Salah satu daripada tiga portfolio Mohammad Fairus Khairuddin adalah Pengerusi Pembangunan Keusahawan dan Koperasi.
Makna kata dibahunya tersangkut tanggungjawab berat bagi membantu golongan usahawan Pulau Pinang, khususnya bumiputera untuk membangunkan bidang perniagaan mereka.
Sudah pasti, para usahawan mengharapkan sesuatu dari sentuhan 'pemimpin muda' yang membawa panji-panji 'Harapan Baru Pulau Pinang.'
Tetapi bagaimana, jika pagar yang diharapkan untuk menjaga padi, sebaliknya bertindak dengan memakan padi ?
Inilah yang berlaku kepada seorang usahawan kecil dari Cherok Tok Kun, Zulkifli Saad, yang menjadi mangsa Fairus.
Seorang reformis sejak era reformasi, Zulkifli dikatakan telah berbuih mulut, menagih hutang berjumlah RM13,000 daripada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, untuk bayaran kerja-kerja mengubahsuai dan kelengkapan pejabat di pusat khidmat Adun Penanti berkenaan.
Pusat khidmat, yang dinamakan sebagai Pusat Bakti itu terletak di Jalan Tanah Liat telah disiap diubah suai sejak bulan September 2008 dan dirasmikan pada Ramadhan lalu.
Mula beroperasi akhir tahun lalu, dengan menempatkan seorang petugas, dengan gaji RM500.00 sebulan, meskipun sebelum itu pegawai berkenaan dijanjikan dengan gaji RM700.00 sebulan.
Kerajaan negeri memperuntukan RM1,300.00 sebulan untuk pengurusan pusat khidmat berkenaan, di mana RM1,000.00 sebagai gaji pegawai dan selebihnya untuk bayaran bil-bil.
Sewa bulanan pejabat berkenaan, sebelum itu ditangung oleh seorang usahawan bernama Osman Hitam yang juga teman rapat Wan Ismail, bapa kepada Dr Wan Azizah.
Kini, telah lima bulan berlalu, belum nampak tanda-tanda Fairus akan melangsaikan hutangnya.
Selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam, Fairus mesti mengetahui maksud hadis Rasulullah s.a.w. ini :
“Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat Bukhari - 41/585)
Namun jika Fairus terus bersikap bebal dan bakhil, apa diharap oleh para usahawan lain daripada pemimpin sebegini.'Pemimpin' yang gemar mendabik dada ini juga dikatakan 'berhutang' tidak kurang RM3000.00 apabila melarikan perabot dan peralatan pejabat milik Yayasan Aman, Penanti, dan ditempatkan di rumah sewanya di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam.
Peralatan berkenaan diambilnya, selepas dia enggan menggunakan ruang di Yayasan Aman, sebagai Pusat Khidmat, meskipun Yayasan Aman telah membelanjakan tidak kurang RM30,000 untuk kerja-kerja mengubahsuian.
Persoalannya, mengapa Fairus enggan membayar hutang, padahal pada masa yang sama dia boleh bermewah dengan kereta BMW 5 siri bernilai kira-kira RM350 ribu, dibelinya pada November 2008 dan Mercedes Benz 240 E bernilai lebih RM100.00 ribu yang dibeli pada Mei 2008, sebaik dilantik sebagai TKM 1 pada bulan Mac tahun lalu ?
Untuk rekod, sebelum dilantik menjadi TKM 1, kehidupan Fairus umpama 'Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang', hanya memiliki sebuah kereta Peugeot 406 yang tersadai rosak sejak 2007 dan sebuah motorsikal Honda buruk yang kini terbiar usang di rumahnya di Selayang Selangor.
( Foto :contoh Model BMW 5 siri )
p/s-Kepada wartawan Malaysiakini yang pro-Fairus, Athi Veeranggan, tolong bantu sdr Zulkifli Saad untuk mendapatkan kembali hutangnya daripada idola anda itu !
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !