Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Khamis, Mac 26, 2009

Fairus ditahan imigresen Johor, disoalsiasat SPRM

.
PULAU PINANG, 26 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Syukri Abdul berkata Mohammad Fairus dikesan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Johor, di Bangunan Sultan Iskandar, malam tadi sebelum dibawa ke Pejabat SPRM Johor, untuk diambil keterangan.

"Rakaman percakapan Mohammad Fairus direkodkan pagi ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Syukri berkata Mohammad Fairus sedang dalam perjalanan ke Singapura ketika beliau dikesan pegawai Imigresen malam tadi.

"Usaha mengesan beliau dibuat sejak 19 Mac lepas berhubung dakwaan kes itu," katanya.

Pada 27 Feb lepas, Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmat dalam sidang akhbarnya mendakwa terdapat pemimpin PKR Pulau Pinang menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Minggu lepas, SPRM Pulau Pinang telah mengambil keterangan beberapa individu berhubung kes itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Simi Abdul Ghani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Mohammad Fairus itu kerana berada di luar Johor.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada SPRM untuk memjalankan siasatan.

Sabtu lepas, Mohammad Fairus mengemukakan peletakan jawatan sebagai timbalan ketua menteri I dan anggota exco negeri, berkuatkuasa 8 April.

-- BERNAMA


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !