Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Selasa, Mac 03, 2009

Sidang DUN tergempar di negeri 'Pasir Berdengung'
















.
Oleh Team Alahai


3 Mac- Umpama garapan critera P Ramlee dalam Laksamana Do Re Mi apabila Menteri Pasola mengganas sehingga mengusir Raja di sebuah negeri yang diberi nama ’Pasir Berdegung’..

Arakian larilah Raja bersama pengikut-pengikut yang setia dan berlindung di bawah sepohon pokok....sorotan kisah tersebut diumpama berlaku semula dalam abad ini apabila kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah iaitu Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin telah dirampas oleh kerajaan rakus UMNO-BN..maka apa yang terjadi pagi tadi di perkarangan Bangunan Sultan Perak tak ubah seperti yang digambarkan oleh insan seni Agung tanahair iaitu Tan Sri P Ramlee..

Sidang DUN tergempar yang berlangung dalam suasana yang begitu harmoni telah diadakan di bawah sepohon pokok dengan dikelilingi dan disaksikan oleh ribuan rakyat yang hadir untuk melihat perkembangan krisis perlembagaan di Negeri Perak dengan lebih dekat.

Biarpun ugutan dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk menggagalkan sebarang perhimpunan rakyat namun rakyat raja di negara ini apabila rakyat bersatu menolak kezaliman secara mentah-mentah.

Sidang DUN tergempar pagi tadi menyaksikan resolusi pembubaran DUN perak dan undi percaya kepada Menteri Besar yang sah iaitu Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin untuk terus memimpin negeri Perak di bawah payung Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataan ringkas Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin menyebut bahawa pakatan rakyat akan mengadap kebawah Duli Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapatkan perkenan pembubaran DUN Perak dan seterusnya membolehkan pilihanraya diadakan diseluruh Negeri Perak.

Keadaan cemas UMNO-BN diperlihatkan apabila terus memperkuda penjawat awam terutamanya Dato SUK Negeri Perak untuk mengarahkan Bangunan Perak yang menempatkan perjalanan Sidang DUN dijalankan ditutup pada hari ini. Ini jelas membuktikan ketakutan dan rasa cuak mereka (UMNO-BN) terhadap proses perundangan sebenar. Rata-rata rakyat dengan jelas memberi ’signal’ akan terus menghapus lenyapkan UMNO-BN atas kesombongan dan keangkuhan mereka di bumi Malaysia ini.

Bukti jelas apabila undian SMS yang dijalankan oleh Edisi 7 semalam meraih sokongan 80% yang bersetuju untuk DUN perak di bubarkan !!!










BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !