Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Sabtu, Februari 28, 2009

Siri 48 : Fairus digugur sebagai Exco Hal Ehwal Agama

Ketua Menteri Lim Guan Eng menggugurkan Timbalannya Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Jawatan berkenaan akan diambilalih oleh Pengerusi Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Kassim.

Keputusan itu sebagai langkah untuk memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri, khususnya berkaitan umat Islam di negeri ini.

Difahamkan keputusan Guan Eng itu dibuat selepas perbincangan dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi keADILan negeri.

Kerajaan negeri akan membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat.

Fairus masih kekal sebagai Pengerusi Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Penerangan & Perhubungan Masyarakat.

Adun Penanti itu juga dikatakan gagal menunaikan tanggungjawabnya selaku Exco Agama, apabila masalah 'attitude problem' terus mencengkam dirinya.

Dia juga mengambil pendekatan berkonfrantasi dengan pelbagai pihak, termasuk dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) di bawah Yang Dipertuanya Shabudin Yahya, yang juga Adun (BN) Permatang Berangan.

Sikap tidak profesionalnya itu, bukan sahaja mencemarkan imej Pakatan Rakyat, bahkan turut merencatkan beberapa perancangan untuk kebaikan umat Islam negeri ini.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, Februari 18, 2009

Siri 47 : Fairus 'corner' 360 darjah, salahkan Setiausaha Sulit

Kira-kira jam 8.40 pagi, Isnin 9 Februari, Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin menelefon Setiausaha Sulitnya, Muhammad Juraimi Awang memberikan arahan tegas - pecat serta-merta pegawainya Zainal Abidin Saad dan tidak membenarkannya memasuki pejabat.

Arahan itu dikeluarkan setelah Fairus nekad memecat Zainal yang dianggap gunting dalam lipatan kerana menyalurkan maklumat salahlakunya kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim. Fairus anggap Zainal mengkhianati dirinya.

Fairus tiba di pejabatnya jam 11 pagi dengan muka amarah, kemudiaannya menghadiri mesyuarat.

Sementara Zainal yang juga Pengarah Kadun Penanti tiba di pejabat sekitar 12 tengah hari selepas membereskan beberapa tugas di kawasan Penanti.

Zainal adalah mangsa Fairus yang ke-7. Sebahagian yang lain sama ada dipecat atau meletak jawatan.

Dia sebelum itu, bercuti selama seminggu selepas mengetahui Fairus tidak akan menyambung kontrak kerjanya yang tamat pada Mac depan.

Setelah mendapat nasihat daripada Anwar, Zainal kembali ke pejabat meskipun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.

Sebaik tiba di mejanya, membelek beberapa fail, Juraimi yang juga rakan sepermainan Fairus sejak kecil, menghampiri Zainal.

"Bang Non, saya tidak sampai hati nak bagitau. YB telah telefon saya untuk bagitau yang YB telah pecat Bang Non serta-merta dan meminta serahkan kad pegawai. Bang Non boleh ambil fail-fail peribadi, tapi fail-fail pejabat tinggalkan di sini," ujar Juraimi.

Zainal yang agak terkejut dengan arahan tersebut, berkata, " Ok, tapi kalau dia ( Fairus ) nak kad pegawai, suruh dia jumpa aku. Aku akan lawan dia di Penanti."

Zainal kemudiannya menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Anwar memaklumkan pemecatannya.

Sejurus kemudian, Anwar menghubungi Zainal dan memaklumkan yang beliau akan menelefon Fairus.

Difahamkan ketika mendapat panggilan Anwar, Fairus gelabah beruk.

Dalam penjelasan kepada Anwar, Fairus bermatian menafikan dia mengeluarkan arahan memecat Zainal serta merta.

Fairus menyalahkan Setiausaha Sulitnya, Juraimi Awang yang kononnya telah bertindak di luar arahan dan tanpa pengetahuannya.

Kini, bagi melindungi 'kesilapannya' Fairus menjaja, kononnya dia tidak memecat Zainal, sebaliknya hanya tidak menyambung kontrak kerjanya yang tamat Mac depan.

Selepas 'dibelasah' Anwar, Fairus cuba berulangkali menghubungi Zainal. Tidak kurang daripada 11 kali berserta sms dihantar kepada Zainal.

Hanya sekali Zainal menjawab panggilan Fairus, " Buat kat saya macam ni, ingat saya ni binatang ke, saya ni orang tau tak," jerit Zainal.

Fairus cuba berbaik dan memohon maaf.

"Tidak ada maaf-maaf, la aku nak fikir macamana nak cari makan untuk anak-anak aku selepas ni," tegasnya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, Februari 17, 2009

Siri 46 : Pecat pegawai ke-7, Fairus beri kata dua kepada Anwar

Mengambil kesempatan atas kemelut politik terutamanya, di Perak, Mohammad Fairus Khairuddin menunjukkan belangnya, memecat pegawainya yang juga 'orang kanan' Anwar Ibrahim sambil memberi kata dua kepada pemimpin de facto itu, sama ada memilih pegawai berkenaan atau dirinya.

Pegawai tersebut Zainal Abidin Saad adalah Pengarah Jentera Pilihanraya Penanti, di Permatang Pauh.

"Anwar boleh pilih sama ada saya atau Bang Non (Zainal). Kalau Anwar pilih Bang Non, saya akan letak jawatan."

Fairus berkata demikian kepada Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh Che Mat Hashim, Naibnya Alias Said, Ketua AMK Amir Mohd Ghazali, Timbalan Ketua AMK Afzal Ahmad dan Setiausaha PKR Permatang Pauh Roselai Muhamad yang menemuinya di kediamannya di Guar Perahu, Ahad malam (8 Februari ).

Rombongan berkenaan mengunjungi Fairus selepas menghadiri mesyuarat bahagian yang dipengerusikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah di Yayasan Aman, Penanti.

Fairus yang juga Adun Penanti mendakwa, tindakannya itu mendapat restu komuniti Cina, India, pimpinan negeri dan bahagian.

Zainal adalah pegawai ke-7 yang dipecat oleh Fairus dalan tempoh 11 bulan selepas dia memegang jawatan TKM 1.

Fairus telah lama berhasrat memecat Zainal, yang dianggapnya sebagai duri dalam daging, kerana disyaki memberikan maklumat tentang salahlaku Fairus kepada Anwar.

Namun hasratnya tertangguh, memandangkan hubungan rapat Zainal dengan Anwar dan Presiden Dr Wan Azizah, sejak era refomasi.

Bagaimanapun, hasrat tersebut kembali memuncak, apabila Briged Keselamatan Permatang Pauh yang diketuai Zainal terlibat dalam Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru China, yang dihadiri Ketua Umum dan Presiden pada 2 Februari lalu, di Taman Chai Leng.

Fairus tidak berpuashati, apabila Zainal mengekalkan bekas pegawai TKM 1 itu- Zulkifli dan Hazri dalam struktur organisasinya.

"Fairus mahu Zulkifli dan Hazri dinyahkan dari politik Permatang Pauh. Bahkan Fairus juga telah berulang kali, mendesak Zainal memecat Zulkifli sebagai Setiausaha Kadun Penanti," jelas sumber.

Bagaimanapun, Zainal tidak mengendahkan arahan Fairus memandangkan kedua-dua mereka adalah teman karibnya yang banyak membantunya di Kadun Penanti.

Amarah Fairus semakin memuncak, apabila Hazri yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Permatang Pauh, menaiki pentas menyampaikan ucapan ringkas bagi memulakan persembahan klip video- Selamatkan Gaza.

Sementara itu, Fairus juga pernah memberitahu beberapa individu sekiranya dia diambil tindakan oleh parti, dia akan bertindak balas.

"Saya akan buat kenyataan media menyatakan saya telah hilang keyakinan terhadap Anwar. Ini kenyataan Timbalan Ketua Menteri, takkan rakyat tidak percaya," jelas sumber yang mengajukkan kembali kata-kata Fairus.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, Februari 11, 2009

Nizar yang dikagumi


Oleh Ahmad Lutfi Othman

Memang Nizar di pihak yang benar. Sultan tiada kuasa untuk menitahkannya meletakkan jawatan. Di bawah sistem Raja Berperlembagaan, Sultan juga harus tunduk dengan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak boleh masuk campur sewenang-wenangnya dalam pemerintahan negeri.

Dalam situasi genting di Perak apabila BN dan Pakatan Rakyat mempunyai jumlah kerusi yang sama, dan tiga kerusi penentu wakil Bebas sedang dirujuk ke mahkamah, baginda sewajarnya memenuhi permohonan untuk membubarkan Dun. Ia langkah paling adil untuk semua pihak dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti. Jika dirasakan Nizar sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti Adun, baginda boleh menolak permohonan Menteri Besar itu dan membiarkan sahaja sidang Dun memutuskan undi tidak percaya kepada Nizar.

Langkah baginda melantik menteri besar baru telah mengeruhkan lagi suasana dan langsung tidak membantu untuk memulihkan keadaan.

Baca selanjutnya di sini

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, Februari 10, 2009

Sudah ada MB Perak enggan letak jawatan sebelum ini

Sedutan Merah Tinta

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan;

“Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.”

Baca seterusnya di sini

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Februari 09, 2009

Dato' SS mohon maaf, Nizar cari rumah lain

.
Sedutan Misbahul Munir

Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri,(SS) Dr. Abdul Rahman Hashim memohon maaf kepada Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin pagi semalam di atas perbuatannya yang kurang ajar dan biadab di pejabat MB Perak hari Jumaat yang lalu. Beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon. Saya sendiri mendengar perbualannya antara Hj Nizar dengan beliau di kediaman MB.

Dalam kejadian Jumaat yang lepas, Hj Nizar sedang ditemubual oleh ramai wartawan, Tidak sampai 10 minit kemudian, kedengaran suara yang begitu tinggi, lantang, menengking sampil menepuk-nepuk tangan meneriak para wartawan supaya keluar dari Pejabat MB.

Pihak polis turut digunakan untuk menghalau para wartawan. Penasihat undang-undang juga pun ada bersama pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Teman saya Penolong Setiausaha kerajaan bahagian Khidmat Pengurusan turut malu melihat bosnya yang biadab itu.

MB Perak ketika itu sedang diwawancara dan merasa kesal di atas sikap SS yang panas baran dan biadab itu. Sebaliknya Hj Nizar tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap beliau, laporan yang mengatakan Hj Nizar berkata kesat adalah tidak betul.

Saya ada di tempat kejadian, yang berlaku SS menengking, menjerit, meneriak dan menepuk tangan, para wartawan termasuk beberapa EXCO cukup kesal dan tidak senang hati. dalam ramai-ramai itulah ada yang membalas balek tengkingannya itu, tetapi saya yakin bukan Hj Nizar.

Walau bagaimanapun dalam perjalanan keluar Dato' SS ada menyapa untuk berjumpa dengan Hj Nizar, tetapi Dato' Seri menjawab dengan begitu sopan, "minta maaf, saya nak balek ke kediaman, ada mesyuarat, terima kasih".

Apabila ada akhbar yang membuat laporan dan menyiarkan gambar SS yang bersikap demikian, mungkin beliau terasa malu, imejnya buruk, akhirnya beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon dan memohon maaf, dan memberitahu Hj Nizar kalau nak tinggal lama di kediaman pun tak apa, dan kalau nak keluar nanti, beritahu sahaja, beliau akan membantu menyediakan pengangkutan. (tetapi kita faham, mafhum mukhalafahnya (maksud sebaliknya)bahasa perli la tu). Macam seorang ibu memarahi anaknya " ooo!, main hujan ya, mainlah, mainlah, sampai malam pun tak apa) Anak itu faham, dia akan berhenti main hujan.

Dato' Seri Hj Nizar pun faham, dia beitahu saya, " Misbah, cari rumah kat mana-mana, sehari dua nanti, kami nak pindah". Saya bersama dengan rakan-rakan kini sedang mencari rumah yang sesuai untuk Hj Nizar dan keluarga berpindah.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Ahad, Februari 08, 2009

Perutusan MB Perak

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti.

Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat.

Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga.

Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini.

Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya.

Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

Datuk Seri Nizar Jamaludin

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Sabtu, Februari 07, 2009

Raja menunggu untuk dibaling kasut

Demikianlah juga Sultan Perak yang telah memerintah hampir 25 tahun sebagai Sultan yang dihormati, sekali beliau bertindak secara tidak adil rakyat Perak kiri dan kanan sudah mula mencemuh.

Dikatakan Sultan Perak dan Raja Muda begitu terkejut dengan reaksi rakyat Perak menentang tindakan baginda.

Baginda menyangka bahawa rakyat Perak akan akur dengan keputusannya, tetapi peristiwa di Kuala Kangsar ini sememangnya di luar dugaan baginda. Kedudukan baginda sama seperti kedudukan Dr Mahathir pada tahun 1998.

Baca selanjutnya di sini

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Bersalahkah Anwar ?

.
Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara.

Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Baca selanjutnya di sini

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Tragedi Perak kerana Anwar lambat bertindak ?

.
Oleh Marhaen Tua

Apabila dua orang ADUN Keadilan melompat parti, cerita di sebalik tabir mengatakan mereka terlibat dengan pelbagai tuduhan rasuah.

Anwar Ibrahim sudah lama mengetahui kisah rasuah orang-orang ini. Terutama sekali kisah YBJ yang begitu gelojoh membalun harta dunia sehinggakan kereta ‘Camry’ beliau tidak dipandu oleh supir kerajaan tetapi oleh seorang balaci khas pilihan sendiri yang diberi tugas untuk kutip imbuhan.

Akronim YBJ adalah kod Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) terhadap YB Jamaluddin, 52, bekas seorang posmen yang naik melonjak sehingga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan.

Osman Jailu 57
, pula adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Baca selanjutnya di sini

Catatan Alahai : Masalah yang dicipta YB Jamaludin dan YB Osman, hampir sama dengan kegelojohan membalun harta yang sedang dilakukan oleh TKM 1, Mohammad Fairus Khairuddin. Biarpun mengetahuinya, Anwar masih enggan bertindak. Kita khuatir, mungkin selepas ini, giliran Pulau Pinang pula akan menerima padahnya dek kerana Fairus ... !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Video sekitar reformasi kebangkitan rakyat di Kuala Kangsar

.
Saksikan video refomasi kebangkitan rakyat menentang kebobrokan Umno/BN di Kuala Kangsar pada Jumaat 6 Februari 2009

Saksikan video : Di sini


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Istana Perak perlu beri alasan ilmiah

.
Sedutan Detikdaily

Oleh Afrar Yunus

Pada tahun 1983, waktu berlakunya krisis pindaan perlembagaan Malaysia, saya masih menjadi pelajar di ITM. Kami diwajibkan untuk menduduki kertas undang-undang perlembagaan Malaysia sebagai satu daripada subjeknya.

Seronok mengikutinya kerana ada ulasan langsung setiap hari dari pensyarah kami tentang perkembangan politik dan undang-undang tanahair.

Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri. Habis satu negara Tun menjelajah dalam program bersama rakyat, melondehkan satu demi satu kesilapan dan keburukan raja-raja.

Masih ingat bagaimana istana Johor memanggil Zainuddin Maidin Ketua Pengarang Utusan Malaysia ketika itu dan ditenyehnya.

Ingat lagi bila media memaparkan ada di antara penghuni 'mahligai' memasang 'air-cond' dua puluh empat jam dikandang kudanya, ada yang memukul mati pengutip bola golf, ada yang menghabiskan wang rakyat beratus juta dengan bermain judi di Genting dan di luar negara, ada berlaku tembakan dalam mahligai, malah ada yang memanggil tribunal dan memecat beberapa orang hakim dan bermacam-macam lagi.

Sudah tiada rahsia lagi. Ketika itu, seluruh penyokong UMNO dan BN lupa sementara maksud 'menderhaka'.

Semangat rakyat menjadi berkobar-kobar. Ada yang setuju dengan tindakan Dr Mahathir dan ada yang tidak bersetuju.

Malah sampai ke hari ini, pakar undang-undang memberitahu, pindaan perlembagaan yang dilakukan di parlimen pada waktu itu adalah tidak sah dan tidak sepatutnya berkuatkuasa.

Secebis kisah menggamit kenangan apabila berlakunya krisis perlembagaan atau undang-undang di Perak sekarang ini.

Sultan Perak sebagai pemerintah negeri mempunyai kuasa menentukan samada Dewan undangan Negeri patut dibubarkan atau disebaliknya.

Namun, Sultan harus mempunyai alasan disebalik tindakannya itu.

Sebagai bekas Ketua Hakim Negara, rakyat Perak mahukan supaya Sultan mereka memberikan alasan-alasan secara ilmiah kenapa kerajaan Pakatan Rakyat ditolak dan kenapa Barisan Nasional diterima sebagai kerajaan baru Perak kerana di situ kelihatan ada pertikaian dari segi undang-undang.

Teori sahaja tidak memadai. Amalinya juga perlu kelihatan. Apabila kisah Henry Gurney yang menjadi sejarah diungkit, maka episod ini juga bakal melakar sejarahnya sendiri.

Pada hemat saya, jika alasan ilmiah tidak dapat dilaksanakan, wajar kuasa memilih dikembalikan kepada rakyat Perak untuk menentukan wakil mereka.

Bisik-bisik 'ala-politikus' akan menaikkan kemarahan rakyat tidak kira siapa pemain wayangnya

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Sultan tidak berhak lucut jawatan MB ?

.
Oleh Team Alahai

Apapun rakyat hakim Negara. Kata-kata itu sebagai pembakar semangat pada setiap penyokong kerajaan PR.

Biarpun ’kemungkinan’ besar untuk kerajaan PR kembali bertahkta semula di Perak semakin kabur namun yang jelas kebangkitan dan kemaraan kehendak rakyat tidak dapat diperlekehkan.

Ini dibuktikan melalui insiden selepas selesai solat Jumaat petang tadi yang cuba digemburkan oleh media pengampu BN iaitu TV3 (suku) bahawa seolah-olah ’rusuhan’ yang dimomokkan dari klip rakaman jurukamera stesen TV tersebut berpunca dari penyokong ’fanatik’ PR.

Gambaran penyokong PR yang menyekat kenderaan rasmi Raja Muda dan beberapa kenderaan orang kenamaan lain seolah tidak menerima hakikat keputusan Sultan.

Namun insiden sebenar yang tidak disiarkan ialah kumpulan Penyokong PR yang terdiri dari beberapa Wanita dan Lelaki tersebut merayu Raja Muda dengan merintih (walaupun tingkap kenderaan tersebut tidak dibuka) untuk mempertimbangkan keputusan Sultan agar dapat menangguhkan Upacara pada petang tadi.

Gambaran petang tadi jelas telah mengungkapkan sejuta pengertian erti sebuah kesetiaan pada tampuk pemerintahan .

Jelas, UMNO-BN terus memainkan polemik bahawa MB Dato Seri Ir Nizar dan penyokong-penyokong PR telah menghina Sultan.

Media pengampu terus memutarkan isu tersebut tanpa merujuk kepada asas tuntutan sebenar bahawa Sultan tidak berhak melucutkan atau mengarahkan Menteri Besar (MB) meletakkan jawatan.

Mengikut perkara 16 ( 6), sistem raja berpelembagaan Malaysia, sultan hanya berkuasa melucutkan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) tetapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatannya sama ada melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN atau MB sendiri meletak jawatan.
Tidak bolehkan UMNO-BN yang rakus ini menunggu untuk sidang dewan diadakan sebelum mengumumkan bahawa mereka telah layak berkuasa kembali ?

Allah SWT yang tahu segala yang tersirat dan tersurat , sebagaimana Allah SWT merakamkan kisah baginda Rasulullah SAW dalam suratul Al-Anfaal ayat 30. Mahfumnya

’Ketika orang-orang musyrikin (Mekah) sedang menjalankan tipu daya agar engkau (Muhammad) dipenjarakan lalu membunuh mu atau mengusir mu . Mereka menjalankan perancangan , Allah jua menjalankan perancangan namun sesungguhnya perancangan Allah mengatasi segalanya.’


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Reformasi di Kuala Kangsar

.
Oleh Team Alahai

Takbirrrr ….Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar..

Laungan keramat reformasi … reformasi … reformasi… juga jelas kedengaran di celah-celah kepulan asap gas pemedih mata yang ditembak oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ‘setia’ kepada tuannya.

Kawasan sekitar, bahkan di dalam Masjid Ubbudiah, Kuala Kangsar turut diselubungi, asap gas pemedih mata. Kelihatan beberapa buah ambulan keluar masuk kawasan sekitar, bagi membantu merawat mangsa FRU.

Beberapa jemaah, yang sedang berdoa dan bersembahyang sunat turut menjadi mangsa gas durjana.

Kedengaran siren ambulan berselang seli dengan siren polis yang mengiringi kereta rasmi para pemimpin BN dan kerabat diRaja Perak untuk upacara angkat sumpah Menteri Besar yang tidak diiktiraf rakyat.

Ada yang berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kenderaan berkenaan yang menuju ke Istana Ubbudiah.

Beberapa objek turut dibaling ke arah kenderaan berkenaan, tidak terkecuali kepada sebuah kenderaan berplat kuning.

Perhimpunan kira-kira 3000 orang yang turut disertai penyokong wanita itu diadakan sejurus selepas solat Jumaat, kira-kira 2.15 petang, dengan merempuh halangan polis di pintu depan luar kawasan masjid.

Mereka cuba berarak ke istana itu tetapi segera dihalang polis dengan melepaskan gas pemedih mata bagi kali pertama sehingga memaksa kumpulan penunjuk perasaan itu berundur ke kawasan masjid.

Suasana tidak menentu antara penyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin itu dengan polis memaksa pihak berwajib melepaskan lagi gas-gas pemedih mata sehingga kawasan itu diliputi asap tebal.

Kawasan perkarangan masjid dan kediaman-kediaman berdekatan tempat ibadat itu turut terkena sasaran tembakan gas pemedih mata.

Bagaimanapun tindakan polis itu gagal melemahkan semangat penyokong Pakatan Rakyat sehingga memaksa dua pemimpin PAS, termasuk pembantu Mohamad Nizar, menyeru mereka bersurai.

Kumpulan tersebut, bagaimanapun tidak meninggalkan kawasan berkenaan, sebaliknya menunggu di sekitar masjid dan sebahagiannya di kawasan bulatan Kuala Kangsar, menanti kenderaan-kenderaan rasmi itu melalui jalan tersebut selepas acara angkat sumpah yang selesai kira-kira 4.30 petang.

Tanpa menghiraukan, anggota FRU yang masih tercegat dengan senjata M16, mereka mengboo setiap kali kenderaan itu melepasi kawasan berkenaan sebagai lambang kemarahan luar biasa susulan drama mencemaskan peralihan kuasa di Perak kepada BN melalui lompat parti.

Klip video boleh ditonton di sini

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, Februari 06, 2009

Kejatuhan PR Perak, pengajaran untuk DAP

.
Sedutan Detikdaily

Ketika artikal ini ditulis Perak telahpun mempunyai kerajaan baru iaitu kerajaan BN hasil dari rancangan jahat yang diketuai UMNO.

Tiada gunanya bagi komponen PR untuk mengenang atau masih mahu berusaha bagi menghalang penubuhan kerajaan baru Perak walaupun berusaha melalui usaha makamah.

Memanglah ia salah satu cara dan usaha tetapi ia bakal mengerunkan lagi keadaan.

Walaubagaimapun PR perlu menjaga imej parti dan hubungan istana dalam kemelut yang melanda mereka.

Terima dan bersabarlah dengan apa yang berlaku sesungguhnya ia adalah takdir Allah dan sememangnya ada hikmat yang tersembunyi disebalinya.

Apa yang perlu adalah menjadikan peristiwa yang menimpa PR sebagai satu pengajaran dan masa untuk semua pihak PR muhasabah diri.

DAP khusunya perlu mengambil iktibar atas malang yang menimpa kerajaan PR Perak.Soal lompat parti bukanlah isu utama kerana ia bukanlah salah kerajaan PR Perak.

Kerana ia merupakan sebuah sabotaj yang dilakukan oleh UMNO-BN terhadap kerajaan PR Perak.

Apa yang perlu di ambil pengajaran terhadap kerajaan PR Perak khususnya DAP adalah tindak tanduk parti itu sejak dari 8 Mac sehinggalah hari-hari terakhir sebelum kerajaan PR Perak tumbang dek angkara UMNO-BN.

Bermula dari pemulauan majlis perlantikan Datuk Seri Nizar jamaluddin dari PAS sebagai MB Perak kerana membantah keputusan Istana melantik Nizar sebagai MB dari PAS sedangkan ADUN PAS adalah jumlah yang paling kurang dari DAP dan PKR.

Sedangkan undang-undang tubuh kerajaan Perak menetapkan bahawa MB Perak mestilah dari kalangan orang Melayu dan Islam.Mengapa DAP perlu membantah perkara yang mereka sendiri telah tahu.

Isu pemberian pemilikan tanah kekal kepada perkampungan cina juga menjadikan pihak Istana dan masyarakat setempat Perak merasakan DAP seolah-olah mengutamakan isu dan kepentingan kaum Cina sahaja.

DAP perlu memahami jika hendak menjadi kerajaan pemerintah mereka perlu menjaga sensiviti kaum dan juga pihak istana dalam segala tindak tanduk yang dilakukan dalam dasar pemerintahan.

DAP perlu berubah dengan apa yang telah berlaku di Perak.Buanglah tanggapan buruk terhadap DAP sebagai parti extrim kaum Cina yang selalu dengan tuntutan yang boleh menimbulkan kontroversi umum.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang dilakukan oleh DAP seperti isu papan tanda pelbagai bahasa isu ladang babi yang boleh mengundang tanggapan buruk terhadap PR.

Berubahlah demi kepentingan semua masyarakat di Malaysia ini.

Jika DAP terus dengan trend politik mereka nescaya mereka tidak akan dapat menjadi parti komponen pemerintah untuk selama-lamanya.

Fahamilah situasi politik Malaysia yang berteraskan kepimpinan Melayu dan raja Melayu. Contohilah semangat perpaduan dan kebangsaan yang ada seperti MCA,MIC dan GERAKAN.

Dalam BN semangat setia kawan dan perpaduan di kalangan komponen adalah asas kekuatan kerajaan BN selama menjadi parti pemerintah. Semangat seperti itu yang perlu ada dalam komponen PR bukan hanya sibuk mementingkan ideologi parti masing-masing."

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Nizar dan Exco bertegas tidak letak jawatan

.
Oleh Team Alahai

Tanggal 5 Februari 2009 memalitkan satu tinta sejarah yang perlu dipahat oleh semua rakyat Perak khususnya. Kerajaan PR yang diterajui oleh Dato Seri Ir Nizar untuk kesekian kalinya diuji. Kali ini mehnah dan tribulasinya maha hebat.

Kuasa pemerintahan PR yang berusia 11 bulan dirampas secara tidak bertamadun oleh pembangkang (BN) setelah usul pembubaran DUN Perak tidak diperkenan oleh ke bawah duli Sultan Perak.

BN sekonyong-konyongnya telah mengumumkan bahawa mereka memperolehi sokongan majoriti apabila 3 ADUN PR yang telah mengisytiharkan diri sebagai ADUN BEBAS melompat dan menyatakan sokongan kepada BN.

Ini telah mencetuskan suasana huru-hara dan kecelaruan di kalangan rakyat yang memang telah memberi mandat kepada kerajaan PR pada PRU-12 yang lalu.

MB Dato Seri Ir Nizar dan semua ahli Exco kerajaan Negeri Perak yang sah telah dipaksa untuk meletakkan jawatan oleh pihak Istana Perak dengan kadar segera atau sekiranya mereka gagal berbuat demikian jawatan tersebut akan dikosongkan.

Persoalan yang timbul dalam kotak pemikiran setiap rakyat yang cintakan kebenaran mengapa pihak Istana tidak menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat. Biar rakyat yang memutuskan siapa yang berhak menjadi kerajaan yang wibawa.

Lantas Dato Seri Ir Nizar dan semua 27 ADUN yang masih berada dalam PR telah sebulat suara bersumpah untuk mempertahankan jawatan masing-masing dan seterusnya mengambil ketetapan memboikot majlis angkat sumpah MB Perak yang baru .

Majlis yang dijadual berlangsung di Istana Ubbudiah Kuala Kangsar itu antara lain menyebut bahawa upacara itu pada awalnya akan berlangsung jam 9 pagi tetapi telah ditangguhkan ke jam 3 petang ini (Jumaat).

Sehingga jam 11.45 malam tadi selesai pimpinan PR menyampaikan amanat kelihatan ribuan penyokong PR masih berkampung di Kediaman rasmi MB Perak walaupun ada usaha-usaha untuk menyekat kemaraan mereka dengan cara yang paling tidak bertamadun iaitu memotong bekalan elektrik !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, Februari 04, 2009

Panas : Saya sekadar dikambing hitam, kata Sirul

.
Sedutan Malaysiakini

Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Sirul Azhar, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama

"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.

Adik perempuan dan abang saudaranya yang turut berada di galeri awam dilihat turut menangis.

Catatan Alahai :

Apakah Abdullah akan mula bertindak, terhadap mereka yang bertanggungjawab. Apa khabar Najib Mongolia ?


Berita selanjutnya ... Malaysiakini

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 45 : Sumbangan untuk Gaza - Saya tiada wang kata Fairus

.
" YB, ini kami jual pelekat kereta ( foto). YB boleh membeli sambil menderma untuk sumbangan kepada penduduk Gaza."

"Maaf, saya tiada wang sekarang."


Demikian dialog antara salah seorang petugas dari Briged Keselamatan Permatang Pauh ( foto) dengan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Fairus ketika itu sedang menunggu ketibaan Ketua Umum Anwar Ibrahim di luar dewan untuk majlis makan malam anjuran keADILan Permatang Pauh, di sebuah restoran di Taman Chai Leng, Perai, Ahad lalu.

Petugas berkenaan kemudiannya menemui team Alahai dan berkata, 'apa punya kedekut YB kita ni, buat malulah."

Pada sesi berikutnya, ketika para tetamu sedang menjamah selera, para petugas kemudiaannya ke setiap meja makan sambil menjual stiker berkenaan.

Apabila sampai ke meja tetamu VIP, yang diduduki Fairus bersama Anwar dan Dr Wan Azizah dan beberapa pimpinan negeri, perkara yang sama berulang.

Fairus tetap enggan membeli pelekat yang berharga RM5.00 sekeping itu, meskipun para tetamu lain membeli sambil menderma.

Pada majlis tersebut, Briged turut mengedarkan senarai barangan buatan Israel untuk diboikot masyarakat, selain menayangkan video klip kekejaman zionis dan penderitaan penduduk Palestin.

Entahlah... jika pengorbanan sekecil itupun demi meringankan penderitaan penduduk Gaza, Fairus tidak sanggup berkorban, apalah diharap pemimpin sebegini untuk membantu rakyat marhaen di negeri sendiri...


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Anwar : Silap mata ini mainan siapa?

.
Sedutan AnwarIbrahimblog

Suruhanjaya Piliharaya (SPR) hari ini mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri Behrang dan Changkat Jering tidak dikosongkan, oleh itu perletakan jawatan kedua-dua Adun tersebut tidak sah.

Tindakan SPR ini menimbulkan persoalan undang-undang yang besar implikasinya, kerana kuasa mengisytiharkan pilihanraya kecil ada di tangan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Saya berpendapat kuasa untuk menentukan kesahihan surat tersebut bukanlah di dalam bidangkuasa SPR bahkan ianya harus dirujuk ke mahkamah.

Kuasa SPR hanya untuk memastikan kelicinan perjalanan proses pilihanraya. Mengapa harus SPR melanggar batas bidangkuasa yang dimiliki Speaker DUN Perak? Malah ada pengkaji dan pengamal undang-undang menganggap keputusan SPR bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nyata sekali Datuk Seri Najib akan menghalang pilihanraya diadakan kerana bimbang dengan kemaraan rakyat.

Apa penyudah sebalik semua ini?

Mungkin hanya tok dalang yang pandai bermain silap mata dengan menghilangkan orang tanpa dikesan mampu menjawabnya.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

SPR hina sultan Perak

.
Sedutan Nakmarah...marahlah

KEPUTUSAN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah kosong melalui peletakan jawatan masih disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR adalah keputusan yang disifatkan sangat mengelirukan dan menghina Sultan Perak.

Tindakan SPR mendakwa tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut seperti kata pengerusinya, Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof jelas sesuatu yang menghina DYMM Sultan Perak.

Saya menyifatkan suruhanjaya itu bertindak “bercanggahan dengan perlembagaan” negara dan negeri Perak apabila membelakangkan keputusan Speaker DUN Perak,”ujar Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam tulisan terbaru di blog rasminya.

Lebih malang lagi katanya, apabila dokumen yang dipertikaikan oleh SPR itu telah diserahkan kepada Sultan Perak kelmarin oleh Menteri Besar Perak, dan mendapat ulasan banyak pihak seperti bekas Hakim dan bekas Pengerusi SPR, SPR sepatutnya akur dengan keputusan Speaker sesuai dengan peruntukan undang-undang yang diberi.

Keputusan mengosongkan DUN berkenaan dengan pertikaian kesahihan surat adalah dua perkara berbeza. Hanya mahkamah tempat yang boleh mengesahkan pertikaian surat perletakan dua ADUN.

“Kenapakah SPR pada hari ini bertindak seolah-olah sebagai mahkamah dan saya menyifatkan sebagai satu keputusan yang jelas dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu.”Selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak membantah keputusan SPR yang jelas menghina Sultan Perak dan Institusi Speaker di Negeri Perak.

Keadaan ini amatlah dikesali dan sangat tidak bertanggung jawab dalam suasana hari ini seluruh rakyat di Perak malah diseluruh negara sedang meraya Jubli Perak DYMM Sultan Perak yang kami kasihi.

{Tak terbayang rasanya Panglima Hitam apabila DYMM Paduka Seri Sultan Perak mendapat tahu keputusan yang dibuat SPR selepas baginda memperkenannya semalam. Ini jelas seolah-olah membelakangkan kredibiliti Tuanku, seorang bekas Ketua Hakim Negara yang tentunya lebih arif mengenai perundangan dan selain menidak keputusan Speaker DUN.}

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Kerajaan Pakatan Perak perlu selesai kemelut dengan bijak

.
Sedutan MerahTinta

Oleh Haji Mohd Sayuti Omar

KETIKA catatan ini dibuat kesemua 30 Adun Pakatan Rakyat Perak sedang mengadakan mesyuarat tergempar. Mesyuarat itu tentulah ekoran keputusan di luar jangka SPR siang tadi yang membuat keputusan tidak ada pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering.

Sesungguhnya keputusan SPR itu mengejutkan banyak pihak yang sebelum ini rata-rata menduga pilihan raya kecil akan diadakan ekoran speaker DUN Perak V Sivakumar telah pun memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi berkenaan kepada SPR dengan menggunakan surat pengosongan yang ditanda tangani oleh Adun Behrang, Jamaludin Md Radzi dan dan Adun Changkat Jering, Mohd Othman Jailu.

Mengikut lazimnya pemakluman oleh speaker kepada SPR merupakan satu pemakluman sahih berhubung status sesuatu kerusi. Tugas SPR hanya menerima dan melanjalankan tugasan mereka menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi seperti mana kehendak perlembgaan, bukannya mengesahkan samada surat perletakkan itu sahih atau palsu. Tugas SPR selepas menerima pemakluman itu ialah meewartakan writ kekosongan sesuatu kerusi dalam tempoh 60 hari.

Keputusan SPR itu juga seolah-olah mencabar Perlembagaan negeri Perak, Perkara 36(5) yang memberi peruntukan berhubung akan berlaku kekosongan sesuatu kerusi DUN negeri berkenaan.

Keputusan SPR itu juga membuka perkembangan baru. Polimek mengenai kedudukan dua bekas Exconya, Jamaluddin Md Radzi dan Mohd Othman Jilau yang hampir berakhir itu tiba-tiba terbuka balik. Dengan keputusan SPR itu menyebabkan kedua mereka kekal sebagai Adun untuk kedua kawasan berkenaan.

Hari ini Jamaluddin dan Othman telah mengumumkan mereka menjadi ahli Bebas di DUN Perak. Maknanya mereka tidak lagi mewakili PKR dan secara munasabahnya juga mereka sudah tidak menjadi Exco Kerajaan Perak. Jamaluddin memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan, manakala Othman pula memegang portfoli Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Islam.

Keduudukan Jamaluddin dan Othman sebagai wakil Bebas itu juga menjadi tanda tanya. Apakah beliau akan kekal sebagai wakil bebas ataupun menanti peluang dan menunggu masa saja untuk memilih mana-mana parti politik. Apakah beliau akan membuat pilihan selepas kes rasuah yang dikenakan ke atas mereka selesai? Perbicara kes itu bermula 10 Februari depan.

Senario yang berlaku itu menunjukkan semacam mereka akan menyertai Umno?

Ekoran tindakan dan keputusan kedua bekas Exco itu, kedudukan kerusi di DUN Perak kini turut berubah. Pakatan Rakyat kini mempunyai 30 kerusi manakala BN 27 dan Bebas dua. Dengan kedudukan itu ia meletkkan kerajaan Perak dalam keadaan yang cukup genting dengan hanya kelebihan sebanyak satu kerusi saja.

Apakah mesyuarat malam ini membincangkan keadaan yang genting itu? Tentu! Sudah pasti para pemimpin Pakatan sedang mengerah tenaga dan akal fikir bagaimana untuk mengatasi kemelut yang berlaku. Besar kemungkinan juga Pakatan Perak akan membawa SPR ke mahkamah untuk menentukan apakah keputusan mengekutkan siang tadi tepat atau sebaliknya. Ternyata sekali keputusan SPR itu tidak menyenangkan pemimpin Pakatan Perak.

Menteri Besar Mohamad Nizar Jamaluddin semalam telah menjelaskan bahawa DUN Perak tidak akan dibubarkan untuk memboleh pilihan raya negeri Perak diadakan. Apakah dengan perkembangan hari itu keputusan itu berubah?

Sebenarnya kerajaan Perak masih terus boleh berfungsi walaupun dua Adunnya telah keluar dan menjadi wakil Bebas. Dengan kelebihan satu kerusi mengikut rukun demokrasi kerajaan Perak tetap sah. Keadaan yang sama pernah berlaku di Kelantan selepas pilihan raya 2004 lalu sehingga tamat parlimen penggal ke-12.

Cuma dalam hal ini Pakatan Perak hendaklah benar-benar sepakat memastikan kerajaan itu kukuh dan dapat digerak seperti biasa. Mereka harus bertekas sesama sendiri untuk mengekalkan kerajaan itu. Kehilangan dua Adun itu tidak sepatutnya menjadikan kerajaan Pakatan panik. Adalah elok kalau kerusi Exco yang dikosongkan oleh kedua Adun itu dipenuhi dengan segera.

Dalam hal ini orang paling layak untuk mengisi jawatan itu ialah ahli baru PKR, Nasarudin Hashim yang baru meninggal Umno minggu lalu. Tidak menjadi kesalahan rasanya kalau Nasarudin diberikan ganjaran itu lagi pun beliau berkemampuan dan mempunyai pengalaman. Sebagai seorang bekas pegawai tadbir tentunya Adun Bota, Parit itu lebih berkelayakan berbanding dengan Exco sebelum ini.

Mengenai kedudukan Jamaluddin dan Othman yang masih mengaku tidak pernah keluar PKR rasanya tidak perlu diberikan layanan lagi. PKR tidak wajar mengenangnya lagi. Kerenah yang ditunjukkan sehingga menimbulkan kekalutan di Perak sehari dua ini sudah cukup untuk Pakatan Rakyat mengenali hati budi kedua mereka. Mereka sudah banyak menyusahkan PKR. Apakah kerana semata-mata hendak menjaga kuasa menyebabkan kita rela berkompromi dengan orang yang berpenyakit?

InsyaAllah kemelut yang berlaku di Perak ini tidak akan membawa bahana kepada kerajaan Perak yang akan genap setahun pada bulan hadapan. Sebaliknya kalau penyelesaian cara bijaksana dan cermat tidak dibuat, ia menyebabkan kerajaan Pakatan itu akan terus dilanda ombak dan bergolak. Dan perlu disedari gelora itu kalau sering terjadi lama kelamaan ia boleh merobohkan pasir pantai walaupun pasir itu panjang!

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, Februari 03, 2009

Kisah 2 ADUN PKR Perak-Jangan Cepat Melatah !!

.
Saiful telahan sdr tersilap, dalam perjuangan tidak boleh mempertahankan pesalah semata-mata atas dasar kawan, lebih-lebih lagi dia melakukan 'dosa besar' dalam perjuangan ini. Kami difahamkan Jamal juga pernah memecat PA nya kerana cuba berkata benar. PA berkenaan difahamkan cuba untuk mendedahkan 'perangai buruk' Jamal kepada pimpinan atasan, bagaimanapun Jamal dapat menghidunya lalu memecat PA berkenaan.

Ingat .... perkara yang sama sedang dilakukan oleh Fairus ... 6 pegawainya telah menjadi mangsa, kerana berkata benar
!

Sedutan drp CheguBard

Oleh Shaiful Idzam Ramli

Sepanjang hari ini, selepas selesai tugasan yang diberi parti membantu ADUN PKR Bukit Selambau, bila saja ada waktu terluang, saya cuba mengikuti setiap perbincangan dan komen-komen di laman-laman web dan blog tentang isu terpanas minggu ini, ie keriuhan tentang dakwaan kononnya sdr Jamaluddin dan Capt Osman akan melompat parti ke dalam UMNO.

Saya agak sedih dengan sikap sesetengah teman pimpinan dan para pengunjung laman-laman web serta blog ini begitu mudah dan cepat menghakimi kedua mereka, tanpa tahu apa fakta sebenar atau apa cerita sebaliknya.

Pertimbangan emosi jelas menguasai pertimbangan akal yang rasional. Malah ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat menghina keduanya, sedangkan mereka langsung tidak mengenali sdr Jamal atau Capt Osman!!!!

Saya mengenali kedua mereka sejak awal gerakan Reformasi bermula. Jatidiri perjuangan kedua mereka adalah antara yang paling kukuh dari kalangan teman-teman lain!! Bahkan sdr Jamal (yang sering dihina oleh teman-teman di laman-laman blog sebagai bekas posmen cabuk!!) adalah antara individu pejuang yang paling komited dan antara yang paling banyak menghabiskan wang ringgit dan harta demi perjuangan.

Beliau adalah antara anak didik Alahyarham Cikgu Khalil Shah yang paling rapat dan disenangi arwah. Buat pengetahuan teman-teman yang baru setahun jagung dalam perjuangan reformasi, arwah cikgu Khalil adalah Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak yang pertama, dan bersama-sama sdr Jamal, merupakan antara pejuang-pejuang awal yang menubuh dan menggerakkan PKR Perak! Arwah juga adalah abang kandung yang sulong kepada menteri besar Perak sekarang, sdr Dato' Seri Nizar!

Pasti ada yang tidak kena! Pasti ada benda lain yang membayangi sebab sebenar episod terbaru ini. Bagi saya, ini adalah satu tragedi perjuangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan.

Sdr Jamal yang saya kenal sejak lebih 10 tahun bersama dalam satu wadah, bukan begini orangnya! Wang bukan masalah bagi beliau! Bahkan kepada yang menohmah beliau menerima jutaan ringgit, saya nasihatkan mereka segera beristighfar dan memohon maaf kepada beliau!

Kalau ada ahli atau pimpinan PKR Perak yang punya masalah kewangan, dialah antara yang paling awal membantu! For a 'brainless posmen cabuk' as claimed by some, he's a damn good businessman!! Saya faham bagaimana pedihnya ditohmah menjual perjuangan!!!

Sepanjang tempoh 10 bulan lalu, sejak kita mengambilalih amanah memerintah Perak, saya berpeluang saban kali bertemu dan berbincang dengan kedua mereka di Ipoh, terutama bila membicarakan tentang pentadbiran kerajaan negeri dan sikap negatif kakitangan awam Melayu (Perak Civil Service) di negeri Perak.

Sering juga saya mendengar keluhan dan rintihan hati mereka yang risaukan tentang halatuju pentadbiran kerajaan negeri yang sering diancam oleh UMNO dan BN Perak. Butirannya biarlah saya simpan dulu untuk dibicarakan kemudian.

Apapun, bagi yang gemar menghentam tanpa usul periksa, tanpa tahu apa cerita sebenar, tanpa kenal siapa sdr Jamal dan Capt Osman, saya mohon muhasabahlah diri sendiri. Ini saya tujukan pada semua, tak kira penyokong atau pemimpin parti!!

Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan! UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!! Jangan biarkan UMNO terus mengelirukan kita dengan perang saraf licik sehingga kita akhirnya akan kehilangan dua teman yang setia dan sejati dalam perjuangan.

Doa saya moga Allah buka pintu kebenaran seluas-luasnya demi kesetiaan dan pengorbanan yang sudah lama mereka curahkan!

Penulis adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Parti Keadilan Rakyat

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Najib janji RM50 juta untuk lompat parti

.
'Najib promised RM50mil for defections'

By Kuek Ser Kuang Keng ( Malaysiakini)

Feb 2 : PKR Ipoh Barat division head Fauzi Muda has leveled the damning claim that Umno deputy president Najib Abdul Razak had tried last year to induce him to secure the crossover of two Pakatan Rakyat representatives in Perak.


Fauzi said he had been offered a total of RM50 million for his services and to pay off those he managed to convince, but that he had remained non-committal.

While conceding that he has no concrete evidence to back his allegation, he nonetheless dared Najib - also the deputy premier and deputy head of ruling coalition Barisan Nasional - to deny the claim.

Reading from a three-page statutory declaration at a press conference in Ipoh this morning, Fauzi (foto) said a friend Suleiman Mansor, an ordinary member of Umno, had invited him to Kuala Lumpur on a business matter on March 11, 2008.

This was three days after the momentous general election that dumped BN out of the Perak government, and brought a Pakatan coalition into power, albeit with a slim majority of five seats.

However, Suleiman took Fauzi to meet three men, “including former deputy defence minister Zainal Abidin Zin at the Jalan Duta toll plaza”.

Thereafter, I was taken to Najib (Abdul) Razak’s residence in Putrajaya, where he tried to persuade me to lobby for the crossover of two PR assemblymen to BN,” said Fauzi.

I was promised RM50 million in return for my services and told that I would be allowed to allocate (part of) the money (to the assemblypersons) as I wished.”

Fauzi, however, did not name any representatives in the document or during the press conference. He would not distribute copies of the statutory declaration either.

Najib assured me that if I succeeded, the appointment of the menteri besar for Perak would be delayed. However, I left his residence without making any promises as I feared for my safety.”

He further claimed that Suleiman approached him once more last year, after PKR assemblypersons Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) and Osman Jailu (Changkat Jering) were charged with corrupt practice.

“I was told that if I succeeded in lobbying for their crossover, the charges would be dropped. But this time, the reward for their defection dropped to RM5 million per person. Again, I refused the offer.”

‘Willing to meet Najib’

Fauzi told the media that he intends to lodge a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission today, along with his statutory declaration.

Commenting on the now-anticipated crossover by Jamaluddin and Osman, he expressed his suspicion that Umno has succeeded in pulling them out of Pakatan.

When pressed as to why he had not lodged a report earlier, he said that rumours of BN attempting to manoeuvre the defections of Pakatan elected representatives had been rife since the general election.

“I did not believe this would happen until the disappearance of Jamaluddin and Osman (since last week),” he said.

He noted, though, that he had previously brought up the matter with Pakatan leaders including Anwar Ibrahim.

Fauzi, in challenging Najib to refute the allegations, said he is prepared to meet face-to-face with the deputy premier over this.

“As to why (BN) had chosen me to lobby for the defections, perhaps they thought I had close relations with them and that I am easily hooked… but they are wrong. I have my principles,” he said.

“I also hope that what I have done today will benefit the state as well as the nation. They will now know the evil political practices that our PM-in-waiting is capable of.”

During the press conference, held at the PKR Perak headquarters, state party head Osman Abdul Rahman refused to comment on the brouhaha surrounding Jamaluddin (left in photo and Osman (right in photo) or the legality of their resignation letters.

He would only say that both of them are still incommunicado.

This morning, Perak assembly speaker V Sivakumar officially informed the state election commission chief of the vacancy of the two state seats.

Sivakumar had announced on Sunday that the seats became vacant after Jamaluddin and Osman tendered their resignation with immediate effect.

Both have since challenged the resignation letter, insisting that they has not stepped down and that they remain state assemblypersons.

At present, Pakatan has 32 seats in Perak with DAP (18), PKR (8) and PAS (6), while BN has 27 with Umno (26) and MCA (1).

Before the defection of Nasarudin Hashim, the former Umno state assemblyperson of Bota, BN needed two additional seats to claim the right to rule Perak.

However, after Nasarudin's defection last week, the state opposition must get three defectors. With Jamaluddin and Osman apparently in the bag, it will now need just one more.

Surat Akuan Bersumpah Fauzi Muda ( klik imej untuk besarkan )



BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Februari 02, 2009

Relax lagi : Permainan Perak - PKR 2 Umno 0

.
Sedutan : Penarik Beca

Setakat pagi ni, permainan Perak nampaknya menyebelahi PKR
. Game pertama, acara lompat-lompat: PKR tahu, dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang bermasalah dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tu memang susah nak lepas.

Khabarnya, kalau mereka masih keras kepala nak duduk dalam PKR, sebaik hakim membuat keputusan, mungkin kosonglah kerusi Behrang dan Changkat Jering. PKR bertindak cepat, diciluknya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno.

Patutnya bukan seorang. Tetapi sebaik sahaja Adun Bota masuk PKR, ramai pulak yang jakun sangat dan tak reti duduk diam dan menjerit-jerit sana-sini - Ada lagi! Ada lagi!

Bila dah jakun sangat menjerit sana-sini, takkan Umno nak duduk diam. Hampa ingat depa bodo?!! Dikepungnyalah Adun-Adun dia.

Tak jadi melompatlah satu dua yang sepatutnya melompat. Apa pun, dalam game pertama iaitu game lompat-lompat tu, PKR menang 1 - 0.

Selepas itu, tiba-tiba dua Exco yang bermasalah tu hilang ghaib. Tup-tup dilaporkan kononnya dah ada di rumah Datuk Seri Najib Tun Razak. Makan minum, tidur baring dan berak kencin di situ.

Dah masuk game kedua. Game sentap-rentap.

Tak sempat Umno nak sentap (sila lihat berita Malaysiakini "PM: Ada kemungkinan Adun PR sertai BN" - dia ni bodo macam sesetengah puak PR jugak. Tak dan apa lagi, dah seronok sangat nak bercerita. Agaknya meradang tak terkiralah bakal Perdana Menteri), PKR dah rentap awal lagi.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Adun tersebut kira-kira jam 5.45 petang semalam (lihat Malaysiakini "Speaker: Dua Adun PKR Perak letak jawatan").

Terkejut babun dua Adun tu. Salah seorang dari mereka, Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan sebagai Adun. Beliau juga mencabar kesahihan surat peletakan jawatannya itu.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan surat tidak bertarikh yang mana beliau dan enam lagi Adun PKR diminta tandatangani pada Mac tahun lalu.

Katanya, surat itu hanyalah satu ikrar taat setia, yang menyatakan jika mereka (Adun) keluar dari PKR, maka mereka akan secara automatik mengosongkan kerusi masing-masing.

"Saya masih Adun Behrang," Jamaluddin dipetik sebagai berkata.

Rasanya, bukan setakat dua Adun tu saja yang terkejut babun. Orang yang dianggap menjadi arkitek game sentap dari pihak Umno, bakal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin lebih terbabun lagi. PKR 2 - Umno 0. Mungkin Najib terasa dirinya dibangangkan atau memang betul-betul bangang. Mungkin.

Kita tunggulah pilihan raya kecil. Saya rasa pilihan raya kecil ini adalah antara dua harimau yang tercedera - between two wounded tigers. Umno tercedera kerana kehilangan negeri Perak dan PKR pula tercedera kerana dicederakan oleh dua orang yang pernah menjadi harapannya di Perak.

Mungkin PKR bangang dalam soal memilih calon sebelum ini (PAS pun taklah cerdik sangat. Orang yang mengakibatkan PAS kalah teruk di Kelantan dalam pilihan raya 2004 dulu dipilih lagi jadi calon dan menang pula. Dah jadi Adun pun. Cakap pandai pulak tu, orang tu sapu duit, orang nu sapu duit. Umno tak payah cakap la. Dia tak bangang dalam soal pilih-memilih ni. Dia terlebih cerdik sampai Tun Dr Mahathir kata "kita akan dapat kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah").

Kita tengoklah nanti, adakah PKR akan tetap bangang memilih calon.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Relax sat : Hang memang terra brother Anwar...

.
Sedutan : KedahLanie

Oleh Nur Aflah

DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan.

Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” , memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’.

Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru. Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh diperkatakan oleh peminat politik.

Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar.

Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS.

Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP. Nizar terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil.

Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat beragama. Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) yang tinggal di negeri Perak.

Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar. Bagaimanapun, tindakan Nizar mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah dituduh menderhaka kepada Rajanya.

Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap. Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini.

Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah. Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai sesuatu yang lojik dan patut disokong.

Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR. Usaha Anwar berjaya, Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan.

Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka.

Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan mudah.

Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti.

Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO.

Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat Saman Kati di blog peribadinya malam tadi. Semua ini dilakukan untuk mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun turut terpedaya dengan strategi ini.

Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini]. Anwar memang sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak.

Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu.

Fikir-fikirkanlah.

Catatan Alahai : Sekarang duk fikir-fikir apa formula Anwar nak selesai masalah Fairus. Kot pilihanraya kecil Penanti pa ... ?

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Ahad, Februari 01, 2009

Relax jap : Di sebalik kehilangan dua Exco PKR Perak, apa yang berlaku ?

.
Dari PerakExress.com :

Ini adalah terjemahan sebahagian daripada artikel Raja Petra dalam Malaysia Today semalam. https://mt.m2day.org/2008/content/view/17434/84/

Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah.

Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan dilindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat ke dalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.

Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN Umno ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali kedalam Umno dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar. Umno memerlukan Nasruddin kembali kedalam Umno, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, Umno masih gagal merampas Perak dari PR.

Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin..” Altantuya telah mati dan Bala telah hilang.” Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama?”

Apa yang berlaku?

Perancangan Umno untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, Umno tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup ‘kemaluan’ beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Walaubagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN Umno kedalam PKR untuk menghalang perancangan Umno ini.

Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui ‘kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin ke Kuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.

Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN Umno yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….

Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh Umno untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam Umno, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali kedalam Umno. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!

Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak Umno ini. tetapi apa yang jelas, Umno begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan ‘kemaluan’ Najib yang hilang.

Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah Umno selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata ..”Relax!

No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.

Kecuali kalau Umno main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.

Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.

(Klik kenyataan media PKR Perak, untuk dibesarkan )



BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !