Walaupun Barisan Nasional belum pasti bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini, Umno Pulau Pinang tetap menyediakan senarai bakal calonnya.
"Kita telah menyerahkan senarai itu kepada pucuk pimpinan parti," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman kepada pemberita di sini selepas melawat mangsa ribut di Kampung Padang Temusu di sini.
Kerusi itu dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dengan alasan ingin melanjutkan pelajaran dan ini menimbulkan kemarahan pelbagai pihak yang menganggap tindakannya itu sebagai satu pembaziran dan penyalahgunaan demokrasi.
Dewan Tertinggi BN dijangka bermesyuarat pada 18 Mei ini bagi memutuskan sama ada untuk bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil itu. Penamaan calon ialah pada 23 Mei.
Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang telah menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.
"Saya percaya pendirian Umno negeri akan menjadi asas untuk menentukan sama ada BN akan bertanding atau tidak," katanya.BERNAMA

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !