Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Sabtu, Jun 19, 2010

Zahrain Pernah Minta Kontrak Pasir Dari Selangor Sebelum Melompat

Petikan Malaysia Waves

Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru, menjual obat di Parlimen kononnya Anwar mahu memecat Elizabeth Wong. Namun, tahukah anda, Zahrain yang sama pernah berjumpa Tan Sri Khalid untuk meminta kontrak pasir dari KSSB?

Yang hairannya, sudahlah si Zahrain ni tidak bermoral, anak lelaki Zahrain pun hendak diajar budaya korupsi ini. Ini kerana Zahrain telah bertemu Tan Sri MB bersama-sama anak lelaki beliau meminta kontrak pasir dari KSSB.

Tetapi Tan Sri menolak permintaan Zahrain dan anak lelaki beliau ini. Kiranya Tan Sri melayan permintaan Zahrain dan anak lelaki Zahrain ini, nescaya Zahrain tidak akan melompat UMNO seperti sekarang.

Saya juga mencabar Zahrain menafikan kisah ini, kalau dia benar-benar bersih.
Saudara/ri pembaca wajib sedar, Tan Sri diserang kiri dan kanan dalam isu pasir kerana Tan Sri tidak mahu melayan permintaan-permintaan yang datang seperti yang datang dari Zahrain ini.

Sesungguhnya RAMMAAIIII yang datang minta kontrak pasir dengan MB Selangor, tetapi telah ditolak mentah-mentah kerana mereka harus mengikut prosedur KSSB, yakni melalui tender terbuka.

Atas sebab itulah Tan Sri MB Selangor dibenci kerana Tan Sri MB Selangor tidak mahu menjadikan pasir sebagai alat mengkayakan kroni.

Adapun manusia seperti Zahrain ni, beliau manusia talam dua muka, lidah bercabang, hati hitam legam. Tuhan Zahrain ini duit bukan Allah SWT. Beliau akan buat apa sahaja untuk duit termasuk menjual maruah dan harga diri beliau.

Kesilapan Anwar adalah mengambil sampah ini sebagai ahli parlimen. Mari kita ramai-ramai berdoa semoga Allah SWT mencabut nyawa si Zahrain ini supaya boleh diadakan pilihanraya kecil di Bayan Baru. AMINNN!!!.

Adapun kenyataan Zul Nordin pula, kononnya beliau diarah Anwar Ibrahim untuk menyerang Elizabeth Wong, juga satu kenyataan bohong dan tipu. Sebelum ini kita sudah didedahkan akan perangai menipu Zul Noordin. Penyata kewangan pilihanraya pun dia nak tipu.

Tulang Besi

.BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !