Kira-kira jam 8.40 pagi, Isnin 9 Februari, Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin menelefon Setiausaha Sulitnya, Muhammad Juraimi Awang memberikan arahan tegas - pecat serta-merta pegawainya Zainal Abidin Saad dan tidak membenarkannya memasuki pejabat.
Arahan itu dikeluarkan setelah Fairus nekad memecat Zainal yang dianggap gunting dalam lipatan kerana menyalurkan maklumat salahlakunya kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim. Fairus anggap Zainal mengkhianati dirinya.
Fairus tiba di pejabatnya jam 11 pagi dengan muka amarah, kemudiaannya menghadiri mesyuarat.
Sementara Zainal yang juga Pengarah Kadun Penanti tiba di pejabat sekitar 12 tengah hari selepas membereskan beberapa tugas di kawasan Penanti.
Zainal adalah mangsa Fairus yang ke-7. Sebahagian yang lain sama ada dipecat atau meletak jawatan.
Dia sebelum itu, bercuti selama seminggu selepas mengetahui Fairus tidak akan menyambung kontrak kerjanya yang tamat pada Mac depan.

Setelah mendapat nasihat daripada Anwar, Zainal kembali ke pejabat meskipun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.
Sebaik tiba di mejanya, membelek beberapa fail, Juraimi yang juga rakan sepermainan Fairus sejak kecil, menghampiri Zainal.
"Bang Non, saya tidak sampai hati nak bagitau. YB telah telefon saya untuk bagitau yang YB telah pecat Bang Non serta-merta dan meminta serahkan kad pegawai. Bang Non boleh ambil fail-fail peribadi, tapi fail-fail pejabat tinggalkan di sini," ujar Juraimi.

Zainal yang agak terkejut dengan arahan tersebut, berkata, " Ok, tapi kalau dia ( Fairus ) nak kad pegawai, suruh dia jumpa aku. Aku akan lawan dia di Penanti."
Zainal kemudiannya menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Anwar memaklumkan pemecatannya.
Sejurus kemudian, Anwar menghubungi Zainal dan memaklumkan yang beliau akan menelefon Fairus.
Difahamkan ketika mendapat panggilan Anwar, Fairus gelabah beruk.
Dalam penjelasan kepada Anwar, Fairus bermatian menafikan dia mengeluarkan arahan memecat Zainal serta merta.
Fairus menyalahkan Setiausaha Sulitnya, Juraimi Awang yang kononnya telah bertindak di luar arahan dan tanpa pengetahuannya.
Kini, bagi melindungi 'kesilapannya' Fairus menjaja, kononnya dia tidak memecat Zainal, sebaliknya hanya tidak menyambung kontrak kerjanya yang tamat Mac depan.
Selepas 'dibelasah' Anwar, Fairus cuba berulangkali menghubungi Zainal. Tidak kurang daripada 11 kali berserta sms dihantar kepada Zainal.
Hanya sekali Zainal menjawab panggilan Fairus, " Buat kat saya macam ni, ingat saya ni binatang ke, saya ni orang tau tak," jerit Zainal.
Fairus cuba berbaik dan memohon maaf.
"Tidak ada maaf-maaf, la aku nak fikir macamana nak cari makan untuk anak-anak aku selepas ni," tegasnya.