Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Isnin, Mac 30, 2009

Siri 50 : Apa isi beg misteri ketika Fairus ditahan ?

.
Cubaannya untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan memakai topi dan berkemeja lepas ke luar ( tidak dimasukkan ke dalam seluar) gagal, apabila pihak polis cawangan khas (SB) yang sedang memantaunya di pusat pemeriksaan imigresen Johor berjaya mengesannya.

Fairus ditahan ketika menyerahkan pasport antarabangsanya kepada pihak imigresen untuk pemeriksaan rutin biasa. Dia dalam perjalanan ke Singapura.

Fairus kemudiannya ditahan di 'lokap' imigresen pada kira-kira jam 11.30 malam, 15 Mac lalu sebelum dipindahkan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Johor, beberapa jam kemudian.

Dia telah disoalsiasat oleh pegawai SPRM Johor, yang kemudiaannya diambilalih oleh pegawai SPRM dari Pulau Pinang, pada sebelah petang. Dia dibebaskan sekitar jam 11.00 malam.

Namun, yang menjadi misteri ialah 'kehilangan' sebuah beg yang dibawa Fairus. Menurut sumber, beg tersebut berjaya 'dilarikan' oleh dua individu yang mengiringi Fairus ketika dia ditahan.

Akhbar Sin Chew melaporkan pada hari berikutnya, beg tersebut mengandungi sejumlah wang yang besar.

Justeru, ada andaian mengatakan wang tersebut adalah wang pendahuluan kepada Fairus sebagai ganjaran untuknya melompat parti.

Namun ada juga sumber lain mengatakan, wang berkenaan adalah 'duit poket' untukFairus menyambung pelajarannya di luar negara.

Entahlah.... hanya Fairus dan mereka yang terlibat mengetahui kedudukan sebenar !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !