Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Sabtu, April 04, 2009

Siri 53 : Fairus akan didakwa , peluru untuk BN ?

.
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dijangka akan didakwa di mahkamah Isnin depan, membabitkan tuduhan rasuah kuari di Seberang Perai.

BN akan menjadikan pertuduhan tersebut, sebagai salah satu peluru untuk menyerang PR dalam tiga pilihanraya kecil yang sedang berlangsung.

Difahamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan kertas siasatan, dan mendapati terdapat bukti kukuh yang boleh mengaitkan penglibatan Fairus.

Fairus sebelum ini telah disoalsiasat selama hampir 24 jam di ibu pejabat SPRM Johor pada minggu lalu selepas dia ditahan pihak berkuasa sewaktu dalam perjalanan ke Singapura.

Diharap SPRM tidak menjadi tali barut UMNO dan menjadi komponen BN seperti mana SPR .... !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, April 03, 2009

Siri 52 : Fairus mungkir janji sambung belajar ?

.
Mohammad Fairus Khairuddin hampir pasti memungkiri janjinya untuk menyambung pelajarannya sepertimana alasan yang diberikan sewaktu meletak jawatan sebagai TKM 1, yang akan berkuatkuasa pada 8 April depan.

Sebaliknya, Fairus akan mengikut jejak langkah bekas Adun PKR Perak Mohd Osman Jailu dan Jamaludin Mohd Radzi- melompat parti.

Sumber memberitahu, tindakan itu bagi mengelak dirinya didakwa di mahkamah.

"Dia berharap dengan menyertai Umno/BN dia tidak akan didakwa," ulas sumber itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah menyoal siasat Fairus berkaitan isu kuari Seberang Perai selepas ditahan di pusat pemeriksaan imigresen Johor dalam perjalanan ke Singapura pada minggu lepas.

Difahamkan ketika itu Fairus di dalam perjalanan ke sebuah negara jiran untuk menyambung pelajaran di sebuah universiti di sana.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, Mac 31, 2009

Siri 51 : Fairus mengaku hubungi 'orang Najib'

.
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dipercayai telah menghubungi 'orang Najib' semasa ditahan di pusat pemeriksaan Imigresen Johor, minggu lalu.

Fairus dikatakan telah mengaku kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dia telah menghubungi 'orang Najib' sebaik dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbitnya, sewaktu disoal siasat.

Selain 'orang Najib' Fairus turut menghubungi beberapa individu lain.

Menurut sumber, dia turut menunjukkan beberapa Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada pegawai SPRM bagi membuktikan dia mempunyai hubungan 'intim' dengan beberapa pemimpin Umno/BN.

Malah, jelas sumber itu, Fairus turut mengaku bersedia untuk menyertai Umno.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !
.

PROGRAM CERAMAH N25 BUKIT SELAMBAU ( 31 Mac - Selasa )

.
TARIKH: 31 MAC 2009 | 9.00 MALAM

TEMPAT:TAMAN KELISA RIA(JDM BUKIT RUSA)
PENCERAMAH:DATO' SERI ANWAR IBRAHIM | DATO JOHARI ABDUL

TEMPAT : TAMAN RIA UTARA
PENCERAMAH : KPT (B) ZAHAR HASHIM

TEMPAT : BATU BELACAN
PENCERAMAH : DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN | YB UST FIRDAUS JAAFAR

TEMPAT : TAMAN SRI BAYU
PENCERAMAH : YB DR HATTA RAMLI | YB UST TAIB AZAMUDDIN

TEMPAT :BANDAR LAGUNA MERBOK
PENCERAMAH : YB DR HATTA RAMLI

TEMPAT : TAMAN BANDAR BARU
PENCERAMAH : YB UST TAIB AZAMUDDIN

TEMPAT : BUKIT SELAMBAU
PENCERAMAH : YB UST FIRDAUS JAAFAR | DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN

TEMPAT : TENGKORAK BATU
PENCERAMAH : DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN

TEMPAT : TAMAN PERUDA
PENCERAMAH : KPT (B) ZAHAR HASHIM

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Mac 30, 2009

Siri 50 : Apa isi beg misteri ketika Fairus ditahan ?

.
Cubaannya untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan memakai topi dan berkemeja lepas ke luar ( tidak dimasukkan ke dalam seluar) gagal, apabila pihak polis cawangan khas (SB) yang sedang memantaunya di pusat pemeriksaan imigresen Johor berjaya mengesannya.

Fairus ditahan ketika menyerahkan pasport antarabangsanya kepada pihak imigresen untuk pemeriksaan rutin biasa. Dia dalam perjalanan ke Singapura.

Fairus kemudiannya ditahan di 'lokap' imigresen pada kira-kira jam 11.30 malam, 15 Mac lalu sebelum dipindahkan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Johor, beberapa jam kemudian.

Dia telah disoalsiasat oleh pegawai SPRM Johor, yang kemudiaannya diambilalih oleh pegawai SPRM dari Pulau Pinang, pada sebelah petang. Dia dibebaskan sekitar jam 11.00 malam.

Namun, yang menjadi misteri ialah 'kehilangan' sebuah beg yang dibawa Fairus. Menurut sumber, beg tersebut berjaya 'dilarikan' oleh dua individu yang mengiringi Fairus ketika dia ditahan.

Akhbar Sin Chew melaporkan pada hari berikutnya, beg tersebut mengandungi sejumlah wang yang besar.

Justeru, ada andaian mengatakan wang tersebut adalah wang pendahuluan kepada Fairus sebagai ganjaran untuknya melompat parti.

Namun ada juga sumber lain mengatakan, wang berkenaan adalah 'duit poket' untukFairus menyambung pelajarannya di luar negara.

Entahlah.... hanya Fairus dan mereka yang terlibat mengetahui kedudukan sebenar !

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Ahad, Mac 29, 2009

Foto penamaan calon Bukit Selambau










BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, Mac 27, 2009

Siri 49 : Isu Fairus : PKR tidak akan lindungi perasuah kata Badrul

.
keADILan tidak akan melindungi dan menyokong mana-mana pemimpinnya yang terbabit dengan gejala rasuah dan penyelewengan terhadap rakyat. Ini selari dengan prinsip parti itu.

"Pendirian saya, mana-mana pemimpin keADILan didapati terbabit dalam rasuah dan penyelewengan akan ditentang habis-habisan kerana pemimpin ini akan memusnahkan harapan rakyat terhadap keADILan."

Demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan (MPT) Badrul Hisham Shaharin yang mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin berhubung siasatan dakwaan rasuah membabitkan sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Menurut Badrul, selaku generasi muda dalam pimpinan keADILan, tindakan diambil SPRM itu adalah wajar bagi memastikan Fairus bebas daripada segala tuduhan dan tohmahan.

"Siasatan perlu dijalankan SPRM bagi membuktikan kesahihan dakwaan rasuah terhadapnya. Kita yakin siasatan ini akan menepis tanggapan negatif rakyat terhadap beliau," jelasnya kepada Sinar Harian, semalam.

"Kejujuran dan ketelusan dalam siasatan amat diharapkan dan jika terbukti Fairus terbabit dengan semua dakwaan, tindakan lanjut perlu diambil," ujarnya.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Khamis, Mac 26, 2009

Fairus ditahan imigresen Johor, disoalsiasat SPRM

.
PULAU PINANG, 26 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Syukri Abdul berkata Mohammad Fairus dikesan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Johor, di Bangunan Sultan Iskandar, malam tadi sebelum dibawa ke Pejabat SPRM Johor, untuk diambil keterangan.

"Rakaman percakapan Mohammad Fairus direkodkan pagi ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Syukri berkata Mohammad Fairus sedang dalam perjalanan ke Singapura ketika beliau dikesan pegawai Imigresen malam tadi.

"Usaha mengesan beliau dibuat sejak 19 Mac lepas berhubung dakwaan kes itu," katanya.

Pada 27 Feb lepas, Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmat dalam sidang akhbarnya mendakwa terdapat pemimpin PKR Pulau Pinang menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Minggu lepas, SPRM Pulau Pinang telah mengambil keterangan beberapa individu berhubung kes itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Simi Abdul Ghani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Mohammad Fairus itu kerana berada di luar Johor.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada SPRM untuk memjalankan siasatan.

Sabtu lepas, Mohammad Fairus mengemukakan peletakan jawatan sebagai timbalan ketua menteri I dan anggota exco negeri, berkuatkuasa 8 April.

-- BERNAMA


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !