Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Rabu, Disember 03, 2008

Siri 14 : Empat pegawai Fairus letak jawatan,dua menyusul

KEMASKINI-Kesemua mereka memberikan alasan yang sama, “ aku tidak pernah jumpa manusia seteruk itu sikapnya, dia dah tidak boleh diselamatkan lagi ! ”

Kesimpulan tersebut dizahirkan oleh bekas-bekas pegawai TKM 1, yang terdiri daripada setiausaha sulit, politik, akhbar dan pegawai khas.

Jika prinsip “ikut suka aku, aku saja betul, orang lain semuanya salah” termasuklah Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah, hatta Lim Guan Eng sendiri, bagaimana kita hendak menilai sikap ‘pemimpin’ yang sebegini ?

Itu hanyalah secebis sikap ego tidak bertempat, bodoh sombong yang telah sebati dengan si budak Fairus yang tidak mungkin dapat diubati oleh mana-mana pihak, kecuali nyawanya direntap malaikat maut-Izrail.

Empat bekas pegawainya berkhidmat paling lama empat bulan dan paling cepat 10 hari adalah Sdr Hazry, Sdr. Zulkifli, Sdr. Shahrulazilan dan Sdr. Mohd Azim.

Sementara Sdr. Rezal Huzairi dan Sdr Farid Wajdi telah menghantar notis perletakan jawatan mereka berkuatkuasa 31 Disember depan. Kedua-dua mereka akan mula bercuti pada 15 Disember.

Ini bererti dalam masa lapan bulan Pakatan Rakyat memerintah TKM 1 kehilangan enam pegawai. Team Alahai telah menghubungi kesemua mereka baru-baru ini.

Dia kini hanya mempunyai seorang pegawai iaitu Sdr. Zainal Abidin. Si budak Fairus khabarnya kini sedang menggelabah mencari pengganti.

TKM 1 dan TKM 2 Pulau Pinang diperuntukan empat pegawai khas, berbanding hanya tiga bagi exco-exco lain.

Mengutip pengalaman bekas-bekas pegawainya, rasanya kami mampu menghasilkan sebuah novel bertajuk Alahai…Fairus Pengkhianat Rakyat !

Si budak Fairus menganggap para pegawai yang meninggalkannya telah mengkhianatinya dan tidak setia kepadanya. Maknanya kerana tidak mahu bersekongkol dengannya mengkhianati amanah rakyat, mereka semua dianggap musuhnya. Inilah mentaliti si budak Fairus.

Harus diingat, semua pegawai-pegawainya bukannya ‘Otak Umno’ atau ‘yes man’ yang akan mengangguk apa sahaja tindakan boss. Pada mereka yang salah tetap salah, yang benar tetap benarl.

Golongan profesional yang berkhidmat dengannya bukan golongan sokong membawa rebah. Mereka lebih mementingkan amanah rakyat yang memberikan kemenangan kepada PR dan bukannya mengutamakan kepentingan perut TKM 1.

Kalau telah enam orang pegawainya telah cabut, tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan TKM 1 ini...fikir fikirkan !

Contohnya ..boleh sesiapa bayangkan, sehingga ke saat ini, TKM 1 Pulau Pinang TIDAK PERNAH mengadakan mesyuarat bersama pegawai dan kakitangan pejabatnya !

Sebab itu, tidak hairanlah Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) menghantar surat mendesak dia meletak jawatan sebagai Presiden kerana selepas mengambil alih jawatan daripada Dr Koh Tsu Koon, April lepas, antara sebabnya kerana dia TIDAK PERNAH mengadakan mesyuarat FAP bagi menyelesaikan dan merancang program FAP.

Maknanya, kalau persatuanpun dia tak boleh handle, bagaimana hendak tadbir negeri !

Akhirnya bulan lepas dia dengan berat hati meletak jawatan, namun berbohong kepada rakyat, kononnya meletakkan jawatan kerana ingin menumpukan perhatian kepada pentadbiran negeri!

Jadi tidak hairanlah jika para pegawainya berkongsi perasaan 'nak mengaku sebagai pegawai TKM 1 pun kami malu.'

Kehadiran Sdr Azim seorang konsultan untuk membantunya sebagai Setiausaha Sulit pada 26 Oktober, tetapi kemudiaannya meletak jawatan pada 10 November lalu dianggap sebagai paku terakhir keranda TKM 1.

Untuk makluman, Sdr. Azim pernah berkhidmat dengan jutawan Datuk Ishak Ismail, bekas pengerusi KFC Holding (M) Berhad. Buah fikirannya biasanya diperlukan bagi menyelamatkan syarikat-syarikat yang nazak.

Namun dalam kes TKM 1, komen Azim, "aku tidak boleh buang masa, buang tenaga, buang duit, tidak nampak tanda-tanda dia mahu mengubah perangai buruknya."

Kita akan berkongsi pengalaman dengan kisah pegawai-pegawai berkenaan pada siri akan datang …..

Nota : Maklumat mutakhir- 'Penasihat undang-undang' (tidak rasmi) peguam Sdr Nasrul Omar bekas rakan kongsi Roslan Kassim, juga telah menarik diri daripada membantu TKM 1.
.