Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Isnin, November 17, 2008

Siri 7 - Sah : Fairus penakut pianggggg !!

Dia begitu berbangga - selalunya di pentas ceramah atau perjumpaan kumpulan kecil dia akan mendabik dada, bercerita kononnya dia hebat, hinggakan 16 peluru yang dihala kepadanya tidak tembus badannya. Yang mendengar terlopong ternganga-percaya, maklumlah yang sedang bercakap adalah Timbalan Ketua Menteri.

Andailah ilmu kebal memang wujud, nescaya nabi akan mengajar umatnya tentang ilmu kebal, tentulah pada zaman nabi tidak ada yang mati syahid. Itupun ada yang tidak boleh fikir.

Sepatutnya mereka yang percaya itu buat ‘test’. Bagitau si budak Fairus mereka nak buat ujian. Kalau lulus ujian ini baru percaya.

Ujiannya mudah sahaja, pi ambik senapang patah, tembab kat kepala dia, petik picu, pangggg…tengok, berterabur ke tidak otak penipu dia tu !

Fairus….Fairus sudahlah hentikanlah duk kelentong rakyat. Tumpukan tugas membela rakyat, ubah sikap buruk yang dah jadi darah daging yang menyebabkan hang dibuang kerja oleh syarikat Hong Leong Ansurance dulu. ( Kita akan sampai bab ini nanti )

Mungkin cerita daripada sumber sahih kami ini, boleh memberikan kita jawapan tentang kehebatan @ kaki kelentong budak Fairus ini. Mari kita kongsi bersama, biar pembaca Alahai.. Fairus menilai cerita-cerita ini.

Cerita 1-Si Fairus kecut telog

Cerita ini kami perolehi daripada Gurulatih Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia yang juga bekas tok guru silat si budak Fairus sendiri. Kami panggil dia Mat, kini sedang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Anwar Ibrahim di KL.

Sebelum si budak Fairus jadi calon keADILan dan seterusnya jadi TKM1, kedua-dua mereka ini pernah bersahabat dan pernah tinggal serumah di Ibu Kota.

Menurut Mat, pada suatu hari mereka berdua berkereta ke suatu destinasi. Sebaik urusan selesai kereta yang diparkir tidak boleh dipandu keluar kerana dihalang sebuah kereta lain, milik seorang samseng Cina.

Sama ada perbuatan itu disengajakan atau kebetulan Mat tidak dapat pastikan.

Mat kemudiannya arah anak muridnya si budak Fairus meminta samseng tersebut mengubah kedudukan keretanya, tapi tidak diendahkannya. Sebaliknya samseng tu siap ugut si budak Fairus, kalau berani ubahlah kereta dia.

Bila kena ugut, si budak Fairus pucat terketar-ketar dan berlalu ke kereta mereka dengan muka pucat lesi.

Oleh itu, giliran Mat pula mengambil tempat, tapi kali ini dia dapat habuan. Diserang secara tiba-tiba dan ditumbuk di perut oleh samseng tersebut. Dalam keadaan mengaduh kesakitan Mat merangkak ke kereta lalu mencapai sebatang kayu yang sedia ada dalam keretanya.

Lalu kayu itu dihayun sekuat hati dan hinggap di betis kering samseng berkenaan menyebabkan si samseng mengeluh kesakitan dan terpaksa mengalah.

Ketika itu di mana si budak Fairus ?

Ha…haaa…haaaa … menurut Mat si budak Fairus hanya duduk diam dalam kereta langsung tidak tolong dia. Telog si budak Fairus dah kecut, anunya pun dah serot ke dalam.

“Binawe punya kawan….” kata Mat.

Cerita 2-Si Fairus menangis dibelasah

Cerita ke-2 ini kami perolehi dari Gelanggang Utama Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia di Gurun, Kedah milik Mahaguru Datuk Majid Isa atau lebih dikenali Cikgu Majid. Dia sahabat baik Anwar Ibrahim yang pernah ditabal sebagai Ketua Imam Khalifah Besar Silat Seni Pusaka Gayung.

Gelanggang ini dijadikan pusat latihan utama, juga tempat penganugerahan bekung silat. Si budak Fairus salah seorang bekas penuntut di situ. Biarlah pemberi maklumat itu kami rahsiakan identitinya. Yang pasti mereka ini pernah bersahabat dengan si budak Fairus.

Menurut empunya badan yang terbabit langsung dengan cerita ini, kerana terlalu bangga akan kehebatan dirinya, si budak Fairus telah diuji. Ujian tersebut tidak termasuk dalam skima latihan.

Berpakat dengan dua tiga rakannya mereka mengajak si budak Fairus ini ke dalam sebuah bilik di pusat latihan itu. Di dalam bilik tu, mereka mencabarnya bertarung bagi menguji kekuatan.

Keputusannya si budak Fairus kecundang TKO, sampaikan menangis teresak-esak memohon ampun daripada mereka.

Cerita 3 – Si Fairus takut ‘hantu’

Cerita ketiga ni lagi seronok….cerita ‘hantu’ mengganggu rumah sewa si budak Fairus di Taman Guar Perahu yang didiaminya sekarang. ‘Hantu’ tu menggoncang pintu dan mencakar dinding serta tingkap rumah dia.

Pada malam menyeramkan tu….jeng…jeng…jeng…mengesahkan si budak Fairus rupa-rupanya Pendekar Tahi Kucing…confirm.

Dia tak tahu, sebenarnya 'hantu' itu kami yang hantar ...haaa…haaaa…haaa… lain kalilah kita cerita kisah ni.

Siri 8 :
Adun BN desak Fairus letak jawatan...hancusss !