dan sekali lagi di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh di Sungai Semambu," jelas sumber tersebut.

Menurutnya, kata-kata kesat itu meruntun hati Dr Wan Azizah yang sedang dihimpit kepayahan dan kesedihan kerana suaminya dipenjara angkara fitnah Umno.

"Yang dia tahu, hanya untuk memuaskan hatinya, tanpa memikirkan perasaan Dr Wan Azizah ketika itu," ujarnya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, Jun 09, 2009

Siri 88 : Johari : Exco PKR P.Pinang macam 'keldai'

.
Tidak berpuashati dengan pendirian tiga Exco kerajaan negeri dari PKR berhubung perlantikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), ketua Wip MPSP dari PKR, Johari Kassim menyifatkan exco-exco berkenaan macam 'keldai'.

Ungkapan biadap itu, ditujukan kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Osman, Law Choo Kiang dan Abdul Malik Kassim, ketika mesyuarat bersama Ahli Parlimen dan ADUN PKR Pulau Pinang di Tingkat 52, Komtar, Jumaat lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri Datuk Zahrain Hashim, bagaimanapun tidak dihadiri oleh Abdul Malik yang berada di luar negeri, sementara Mansor terpaksa meninggalkan mesyuarat kerana ada komitmen lain di Penanti.

Turut hadir adalah ahli majlis MPSP dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.

Menurut sumber parti itu, Johari melenting apabila ketiga-tiga exco berkenaan menyokong cadangan perlantikan bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara Mokhtar Mohd Jait, sebagai Yang Dipertua MPSP, yang dibentangkan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pada 3 Jun lepas.

Kerajaan negeri memutuskan jawatan YDP MPSP dan MPPP perlu diisi oleh penjawat awam, dan bukannya daripada kalangan pemimpin politik.

Johari dikatakan mengidam jawatan berkenaan. Ini dimaklumkan oleh Zahrain kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, sepertimana disiarkan dalam akhbar arus perdana. ( foto)

Restu pemimpin PKR negeri

Pada mesyuarat berkenaan, Johari mendakwa tindakan beliau bersama ahli majlis MPSP memboikot majlis angkat sumpah Mokhtar mendapat restu daripada pemimpin tertinggi PKR Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pemimpin berkenaan. Johari turut kesal dengan sikap para pemimpin PKR kerana tidak membelanya.

Johari turut mendabik dada, beliau adalah pejuang refomasi sejak 1999, lebih lama daripada sebahagian ADUN dan Ahli Parlimen PKR yang ada sekarang.

Pada pilihanraya umum lalu, PKR menawarkannya untuk bertanding, namun beliau menolaknya kerana merasakan PKR akan tewas, apatah lagi membentuk kerajaan Pulau Pinang.

Bahkan Johari cuba mempengarahui beberapa pemimpin PKR, agar tidak menjadi calon kerana akan membazirkan masa dan wang ringgit.

Mahu mengajar Guan Eng

Sementara itu, Zahrain meletakkan kemelut yang menghantui PKR itu, berpunca daripada Abdul Malik.

ADUN Batu Maung itu, dikatakan tidak memaklumkan keputusan kerajaan negeri kepada pimpinan parti itu.

Dalam pada itu, seorang ahli majlis MPSP yang ditemui, mengesahkan tindakan memboikot majlis angkat sumpah YDP MPSP telah dirancang pihaknya, dan mendapat restu pimpinan parti peringkat negeri.

Beliau bagaimanapun mengaku tindakan memboikot itu mencalarkan imej PKR dan PR Pulau Pinang.

"Kami mahu mengajar Guan Eng, agar menghormati konsep pakatan. Biarlah apa-apa lantikan daripada penjawat awam dibincang dengan PKR dan PAS," tegasnya.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Jun 08, 2009

Siri 87 : Isu YDP MPSP : Johari Kassim kena letak jawatan

Dengan gaji bulanan RM8,000 dan peruntukan tahunan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM 1 juta, mana mungkin sesiapapun tidak mengidam jawatan berkenaan.

Justeru itu, bagi membuktikan dirinya tidak mengidam jawatan Yang Dipertua MPSP, Ketua Wip MPSP dari PKR Johari Kassim ( foto) perlu meletakkan jawatan.

"Jika dia ada maruah, ada harga diri, dia kena buktikan kononnya dia tidak pernah mengimpikan jawatan YDP MPSP dengan melatak jawatan," jelas seorang pemimpin PKR di Permatang Pauh.

"Johari jangan cuba berselindung di sebalik parti, kononnya hanya akan letak jawatan jika parti memintanya berbuat demikian," tegasnya.

Johari juga katanya perlu mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatan bersama semua ahli majlis PKR yang lain sebagai membantah perlantikan Mokhtar Mohd Jait, sebagai YDP MPSP.

Mokhtar sebelum itu adalah Pegawai Daerah Seberang Perai Utara.

"Setakat menafikan dia tidak mahu jawatan YDP, tidak cukup, dia kena buktikan melalui tindakannya meletakkan jawatan.

"Ini juga membantu membersihkan PKR daripada pandangan serong orang ramai yang mengatakan pemimpin PKR gila pangkat dan jawatan," ulas pemimpin PKR berkenaan.

Tindakan itu juga katanya bagi menafikan dakwaan Lim Guan Eng bahawa Johari mengidam jawatan tersebut, sepertimana diberitahu kepadanya oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim.

Guan Eng dalam laporan muka depan Sinar Harian Sabtu lalu, membidas Johari dan tujuh ahli majlis dari PKR kerana memboikot majlis angkat sumpah Mokhtar Mohd Jait.

" Johari dan tujuh lagi ahli majlis dari PKR itu sepatutnya mengutamakan orang ramai, bukannya mengutamakan kepentingan individu.

"Beliau telah bertindak sedemikian kerana ingin jawatan itu dan menurut jangkaan awal, beliau sepatutnya memegang jawatan itu jika YDP MPSP dilantik dari kalangan anggota PKR," Guan Eng dipetik berkata.

Menurut Berita Harian bertarikh 5 Jun 2009, Johari turut menuduh Guan Eng kononnya memperalatkan Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Othman untuk mengumumkan perlantikan Mokhtar, bagi mengelak dirinya dipersalahkan.

Tuduhan Johari itu, dilihat banyak pihak sebagai cuba melaga-lagakan pimpinan PKR dan DAP dalam mentadbir urus kerajaan negeri Pulau Pinang.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siapa pemimpin PAS khianat PR di Perak ?

.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang enggan mendedahkan nama pengkhianat mandat rakyat yang menghasut beliau supaya merelakan PAS membentuk kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

"Hanya beberapa orang pemimpin lain dan saya sendiri yang tahu siapa beliau," kata beliau yang hanya tersenyum apabila didesak oleh wartawan yang mahu tahu adakah si celaka penagih Umno itu dari kalangan mereka yang terpilih sebagai pemimpin PAS baru-baru ini.

Sebelum itu, ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

Baca seterusnya di sini

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Ahad, Jun 07, 2009

DAP: Tiada pesetujuan YDP MPSP dari PKR

.
Sedutan Agenda Daily

DAP menafikan dakwaan Ketua Whip Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim, bahawa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pernah bersetuju jawatan Yang Dipertua MPSP diserahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas negeri berkata, PR Pulau Pinang tidak pernah memutuskan jawatan itu diserahkan kepada PKR.

"Soal pelantikan Mokhtar Jait sebagai YDP MPSP tidak pernah dirujuk kepada PKR tidak timbul kerana ia pelantikan daripada kalangan pegawai pentadbiran," katanya dalam kenyataan di sini hari Jumaat.

Semalam, lapan daripada sembilan anggota majlis PKR memulaukan majlis pelantikan Mokhtar, bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), kerana membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang dikatakan tidak berunding dengan parti itu mengenai pelantikan berkenaan.

Johari mendakwa Lim tidak memanggil PKR dan Pas untuk berunding walaupun sebelum ini telah ada persetujuan di peringkat kepimpinan parti gabungan itu bahawa pelantikan YDP MPSP perlulah dilantik daripada kalangan pemimpin politik dan jawatan itu diserahkan kepada PKR.

Menurut Chow, cadangan pelantikan Mokhtar sebagai YDP dibentang pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Rabu lalu dan diterima sebulat suara.

"Exco daripada PKR yang terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Othman, Abdul Malik Kassim dan Law Choo Kiang adalah sebahagian daripada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menyokong pelantikan itu," katanya.

MPSP mempunyai 24 anggota majlis dan daripada jumlah itu, 10 diwakili pemimpin DAP, sembilan PKR, dua Pas dan tiga daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata beliau difahamkan oleh Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim bahawa Johari tidak berpuas hati kerana beliau tidak dilantik memegang jawatan itu.

"Kita melihat kepada kepentingan ramai bukan kepada kepentingan peribadi dalam pelantikan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, lapan daripada sembilan ahli majlis PKR memulaukan majlis pelantikan Mokhtar, bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), kerana membantah tindakan Lim yang dikatakan tidak berunding dengan parti itu mengenai pelantikan berkenaan.

Johari mendakwa Lim tidak memanggil PKR dan Pas untuk berunding walaupun sebelum ini telah ada persetujuan di peringkat kepimpinan parti gabungan itu bahawa pelantikan YDP MPSP perlulah dibuat di kalangan pemimpin politik dan jawatan itu diserahkan kepada PKR.

Lim berkata, pelantikan Mokhtar itu berdasarkan prestasi baik yang ditunjukkannya semasa berkhidmat sebagai pegawai daerah sebelum ini.

"Kita perlukan penjawat awam yang berkelayakan untuk memegang jawatan itu. Kita memilih calon yang paling layak tanpa mengira warna kulit, agama dan fahaman politik," katanya.

MPSP mempunyai 24 ahli majlis dan daripada jumlah itu, 10 diwakili pemimpin DAP, sembilan PKR, dua Pas dan tiga daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan semalam, hanya 14 orang ahli majlis sahaja yang hadir.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Sabtu, Jun 06, 2009

Sajak Altantuya Karya Mohamad Sabu

.
Berikut adalah petikan sajak 'Altantuya' yang dideklamasikan oleh Naib Presiden PAS Mohamad Sabu, sempena Muktamar PAS ke-55 :

'Atantuya'

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga


Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama


Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa


Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku


Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Khamis, Jun 04, 2009

Siri 86 : Fairus akan 'come back'

.
Bekas ADUN Penanti Mohammad Fairus Khairuddin dijangka akan membuat 'come back' sedikit masa lagi.

Dia yang diberi 'cuti' di Australia sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil Penanti, dikatakan telah kembali ke tanah air baru-baru ini.

'Come back' yang dimaksudkan bukan bererti dia diberikan semula tempat dalam parti, tetapi akan melakukan sesuatu yang 'mengejutkan.'

" Saya beri tempoh sebulan dua ini, perkara itu akan berlaku," jelas sumber parti itu.

Alahai telah memperolehi maklumat berkenaan, namun hanya akan mendedahkan perkara tersebut, sekiranya ia benar-benar berlaku.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

PKR P.Pinang mengalukan Naib Presiden Gerakan sertai parti

.
Sedutan Bernama

PULAU PINANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang akan mengalu-alukan Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan untuk menyertai PKR sekiranya beliau berhasrat berbuat demikian, kata Pengerusi PKR Negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Zahrain berkata Huan sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya untuk menyertai PKR tetapi masih belum dimuktamadkan lagi.

"Kami rasa sangat gembira untuk mengalu-alukan pemimpin seperti Huan sekiranya beliau berminat menyertai PKR memandangkan beliau dijangka membawa bersamanya kira-kira 1,000 penyokong," katanya kepada pemberita di sini selepas majlis angkat sumpah Mansor Othman sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 di sini hari ini.

Beliau berkata Huan tidak menolak kemungkinan lompat parti dan menyertai pembangkang berikutan pertemuan mereka baru-baru ini.

Bagaimanapun, dalam respons segera, Huan berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menyertai PKR buat masa ini sungguhpun seolah-olah wujud perselisihan dalam parti Gerakan negeri.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Zahrain kerana tawaran itu tetapi saya masih belum membuat keputusan sama ada untuk menyertainya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Katanya, beliau menyerahkan nasibnya untuk ditentukan oleh jawatankuasa kerja pusat (CWC) Gerakan.

"Saya akan tunggu dan lihat bagaimana Gerakan mengendalikan isu saya ini memandangkan saya masih belum membaca surat tunjuk sebab daripada parti kerana saya masih berada di Kuala Lumpur," katanya.

Huan berkata beliau akan membaca surat itu, yang dihantar ke rumahnya di Pulau Pinang apabila beliau pulang dalam beberapa hari lagi dan membuat keputusan sama ada untuk menjawab atau sebaliknya.

Bulan lepas, Huan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan tertinggi parti dan hasratnya untuk keluar daripada parti itu yang mengakibatkan beliau diberi surat tunjuk sebab oleh CWC parti.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, Jun 03, 2009

Mansor angkat sumpah sebagai TKM 1, P. Pinang

.
Sedutan Bernama

PULAU PINANG: Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Mansor Othman hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini hari ini.

Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman.

Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota exconya selepas pelantikan Mansor.

Lim berkata antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas Adun Penanti Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai, dan Law Heng Kiang.

Katanya beliau kini menjadi pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan Negeri, manakala jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Mansor sebagai TKM I.

"Wong Hon Wai pula akan mempengerusikan jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian Negeri," katanya kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah di sini hari ini.

Beliau berkata Law Heng Kiang kini akan hanya mempengerusikan jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

"Kami merasakan portfolio exco ini perlu digilirkan untuk mereka yang kami rasa dapat merealisasikan potensi bekerja untuk rakyat," katanya.

Lim berkata beliau juga akan mengambil alih jawatan sebagai pengerusi InvestPenang, sebuah agensi penggalakkan pelaburan kerajaan negeri, yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Malik Abul Kassim.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Jun 01, 2009

Mansor akan dilantik TKM 1 Rabu ini

.
Sedutan Bernama

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang baru dipilih, Mansor Othman akan mengangkat sumpah jawatan Timbalan Ketua Menteri I pada Rabu ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Lim memberitahu pemberita di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara di sini bahawa Mansor akan dapat menghadiri mesyuarat majlis mesyuarat kerajaan negeri akan datang.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan Mansor dalam kerajaan negeri untuk berkhidmat kepada rakyat.

Mansor, timbalan pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, memperoleh 6,052 undi untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam pilihan raya kecil hari ini.

Beliau memperoleh majoriti 5,558 undi, menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, 56, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41, dan Kamarul Ramizu Idris, 42.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Kemenangan PKR tidak bayangkan penerimaan sepenuhnya

.
Sedutan Bernama

BUKIT MERTAJAM: Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam, namun kemenangan itu tidak membayangkan penerimaan penuh masyarakat kawasan berkenaan berdasarkan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Penganalisis politik berpendapat sokongan yang diterima PKR perlu dilihat dari sudut majoriti yang diperolehi calonnya Mansor Othman kali ini berbanding penyandang, dan juga jumlah yang keluar mengundi.

Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata mereka yang tidak keluar mengundi terutamanya pengundi atas pagar mungkin berasa muak setelah melalui tiga pilihan raya sejak Mac tahun lepas.

"Yang keluar mengundi hari ini memang penyokong setia pembangkang, manakala penyokong BN dan pengundi atas pagar tidak keluar mengundi kerana mungkin rasa muak dengan pilihan raya yang terlalu kerap," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam. Katanya perbezaan jumlah undi yang diterima oleh Mansor dan penyandang kerusi itu, Mohammad Fairus Khairuddin yang tidak besar iaitu 1,264 undi juga menggambarkan penyokong PKR sendiri sudah merasa yakin kemenangan akan berpihak kepada parti itu, menyebabkan mereka tidak keluar mengundi. Peratus pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka merosot dengan ketara, daripada 12,657 orang atau 82.08 peratus pada Mac 2008 kepada hanya 7,100 atau 46.15 peratus kali ini. Seorang lagi penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Nizamuddin Sulaiman berkata, walaupun kemenangan PKR sudah dijangka, tetapi signifikasi pilihan raya kecil kali ini harus dikaji dari aspek majoriti undi yang diperolehi memandangkan PKR tidak berdepan musuh tradisinya, BN.

"Menang atau kalah itu bukan persoalan tetapi yang harus dilihat ialah peratusan yang keluar mengundi untuk dikaji sokongan masyarakat terhadap PKR," katanya.

Pada pilihan raya kecil ini, Mansor memperoleh 6,052 undi dengan majoriti 5,558 undi berbanding tiga pencabarnya calon Bebas iaitu Aminah Abdullah, 56, dengan 392 undi, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41, (494 undi) dan Kamarul Ramizu Idris, 42, (56 undi).

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lepas, Mohammad Fairus mencatat kemenangan dengan majoriti 2,219 undi setelah memperolehi 7,346 undi mengalahkan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dari BN yang memperolehi 5,127 undi.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus yang berhasrat melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah pada 16 April lepas.Mansor pernah menyertai tiga pilihan raya umum sejak 1999 tetapi tewas pada ketiga-tiga percubaannya itu.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

.
Sedutan Malaysiakini

KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

Di bawah adalah keputusan rasmi sehingga jam 7.18 malam.

Sehingga jam 7.18 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,266 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (290), Nai Khan Ari (534) dan Kamarul Ramizu Idris (48).

Sehingga jam 7.16malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,054 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (382), Nai Khan Ari (514) dan Kamarul Ramizu Idris (47).

Sehingga jam 7.13 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,672 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (357), Nai Khan Ari (455) dan Kamarul Ramizu Idris (45).

Sehingga jam 7.10 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,309 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (329), Nai Khan Ari (301) dan Kamarul Ramizu Idris (44).

Sehingga jam 7.05 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,963 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (298), Nai Khan Ari (297) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 7.00 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,784 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (294), Nai Khan Ari (293) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 6.55 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,289 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (258), Nai Khan Ari (273) dan Kamarul Ramizu Idris (26).

Sehingga jam 6.50 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,637 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (248), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.45 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,431 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (223), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.35 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,222 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (180), Nai Khan Ari (235) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.30 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,964 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (178), Nai Khan Ari (133) dan Kamarul Ramizu Idris (22).

Sehingga jam 6.25 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,517 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (153), Nai Khan Ari (71) dan Kamarul Ramizu Idris (20).

Sehingga jam 6.20 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,089 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (114), Nai Khan Ari (63) dan Kamarul Ramizu Idris (16).

Sehingga jam 6.15 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,873 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (100), Nai Khan Ari (52) dan Kamarul Ramizu Idris (14).

Sehingga jam 6.10 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,294 diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (81), Nai Khan Ari (40) dan Kamarul Ramizu Idris (11).

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat pengundian ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, SK Mengkuang, SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti SK Tanah Liat dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !