Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Selasa, Mei 26, 2009

Penanti tenang tanpa BN

.
Sedutan HarakahDaily

PENANTI- Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, pilihan raya kecil Dun Penanti nyata aman terutamanya apabila Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Kubang Semang sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Penanti pada 23 Mei lalu.

Ceramah yang diadakakan di Kubang Semang itu membariskan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim dan Saifuddin Nasution.

Ini kerana katanya, polis tidak akan 'sibuk' untuk menjadi penggempur dan bekerja untuk BN bagi memastikan kedudukan BN selamat.

"Sejak pagi tadi semasa penamaan calon suasana cukup aman, polis pun tak ramai yang datang, tidak sama seperti prk Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebelum ini.

"Ketika di Kuala Terengganu polis dihantar seramai mungkin hingga mewujudkan suasana seolah-olah Kuala Terengganu berada sebagais ebuah daerah polis," katanya.

Namun kali ini, suasana aman kerana tidak ramai anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal keadaan.

"Kita yakin sebenarnya jika pilihan raya ini tidak diganggu dengan kehadiran polis yang terlalu ramai, ia akan berada dalam keadaan aman," ujarnya.

Menyentuh isu di Perak, Nizar menyifatkan rampasan kuasa yang dilakukan Barisan Nasional (BN) di sana sebagai satu 'perbuatan zalim' di abad ini.

"Tiada perbuatan lain yang sezalim ini, merampas hak rakyat yang memilih kerajaan yang sah dan menggunakan kuasa menghalalkan t]indakan zalim mereka ini," katanya.

Lebih dahsyat lagi kata Nizar, BN menggunakan gelanggang mahkamah bagi mengesahkan lagi tindakan rampasan kuasa itu sebagai satu tindakan halal.

Nizar yang nyata kesal dengan rampasan kuasa oleh BN di Perak itu memberi amaran bahawa tindakan itu hanya akan membuatkan rakyat semakin benci dengan BN.

"Saya menyeru pengundi di Penanti ini agar memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat dalam masa yang sama sebagai singnal kepada kekejaman yang BN lakukan terhadap rakyat di Perak dan rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Inilah peluang kepada rakyat untuk terus menyatakan bantahan kepada kerajaan dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat, katanya lagi.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Mei 25, 2009

Anwar akui suruh Fairus letak jawatan

-
Sedutan Agenda Daily

Pendirian Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti kerana menganggap pilihan raya itu diadakan kerana PKR mahu menyelesaikan kemelut dalamannya, diakui oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Semasa berucap pada program ceramahnya di padang Berapit, Jumaat malam, Anwar yang ingin memperlihatkan bahawa beliau adalah ‘supremo’ dalam pakatan pembangkang memberitahu memang beliau meminta bekas ADUN kawasan itu, Fairus Khairuddin meletakkan jawatan.

“Memang saya menyuruh Fairus meletakkan jawatan. Sebabnya saya mahu Mansor bertanding kerana Mansor orang yang mempunyai kelayakan dan sesuai menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi membantu Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya.

Baca seterusnya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, Mei 22, 2009

Siri 84 : Bakal calon bebas terbabit kes bunuh ?

Difahamkan sehingga kini, seramai empat calon bebas telah mengambil borang pencalonan untuk menyertai pilihanraya kecil Penanti. Namun, yang telah mengisytiharkan diri untuk bertanding adalah Aminah Abdullah dan Mohd Sabri Osman, sementara Nai Khan Ari sedang mempertimbangkan keputusannya.

Siapa calon-calon bebas ini ?

Sabri Osman adalah anak kelahiran Kubang Semang, Penanti. Keluarganya kini menetap di Permatang Buloh, Sungai Dua Tasek Gelugor.

Merupakan 'Ayahanda' dalam sebuah pertubuhan yang dianggotainya-PEKIDA.

Menurut teman rapatnya, Sabri pernah ditahan polis kerana terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki Cina, di mana mayatnya dibakar di dalam sebuah kereta di sebuah kebun kelapa sawit. Kejadian berlaku sekitar Nibong Tebal, Pulau Pinang beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, jelas temannya, Sabri dibebaskan kerana tidak cukup bukti.

"Dia nak jadi calon, kerana nak 'pau duit' saja," jelas temannya itu.

Sementara itu, Aminah Abdullah bekas Ketua Bahagian PKR Bukit Bendera dan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, mengambil keputusan meninggalkan PKR setelah suaminya Rafie Othman tewas dalam pemilihan untuk jawatan Ketua Bahagian kepada YB Jason Ong, sebelum pilihanraya 2008.

Dalam rombakan struktur PKR negeri kemudiannya, Aminah digugurkan sebagai Ketua Wanita Negeri, berikutan prestasi kerjanya yang tidak memuaskan.

Aminah berselindung kononnya terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya didalangi oleh beberapa pimpinan negeri. Justeru itu, dia bersama suaminya kini sedang menuntut keadilan terhadap dirinya.

Kedua-dua suami isteri itu kini bergiat dalam Gerakan Demokrasi ( GERAK) yang ditubuhkan oleh bekas Ketua AMK Mohd Ezam Mohd Noor yang kembali kepangkuan Umno.

Aminah juga mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan Pengarah Pilihanraya PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu, lelaki berketurunan Siam Nai Khan Ari, 41, adalah anak kelahiran perkampungan Siam di Teluk Wang, Penanti. Satu-satunya kampung dalam Penanti yang agak mundur, bersempadan dengan Kedah.

Juga satu-satunya kampung yang menjadi kubu BN sejak merdeka. Mempunyai pengundi sekitar 500 orang dengan hanya satu saluran mengundi. PKR hanya pernah menang sekali, dengan majoriti 43 undi pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Nai Khan Ari, kini menetap di Lunas Kedah.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, Mei 20, 2009

Siri 83 : PAS P. Pauh akur ahli mahu bantu PKR

.
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan terpaksa akur dengan suara akar umbi parti itu yang mahukan PAS bekerjasama dengan PKR dalam pilihanraya kecil Penanti.

Pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh, semalam, parti itu memutuskan untuk membantu jentera pilihanraya PKR.

Meskipun menurut sumber parti itu, terdapat pandangan segelintir pemimpin PAS yang mahu membekukan jentera pilihanraya mereka, namun ia berakhir dengan kata sepakat PAS mesti membantu PKR berlandaskan arahan PAS Negeri dan Pusat.

"Omar Hassan terpaksa akur dengan suara majoriti," jelas sumber itu.

"Bagaimana kami mahu memboikot PKR, kerana selama ini kami tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan-rakan PKR, bahkan PKR banyak membantu kami selama ini," ulangnya.

Lainlah, katanya jika arahan itu diputuskan oleh PAS negeri atau Pusat.

Alahai .... sebelum ini mendedahkan sikap Omar yang mahukan PAS memboikot jentera pilihanraya PKR di Penanti.

Dia juga mengarahkan secara lisan menyeru ahli parti itu tidak keluar mengundi, atau mengundi calon lain selain PKR.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

BN ada asas kukuh tidak tanding di Penanti

.
Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 19 Mei - Barisan Nasional (BN) mempunyai asas-asas kukuh apabila membuat keputusan tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak termasuk parti pembangkang.

''Keputusan sudah dibuat oleh BN, mereka (pembangkang) boleh kata apa saja.

''Kita ada asas-asas kukuh dan sebab musabab kenapa kita buat begitu," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan dengan para sasterawan negara di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita berhubung dakwaan pembangkang bahawa BN 'tidak berani' untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Ditanya sama ada keputusan itu akan memberi kesan negatif terhadap BN, beliau menafikannya.

Ini kerana, jelas beliau, BN akan bertanding pada pilihan raya umum yang diadakan pada setiap lima tahun.

Mengenai keputusan tersebut yang mungkin akan dijadikan modal oleh parti-parti pembangkang untuk terus 'membelasah' BN, Muhyiddin memberitahu, ia sememangnya sudah menjadi sifat semulajadi mereka.

''Tiada pilihan raya pun kita sentiasa dibelasah oleh mereka (pembangkang)," ujarnya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, Mei 19, 2009

BN takut : PKR belum tentu menang selesa

.
Zanariah Abd. Mutalib ( mStar )

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berada dalam kedudukan selesa untuk menang walaupun Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak akan meletakkan calonnya di Penanti, kata salah seorang pemimpin kanannya hari ini.

Sambil mengalu-alukan keputusan BN untuk tidak bersaing pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pendirian itu tidak menandakan Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan selesa.

Pakatan Rakyat menjangkakan kemungkinan ramai lagi calon Bebas akan bertanding, kata Menteri Besar Selangor itu di sini hari ini.

Setakat ini calon PKR dan Bebas sudah pasti akan bertanding di Penanti.

BN mengumumkan pendiriannya semalam.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

YDP PAS P.Pauh terus berdolak dalik

.
Ekoran pendedahan Alahai, Pas P.Pauh tentu pendirian hari ini

Berita Harian

GEORGETOWN: Pas Permatang Pauh akan menentukan pendiriannya berhubung pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini, hari ini.

Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan, berkata mesyuarat itu akan dihadiri Ahli Jawatankuasa Pas kawasan bagi membincangkan pelbagai perkara, termasuk pendirian Pas kawasan terhadap pilihan raya kecil itu.

"Pelbagai perkara akan dibincang termasuk pendirian sebenar kami dalam pilihan raya Penanti," katanya ketika dihubungi di sini apabila diminta mengulas kandungan sebuah blog, semalam.

Blog itu mendedahkan Pas Permatang Pauh mengeluar arahan melarang ahlinya mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Penanti.

Blog terkenal dengan kecamannya terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin, mendakwa arahan itu dibuat Omar.

Memetik kenyataan sumber Pas, Omar didakwa mengarah ahli parti supaya tidak keluar mengundi atau jika mengundi, mereka diminta merosakkan undi atau tidak mengundi calon PKR.

"Omar mengeluarkan arahan itu apabila ditanya seorang daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas berhubung kedudukan jentera pilihan raya parti itu dalam pilihan raya kecil berkenaan," kata sumber Pas itu.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Mei 18, 2009

Siri 82 : YDP PAS P.Pauh arah jangan undi PKR

.
Bukan setakat memboikot jentera pilihanraya, bahkan ahli-ahli PAS Permatang Pauh dilarang keluar mengundi. Jika mengundi juga, ahli PAS hendaklah merosakkan undi, atau mengundi calon lain selain PKR bagi memastikan calon Umno ( jika bertanding) menang.

Arahan lisan itu dikeluarkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan dalam perjumpaannya dengan Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh, baru-baru ini.

Menurut sumber parti itu, Omar mengeluarkan arahan itu apabila disoal oleh salah seorang daripada AJK PAS berhubung kedudukan jentera pilihanraya parti itu dalam pilihanraya kecil Penanti.

Omar yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang, dikatakan 'membetulkan' jawapan daripada Ketua Cawangan Mengkuang Titi, Ustaz Khalid, yang menjawab soalan berkenaan sebelumnya.

Sayap Pemuda dan Muslimat kawasan berkenaan turut mengambil langkah yang sama, meskipun Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang secara jelas mengeluarkan kenyataan PAS menyokong dan akan membantu PKR.

PAS kawasan itu, sebelum ini secara terbuka menuntut kerusi Penanti diserahkan kepada parti itu.

Menjadi rahsia umum, pimpinan PAS yang diterajui Omar sejak sekian lama tidak mempunyai hubungan yang baik dengan PKR.

Pada pilihanraya 2004, Omar bersama Pengarah Pilihanraya PAS negeri ketika itu Mazlan Ismail, pernah mengadakan 'road show' secara terbuka, menyeru ahli-ahlinya memboikot PKR Pulau Pinang.

Ketika itu mereka menuntut agar PAS diberikan kerusi yang lebih termasuk menuntut kerusi Penanti, dan akan meletakkan calon di Parlimen Permatang Pauh dan bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru.

Bagaimanapun PAS pusat tidak memenuhi tuntutan itu, apabila sebahagian akar umbi PAS menghantar memorandum kepada pimpinan tertinggi parti itu, menolak tindakan pemimpin mereka.

Kerusi Penanti tetap diberikan kepada PKR melalui calonnya Anwar Shaari yang ketika itu Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh.

Bagaimanapun, akibat gerakan terbuka anti PKR itu, kerusi Penanti berjaya dimenangi Umno melalui Datuk Abdul Jalil Majid yang sebelum itu disandang calon PKR Abdul Rahman Kadir.

Sementara Dr Wan Azizah hanya mampu bertahan dengan majoriti 590 undi untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar ketika itu masih di jerejak besi penjara Sungai Buloh.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !