Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Rabu, November 26, 2008

Siri 11 - Mangsa Fairus : Aku akan maki dan ludah muka dia

“Kalau aku jumpa dia aku akan maki dan ludah muka dia di depan khalayak ramai.”

Tidak tergamak kami nak paparkan kata-kata tersebut. Namun atas prinsip ‘berkatalah benar biarpun pahit,’ kami perturunkan juga kata-kata keras itu, bagi menggambarkan betapa marah dan kecewanya si penutur terhadap si budak Fairus.

Semuanya gara-gara si budak Fairus menyeleweng wang yang mereka sumbangkan untuk membantu rakyat bawahan.

“Dia tak kenai aku siapa, aku anak jati Pulau Pinang, kut nanti dia tak boleh balik rumahnya di seberang,” tegasnya marah dan geram.

Kami dapat rasakan jika si budak Fairus berada bersama kami ketika itu, pasti beberapa batang giginya dah tercabut.

Tokoh korporat yang kami temui itu begitu kesal apabila mendapat tahu dia ditipu si budak Fairus.

Wang sebanyak RM 15,000 yang mereka sumbangkan si budak Fairus untuk majlis rumah terbuka Aidil Fitri DUN Penanti, yang diadakan pada 12 Oktober lalu, telah digunakan untuk kepentingan peribadi si budak Fairus-masuk koceknya.

Sebelum itu, ketika menemui tokoh berkenaan si budak Fairus memohon sumbangan kononnya untuk kegunaan perbelanjaan majlis rumah terbukanya.

Sebaliknya perbelanjaan untuk majlis rumah terbuka berkenaan si budak Fairus menggunakan peruntukan kerajaan negeri. Majlis berkenaan menelan belanja sebanyak kira-kira RM16,000.

Sementara duit raya untuk kanak-kanak berjumlah RM2000.00 pula mendapat sumbangan daripada rakannya seorang peguam yang pernah berkhidmat dengan Roslan Kassim.

Koperat berkenaan itu juga mendakwa telah menyumbang sejumlah RM40,000 kepada si Fairus termasuk membantu pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Kereta BMW RM275,000.00

Risikan kami mendapati selama ini, semua sumbangan si budak Fairus kepada beberapa kerat penduduk miskin diambil daripada peruntukan khas TKM 1 yang berjumlah RM500.000.00 setahun dan bukannya menggunakan sumbangan yang dipungutnya daripada tokoh-tokoh tertentu.

Nak harap sumbangan daripada duit kocek si budak Fairus sendiri ? Alamat tunggu kucing bertanduklah-kedekut tahi hidung masin. Rakyat di akar umbi dah tahu sangat tabiat tangkai jeringnya itu.

Apa yang sebenarnya berlaku, si budak Fairus mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai TKM mengumpul dana peribadi daripada tokoh tertentu, dengan alasan kononnya untuk membantu rakyat bawahan.

Mereka yang ikhlas untuk membantu rakyat, tanpa banyak soal akan segera menghulur bantuan.

Korporat tersebut adalah salah seorang daripada sejumlah mangsa penipuan Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pihaknya juga jelas korporat berkenaan sedang menimbang untuk melaporkan hal berkenaan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Dia juga minta kami belikan dia kereta BMW berharga RM275,000.00 di mana ansuran bulanannya kami yang tanggung.

“Pemimpin Umno dulu pun tak seteruk budak ni, dia dah melampau ni,” tegasnya yang merah padam mukanya.

Tambahnya, “kalau dia nafikan semua ini, aku bersedia berdepan dengannya, bagitau di mana sahaja, bila-bila masa. Aku juga bersedia jumpa Anwar Ibrahim.”