Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH

Dari Umno Fairus Datang Kpd Umno Dia Kembali-ALFATIHAH
Syukur Fairus Keluar Keadilan-Dr Syed Husin

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

Akhbar Cina Dah Lama Kata Fairus Gagal

JOM PI RAMAI-RAMAI

JOM PI RAMAI-RAMAI

Ingatlah YB Pakatan

" Kepada yang bergelar YB - YB Pakatan, SAMM nak beritahu kerana 'kerja bodoh' anak mudalah sejak 1998 (dan pejuang sebelum itu) kamu nikmati kerusi YB itu. Sekarang semuanya telah Najib perkuda terpulang nak duduk atau bangkit melawan. " - Che'Gu Bard

Jumaat, Mei 29, 2009

Janji calon PKR jika menang

Prinsip-Prinsip Pemerintahan Bakal Timbalan Ketua Menteri 1



Sekiranya saya menang Pilihan Raya Kecil Penanti dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, saya berazam memainkan peranan membantu dan melengkapkan kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng ke arah menterjemahkan dasar-dasar semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan:

1. Mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan serta menghormati hak asasi manusia tanpa diskriminasi dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang.

2. Melaksanakan dasar ekonomi yang mementingkan pertumbuhan dan pembangunan mapan serta pengagihan kekayaan yang adil untuk semua rakyat negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum.

3. Mengiktirafkan pendidikan berkualiti sebagai asas kemajuan setiap insan serta keseluruhan negeri Pulau Pinang, khasnya untuk bersaing dalam sektor teknologi maju (high-tech) dalam era pasca globalisasi.

4. Membasmikan kemiskinan dan memastikan semua keperluan asas seperti makanan, kesihatan, perumahan dan pengangkutan awam dapat dikecapi oleh golongan miskin negeri Pulau Pinang.

5.
Menumpukan perhatian yang sewajarnya kepada kemajuan kawasan-kawasan pedalaman, dari segi infrastruktur serta corak hidup penduduk kawasan tersebut.

6.
Mengiktiraf dan menghargai sumbangan kaum wanita terhadap pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pulau Pinang.

7.
Mengembangkan potensi dan memantapkan peranan belia yang merupakan masa depan Negeri Pulau Pinang dengan program-program bermakna yang akan mengurangkan gejala sosial yang melibatkan anak-anak muda.

8.
Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri teladan di mana rakyat semua kaum dan agama menghormati dan membantu satu sama lain dan hidup bersama secara padu dan aman.

9.
Memupuk keperihatinan terhadap alam sekitar dan menggalakkan gaya hidup yang mesra alam agar persekitaran Pulau Pinang dipulih semula dan kembali menjadi habitat terpilih serta tarikan pelancong utama.

10.
Memandukan pemerintahan negeri Pulau Pinang berdasarkan prinsip dan nilai-nilai kerohanian sejagat dan mewujudkan suatu masyarakat murni dan progresif di Negeri Pulau Pinang.

MANSOR BIN OTHMAN
Calon Parti Keadilan Rakyat
Pilihan Raya Kecil DUN N. 12 Penanti

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Mansor umum 11 piagam untuk rakyat

Oleh Mohd Sabri Said Foto Team Alahai

PENANTI, 29 Mei (Hrkh)- Calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti, Dr Mansor Othman mengumumkan 11 piagam yang bakal dilaksanakan jika rakyat memberi mandat kepadanya menjadi Adun Penanti 31 Mei nanti.

Beliau ketika membentangkan 11 piagam berkenaan menjelaskan, program pertama yang beliau akan laksanakan ialah mewujudkan Pusat Khidmat dalam masa 48 jam sebagai 'One Stop Centre' dan aduan daripada rakyat.

Selain itu beliau akan mengadakan e-mail aduan untuk membolehkan rakyat membuat aduan menerusi internet sepanjang hari di samping menjayakan hasrat dan amalan turun padang ke kampung serta meninjau dari dekat permasalahan rakyat.

Piagam itu juga menyebut bahawa beliau akan mendahulukan kebajikan rakyat serta membanyakan program kebajikan terutamanya membabitkan ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak yatim.

Memberi bimbingan kepada pelajar dengan menwujudkan kelas tambahan secara percuma terutama pelajar miskin dan membina jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Pendidikan dan sebagainya merupakan sebahagian daripada Piagam yang diumumkan semalam.

"Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat Penanti maka sebab itu saya dan parti telah menggariskan 11 piagam untuk tindakan, " jelas Timbalan Pengerusi KeAdILan Pulau Pinang itu dalam sidang media yang diadakan.

Menyentuh mengenai persoalan kenapa bekas Adun Penanti, Fairuz Khairudin tidak kelihatan langsung di Penanti, Mansor menegaskan, beliau kini berada di Australia dan tiada kesempatan turun berkempen.

Dalam pada itu katanya Pakatan Rakyat mengalu-alukan mana-mana pemimpin daripada PAS, KeADILan dan DAP supaya datang dan mendaftarkan diri di urusetia di Yayasan Aman sebelum bertugas menerangkan polisi Kerajaan Pulau Pinang atau membantu jentera sedia ada di semua Jentera Daerah Mengundi KeADILan (JDM).

Turut sama dalam sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, Penanti ialah Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifudin Nasution Ismail dan Pengarah Komunikasi, Johnson Chong.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Khamis, Mei 28, 2009

Zahrain: Semua dakwaan Aminah satu pembohongan

.
Sedutan Bernama

PULAU PINANG: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim semalam menyifatkan segala tuduhan dan dakwaan Aminah Abdullah mengenai parti itu dan dirinya sebagai pembohongan semata-mata.

Katanya calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu cuba mengalihkan fokus sebenar pilihan raya itu dengan mereka pelbagai cerita bertujuan memburukkan imej parti.

"Dia sepatutnya tumpu kepada pilihan raya kecil ini dan ceritalah apa yang hendak dilakukannya untuk penduduk Penanti, bukan buat cerita yang bukan-bukan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Beliau yakin tindakan Aminah mereka cerita kononnya berlaku satu peristiwa di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal dua tahun lalu ada kaitan dengan perasaan tidak puas hati kerana beliau menggantikan Aminah dengan orang lain sebagai Ketua Wanita PKR negeri.

Sehubungan itu, katanya beliau tidak akan membuang masa dengan melayani dakwaan serta tohmahan Aminah itu dan beliau juga tidak teragakagak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berlarutan dan Aminah terus memburuk-burukkan namanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Aminah untuk membuat satu lagi pendedahan baru yang berkaitan secara langsung dengan Zahrain dalam masa terdekat mengenai peristiwa yang berlaku di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal pada 2007.

Sebelum ini, Aminah mendakwa wakil PKR cuba menyogok wang tunai dan jawatan sekiranya beliau menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya berkenaan.BERNAMA

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, Mei 26, 2009

Siri 85 : Aminah mahu sertai semula PKR

.
Aminah Abdullah calon Bebas pilihanraya kecil Penanti, yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang pernah menyatakan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu sebaik Pakatan Rakyat menawan negeri tersebut.

Namun, dia meletakkan syarat, borang penyertaan semulanya itu hendaklah diterima sendiri oleh Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mendedahkan perkara itu, bekas Pegawai Khas TKM 1, Zulkifli Mohamed berkata, Aminah pernah memintanya untuk mengatur program berkenaan.

"Kami bertemu secara kebetulan di majlis pengkebumian jenazah adik Ketua Bahagian PKR Bagan, Farid Arshad di Butterworth beberapa bulan lalu," jelas Zulkifli.

"Ketika berbual sambil minum di sebuah warung, Aminah menyatakan hasratnya untuk kembali berjuang dari dalam parti."

Hasratnya itu turut disokong oleh Farid yang ikut serta dalam perbincangan tersebut.

Farid juga mencadangkan Aminah bertanding untuk jawatan Ketua Wanita Bagan sebaik dia diterima kembali sebagai ahli PKR.

Sebelum mengambil keputusan keluar parti, Aminah adalah Ketua Wanita Bukit Bendera.

Mengakui masih sayangkan PKR, Aminah mendedahkan dia cuma tidak berpuashati dengan beberapa pucuk pimpinan PKR negeri.

Zulkifli kemudiannya membawa perkara itu kepada beberapa pimpinan negeri, namun, mendapat maklumbalas negatif.

Turut serta dalam pertemuan itu suami Aminah, Mohd Rofi Osman dan bekas Ketua Bahagian Bukit Mertajam, Zulkifli Saad.

Semalam, Aminah mendedahkan dia disogok oleh pemimpin PKR agar menarik diri dari bertanding di Penanti.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Penanti tenang tanpa BN

.
Sedutan HarakahDaily

PENANTI- Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, pilihan raya kecil Dun Penanti nyata aman terutamanya apabila Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Kubang Semang sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Penanti pada 23 Mei lalu.

Ceramah yang diadakakan di Kubang Semang itu membariskan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim dan Saifuddin Nasution.

Ini kerana katanya, polis tidak akan 'sibuk' untuk menjadi penggempur dan bekerja untuk BN bagi memastikan kedudukan BN selamat.

"Sejak pagi tadi semasa penamaan calon suasana cukup aman, polis pun tak ramai yang datang, tidak sama seperti prk Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebelum ini.

"Ketika di Kuala Terengganu polis dihantar seramai mungkin hingga mewujudkan suasana seolah-olah Kuala Terengganu berada sebagais ebuah daerah polis," katanya.

Namun kali ini, suasana aman kerana tidak ramai anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal keadaan.

"Kita yakin sebenarnya jika pilihan raya ini tidak diganggu dengan kehadiran polis yang terlalu ramai, ia akan berada dalam keadaan aman," ujarnya.

Menyentuh isu di Perak, Nizar menyifatkan rampasan kuasa yang dilakukan Barisan Nasional (BN) di sana sebagai satu 'perbuatan zalim' di abad ini.

"Tiada perbuatan lain yang sezalim ini, merampas hak rakyat yang memilih kerajaan yang sah dan menggunakan kuasa menghalalkan t]indakan zalim mereka ini," katanya.

Lebih dahsyat lagi kata Nizar, BN menggunakan gelanggang mahkamah bagi mengesahkan lagi tindakan rampasan kuasa itu sebagai satu tindakan halal.

Nizar yang nyata kesal dengan rampasan kuasa oleh BN di Perak itu memberi amaran bahawa tindakan itu hanya akan membuatkan rakyat semakin benci dengan BN.

"Saya menyeru pengundi di Penanti ini agar memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat dalam masa yang sama sebagai singnal kepada kekejaman yang BN lakukan terhadap rakyat di Perak dan rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Inilah peluang kepada rakyat untuk terus menyatakan bantahan kepada kerajaan dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat, katanya lagi.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Mei 25, 2009

Anwar akui suruh Fairus letak jawatan

-
Sedutan Agenda Daily

Pendirian Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti kerana menganggap pilihan raya itu diadakan kerana PKR mahu menyelesaikan kemelut dalamannya, diakui oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Semasa berucap pada program ceramahnya di padang Berapit, Jumaat malam, Anwar yang ingin memperlihatkan bahawa beliau adalah ‘supremo’ dalam pakatan pembangkang memberitahu memang beliau meminta bekas ADUN kawasan itu, Fairus Khairuddin meletakkan jawatan.

“Memang saya menyuruh Fairus meletakkan jawatan. Sebabnya saya mahu Mansor bertanding kerana Mansor orang yang mempunyai kelayakan dan sesuai menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi membantu Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya.

Baca seterusnya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, Mei 22, 2009

Siri 84 : Bakal calon bebas terbabit kes bunuh ?

Difahamkan sehingga kini, seramai empat calon bebas telah mengambil borang pencalonan untuk menyertai pilihanraya kecil Penanti. Namun, yang telah mengisytiharkan diri untuk bertanding adalah Aminah Abdullah dan Mohd Sabri Osman, sementara Nai Khan Ari sedang mempertimbangkan keputusannya.

Siapa calon-calon bebas ini ?

Sabri Osman adalah anak kelahiran Kubang Semang, Penanti. Keluarganya kini menetap di Permatang Buloh, Sungai Dua Tasek Gelugor.

Merupakan 'Ayahanda' dalam sebuah pertubuhan yang dianggotainya-PEKIDA.

Menurut teman rapatnya, Sabri pernah ditahan polis kerana terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki Cina, di mana mayatnya dibakar di dalam sebuah kereta di sebuah kebun kelapa sawit. Kejadian berlaku sekitar Nibong Tebal, Pulau Pinang beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, jelas temannya, Sabri dibebaskan kerana tidak cukup bukti.

"Dia nak jadi calon, kerana nak 'pau duit' saja," jelas temannya itu.

Sementara itu, Aminah Abdullah bekas Ketua Bahagian PKR Bukit Bendera dan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, mengambil keputusan meninggalkan PKR setelah suaminya Rafie Othman tewas dalam pemilihan untuk jawatan Ketua Bahagian kepada YB Jason Ong, sebelum pilihanraya 2008.

Dalam rombakan struktur PKR negeri kemudiannya, Aminah digugurkan sebagai Ketua Wanita Negeri, berikutan prestasi kerjanya yang tidak memuaskan.

Aminah berselindung kononnya terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya didalangi oleh beberapa pimpinan negeri. Justeru itu, dia bersama suaminya kini sedang menuntut keadilan terhadap dirinya.

Kedua-dua suami isteri itu kini bergiat dalam Gerakan Demokrasi ( GERAK) yang ditubuhkan oleh bekas Ketua AMK Mohd Ezam Mohd Noor yang kembali kepangkuan Umno.

Aminah juga mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan Pengarah Pilihanraya PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu, lelaki berketurunan Siam Nai Khan Ari, 41, adalah anak kelahiran perkampungan Siam di Teluk Wang, Penanti. Satu-satunya kampung dalam Penanti yang agak mundur, bersempadan dengan Kedah.

Juga satu-satunya kampung yang menjadi kubu BN sejak merdeka. Mempunyai pengundi sekitar 500 orang dengan hanya satu saluran mengundi. PKR hanya pernah menang sekali, dengan majoriti 43 undi pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Nai Khan Ari, kini menetap di Lunas Kedah.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, Mei 20, 2009

Siri 83 : PAS P. Pauh akur ahli mahu bantu PKR

.
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan terpaksa akur dengan suara akar umbi parti itu yang mahukan PAS bekerjasama dengan PKR dalam pilihanraya kecil Penanti.

Pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh, semalam, parti itu memutuskan untuk membantu jentera pilihanraya PKR.

Meskipun menurut sumber parti itu, terdapat pandangan segelintir pemimpin PAS yang mahu membekukan jentera pilihanraya mereka, namun ia berakhir dengan kata sepakat PAS mesti membantu PKR berlandaskan arahan PAS Negeri dan Pusat.

"Omar Hassan terpaksa akur dengan suara majoriti," jelas sumber itu.

"Bagaimana kami mahu memboikot PKR, kerana selama ini kami tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan-rakan PKR, bahkan PKR banyak membantu kami selama ini," ulangnya.

Lainlah, katanya jika arahan itu diputuskan oleh PAS negeri atau Pusat.

Alahai .... sebelum ini mendedahkan sikap Omar yang mahukan PAS memboikot jentera pilihanraya PKR di Penanti.

Dia juga mengarahkan secara lisan menyeru ahli parti itu tidak keluar mengundi, atau mengundi calon lain selain PKR.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

BN ada asas kukuh tidak tanding di Penanti

.
Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 19 Mei - Barisan Nasional (BN) mempunyai asas-asas kukuh apabila membuat keputusan tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak termasuk parti pembangkang.

''Keputusan sudah dibuat oleh BN, mereka (pembangkang) boleh kata apa saja.

''Kita ada asas-asas kukuh dan sebab musabab kenapa kita buat begitu," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan dengan para sasterawan negara di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita berhubung dakwaan pembangkang bahawa BN 'tidak berani' untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Ditanya sama ada keputusan itu akan memberi kesan negatif terhadap BN, beliau menafikannya.

Ini kerana, jelas beliau, BN akan bertanding pada pilihan raya umum yang diadakan pada setiap lima tahun.

Mengenai keputusan tersebut yang mungkin akan dijadikan modal oleh parti-parti pembangkang untuk terus 'membelasah' BN, Muhyiddin memberitahu, ia sememangnya sudah menjadi sifat semulajadi mereka.

''Tiada pilihan raya pun kita sentiasa dibelasah oleh mereka (pembangkang)," ujarnya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, Mei 19, 2009

BN takut : PKR belum tentu menang selesa

.
Zanariah Abd. Mutalib ( mStar )

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berada dalam kedudukan selesa untuk menang walaupun Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak akan meletakkan calonnya di Penanti, kata salah seorang pemimpin kanannya hari ini.

Sambil mengalu-alukan keputusan BN untuk tidak bersaing pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pendirian itu tidak menandakan Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan selesa.

Pakatan Rakyat menjangkakan kemungkinan ramai lagi calon Bebas akan bertanding, kata Menteri Besar Selangor itu di sini hari ini.

Setakat ini calon PKR dan Bebas sudah pasti akan bertanding di Penanti.

BN mengumumkan pendiriannya semalam.


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

YDP PAS P.Pauh terus berdolak dalik

.
Ekoran pendedahan Alahai, Pas P.Pauh tentu pendirian hari ini

Berita Harian

GEORGETOWN: Pas Permatang Pauh akan menentukan pendiriannya berhubung pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini, hari ini.

Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan, berkata mesyuarat itu akan dihadiri Ahli Jawatankuasa Pas kawasan bagi membincangkan pelbagai perkara, termasuk pendirian Pas kawasan terhadap pilihan raya kecil itu.

"Pelbagai perkara akan dibincang termasuk pendirian sebenar kami dalam pilihan raya Penanti," katanya ketika dihubungi di sini apabila diminta mengulas kandungan sebuah blog, semalam.

Blog itu mendedahkan Pas Permatang Pauh mengeluar arahan melarang ahlinya mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Penanti.

Blog terkenal dengan kecamannya terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin, mendakwa arahan itu dibuat Omar.

Memetik kenyataan sumber Pas, Omar didakwa mengarah ahli parti supaya tidak keluar mengundi atau jika mengundi, mereka diminta merosakkan undi atau tidak mengundi calon PKR.

"Omar mengeluarkan arahan itu apabila ditanya seorang daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas berhubung kedudukan jentera pilihan raya parti itu dalam pilihan raya kecil berkenaan," kata sumber Pas itu.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Mei 18, 2009

Siri 82 : YDP PAS P.Pauh arah jangan undi PKR

.
Bukan setakat memboikot jentera pilihanraya, bahkan ahli-ahli PAS Permatang Pauh dilarang keluar mengundi. Jika mengundi juga, ahli PAS hendaklah merosakkan undi, atau mengundi calon lain selain PKR bagi memastikan calon Umno ( jika bertanding) menang.

Arahan lisan itu dikeluarkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan dalam perjumpaannya dengan Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh, baru-baru ini.

Menurut sumber parti itu, Omar mengeluarkan arahan itu apabila disoal oleh salah seorang daripada AJK PAS berhubung kedudukan jentera pilihanraya parti itu dalam pilihanraya kecil Penanti.

Omar yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang, dikatakan 'membetulkan' jawapan daripada Ketua Cawangan Mengkuang Titi, Ustaz Khalid, yang menjawab soalan berkenaan sebelumnya.

Sayap Pemuda dan Muslimat kawasan berkenaan turut mengambil langkah yang sama, meskipun Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang secara jelas mengeluarkan kenyataan PAS menyokong dan akan membantu PKR.

PAS kawasan itu, sebelum ini secara terbuka menuntut kerusi Penanti diserahkan kepada parti itu.

Menjadi rahsia umum, pimpinan PAS yang diterajui Omar sejak sekian lama tidak mempunyai hubungan yang baik dengan PKR.

Pada pilihanraya 2004, Omar bersama Pengarah Pilihanraya PAS negeri ketika itu Mazlan Ismail, pernah mengadakan 'road show' secara terbuka, menyeru ahli-ahlinya memboikot PKR Pulau Pinang.

Ketika itu mereka menuntut agar PAS diberikan kerusi yang lebih termasuk menuntut kerusi Penanti, dan akan meletakkan calon di Parlimen Permatang Pauh dan bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru.

Bagaimanapun PAS pusat tidak memenuhi tuntutan itu, apabila sebahagian akar umbi PAS menghantar memorandum kepada pimpinan tertinggi parti itu, menolak tindakan pemimpin mereka.

Kerusi Penanti tetap diberikan kepada PKR melalui calonnya Anwar Shaari yang ketika itu Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh.

Bagaimanapun, akibat gerakan terbuka anti PKR itu, kerusi Penanti berjaya dimenangi Umno melalui Datuk Abdul Jalil Majid yang sebelum itu disandang calon PKR Abdul Rahman Kadir.

Sementara Dr Wan Azizah hanya mampu bertahan dengan majoriti 590 undi untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar ketika itu masih di jerejak besi penjara Sungai Buloh.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

PKR terus 'memancing' di Penanti

.
Sedutan Berani Buat Pilihan

Keputusan untuk UMNO meletakkan calon ataupun tidak di Penanti hanya akan ditentukan esok ( 18 Mei ). Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zahid Hamidi telah menegaskan, keputusan untuk bertanding hanyalah diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti dan jika ada pertandingan, semua persiapan telah pun disediakan termasuklah calonnya sekali.

Dalam pada itu, PKR terus memancing dengan dakyah-dakyah politik mengatakan kedudukan mereka dalam bahaya di Penanti setelah ada beberapa ekor ulat sedang membuat kacau di dalam parti mereka. Ulat-ulat tersebut dikatakan lebih sudu dari kuah dan telah menyebabkan pengundi-pengundi PKR di Penanti bakal beralih arah.

Waaahhh...kalau macam tu UMNO kena letak calon nie, penyokong-penyokong PKR telah berpaling arah....hahahahahhaa....gamaknya itulah harapan PKR kepada UMNO apabila dakyah-dakyah mereka tersebar....

DES : Pancing, jangan tak pancing...PKR tidak akan lena tidur selagi UMNO tidak mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding atau pun tidak...

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Ahad, Mei 17, 2009

PKR dalam bahaya di Penanti


Sedutan dari
Kedaikopitepimasjid

Berita sohih. Tak dak pusing2.

Sila ambil perhatian!!! PKR dalam bahaya.

Beberapa kampung dalam Dun Penanti akan memboikot calon daripada PKR. Kepada pemimpin2 PKR, ini adalah berita sohih, jadi sila ambil perhatian.

Masalah bukan berlaku disebabkan oleh calon, tapi pembantu calon yang lebih sudu dari kuah. Bersihkan segera pembantu ini. Siapa?.... kepada AMK dan UKP Pmtg Pauh, anda pasti arif tentang pembantu yang saya sebutkan. sekiranya dia masih dibiarkan berkhidmat utk calon, kemungkinan besar undi akan mengecut.

Karatnya pembantu ini masih menebal. Busuk mulutnya banyak mengecilkan hati para pengundi. Calon dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat bukan rakyat yang akan berkhidmat untuk calon.

Ingat...

'Satu undi amat bermakna'

akira8047
kedaikopitepimasjid

Antara komen pengunjung yang diterima kedaikopitepimasjid

Tanpa Nama along berkata...

tolong siasat segera. sekiranya benar, sila buat pembersihan. kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

2009 Mei 17 16:28
Tanpa Nama Penangites bertakata...

salam...

cadangan saya agar dapat dimaklumkan pada webmaster N.12 ADUN Penanti di http://n12adunpenanti.blogspot.com/ ATAU tinggalkan komen anda ini di blog tersebut.

2009 Mei 17 16:29
Blogger Hijat Panjang... berkata...

siapa kah pembantu calon yg lebih kuah dari sudu atau lebih sudu dari kuah? amirul sg ara? non pomen ex-PA TKM 1? rahman ahli majlis? che'gu zul? sapa dia?

2009 Mei 17 16:33
Blogger keADILan Bayan Baru™ berkata...

Yaa... saya setuju dengan Penangites, agar segera dimaklumkan pada webmaster N.12 ADUN Penanti agar Pembantu calon dapat dinasihatkan atau ditukarkan demi kesejahteraan PRK Penanti...

2009 Mei 17 16:36
Tanpa Nama Keadilan Supporter berkata...

Poji Padang Ibu ka? Fahmi bundle?

2009 Mei 17 18:13

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Anifah Aman buka cerita Altantuya pada Hillary Clinton

Hishamuddin Rais ( Tukar Tiub )

Bodoh ini ada berbagai-bagai. Masok sekolah, masuk maktab, masuk pondok, masuk kuliah atau masuk universiti tidak akan menjamin dapat menghilangkan kebodohan. Ini telah terbukti kelmarin apabila Menteri Luar Malaysia telah menunjukkan kebodohannya yang amat sangat dihadapan wartawan antarabangsa di Washington DC.

Ketika sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Puan Hillary Clinton, Mamat ini telah membuka cerita Altantuya secara resmi. Ini bermula apabila ada soalan dari wartawan yang ingin bertanya tentang dasar kerajaan Amerika terhadap kes pertuduhan ke dua ke atas Anwar Ibrahim.

Kerajaan Amerika dalam laporan tahunan telah menerangkan bahawa kes ini adalah kes rekaan. Tuduhan ke atas Anwar Ibrahim dirancang dengan tujuan untuk memastikan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional selamat. Dasar kerajaan Amerika ini masih tidak berubah.

Puan Hillary Clinton ketika menjawab tidak pun menyebut nama Anwar Ibrahim kerana beliau berdiplomasi dan mewakili kerajaan. Hillary hanya menyatakan bahawa dasar lama itu masih dipakai. Tetapi Mamat yang mengaku dirinya bekerja sebagai Menteri Luar Malaysia ini telah terbarai dan tercirit mulutnya.

Dengan gigi tersengeh, Mamat ini bergebang panjang dan bercerita tentang Perak, tentang harga durian, tentang harga petai, tentang harga telor masin, tentang Pak Man Telo, tentang kedai bundle. Mamat ini betul betul macam penceramah politik yang dapat mikropone tetapi tak tahu bila hendak berhenti.

Perit Mamat ini. Bodoh Mamat ini. Kalau betul cerita yang Mamat ini telah dilamar oleh Anwar Ibrahim untuk menjadi bakal Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Pakatan Rakyat, maknanya adalah lebih selamat kalau Rahim Tambik Kecik jadi guru besar di Sekolah Tun Fatimah.

Mamat ini sedang nyawa-nyawa ikan. Dalam masa yang tidak lama Mamat ini pasti akan diberhentikan.

Kenapa ? Tak kan tak tahu. Bik Mama mesti marah menyinga. Potong stim tak dapat bergambar di Rumah Puteh.

Tanpa ditanya, tanpa disoal, tanpa diherdik – si Mamat ini telah bercerita tentang gadis cun Altantuya di hadapan Puan Hillary Clinton.

Tidak ada sesiapa yang bertanya tentang penglibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya – tup tup Mamat ini bercerita yang si Anwar Ibrahim ada bukti yang Najib terlibat. Mamat ini dengan gagah berani berkata bahawa dia sedang menunggu bukti dari Anwar Ibrahim.

Ya! Ampoon kenapa bodoh sangat Mamat ini. Kalau macam ini lebih baik Zainuddin Mydin jadi pensyarah English Literature.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Runtuh BN, tegaklah politik baru

.
Lee Ban Chen


Politik baru yang menjadi tumpuan di negara kita sejak penghujung abad ke-20 boleh ditakrifkan sebagai proses politik yang merupakan gerakan reformasi menentang korupsi, kronisme dan nepotisme.

Ia bertujuan memperjuangkan dasar-dasar kerajaan yang lebih bebas, demokratik, adil dan progresif bersesuaian dengan kepentingan masyarakat sivil, hak-hak asasi manusia serta nilai-nilai universal.

Sedangkan politik perkauman pula jati diri politik Umno, Perikatan atau Barisan Nasional yang bermula dengan penggantian slogan “merdeka” yang dikemukakan oleh Melayu progresif dengan slogan “Hidup Melayu” pada 1947 apabila Umno ditubuhkan.

Parti-parti politik berasaskan kaum sentiasa mendakwa diri mereka sebagai wakil kepentingan kaum terbabit dan kononnya memperjuangkan kedudukan, hak-hak dan kepentingan kaum masing-masing. Pada hakikatnya mereka sering memperalatkan nama dan sentimen kaum untuk mencapai kepentingan peribadi golongan berkuasa dan kroni-kroninya.

Sejak penubuhan, politik perkauman Umno, Perikatan atau Barisan Nasional secara berterusan memenangi setiap pilihanraya umum, seolah-olah institusi politik perkaumannya sudah terlalu berakar-umbi dan tidak dapat dikalahkan lagi.

Kerana, jika tampuk pemerintahan mereka terancam, maka mereka dengan tidak teragak-agak dan sewenang-wenang akan menggunakan akta ISA untuk menahan musuh politiknya, malah digertak dengan ulangan tragedi 13 Mei.

Namun tsunami politik 8 Mac 2008 sudah membuktikan bahawa ideologi politik baru yang rentas sempadan kaum, politik perkauman Umno, Perikatan atau Barisan Nasional juga boleh dikalahkan.

Dengan kata lain, dakwaan bahawa Umno atau Barisan Nasional tidak terkalahkan sudah menjadi dongeng politik pra-8 Mac!

Pakatan Rakyat, terutama di lima negeri yang diperintahnya, seolah-olah sudah diamanahkan dengan tugas untuk melaksanakan politik baru di negara kita.

Pada umumnya mereka disambut baik oleh rakyat pelbagai kaum sehingga rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak - yang mengingkari kemahuan pengundi - telah dihukum dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan majoriti yang lebih besar berbanding dengan majoriti yang diperolehi oleh calon-calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu.

Umno dan parti-parti komponen BN terpaksa mengaku kini mereka sudah tiada pilihan lagi melainkan berubah atau diubahkan. Kekalahan pada pilihanraya kecil di dua Bukit itu sudah mematikan akal Umno dan Barisan Nasional seperti runggutan timbalan perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kekecewaan bahawa peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada pengundi seolah-olah tidak dihargai! Barisan Nasional mungkin tidak mahu mengambil risiko untuk meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan di DUN Penanti, Pulau Pinang untuk mengelak nasib yang sama seperti pada pilihanraya kecil awal April lalu.

Meskipun saf pimpinan baru Umno dalam era Najib Razak berjanji akan berubah dengan slogan baru "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, dan pencapaian diutamakan", namun tidak ramai yang percaya politik perkauman Umno sanggup diubah.

Sebab-sebabnya:

Pertama, peluang keemasan bagi Umno berubah sepatutnya selepas pilihanraya umum 2004 sewaktu perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi telah diberi mandat yang kuat. Namun mandat itu telah disia-siakan kerana Pak Lah tidak berupaya melaksanakan perubahan seperti yang dijanjikan.

Beliau malah terpaksa berundur selepas tsunami 8 Mac akibat tentangan dan desakan kumpulan Dr Mahathir Mohamad-Najib-Muhyiddin dari dalaman dan strategi rampasan kuasa Anwar yang adventuris dan agresif dari luar.

Kedua, perdana menteri baru dibebani banyak unsur negatif, termasuk:

bullet buttonBeliau masih dibelenggu momok kes bunuh Altantuya Shaariibuu dan skandal pembelian kapal selam Scorpene. Tidak disangka, Dr Mahathir juga berpendapat bahawa Najib perlu berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya - yang tercalar dengan isu Altantuya dalam media luar negara - agar persepsi negatif rakyat dapat dihakiskan.

bullet buttonDr Mahathir yang berjaya memainkan peranan “king maker” seakan-akan berlagak sebagai pemimpin de facto Umno dan cuba “mempengaruhi” setiap keputusan Umno – daripada kelayakan ahli kabinet baru Najib sehingga sama ada patut atau tidak Barisan Nasional meletakkan calonnya dalam pilihanraya DUN Penanti, 23 Mei ini.

bullet buttonImej “sederhana” yang cuba dibina melalui gagasan "Satu Malaysia", pembebasan tahanan ISA dan pemansuhan larangan terhadap terbitan Harakah dan Suara Keadilan tercemar dengan begitu cepat sekali kerana:

(a) Beliau elak mengulas laporan Utusan Malaysia yang menyeru ‘Bangkitlah Melayu’ agar bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat "semakin keterlaluan” yang nyata sekali amat bersifat rasis dan bertentangan dengan gagasan "Satu Malaysia" anjuran Najib.

(b) Baru-baru ini tiga orang dilaporkan menjadi mangsa terbaru akta ISA dan menteri penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim mempertahankan ISA dalam satu program televisyen BBC.

Malah beliau memberi arahan kepada pengendali-pengendali stesen TV dan radio swasta agar aspirasi kerajaan hendaklah disebarkan dengan secukupnya demi menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya yang akan datang.

(c) Kebebasan media tersekat, misalnya wujud arahan agar nama-nama Abdul Razak Abdullah Baginda, Najib dan isterinya tidak disebut dalam segala laporan media berkaitan dengan kes Altantuya.

(d) Politik perkauman Umno dan Barisan Nasional yang sudah diinstitusikan melalui dasar-dasar kerajaan dan kumpulan berkepentingan tentu cuba mengekalkannya demi mempertahankan kuasa politik dan kepentingan individu.

Jika perubahan Umno dalam era Najib hanya “indah khabar daripada rupa”, maka adakah politik baru Pakatan Rakyat boleh diharapkan?

Kemenangan calon Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan keraguan BN untuk meletakkan calon di DUN Penanti secara simbolik membayangkan sokongan pengundi kepada pakatan tersebut untuk memperjuangkan politik baru sungguhpun ia juga pernah mengecewakan mereka, terutamanya:

* Rampasan kuasa melalui lompatan parti secara beramai-ramai - seperti dijanjikan oleh Pakatan amnya dan Anwar Ibrahim khasnya - terbukti gagal, penyokong PK seolah-olah terperdaya dalam perkara ini.

* Taktik melompat parti yang digunakan Anwar sebaliknya diperalat Barisan Nasional untuk merampas kuasa kerajaan gabungan pembangkang di Perak dan menimbulkan krisis perlembagaan, hingga sekarang.

* Selepas rampasan kuasa Anwar gagal, kumpulan presiden PAS Abdul Hadi Awang pula dilaporkan ingin menghidupkan perbincangan dengan Umno berkaitan penubuhan kerajaaan perpaduan dengan BN. Mujurlah isu itu kini kelihatan sudah tinggal dalam lipatan sejarah.

* Perselisihan faham dan pergeseran perwatakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sering berlaku secara terbuka.

* Kewujudan anasir-anasir oportunis, korup dan tidak bertanggungjawab dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, merealisasikan cita-cita politik baru di negara kita menjadi tugas sejarah yang patut dipikul oleh seluruh rakyat Malaysia, antara lain:

* Benteng politik perkauman Umno dan Barisan Nasional mesti ditumpaskan sebelum politik baru dapat bertapak, proses ini perlu dimulai daripada penolakan secara tuntas segala dasar, falsafah dan institusi politik perkauman di negara kita.

* Pakatan Rakyat yang longgar perlu disusun semula melalui penggubalan program minimum bersama dan rumusan disiplin yang dapat dikuatkuasakan.

* Prinsip "mencari persamaan sementara menyimpan perbezaan" (atau, seek common grounds while reserving differences) yang menjadi semangat barisan bersatu perlu dihayati dan diamalkan demi kepentingan perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

* Bersedia untuk memenangi pilihanraya umum akan datang agar sistem dua barisan, iaitu persaingan yang lebih adil dan seimbang antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional dapat diwujudkan demi kepentingan politik baru negara kita.

* Masyarakat sivil dan badan-badan bukan kerajaan hendaklah menentang politik perkauman baik daripada BN atau Pakatan Rakyat agar politik baru dapat bertapak dan berakar umbi di negara kita.


Artikel ini diubahsuai daripada ucapan penulis di seminar anjuran bersama Therocknews.com dan jawatankuasa hak sivil Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan KL pada 22 April 2009

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Selasa, Mei 12, 2009

Krisis di Perak sudah jadi politik kartun

.
Oleh Zuharman MN ( Harakahdaily)

Petang semalam Dato' Seri Nizar Jamaluddin disahkan Menteri Besar Perak. Tiba-tiba petang ini pula Dato' Dr Zambry Abdul Kadir diberi semula jawatan itu.

Tidakkah situasi ini memeningkan. Rakyat di bawah lebih bercelaru lagi apabila mengikuti perkembangan kes di Perak sekarang.

Apakah babak-babak kartun sudah mulai meresap ke dalam politik Malaysia.

Anggota parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin berkata, krisis politik di Perak tidak akan selesai selagi mandat tidak dikembalikan kepada rakyat.

"Mahkamah bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Perak sekarang. Tengoklah apa yang berlaku hari ini. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar.

"Tetapi hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi. Tidakkah ini seperti kartun yang ditertawakan orang luar," katanya ketika ditemui di sini.

Hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali yang mendengar permohonan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad berkata, mahkamah bukan lagi jalan terbaik bagi menyelesaikan isu yang berbangkit di Perak sekarang.

"Ini kerana dari awal lagi krisis di Perak berpunca daripada sikap rakus pemimpin Umno selepas hilang kuasa pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, BN terlalu takut kehilangan kuasa yang dirampas Febuari lalu apabila segera membuat rayuan bagi menghalang keputusan dibuat Mahkamah Tinggi.

"BN perlu menyedari keangkuhan dan kerakusan akan membawa padah. Sepatutnya mereka lebih profesional sebelum bertindak merampas Perak dahulu," ujarnya.

Menurutnya impak daripada rampasan kuasa tersebut secara jelas menyebabkan suasana di Perak tidak lagi tenteram.

Bagaimanapun kata beliau peluang untuk kembali landasan asal masih ada sekiranya diberi semula kepada rakyat bagi menentukan hak mereka sebagai pemilih.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

MB sah: Pakatan sedia kerjasama dengan BN tapi mahu DUN dibubar



.










MULA BERTUGAS...Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin memulakan tugas seawal pukul 7:30 pagi tadi. Foto THE STAR Oleh: SAIFUL BAHRI.

Oleh G. Manimaran

IPOH: Susulan keputusan mahkamah semalam Pakatan Rakyat bersedia untuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) mengatasi kemelut tiga bulan, tetapi mahu DUN dibubarkan untuk pilihan raya baru.

"Kita mahu kembali kepada rakyat, biar rakyat membuat keputusan," kata Exco Kanan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, Datuk Ngeh Khoo Ham ketika ditemui di sini.

Pengerusi DAP Perak itu berkata, mahkamah bukan tempat yang sesuai untuk menyelesaikan kemelut politik Perak.

Terdahulu Exco Pakatan memasuki bangunan SUK pukul 7.30 pagi tadi dengan diketuai Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang disahkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh mahkamah semalam.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Najib berkata, kerjasama kedua-dua pihak mestilah menjurus kepada saling hormat menghormati antara satu sama lain dan mematuhi undang-undang negara.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang tidak pernah menolak ruang untuk berbincang dengan mana-mana pihak termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, tidak ada alasan untuk pakatan pembangkang menolak niat baik mana-mana pihak yang mahu mengadakan perbincangan demi kepentingan rakyat.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Isnin, Mei 11, 2009

SUK Perak jerkah Nizar depan Raja Nazrin

.
Di bawah adalah kandungan ucapan DS Nizar yang wajar setiap warga rakyat yang cinta demokrasi perlu tahu. Ucapan sulung di khalayak awam untuk tatapan rakyat marhaen.. alBanjari bawakan catatan ini eksklusif di blog ini.

HARI INI TANGGAL 8 MEI 2009, BERTEMPAT DI BATU 8 BUKIT GANTANG, MB NIZAR MB PERAK YANG SAH TELAH DATANG BERCERAMAH DI SINI BAGI MENCERITAKAN DEMOKRASI PERAK YANG TELAH DILACURKAN OLEH BN.

YB NIZAR MEMILIH BUKIT GANTANG KERANA DI SINILAH BERMULANYA PEMBELOTAN SI OSMAN JAILU DAN DI SINILAH YB NIZAR DIJULANG MENJADI AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG YANG BARU MENGGANTIKAN ALLAHYARHAM ROSLAN SHAHRUM. DIJULANG KEMENANGAN MELALUI PILIHANRAYA YANG ADIL DAN SAH BUKANNYA PILIHANRAYA DI BAWAH SYILING.

MB NIZAR TELAH MENCERITAKAN DARI AWAL SEJARAH 7 MEI HINGGALAH DEMOKRASI TELAH DILACURKAN OLEH BN YANG MENUNNJUKKAN KEPADA DUNIA BETAPA TERUKNYA DEMOKRASI DI SINI.

TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH FILIPINA,INDONESIA,THAILAND,MYANMAR DAN SEJARAH DUNIA SPEAKER DIMALUKAN DAN DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA IBARAT BINATANG YANG TIDAK BERTUAN.

TATKALA SEJARAH TERSEBUT BERLANGSUNG MEDIA2 SEPERTI DARI PERANCIS JUGA MEMBUAT LIPUTAN TERSEBUT DAN SEHABISNYA SIDANG, MEREKA TERUS MENDAPATKAN MB NIZAR BAGI MENGETAHUI BISIKAN RAJA NAZRIN KEPADA MB NIZAR.

PADA MALAM TERSEBUT JUGA MB NIZAR TELAH BERJANJI AKAN MENDEDAHKAN KRONOLOGI PERISTIWA TERSEBUT DARI MULA HINGGALAH KE AKHIRNYA DI DALAM BLOG BELIAU. JUSTERU, DI BUKIT GANTANG INI MB NIZAR HANYA MENCERITAKAN 80 PERATUS DARI SEJARAH TERSEBUT.

PARA HADIRIN YANG HADIR BEGITU TERKEJUT BILA MB NIZAR MENCERITAKAN PERISTIWA DI HADAPAN LIF KETIKA MENGIRINGI RAJA NAZRIN TURUN KE BAWAH. MB NIZAR TELAH DIJERKAH OLEH SUK JANGAN TURUN BERSAMA BAGINDA.

NAMUN KATA2 SUK MATI DI SITU APABILA RAJA NAZRIN MENYURUH MB NIZAR MASUK BERSAMA BAGINDA KE DALAM LIF. LIHATLAH MALAYSIA SIAPA DERHAKA? DIMANAKAH ADABNYA SUK MENJERKAH MB NIZAR DIHADAPAN BAGINDA SULTAN? AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN...

Baca seterusnya

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Beranikah Sultan bubar DUN Perak ?

Inilah Masanya Untuk Bubar DUN

Mohd Sayuti Omar ( Merah Tinta )

MAKLUMAT terkini, Nizar Jamaluddin akan memohon untuk menghadap Sultan Perak, Paduka Sultan Raja Azlan Shah (foto) untuk memohon agar DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Kini Nizar dikatakan akan meminta untuk menghadap dalam waktu seberapa segera yang dapat.

Langkah Nizar itu berikut keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi yang mengisytiharkan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. Pengisytiharan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Abdul Aziz Rahim.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu menyebabkan keadaan politik Perak yang bercelaru sebelum ini menjadi makin celaru dan mengelirukan. Keputusan itu juga menyebabkan Zambry Abdul Kadir tidak ada hak lagi untuk bertakhta sebagai Menteri Besar.

Sehubungan itu Nizar dikatakan telah meminta Zambry dan kesemua Exconya meletakkan jawatan secara terhormat ekoran keputusan mahkamah berkenaan.
Sebenarnya, Nizar tidak payah meminta Zambry letak jawatan sebab pengisytiharan mahkamah itu secara automatik kedudukan Zambry sebagai MB dan kesemua Exconya gugur.
Sekiranya Zambry dan para Exconya ada maruah dan air muka mereka akan meletakkan jawatannya dengan sendiri pada malam ini juga.

Dalam perkembangan lain, satu laporan menyebut Zambry dikatakan akan meninggalkan bangunan pentadbiran kerajaan Perak esok. Dipercayai langkah itu akan diturut serta oleh para Exconya.

Persoalannya kini, apakah Sultan Perak sedia menerima Nizar menghadap dan memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak? Sebelum ini pun sudah dua kali Nizar minta untuk menghadap tetapi tidak boleh.

Apakah dengan keputusan Mahkamah Tinggi tadi ia akan membuat pintu hati Sultan Perak yang terkenal sebagai seorang berhemah dan bijsaksana itu untuk menerima Nizar dan mendengar apa-apa yang akan diperkatakan oleh Menteri Besar yang sah itu?
Atas kapasitinya sebagai MB berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi, Raja Azlan tidak ada sebab untuk tidak menerima menghadap Nizar!

Sekiranya Nizar dibenar menghadap dan beliau memohon agar DUN dibubarkan rasanya adalah baik kalau Raja Azlan bersetuju bagi menamatkan kemelut dan krisis politik di Perak inilah ketika dan masanya yang paling baik. Keputusan mahkamah tadi juga boleh dijadikan alasan konkrit untuk berbuat demikian. Pembubaran DUN adalah penyelesaian yang paling berkesan dan adil.

Walaupun UBN masih ada peluang untuk menyingkirkan Nizar menerusi undi tidak percaya di DUN Perak, kerana mereka mempunyai kelebihan tiga undi namun kejayaan itu kelak tidak akan menyelesaikan masalah. Berbagai kesalahan teknikal akan dilakukan untuk terus menggugat kestabilan kerajaan UBN.

Sekiranya pilihan raya diadakan semula dan mandat diperolehi sesiapa pun selepas ini tidak akan boleh membangkitkan apa-apa peristiwa yang telah berlaku dan keputusan atau suara rakyat yang baru itu hendaklah dihormati.

Sekiranya selepas diadakan pilihan raya ini masih ada pihak yang berdegil dan tidak berpuas hati maka saat itulah pihak berkenaan boleh dianggap tidak bertamadun dan mereka menggunakan nafsu bukannya akal dalam berpolitik.

Sama-sama kita berdoa agar kemelut politik di Perak akan berakhir dengan selamat dan jayanya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Nizar MB Perak sah

.
Oleh Zanariah Abdul Mutalib ( mStar)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim DatukAbdul Aziz Abdul Rahim memutuskan perkara itu selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan dan tiada sebarang usul undi tidak percaya yang dilakukan terhadapnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak tetapi boleh mengemukakan rayuan rasmi.

Nizar berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh zambry akan dikaji semula dan bukannya tidak sah sehingga notis seterusnya kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu.

"Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

"Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009,"katanya.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Jumaat, Mei 08, 2009

PAS Pulau Pinang akur keputusan pusat tidak cabar PKR di Penanti

.
Nurul Ain Mohd Hussain ( mStar)

PAS Pulau Pinang akhirnya akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang menegaskan tidak akan benarkan mana-mana ahlinya menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Penanti.

"Tak apa la, kita akur dengan keputusan PAS pusat. Kita tidak mahu membesar-besarkan isu ini lagi," kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali yang tidak membenarkan ahlinya bertanding menentang calon Pakatan Rakyat iaitu wakil PKR pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Mustafa menegaskan, larangan itu bertujuan menjaga semangat setiakawan dan imej parti itu selepas memutuskan kawasan itu ditandingi calon dari PKR.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Salleh berkata, keputusan tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat PAS negeri Ahad ini.

"Kita akan bincang dan maklumkan kepada mereka (ahli-ahli PAS). Kita mahu mereka faham dengan jelas keputusan pucuk pimpinan.

"Laporan penuh mengenai isu ini (Penanti) kita akan maklumkan kepada pihak media kemudian (selepas mesyuarat),"katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai desakan Pemuda PAS negeri yang mahu PAS Pusat menimbangkan cadangan mahu meletakkan calonnya bertanding di DUN Penanti, Salleh berkata: "Kita tetap akur dengan keputusan pucuk pimpinan."

"Saya tidak mahu beri kenyataan terlalu banyak kepada pihak media kerana isu ini telah dibesar-besarkan hingga jadi isu nasional pula," katanya.

Sebelum ini, Pemuda PAS meminta agar pucuk pimpinan parti itu menimbangkan cadangan supaya meletakkan calonnya bertanding di DUN Penanti.

Cadangan itu berikutan desakan akar umbi supaya PAS meletakkan calonnya selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletak jawatan pada 16 April lalu.

PKR telah mengumumkan calon mereka Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Khamis, Mei 07, 2009

UMNO P.Pinang senaraikan calon Penanti

.
Walaupun Barisan Nasional belum pasti bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini, Umno Pulau Pinang tetap menyediakan senarai bakal calonnya.

"Kita telah menyerahkan senarai itu kepada pucuk pimpinan parti," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman kepada pemberita di sini selepas melawat mangsa ribut di Kampung Padang Temusu di sini.

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dengan alasan ingin melanjutkan pelajaran dan ini menimbulkan kemarahan pelbagai pihak yang menganggap tindakannya itu sebagai satu pembaziran dan penyalahgunaan demokrasi.

Dewan Tertinggi BN dijangka bermesyuarat pada 18 Mei ini bagi memutuskan sama ada untuk bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil itu. Penamaan calon ialah pada 23 Mei.

Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang telah menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.

"Saya percaya pendirian Umno negeri akan menjadi asas untuk menentukan sama ada BN akan bertanding atau tidak," katanya.BERNAMA


BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Penanti: KeADILan akan bertemu PAS negeri

.
Mohd Sabri Said ( Harakahdaily )

Pengarah Pilihan raya N12 Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti, Saifudin Nasution Ismail menegaskan perjumpaan dengan PAS Negeri akan diadakan dalam jangka masa terdekat bagi menyusun gerak kerja bersama menentang Barisan Nasional (BN) sekiranya BN meletakkan calon pada 23 Mei ini.

Jelasnya lagi, perjumpaan secara tidak rasmi telah berlaku antaranya dengan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man tetapi akan diperkemaskan dalam pertemuan terhormat antara kedua-dua parti .

"Pertemuan ini bukan memberi penjelasan tetapi menyusun gerak kerja bersama untuk menentang BN. Penjelasan telah dibuat antara Presiden PAS dan Penasihat Parti Keadilan (KeADILan) tentang siapa calon di Penanti, " jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pertemuan kata beliau, merupakan jalan paling sesuai dalam keadaan sekarang kerana tanpa pertemuan berbagai perkara boleh berlaku tambahan lagi mendapat 'cucukan' daripada Umno dan BN.

KeADILan katanya, telah bersedia untuk berhadapan dan BN dan berharap PAS bersama membantu dalam semangat juang yang tinggi demi meruntuhkan keegoan Umno dan BN.

"Perjuangan kita hanya menentang Umno dan BN. Jesteru itu marilah kita bersama bersatu hati bergabung tenaga dan fikiran memastikan Umno dan BN tidak menang di Penati, " tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Machang, Kelantan. - mks. _

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 81 : PAS anggap Fairus dianiaya

.
Ramai bertanya, jika Fairus benar-benar bersih sepertimana kata SPRM, mengapa pimpinan tertinggi PKR tidak mengembalikan semula jawatan TKM 1 dan ADUN Penanti kepadanya ? Bagi Fairus pula setelah yakin dirinya bersih, mengapa terus 'nekad' meletakkan jawatan ?

Hanya yang buta politik akan percaya, Fairus letak jawatan untuk menyambung pelajaran pasca siswazah.

Inilah persoalan yang dibangkitkan dalam media oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS P.Pinang Mohd Hafiz Noordin dan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang.

Persoalan dan kecelaruan ini membawa kepada tindakan PAS menuntut kerusi Penanti.

Ramai warga Penanti, majoritinya tahu sebab perletakan jawatannya kerana masalah prestasi kerja. Tidak lebih daripada itu. Tidak ramai yang tahu sebab sebenarnya. Dan sebab sebenar inilah yang disembunyi oleh pimpinan tertinggi parti. Malah ramai juga pimpinan tertinggi PKR yang tidak mengetahui duduk sebenar cerita Fairus.

Impaknya, tidak kurang yang percaya teori konspirasi yang dicipta Fairus, kononnya dia dianiayai dan dizalimi pihak dalaman parti.

Justeru itu, tidak hairanlah jika pimpinan PAS khususnya di Permatang Pauh, 'bangun' untuk membela anak muda yang baru menapak naik, yang kemudian direntap turun secara ganas, kononnya melalui taktik busuk dalaman PKR.

PAS merasa jijik dengan politik kotor PKR. Padahal, mereka tidak tahu, Fairus adalah anak kelahiran Umno yang merayau dalam PKR. ( klik imej di bawah untuk besarkan ) Penyingkirannya adalah untuk membersihkan parti daripada gejala tidak sihat.



Namun, apabila Ketua Umum Anwar Ibrahim bermain tarik tali, berucap kepada petugas PKR, seolah-olah Fairus difitnah, maka segelintir khususnya golongan wanita bersimpati kepadanya.

Beberapa individu yang dijadikan kambing hitam oleh Fairus termasuk bekas pegawai khasnya, Zainal Abidin dan Zulkifli Mohamed menjadi sasaran kutukan, kononnya mereka ini menjadi dalang menjatuhkan Fairus.

Justeru itu, tidak hairanlah apabila perayu undi di kalangan muslimat PAS kini merungut, bagaimana hendak menyakinkan pengundi Penanti, selepas berhempas pulas membantu Fairus pada pilihan raya umum lalu.

"Apa lagi yang kami nak cakap, (dulu) kata Fairus boleh buat kerja, tiba-tiba letak jawatan sebab tidak berprestasi, jadi macam mana nak yakinkan pengundi (sekali lagi)?" tanya salah seorang Muslimat PAS.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Siri 80 : Dr Mansor 'dibelasah' pengundi Penanti

Calon PKR mewakili Pakatan Rakyat Dr Mansor Othman 'dibelasah' oleh para pengundi Penanti. Hampir setiap kali berjumpa dengan petugas parti, sama ada di JDM ( Jawatankuasa Daerah Mengundi), JKKK atau AMK, dia akan 'dibelasah' dengan buah yang sama.

Bagaimanapun calon TKM 1 Pulau Pinang itu, bukan dibelasah dengan buku lima atau 'flying kick', sebaliknya dengan kata-kata amaran berupa nasihat- Selepas bergelar YB, jangan berperangai macam Fairus.

Sesi dialog beliau dengan jentera AMK Permatang Pauh, minggu lepas, perkara yang sama dibangkitkan. Semalam, ketika hadir pada mesyuarat JDM Guar Perahu, Dr Mansor turut diberi amaran keras. Biar sesibuk mana sekalipun, rakyat bawahan jangan dilupakan.

Seperti biasa, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri itu hanya 'cool' mengangguk, tanda faham dan setuju. Beliau tidak pula menyingsing lengan, seperti mana yang pernah dilakukan oleh Fairus bila dikritik di depan khalayak ketika dalam sesi dialog di Dewan Yayasan Aman, dua bulan lepas.

"Kami mahu Dr menjadi wakil rakyat yang turun padang, yang ambil berat masalah rakyat," demikian antara luahan petugas parti.

Sikap pengundi Penanti, mungkin berbeza dengan tempat-tempat lain. Jiwa reformasi mereka masih menyala. Mereka akan memberontak sekiranya wakil rakyat yang dipilih tidak mencapai taraf yang mereka impikan. Mereka tidak peduli sesiapapun. Biarpun bergelar wakil rakyat, hatta Timbalan Ketua Menteri.

Apa yang mereka mahukan, berikan khidmat terbaik untuk rakyat. Mereka bukannya menuntut wang ringgit. Mereka mahu wakil rakyat bersama-sama mereka.Kesampingkan protokol. Jatuh bangun bersama-sama. Hadir kenduri kendara, hadir ziarah mayat, datang menjenguk pesakit, selesaikan masalah asas, berborak dan belanja secawan dua kopi di gerai kepala simpang.

Inilah perkara asas yang gagal dilaksanakan oleh Fairus sewaktu bergelar ADUN Penanti.

"Dah sampai letak jawatan, kut secawan kopi pun kami tak pernah rasa dari duit Fairus," itulah luahan seorang petugas PAS dari Guar Jering.

Maknanya, rakyat bawahan menaruh harapan melambung tinggi kepada Dr Mansor.
Bekas Pengerusi TEKUN Pulau Pinang itu merasai sendiri, denyut nadi pengundi Penanti.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

Rabu, Mei 06, 2009

PAS marah lagak Anwar dalam Pakatan

.
Abdul Rahim Sabri ( Malaysiakini)

PAS marah dan kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berunding dengan pemimpin parti itu dan DAP sebelum PKR mengumumkan kekosongan DUN Penanti, kata seorang pemimpin PAS Pulau Pinang.

PAS juga mendakwa mereka kesal dengan tindakan ketua pembangkang itu yang berlagak seperti "orang besar" dalam Pakatan Rakyat yang "tidak menghormati" pemimpin parti-parti lain.

"Beliau selalunya bercakap tentang (pentingnya) Pakatan Rakyat, (tetapi) contoh terbaru, isu Fairus letak jawatan (diputuskan) tanpa berbincang dengan DAP dan PAS pusat," kata pemimpin itu yang enggan dikenali.

"Tak berbincang. Dia buat macam orang besar dalam Pakatan. Tak hormat (rakan Pakatan yang lain)."

Menurut sumber itu, tindakan sebelah pihak Anwar itu boleh menggugat kesatuan gabungan pembangkang di Pulau Pinang kerana memaksa PAS dan DAP "mengikut caranya."

"Pakatan Rakyat tidak boleh pergi (bertahan) lama kalau bergantung ikut cara dia, ikut kehendak dia," katanya.

Tindakan penasihat PKR yang tidak berbincang tentang peletakan Mohamad Fairus tanpa memikirkan kesan kepada Pakatan khususnya menyebabkan akar umbi kecewa dengan situasi tersebut.

"Pengundi dan ahli akar umbi PAS dan PKR kecewa," katanya.

Tambah sumber, beliau dimaklumkan kemungkinan penyokong PAS dan PKR di Penanti tidak akan keluar mengundi sekiranya PKR meletakkan calonnya Mansor Othman dalam pilihanraya kecil itu, 31 Mei ini.

Berdasarkan maklum balas akar umbi parti itu, pemimpin tersebut berasa bimbang dengan situasi itu, kemungkinan calon Pakatan Rakyat kalah.

Beliau juga mendengar rungutan daripada perayu-perayu undi di kalangan Dewan Muslimat yang menghadapi masalah untuk meyakinkan pengundi setelah menguar-uarkan Mohamad Fairus – calon muka baru – boleh berkhidmat untuk mereka dalam pilihanraya umum tahun lalu.

"(Muslimat memberitahunya:) Apa lagi yang kami nak cakap, (dulu) kata Fairus boleh buat kerja, tiba-tiba letak jawatan sebab tidak berprestasi, jadi macam nak yakinkan pengundi (sekali lagi)?" katanya.

Kemarahan mereka itu diterjemahkan antaranya dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang minta isu pengunduran Mohammad Fairus Khairuddin ditanyakan sendiri kepada Anwar, kata sumber lagi.

Selain kelambatan Anwar mengumumkan pengganti jawatan timbalan satu ketua menteri yang ditinggalkan Mohammad Fairus, pemimpin DAP itu juga tidak senang apabila tidak dimaklumkan tentang langkah mengosongkan jawatan tersebut.

Susulan itu, dalam mesyuarat agung kawasannya, PAS Permatang Pauh sebulat suara meminta pucuk pimpinannya meletakkan calon dalam pilihanraya kecil itu.

Ketua Pemuda PAS negeri waktu itu Mohamed Hafiz Nordin kemudian turut membuat desakan yang sama. Desakan itu disusuli dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Mujahid Yusof Rawa.

Muktamar Dewan Pemuda Pulau Pinang, Ahad lalu, turut memutuskan sebulat suara daripada kira-kira 100 perwakilan agar PAS meletakkan calon dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Perhubungan (PAS) negeri pun berpandangan yang sama," kata sumber.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !