Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Jumaat, Mac 27, 2009

Siri 49 : Isu Fairus : PKR tidak akan lindungi perasuah kata Badrul

.
keADILan tidak akan melindungi dan menyokong mana-mana pemimpinnya yang terbabit dengan gejala rasuah dan penyelewengan terhadap rakyat. Ini selari dengan prinsip parti itu.

"Pendirian saya, mana-mana pemimpin keADILan didapati terbabit dalam rasuah dan penyelewengan akan ditentang habis-habisan kerana pemimpin ini akan memusnahkan harapan rakyat terhadap keADILan."

Demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan (MPT) Badrul Hisham Shaharin yang mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin berhubung siasatan dakwaan rasuah membabitkan sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Menurut Badrul, selaku generasi muda dalam pimpinan keADILan, tindakan diambil SPRM itu adalah wajar bagi memastikan Fairus bebas daripada segala tuduhan dan tohmahan.

"Siasatan perlu dijalankan SPRM bagi membuktikan kesahihan dakwaan rasuah terhadapnya. Kita yakin siasatan ini akan menepis tanggapan negatif rakyat terhadap beliau," jelasnya kepada Sinar Harian, semalam.

"Kejujuran dan ketelusan dalam siasatan amat diharapkan dan jika terbukti Fairus terbabit dengan semua dakwaan, tindakan lanjut perlu diambil," ujarnya.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !