Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Selasa, Mac 31, 2009

Siri 51 : Fairus mengaku hubungi 'orang Najib'

.
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dipercayai telah menghubungi 'orang Najib' semasa ditahan di pusat pemeriksaan Imigresen Johor, minggu lalu.

Fairus dikatakan telah mengaku kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dia telah menghubungi 'orang Najib' sebaik dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbitnya, sewaktu disoal siasat.

Selain 'orang Najib' Fairus turut menghubungi beberapa individu lain.

Menurut sumber, dia turut menunjukkan beberapa Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada pegawai SPRM bagi membuktikan dia mempunyai hubungan 'intim' dengan beberapa pemimpin Umno/BN.

Malah, jelas sumber itu, Fairus turut mengaku bersedia untuk menyertai Umno.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !
.

PROGRAM CERAMAH N25 BUKIT SELAMBAU ( 31 Mac - Selasa )

.
TARIKH: 31 MAC 2009 | 9.00 MALAM

TEMPAT:TAMAN KELISA RIA(JDM BUKIT RUSA)
PENCERAMAH:DATO' SERI ANWAR IBRAHIM | DATO JOHARI ABDUL

TEMPAT : TAMAN RIA UTARA
PENCERAMAH : KPT (B) ZAHAR HASHIM

TEMPAT : BATU BELACAN
PENCERAMAH : DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN | YB UST FIRDAUS JAAFAR

TEMPAT : TAMAN SRI BAYU
PENCERAMAH : YB DR HATTA RAMLI | YB UST TAIB AZAMUDDIN

TEMPAT :BANDAR LAGUNA MERBOK
PENCERAMAH : YB DR HATTA RAMLI

TEMPAT : TAMAN BANDAR BARU
PENCERAMAH : YB UST TAIB AZAMUDDIN

TEMPAT : BUKIT SELAMBAU
PENCERAMAH : YB UST FIRDAUS JAAFAR | DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN

TEMPAT : TENGKORAK BATU
PENCERAMAH : DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN

TEMPAT : TAMAN PERUDA
PENCERAMAH : KPT (B) ZAHAR HASHIM

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Mac 30, 2009

Siri 50 : Apa isi beg misteri ketika Fairus ditahan ?

.
Cubaannya untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan memakai topi dan berkemeja lepas ke luar ( tidak dimasukkan ke dalam seluar) gagal, apabila pihak polis cawangan khas (SB) yang sedang memantaunya di pusat pemeriksaan imigresen Johor berjaya mengesannya.

Fairus ditahan ketika menyerahkan pasport antarabangsanya kepada pihak imigresen untuk pemeriksaan rutin biasa. Dia dalam perjalanan ke Singapura.

Fairus kemudiannya ditahan di 'lokap' imigresen pada kira-kira jam 11.30 malam, 15 Mac lalu sebelum dipindahkan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Johor, beberapa jam kemudian.

Dia telah disoalsiasat oleh pegawai SPRM Johor, yang kemudiaannya diambilalih oleh pegawai SPRM dari Pulau Pinang, pada sebelah petang. Dia dibebaskan sekitar jam 11.00 malam.

Namun, yang menjadi misteri ialah 'kehilangan' sebuah beg yang dibawa Fairus. Menurut sumber, beg tersebut berjaya 'dilarikan' oleh dua individu yang mengiringi Fairus ketika dia ditahan.

Akhbar Sin Chew melaporkan pada hari berikutnya, beg tersebut mengandungi sejumlah wang yang besar.

Justeru, ada andaian mengatakan wang tersebut adalah wang pendahuluan kepada Fairus sebagai ganjaran untuknya melompat parti.

Namun ada juga sumber lain mengatakan, wang berkenaan adalah 'duit poket' untukFairus menyambung pelajarannya di luar negara.

Entahlah.... hanya Fairus dan mereka yang terlibat mengetahui kedudukan sebenar !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Ahad, Mac 29, 2009

Foto penamaan calon Bukit Selambau










BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, Mac 27, 2009

Siri 49 : Isu Fairus : PKR tidak akan lindungi perasuah kata Badrul

.
keADILan tidak akan melindungi dan menyokong mana-mana pemimpinnya yang terbabit dengan gejala rasuah dan penyelewengan terhadap rakyat. Ini selari dengan prinsip parti itu.

"Pendirian saya, mana-mana pemimpin keADILan didapati terbabit dalam rasuah dan penyelewengan akan ditentang habis-habisan kerana pemimpin ini akan memusnahkan harapan rakyat terhadap keADILan."

Demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan (MPT) Badrul Hisham Shaharin yang mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin berhubung siasatan dakwaan rasuah membabitkan sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Menurut Badrul, selaku generasi muda dalam pimpinan keADILan, tindakan diambil SPRM itu adalah wajar bagi memastikan Fairus bebas daripada segala tuduhan dan tohmahan.

"Siasatan perlu dijalankan SPRM bagi membuktikan kesahihan dakwaan rasuah terhadapnya. Kita yakin siasatan ini akan menepis tanggapan negatif rakyat terhadap beliau," jelasnya kepada Sinar Harian, semalam.

"Kejujuran dan ketelusan dalam siasatan amat diharapkan dan jika terbukti Fairus terbabit dengan semua dakwaan, tindakan lanjut perlu diambil," ujarnya.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Khamis, Mac 26, 2009

Fairus ditahan imigresen Johor, disoalsiasat SPRM

.
PULAU PINANG, 26 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Syukri Abdul berkata Mohammad Fairus dikesan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Johor, di Bangunan Sultan Iskandar, malam tadi sebelum dibawa ke Pejabat SPRM Johor, untuk diambil keterangan.

"Rakaman percakapan Mohammad Fairus direkodkan pagi ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Syukri berkata Mohammad Fairus sedang dalam perjalanan ke Singapura ketika beliau dikesan pegawai Imigresen malam tadi.

"Usaha mengesan beliau dibuat sejak 19 Mac lepas berhubung dakwaan kes itu," katanya.

Pada 27 Feb lepas, Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmat dalam sidang akhbarnya mendakwa terdapat pemimpin PKR Pulau Pinang menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Minggu lepas, SPRM Pulau Pinang telah mengambil keterangan beberapa individu berhubung kes itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Simi Abdul Ghani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Mohammad Fairus itu kerana berada di luar Johor.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada SPRM untuk memjalankan siasatan.

Sabtu lepas, Mohammad Fairus mengemukakan peletakan jawatan sebagai timbalan ketua menteri I dan anggota exco negeri, berkuatkuasa 8 April.

-- BERNAMA


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Benarkah Alahai fitnah Fairus ?

.
Oleh Shazwani

Ada bukti ke? Saya ada bukti dia buat kerja. Pertahan hak rakyat daripada manusia-manusia pelahap yang gila kuasa,tapi tak dapat kuasa sebagai TKM1. Sebab tu la menggelupur semacam je. Dok paksa, tekan YB sampai dia letak jawatan.

Fitnah itu lebih besar dari membunuh. Bagaimana nak membela nasib rakyat selagi sikap gila kuasa di kalangan ahli PARTI KEADILAN RAKYAT masih berleluasa.Apa bezanya PKR dengan BN?? Mungkin kerana banyak hampas BN yang ada dalam PKR inilah kesannya. Rasanya PKR patut tukar nama tak sesuai lagi guna nama keadilan dalam parti ni,ramai ahli parti sendiri TIDAK mendapat KEADILAN yang sepatutnya.Jangan sampai PKR hanya tinggal nama.

Ramai rakyat penanti sebenarnya menyokong YB, cuma puak-puak yang berdengki hati saja pura-pura tak nampak,dan tikam YB dari belakang. Yang paling tepat PKR PULAU PINANG umpama gunting dalam lipatan menZALIMI YB.
Semakin rancak YB membantu rakyat Semakin rancak agenda jahat dan kotor mereka-mereka yang tewas untuk mengKUBURkan YB,yang paling malang pakatan ini direstui orang penting yang kononnya ingin menegakkan keadilan di Malaysia. Simpan saja lah niat tu.

Ingatlah, doa orang teraniaya itu dimakbul Allah. Diangkat terus doanya tanpa halangan. Allah maha melihat segalanya, Allah maha mendengar, Allah maha mengadili semua ini. 'Dan Allah tidak akan memberi hidayah kepada kaum yang fasik, surah at-taubah ayat 80.
Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar ! Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar !
Catatan Alahai :
Justeru itu, kita berserah kepada Allah SWT tentang nasib TKM 1 Pulau Pinang. Cuma untuk sdr. Shazwani, jika benarlah Alahai menfitnah, mengapa pula Fairus sanggup meletak jawatan.
Bukankah darahnya, darah panglima yang tidak lut peluru ?
Alahai telah memasuki siri ke-49, minta Sdr. Shazwani senaraikan fitnah yang ditaburkan oleh Alahai ( siri 1 - 49 ) sehinggakan membawa perletakan jawatan Fairus !!!
Saya benar-benar simpati dengan Shazwani !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Blog Alahai kena muhasabah diri

.
Oleh Mohd Azhar bin Che Saad

Assalamualaikum.

Buat saudaraku yang mengelola blog Alahaifairustkmpenang.

Terlebih dahulu aku ingin megucapkan syabas dah tahniah di atas usaha anda selama ini telah berjaya. Hampir setiap hari saudara berusha hinggakan hari ini dengan rasminya saudara Fairus akan melepaskan jawatannya. Kali terakhir saudara 'meguruskan' blog anda adalah pada 3 Mac. Itulah kalam terakhir dari anda untuk blog anda. Selepas itu saudara telah menyepi.

Blog anda boleh di ketogerikan sebagai 'menelanjangkan' TKM 1 Penang. Saban hari ada saja pekung Fairus yang anda buka. Tindakan anda seolah2 ada 'something' yang hendak saudara ingin ketengahkan. Hinggakan kawan aku bukannya pejuang reformasi telah berkata ' ada mcm yang tak puas hati ja'...Aku pun terfikir saudara ni 'maksum' ka?..Tak pernah buat silap...Naper la dok asyik bercerita tentang Fairus je. Nabi kita sendiri pun kalau ada sahabat yang buat silap dia tegur bukannya seperti saudara yang menghebahkan satu dunia.

Sepatutnya saudara berjumpa dengan Fairus,bincang elok-elok apa yang tak puas hati,bukannya 'menelanjangkan' beliau sebegitu rupa. Ingatlah Tuhan telah berikan kita peluang,gunakan peluang yang di berikan ini sebaik mungkin.Rakyat hari ini bukannya bodoh. Mereka nak lihatkan perubahan yang akan di lakukan. Tapi saudara boleh dikatakan setiap hari membuka pekung Fairus sahaja. Cuba saudara fikirkan bagaimana kita nak menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Aku tak katakan Fairus itu baguih..Tapi Tuhan juga ampunkan dosa hambanya. Berilah peluang pada Fairus untuk membetulkan kesilapan yang di buat.

Sedarlah saudara bahawa,hari ini UMNO dah tepuk tangan bila melihat kita sendiri bercakaran sesama kita...Peluang yang mereka ada mereka akan guna sebaiknya-baiknya untuk menghancurkan kita...Andaikan suatu hari nanti,jika PR tak dapat menguasai Pulau Pinang,orang macam andalah yang bertanggung jawab...Jangan sampai nafsu menguasai diri...Jangan jadi mcm UMNO yang pentingkan kepentingan peribadi dari kepentingan diri...Kesian kat DSAI yang selama ini berkerja keras untuk mengubah lanskap politik kita,tapi apa gunanya jika kita sendiri yang menjatuhkan kawan kita sendiri,seterusnya Parti Kita sendiri akan di pandang hina... Paling menakutkan rakyat akan berkata "Depa ni (KeADILan) sama saja dengan UMNO...Gilakan kuasa dan pangkat ja...

Oleh itu saya harapkan saudara muhasabah balik diri anda...Betulkah tindakan anda selama ini...

"Jatuhnya Melayu Adalah Kerana Melayu Itu sendiri..Bangunnya bangsa melayu bila PhD tiada dalam diri"

Salam Hormat

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rasuah: SPRM tahanan ADUN PKR

.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan timbalan I ketua menteri Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Syukri Abdul berkata Mohammad Fairus Khairuddin dikesan di kompleks imigresen Johor malam tadi sebelum dibawa ke pejabat SPRM Johor untuk diambil keterangan.

ADUN PKR itu dalam perjalanan ke Singapura ketika beliau dikesan pegawai imigresen, tambahnya.

"Rakaman percakapan Mohammad Fairus direkodkan pagi ini," kata Syukri kepada Bernama hari ini.

"Usaha mengesan beliau dibuat sejak 19 Mac lepas berhubung dakwaan kes itu."


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Fairus disoal SPRM Johor setelah ditahan Imigresen Johor tentang isu kuari

.
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin telah ditahan di kompleks Imigresen dan Quarantin (CIQ) oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoalsiasat berhubung aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Mac 23, 2009

Perletakan jawatan Fairus buktikan keberkesanan blog

.
Sedutan Merah Tinta

PERLETAKAN Mohamad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 hari ini menunjukkan peranan blog dan internet tidak lagi boleh dipandang ringan. Blog kini menjadi ancaman baru kepada orang politik yang bermasalah.

Laporan mengenai ketidakupayaan Fairus sebagai timbalan ketua menteri dimulakan menerusi internet dan blog. Mula ia lebih merupakan catatan peribadi dan laporan kurang bertanggungjawab tetapi dari hari ke hari ia merebak menjadi luas dan dipercayai.

Ada blog-blog tertentu yang berpangkalan di utara tidak habis-habis melaporkan mengenai keburukan dan kerenah Fairus. Hasil sebaran secara konsisten itu akhirnya mempengaruhi orang ramai yang akhirnya memaksa Fairus meletakkan jawatan hari ini.

Perletakan jawatannya dipetik berkuat kuasa pada 8 April nanti.

Fairus sekali sekala cuba juga menjawab dan menafikan laporan blog atau internet berhubung dirinya dengan mengatakan ia sengaja dilakukan untuk memburukkanya. Namun jawaban itu tidak berjaya menyekat penyiaaran berita buruk mengenai yang makin bertambah malahan ada yang menulisnya secara bersiri.

Hari ini apabila Adun Penanti itu menghantar surat perletakan jawatan sekaligus mengesahkan desas desus beliau akan melepaskan jawatan itu seperti mana dihebohkan dalam blog. Sebelum ini desas desus itu cuba disembunyikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan juga penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

Jadi diingatkan kepada orang politik hendaklah menjaga kerenah, pergaulan, tingkah lalu masing-masing jangan sampai diblogkan oleh para blogger. Apabila anda sudah diblogkan kesannya amat buruk dan sukar dikikis.

Tulisan dan laporan dalam blog bukan saja terbatas untuk dinikmati oleh pengunjung di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Apabila keburukan anda sudah terdedah di seluruh dunia sukar untuk ada membela dengan mengatakan anda betul manakala blogger sebagai bersalah ataupun diupah pihak tertentu.

Penyokong kuat anda di luar alam siber juga sukar untuk membela anda. Inilah kekuatan blog dan internet.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Mengapa Fairus letak jawatan ?

Sedutan Mstar online

Mengulas mengenai perkembangan terbaru ini, Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Faruk berkata, wujud desakan daripada PKR supaya Fairus melepaskan jawatan itu walaupun pimpinan parti itu menafikannya.

"Ada banyak faktor yang menyebabkan beliau meletak jawatan.

"Antaranya masyarakat di DUN Penanti yang diwakilinya tidak berpuas hati dengan beliau kerana tidak menjalankan tugas sebagai ADUN dengan baik.

"Selain itu, dalam PKR sendiri wujud kumpulan-kumpulan yang mendesak beliau supaya meletak jawatan," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Sebab sebenar peletakan jawatan itu masih belum diketahui walaupun secara umumnya, Fairus yang merupakan ADUN PKR memberi alasan bahawa beliau ingin melanjutkan pengajiannya ke peringkat pascasiswazah.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan Fairus pagi semalam melalui faks.

Bagaimanapun Fairus masih kekal sebagai ADUN Penanti.

Sementara itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula memberitahu, Fairus meletakkan jawatan kerana ingin melanjutkan pelajarannya.

Mengulas lanjut, Dr. Azeem berkata, ketokohan Fairus menjawat jawatan itu telah mula dipersoalkan sebaik selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Beliau dilihat tidak mempunyai ketokohan memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri dan hal ini bukan baru, sudah pun hampir setahun.

"Jadi peletakan jawatan itu bukan sesuatu yang mengejutkan tetapi ia berlaku agak lewat daripada yang dijangka," katanya.

Beliau berkata, pemilihan Fairus mungkin dilakukan sekadar 'tangkap muat' kerana PKR sendiri tidak menjangka gabungan parti itu dengan DAP dan PAS akan menawan Pulau Pinang.

"Masalah dalam PKR ini adalah mereka tidak mempunyai hala tuju dan jika kita lihat struktur partinya adalah tidak tidak formal seperti BN (Barisan Nasional).

"Pada mulanya, ia diwujudkan untuk memperjuangkan pembebasan Anwar dan kemudian mereka bergabung pula dengan Parti Rakyat Malaysia yang memperjuangkan sosialis.

"Selain itu, tidak salah kalau saya katakan bahawa PKR juga adalah parti serpihan Umno kerana kebanyakan ahlinya adalah bekas penyokong setia Anwar sejak dalam Umno lagi," katanya.

Sementara itu, pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman berkata, alasan berhubung peletakan jawatan Mohamad Fairus tidak dijelaskan secara nyata menyebabkan ramai yang tertanya-tanya.

"Alasan melanjutkan pelajaran itu hanya alasan 'lapisan pertama' dan saya tahu, ramai percaya ada 'lapisan kedua' alasan itu iaitu sebab sebenar mengapa beliau meletak jawatan.

"Saya percaya, ada sesuatu yang tidak didedahkan sehingga mendesak beliau meletak jawatan," katanya.

Beliau berkata, Fairus kemungkinan telah melakukan kesalahan yang tidak boleh dikompromi lagi kerana jika ia kesalahan kecil, kemungkinan beliau hanya perlu diberikan amaran.

Selain itu katanya, terdapat sebilangan masyarakat Melayu yang tidak gembira dengan dengan perkhidmatan yang diberikan Fairus sebagai wakil kaum Melayu di negeri itu.

"Beliau dikatakan tidak turun ke padang untuk melawat masyarakat dan tidak menangani isu-isu berbangkit dengan baik," katanya.

Ahmad Nizammuddin berkata, pada ketika ini, apa yang boleh dilakukan PKR hanyalah menutup cerita sebenar di sebalik peletakan jawatan itu.

"Tapi nanti orang akan tahu juga dan mereka pun kini dah nampak goyah.

"Pada pilihan raya yang akan datang, mereka seharusnya mencari calon yang benar-benar layak untuk diketengahkan," katanya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, Mac 03, 2009

Sidang DUN tergempar di negeri 'Pasir Berdengung'
















.
Oleh Team Alahai


3 Mac- Umpama garapan critera P Ramlee dalam Laksamana Do Re Mi apabila Menteri Pasola mengganas sehingga mengusir Raja di sebuah negeri yang diberi nama ’Pasir Berdegung’..

Arakian larilah Raja bersama pengikut-pengikut yang setia dan berlindung di bawah sepohon pokok....sorotan kisah tersebut diumpama berlaku semula dalam abad ini apabila kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah iaitu Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin telah dirampas oleh kerajaan rakus UMNO-BN..maka apa yang terjadi pagi tadi di perkarangan Bangunan Sultan Perak tak ubah seperti yang digambarkan oleh insan seni Agung tanahair iaitu Tan Sri P Ramlee..

Sidang DUN tergempar yang berlangung dalam suasana yang begitu harmoni telah diadakan di bawah sepohon pokok dengan dikelilingi dan disaksikan oleh ribuan rakyat yang hadir untuk melihat perkembangan krisis perlembagaan di Negeri Perak dengan lebih dekat.

Biarpun ugutan dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk menggagalkan sebarang perhimpunan rakyat namun rakyat raja di negara ini apabila rakyat bersatu menolak kezaliman secara mentah-mentah.

Sidang DUN tergempar pagi tadi menyaksikan resolusi pembubaran DUN perak dan undi percaya kepada Menteri Besar yang sah iaitu Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin untuk terus memimpin negeri Perak di bawah payung Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataan ringkas Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin menyebut bahawa pakatan rakyat akan mengadap kebawah Duli Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapatkan perkenan pembubaran DUN Perak dan seterusnya membolehkan pilihanraya diadakan diseluruh Negeri Perak.

Keadaan cemas UMNO-BN diperlihatkan apabila terus memperkuda penjawat awam terutamanya Dato SUK Negeri Perak untuk mengarahkan Bangunan Perak yang menempatkan perjalanan Sidang DUN dijalankan ditutup pada hari ini. Ini jelas membuktikan ketakutan dan rasa cuak mereka (UMNO-BN) terhadap proses perundangan sebenar. Rata-rata rakyat dengan jelas memberi ’signal’ akan terus menghapus lenyapkan UMNO-BN atas kesombongan dan keangkuhan mereka di bumi Malaysia ini.

Bukti jelas apabila undian SMS yang dijalankan oleh Edisi 7 semalam meraih sokongan 80% yang bersetuju untuk DUN perak di bubarkan !!!










BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Mac 02, 2009

Portfolio agama Fairus diserahkan kepada Malik

Malaysiakini

Tindakan memindahkan portfolio agama kepada seorang lagi exco PKR dalam kerajaan Pulau Pinang bukan bermakna Timbalan Ketua Menteri Mohammad Fairus Khairuddin tidak mencapai prestasi yang baik.

Ketua perhubungan PKR negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim menegaskan, tindakan itu tiada kaitan dengan prestasi wakil rakyat Penanti itu dan ia hanya diambil bagi meringankan bebannya, lapor Bernama.

Tambahnya, tanggungjawab Mohammad Fairus saat ini agak berat kerana beliau mempengerusikan beberapa portfolio lagi iaitu pembangunan usahawan, koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat.

Portfolio agama kini diserahkan kepada Abdul Malik Abul Kassim yang juga wakil rakyat Batu Maung - pemimpin PKR yang dianggap pencabar terdekat Mohammad Fairus dalam kerajaan dan parti.

"Rombakan ini telah saya persetujui selepas berbincang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan tidak salah memberikan tugas mengetuai portfolio agama itu kepada Abdul Malik kerana beliau hanya mengetuai dua jawatankuasa sahaja iaitu perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna," kata Zahrain kepada agensi berita itu.

Beliau diminta mengulas mengenai rombakan itu dan spekulasi bahawa rombakan tersebut dibuat berdasarkan prestasi Mohammad Fairus yang tidak menyerlah.

Katanya, beliau menyedari wujud bermacam-macam dakwaan negatif di blog terhadap prestasi Mohammad Fairus tetapi menegaskan bahawa semua dakwaan itu tidak mempunyai bukti kukuh.

"Saya memang dengar macam-macam cerita mengenai Fairus tetapi kena ada bukti kukuhlah," Zahrain dipetik berkata.

"Kalau setakat menulis dalam blog, saya rasa itu tindakan yang kurang sesuai sebaliknya pihak yang mendakwa itu perlu membuat aduan secara rasmi sama ada kepada parti mahupun pihak berkuasa yang berkaitan jika dakwaan mereka melibatkan soal penyalahgunaan kuasa."

Barisan exco kerajaan negeri dianggotai 11 pemimpin yang mana tiga daripadanya diwakili pemimpin PKR manakala bakinya daripada DAP.

Prestasi Mohammad Fairus menjadi subjek perbincangan umum apabila beberapa pegawainya meletakkan jawatan dan diserang secara intensif melalui blog, selain ditegur secara terbuka oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahrain menambah, PKR negeri menubuhkan pasukan petugas khas memantau prestasi semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), anggota parlimen dan ahli majlis kerajaan tempatan bagi memastika sumbangan mereka berkesan kepada kerajaan negeri dan rakyat.